Tuesday, December 05, 2006

Seputeh menbuahkan hasil ...




Oleh Md Razlan.

Telah 2 1/2 tahun Datuk Hisham Abd Majid menjadi Ketua Bahagian, kini telah menampakkan hasil. Rancangan-rancangan yang diketengahkan dari program "Anak kita harta kita" telah membuahkan hasil.

Anak Kita Harta Kita adalah satu kaedah untuk mengumpul maklumat ahli UMNO Seputeh. Maklumat ini akan digunakan bagi rancangan-rancangan pendidikan, ekonomi dan juga agama.

Tahun ini Seputeh telah berjaya menghantar 2 anak melayu ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran. Mesir dipilih kerana objektif untuk melahirkan generasi Ulul-Albab, generasi yang berpengetahuan luas di bidang agama dan akedemik. Alahamdullillah di dalam jangka masa 4-5 tahun seputeh akan dapat melahirkan anak melayu yang kita impikan, insyalallah.

Dengan anak kita harta kita juga sektor ekonomi telah di majukan, Koperasi Mega Seputeh di wujudkan bagi mennyalurkan peluang-peluang perniagaan kepada warga Seputeh. Penternakkan, pembungkusan kerepek dan perniagaan mee kuning telah berjaya di adakan, hanya tunggu masa untuk di beri kepada bakal-bakal usahawan di Seputeh.

Koperasi juga membuat perjanjian pendidikan dengan KPTM dan Politech MARA bagi mencari anak-anak melayu di Bahagian Seputeh yang ingin melanjutkan pelajaran, nilai tambah yang diberikan kepada mereka untuk memasuki IPTS melalui pihak koperasi adalah memberi jaminan pinjaman dan juga wang saku. IPTS ini dipilih adalah kerana kualitinya.

Tindakkan dan buah pikiran Ketua Bahagian Seputeh untuk membela anak-anak melayu di dalam bidang pendidikan perlu kita sokong dan diusahakan. Bukan senang untuk kita memperjuangkan anak-anak bangsa kita di dalam arena politik sekarang, bukan senang kita menghakis kata-kata yang tidak senang didengar dari pihak-pihak yang berkepentingan di dalam polotik, semua yang dibuat ada sahaja salahnya, tetapi dengan pergerakkan yang sedikit ini, hasilnya telah nampak.

UMNO di Bahagian-Bahagian lain perlu ada pelan rancangan dan tindakkan bagi memajukan anak bangsa, jika kita boleh bergambarajah semasa berkempen, tidak betullah jika kita tidak membuat pelan untuk melaksanakan tanggunjuwab yang di amanahkan kepada kita. Bak kata Dato Seri Najib "Tindakan tidak mempunyai rancangan adalah sia-sia, dan rancangan tidak ada tindakan pun sia-sia", Seputeh telah ada pelan Rancangannya, dan sekarang telah masuk kepada fasa tindakkan, dan sudah nampakpun hasilnya.

Syabas ....

Pembekal Bahan Binaan Melayu di Cari ...


Oleh Md. Razlan

Masalah Pembekal-pembekal bahan binaan yang di monopoli oleh bangsa lain telah dibangkitkan di dalam Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. Syabas Orang Muda Melaka. Tindakkan ini diambil kerana sebanyak 60% daripada budget projek adalah bahan mentah.

Dengan desakkan itu, satu penggumuman telah dibuat oleh Dato' Seri Khaled Nordin bagi mencari Pembekal melayu tulen yang boleh membekal bahan-bahan binaan kepada kontraktor-kontraktor melayu. Ini akan memastikan keuntungan di pihak bumiputra sepenuhnya.

Penulis ada menulis untuk kita mencari dan mewujudkan perniaga melayu tahap pembekal. Pembekal Komputer, Pembekal Bahan Binaan dan sebagainya. Ini semua tidak mustahil di buat dan bipupuk.

Dunia telah pergi ke globalisasi, dunia tanpa sempadan, semua urusniaga berdasarkan kepada kuantiti. Kuantiti lah yang kita ada, Kerajaan mempunyai budget untuk membeli dengan kuantiti yang banyak, jika di bidang Komputer, Kuantiti melambangkan kuasa, ianya boleh di gunakan untuk mewujudkan Pembekal-pembekal Melayu bagi perkakasan komputer internasional seperti HP, DELL, ACER dan lain-lain.

Mewujudkan Perniaga Melayu tahap Pembekal bukanlah mustahil pada masa ini, dahulu mungkin, kerana semuanya bergantung kepada pengilang dan pembuat yang manaya dimonopoli oleh bangsa lain dan taktik yang digunakan juga ke arah itu.

Diharap UMNO dapat mendesak bagi mewujudkan Perniaga Melayu Tahap Pembekal bagi semua sektor dan seterusnya menjayakan impian Melayu untuk memperolehi ekuiti 30%.


Insyaallah ...

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...