Thursday, May 29, 2008

DRUPA German


Saya berada di German sekarang bagi menghadiri DRUPA exibition yang berlangsung di Dullsadolf.

Seminar yang diadakan 4 tahun sekali bagi mengumpulkan pengeluar teknologi terkini didalam bidang pencetakan.

Selamat berjuang bagi rakan-rakan di Malaysia. Semasa ketiadaan saya, yang nak bertanding dengan saya tu, jaga la ketua-ketua Pemuda tu baik-baik ....


Salam Dari German ....

Friday, May 23, 2008

Aduhai Tun ... Alahai Ezam ... Kenapa kurang sopan Mukhriz

*** Tahniah Saudara Ezam kerana diterima masuk kedalam UMNO, dan Tahniah kerana KEJUJURAN MU ****


Tun Mahathir, mantan Perdana Menteri telah meninggalkan UMNO secara rasmi. Beliau telah pergi dengan syarat, selagi Pak Lah Menjadi Perdana Menteri, selagi itulah beliau akan duduk sebagai orang luar parti.

Terkejut dengan pemergian ini, ramai dikalangan Pemimpin melemparkan kata-kata yang kurang senang terhadap Tun, dan ini telah dijangka.

Pemergian Tun boleh diibatratkan memberikan kekuatan kepada akar umbi untuk berjuang bagi memperbetulkan UMNO semula.

Aduhai Tun, sekiranya Tun pergi dengan tidak membawa sekali orang-orang UMNO, saya sebagai pemimpin kerdil menyokong dan mengambil ianya sebagai satu kekuatan untuk kami terus berjuang dan memastikan tidak ada kuasa lain yang boleh membeli jiwa kami. Tetapi sekiranya, Pemergian Tun ini membawa sekali ahli-ahli dan sehinggakan boleh melumpuhkan UMNO, saya tidak setuju.

Terbaru, kedenganran pula saudara Ezam ingin menyertai UMNO. Didalam keadaan UMNO yang bercakaran ini, timbul tanda tanya, kenapa Ezam berhasrat untuk menyertai UMNO kembali? Adakah beliau ingin bertanding sebagai Ketua Pemuda, ataupun apakah hasrat yang tersurat itu.

Mengikut Pendaftaran Keahlian UMNO, mereka yang mendaftar sebelum bulan Disember 2007, tidak layak untuk memduduki mesyuarat tahun 2008, tetapi kelulusan keahlian Saudara Ezam boleh diluluskan oleh MT didalam mesyuarat MT.

Sekiranya ini berlaku, MT secara terang-terang telah memberikan endorsment kepada Ezam untuk menyatakan hasrat beliau bagi bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, situasai seperti ini amat tidak sesuai.

Dizaman kita mencari pemimpin Pemuda yang berjiwa kental, adakah Ezam akan radikan seperti dahulu? Apabila beliau telah mendapat kelulusan dari orang tertentu untuk menjadi Ahli UMNO kembali. Sudah tentu terdapat sistem barter didalam kelulusan itu.

Tindakan Mukhriz untuk keluar daripada menjadi Ahli UMNO sekiranya Pak Lah tidak meletakkan jawatan sebelum mesyuarat cawangan bermula, adalah satu tindakan yang tidak sopan. Kita memerlukan Pemimpin Pemuda yang mendesak, tetapi kita tidak memerlukan pemimpin yang kurang ajar.

Tindakkan Mukhriz seolah-olah sudah dirancang, sebelum ini beliau telah menghantar surat kepada Pak Lah, dan salinan telah dihantar kepada Naib-Naib dan Timbalan Presiden. Persoalannya, kenapa perlu dihantar salinan? Ramai yang menghantar surat kepada Pak Lah tetapi tidak perlu salinan kepada sesiapa. Ini bergantung kepada niat, sekiranya ingin menegur Pak Lah, biarlah surat itu ditujukan kepada Pak Lah seorang, kita tidak perlu menunjukkan seolah-olah kita sahaja yang vokal didalam memperjuangankan nasib orang melayu!, sudah ramai yang menyatakan pendirian kepada Pak Lah.

Apakah tindakan Mukhriz selepas ini sekiranya Pak Lah tidak meletak jawatan sebai PM selepas mesyuarat cawangan bermula(17 Julai 2008)? Saya percaya, YB Mukhriz tidak akan melepaskan jawatan sebagai Exco dan keahlian UMNO, kerana beliau juga mengimpikan jawatan Ketua Pemuda Malaysia.

Sudah masanya UMNO memikirkan kepentingan Parti, kekuatan parti tidak terletak kepada individu, kekuatan parti terletak kepada bersatunya orang-orang Melayu dibawah panji UMNO.

Apa yang terjadi sekarang menunjukkan perpecanhan yang dibuat oleh individu-individu yang sanggup menjual parti dan menggunakan parti untuk kepentingan peribadi.

Sekiranya kita berbalik kepada perjuangan orang-orang UMNO sebelum ini, sudah tentu tidak ada kuasa atau jawatan yang penting selain dari menyatukan orang-orang Melayu.

"Kepentingan diri tidak boleh melebihi kepentingan parti" - razlan

Monday, May 12, 2008

Ambil tindakan laman web hina kaum

Utusan Keluaran 12 Mei 2008.

TEKNOLOGI maklumat dan era 'dunia tanpa sempadan' pada hari ini telah membuka ruang sebebas-bebasnya untuk menyalurkan maklumat dan pandangan.

Sebelum ini kerajaan sentiasa mengawal media cetak dan media elektronik agar penulisan dan rencana yang disiarkan tidak bertentangan dengan undang-undang negara.

Bagaimanapun dalam dunia siber, kewujudan laman-laman web dan blog telah mengundang pelbagai lapisan masyarakat untuk menulis dan memberi pendapat.

Melalui pelayaran saya di laman-laman blog di Malaysia, banyak blog yang membenarkan penulisan dan komen menghina kaum secara terbuka.

Mereka yang tidak bertanggungjawab ini menggunakan kata-kata kesat, memaki dan menuduh kaum lain tanpa memikirkan sensitiviti kaum.

Bayangkan terdapat laman blog yang menyenaraikan puluhan perkara yang kaum tertentu tidak suka terhadap orang Melayu.

Ia ternyata mengandungi hasutan dan penghinaan yang amat serius. Bahkan, ia boleh menggugat keselamatan nasional.
Saya hairan pihak berkuasa termasuk Majlis Tindakan Negara atau Jabatan Keselamatan Negara boleh mendiamkan hal yang sebegini. Atau mereka sendiri belum sedar tentang kewujudan banyak elemen hasutan yang berlegar dalam blog. Dalam hal berkaitan keselamatan ini, pihak berkuasa perlu lebih proaktif.

Malah saya takut jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ia pasti membawa mudarat besar. Jangan terkejut jika berlaku pergaduhan kaum dan agama.

Komen sedemikian sepatutnya tidak perlu disiarkan kepada umum dan ia boleh dikawal oleh pemilik blog.

Agensi kerajaan seperti Cybersecurity sepatutnya menjejaki pemain-pemain blog ini agar mereka tidak sewenang-wenangnya menulis seumpama tidak ada undang-undang yang terikat kepada mereka.


Sudah tiba masanya pihak kerajaan memikirkan mekanisme untuk memantau dan seterusnya mengenakan tindakan seperti menutup laman web dan mengenakan hukuman kepada pemilik laman web berikut.

RAZLAN RAFII Kuala Lumpur

Thursday, May 08, 2008

Kontrak Sosial, Perlembagaan dan Sejarah Sebenar Sebelum Merdeka di Jadikan Silibus Mata Pelajaran !!

Oleh Mohd Razlan

Artikel yang menarik untuk dibaca : themalaypress

Kontrak Sosial dan Hak Keistimewaan Bumiputera sekali lagi diperkatakan di Parlimen, Lim Kit Siang meminta perkara ini dikaji semua, DAP akan terus mendesak agar Melayu hilang kuasa, seolah-olah pengorbanan Orang Melayu memberikan mereka Hak Kerakyatan tidak mempunyai makna.


Caption : Generasi ini semestinya diberikan peluang untuk memahami apakh yang terjadi sebelum pembentukan Malaysia.

Sudah masanya menjadikan Perlembagaan Malaysia sebagai Silibus didalam Mata Pelajaran. Ini adalah untuk memberikan penerangan yang jelas kepada generasi muda dan akan datang agar betapa besar pengorbanan Orang Melayu kepada bangsa lain dengan memberikan Hak Kerakyatan dan agar sejarah ini tidak dilupakan oleh zaman.

Masyarakat kita pada hari ini menyifatkan keistimewaan orang Melayu yang diperolehi adalah suatu penindasan kepada kaum lain. Sepatutnya perkara ini tidak timbul sekiranya masyarakat kita paham apakah yang kerkandung didalam Perlembagaan Malaysia.


Silibus Pembelajaran sekarang yang menceritakan perjalanan Tunku untuk mendapatkan kemerdekaan daripada pihak British tidak cukup kerana ianya tidak melibatkan tentang bagaimana intipati perbincangan diantara kaum.

Perbincangan diantara kaum yang melibatkan kontrak sosial yang memberikan kaum lain sebagai warganegara, dan toleransi didalam perbincangan ini perlu diperjelaskan dengan lebih terpeinci.


Pengorbanan semua kaum didalam pembentukan sebuah Negara Malaysia yang merdeka tidak difahami kerana kurangnya pendedahan. Ini memberikan ruang dan peluang bagi mereka-mereka yang sengaja ingin melaga-lagakan orang Melayu dan bangsa lain.

Pemimpin-pemimpin seperti Karpal dan Lim Kit Siang dan beberapa Pemimpin bukan berbangsa melayu sengaja memainkan isu ini dan sering kali mendapat sambutan daripada rakyat. Perkara seperti ini tidak semestinya di kawal dengan menggunakan Undang-undang, ianya boleh dihindari sekiranya semua rakyat memahami apakah itu kontrak sosial.

Pengorbanan Orang-orang Melayu pada masa itu sepatutnya diberikan satu penghormatan yang tinggi oleh semua lapisan masyarakat, dan ianya semestinya dijadikan bahan sejarah yang mencerminkan Masyarakat Malaysia yang sentiasa bertolak ansur diantara satu sama lain.

Dengan harapan, sekiranya semua lapisan masyarakat paham perkara ini, sudah tidak ada lagi perdebatan secara terbuka tentang hak keistimewaan orang-orang melayu dan tidak ada lagi masyarakat kita yang menceritakan tentang penindasan sesebuah kaum.

Wednesday, May 07, 2008

Komen di Wilayah Kini ...

Artikel : Bahagian-bahagian Panas!

Saya suka melihat, perkara ini sebagai kekurangan yang perlu perbaiki.Kerja DNZ selama ini mesti kita hargai, dizaman DNZ juga Pemuda WP mempunyai identiti dan juga logo, bak kata anonumous diatas, laungan pemuda WP merupakan gerbang kepada negara adalah tepat dan ianya merupakan satu cabaran bagi kita untuk meneruskan kepimpinan di WP.

Selepas bulan October, DNZ boleh dianggap telah meningalkan Pemuda WP, dan kita sebagai generasi pelapis mesti meneruskan dan memperbaiki apa yang telah ditinggalkan oleh beliau.

Saya suka melihat kepada perkara yang lebih mikro, dimana membentuk generasi muda didalam kawasan sendiri, tanggunjawab setiap ketua pemuda bahagian kepada peringkat bahagian.Orang selalu marah sekiranya kita mengusik bahagian lain dan ini akan menimbulkan perkara yang tidak elok.

Didalam Blog saya, "Mencari Pemimpin Bahagian Bermula" merupakan pandangan saya bagaimana kita merealitikan pencarian Ketua Pemuda yang berkualiti dan akan menentukan generasi akan datang.Perkara ini adalah sebagai asas selain kita di omok-omok kan dengan wang ringgit apabila sampai hari penamaan calon dan mesyuarat bahagian.Adakah Pemuda di akar UMBI betul-betul mempunyai kekuatan dan ketahanan yang kuat untuk merealisasikannya, ini terpulang kepada Ahli Pemuda Bahagian itu sendiri.

Permilihan ketua Pemuda Negeri merupakan kuasa exclusive Ketua Pemuda Malaysia, sudah masanya kita mengkaji perkara ini, mungkin permilihan ketua Pemuda Negeri akan datang dipilih sendiri dikalangan Ketua-Ketua Pemuda Bahagian mengikut undian.

Apapun, mereka yang berjasa perlu kita kenang, dan sudah masanya kita melihat kepada program yang realiti yang menumpukan kepada minat Generasi Muda masakini, bukan lagi program yang besar-besaran tapi isinya kosong.


"Kursus Pengucapan Awan yang dihadiri oleh Pemuda Bahagian. Di Genting Highlands."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...