Friday, August 29, 2008

Melayu sudah tidak Rasional.

Komen saya dilam Blog DuniaTiger Melayu sudah tidak Rasional

Apabila membuat posting Jentera BN Permatang Pauh Kena Pukau?, bukanlah bermaksud "kena pukau" seadanya tetapi seakan-akan "kena pukau" atau tidak sedarkan diri atau tidak dalam keadaan biasa.

Apabila orang "kena pukau", mereka seperti "orang yang sedang miong atau terawang-awang" dan tidak tahu untuk membuat apa yang disuruh. Malah mereka juga boleh membuat sesuatu yang tidak terfikir oleh akal.

Terpukau juga boleh bermaksud ada golongan yang sudah "taksub" dengan individu tertentu sehinggakan sebarang perkara negatif yang diutarakan terhadap individu yang disukai, mereka tidak akan percaya. Mereka tidak boleh berfikiran rasional.

Seorang pelayar DUNIATIGER, Sdr Razlan mengemukakan pandangannya mengenai Melayu yang sudah tidak rasional.


"Tok Rimau,

Melayu Sudah Tidak Rasional.

Disebabkan implikasi dan virus yang telah dibawa oleh DSAI bermula dari 1997, maka Orang Melayu sudah dijangkiti Virus Tidak Rasional.

Sekarang buat apa sahaja, orang Melayu sudah tidak berfikiran secara rasional. Mereka selalu mengambil jalan mudah dan senang untuk menidakkan apa sahaja orang cakap.

Sumpah laknat, paling mudah dan sekurang-kurangnya ada rasa sediki percaya tetapi ianya sudah tidak di Percayai langsung, bahkan menolak sama sekali dan akan mempercayai sebelah pihak yang mereka taksub.

Maki hamun Orang Melayu kepada Orang Melayu sudah dihalalkan, Melayu sudah tidak heran sekiranya bergaduh, tunjuk isyarat lucah, keluarkan kata-kata lucah, dan apa sahaja yang bertentangan dengan tradisi orang timur sudah rasional bagi orang melayu sekarang.

Orang Melayu pakai tudung labuh di Permatang Pauh tidak ada rasa bersalah bersalaman dengan orang DAP. Mereka lebih rasional bersalaman dengan kafir lelaki.

Melayu akan menyokong apa sahaja yang diperjuangkan oleh DAP. seperti kes UITM, orang melayu akan melihat perkara ini sebagai retorik BN dan tidak akan percaya sama sekali yang Khalid sudah buat dosa kepada orang Melayu.

Melayu sudah tidak heran diberikan sama rata haknya sedangkan Malaysia adalah sebuah Negara Islam dan sudah pastinya tidak boleh di samaratakan dengan agama lain, ini terjadi di Selangor dan saya kesal usul ini dibawa oleh tokoh Islam yang disegani.

Jentera Permatang Pauh pula bukan dipukau datuk, tetapi Mereka sudah hilang keyakinan dan mereka lebih mementingkan Diri dari Parti. Inilah terjadi di sana, boleh dikatakan semuanya tidak digerakkan oleh jentera Permatang Pauh.

Sibuk dengan permilihan sehingga sanggup mengadaikan Parti.

Inilah dato ... Melayu sudah tidak rasional .. bukan sahaja di pihak Pembangkang .. malah di Pihak Kita pun .. ramai yang sudah tidak RASIONAL ....

Maaf dato .. lari tajuk sikit ...

Pikirkan bersama ..... razlans"

Monday, August 25, 2008

Jatuhnya Kerajaan Islam Sepanyol kepada Kristian

"Sekadar ingin berkonsig bersama dengan pelawat ... razlan..."

Drpd Berita Harian Online, 20 April 2008. Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi. Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

“MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yg hilang krn kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.” Begitulah ucapan seorang bonda Raja dlm sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kpd anaknya Abu Abdullah drpd puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pd 21 Muharram 897 Hijrah (H) yg memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kpd Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dgn itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yg berkuasa selama 800 tahun.

Bani al-Ahmar adalah puak yg menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada drpd 620 H hingga 897 H, pd tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yg membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yg pd akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai krn menerima banyak tekanan drpd orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dlm sejarah Islam pd 892 H. Pd masa itu ribuan umat Islam yg dijanjikan boleh menyelamatkan diri dgn berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Dlm kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dlm rumah, dgn lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dr rumah mereka dgn aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal utk berlayar keluar dr Sepanyol dgn membawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yg ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yg meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yg akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yg tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dgn pantas tentera Kristian menggeledah rumah yg ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yg berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yg dikatakan akan mengangkut mereka keluar dr Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa krn mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dgn pedang terhunus.

Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dgn buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yg sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dgn kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yg biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yg tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dlm kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.
Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yg kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dgn pelbagai ugutan dan seksaan yg sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yg mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim krn terlalu perit dugaan yg dialami mereka.

Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pd tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yg makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yg luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yg juga kawasan pergunungan.

Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh krn sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yg tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir 6 abad lamanya.

Penguasa dan pemimpin Islam pd masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yg mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yg dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dgn katanya: “Aku memerlukan tambahan utk otakku bukan utk mengurangkannya.”

Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yg sedia menanti utk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik utk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara utk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dgn serangan pemikiran dan budaya.

Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan utk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari drpd membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yg kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Di samping itu, antara punca lain yg membuat Andalus hilang drpd peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yg mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dgn wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka krn mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yg menyedihkan ada umat Islam yg menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.

Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dgn Raja Kristian Choinawi utk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kpd Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kpdnya. Jizyah dlm Islam mesti dibayar bukan Islam kpd pemerintah Islam, tetapi apa yg dilakukan Abu Zaid yg beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kpd Choinawi yg beragama Kristian.

800 tahun bukan masa yg singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yg bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pd satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yg mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yg boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dlm keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pd 14 April lalu.

Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dga apa juga cara. Dgn mengambil contoh Andalus yg hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas drpd jalur yg lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kpd bukan Islam, kesenangan yg tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pd permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a’lam.

INTI PATI:
Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas drpd pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yg pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna. Islam tidak memisahkan agama dr negara dan menolak sekularisme dlm bentuk apapun yg bertujuan memisahkan agama drpd kehidupan yg menjadikan kehidupan lepas bebas drpd neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.

FAKTA:
• Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
• Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
• Tariq ibni Ziad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
• Pemerintah Islam membina istana yg besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.

Hasil Nukilan :

Dr. Danial Zainal Abidin

Sunday, August 24, 2008

Tabung Khairat Datin Paduka Halimathon

Sempena menyambut Bulan Ramadhan Al mubarak, Tabung Khairat Datin Paduka Halimathon telah mengadakan program "Sumbangan Tabung Khairat Datin Paduka Halimathon" pada 24 Ogos 2008.

Pemberian sumbangan Tabung khairat ini telah diadakan berturut-turut selama 16 tahun bagi memperigati Wakil rakyat wanita pertama Malaysia.
"Datin Ani (kanan, anak kepada Datin Halimathon) bersama dengan Dato Rahman sedang memberikan sumbangan kepada ibu tunggal di majlis Sumbangan Tabung Khairat Datin Paduka Halimathon Abd Majid"

Perjuangan Halimathon sememangnya amat besar di dalam meletakkan Wanita ke tahap yang tinggi didalam dunia Politik.

Sebanyak RM10,000 telah diperuntukan untuk program sumbangan ini dan ianya diagih-agihkan kepada 68 orang penerima yang diantara penerimanya merupakan kanak-kanak cacat, anak yatim, dan ibu tunggal di dalam Perlimen Seputeh.

"Turut hadir (Duduk) : Datuk Hisham Abd Majid(kanan) Ketua Bahagian UMNO Seputeh bersama dengan Naib Ketua Bahagian Seputeh, En Aziz Shafie)"

"Hadirin yang hadir bagi menerima sumbangan dari Tabung Khairat Datin Paduka Halimathon"

Wednesday, August 20, 2008

Lucutkan kerakyatan

"Gambar di atas adalah seorang belogers yang memaparkan BENDERA Malaysia SECARA terbalik, walau apapun alasan beliau, kita tidak perlu menghina NEGARA sedemikian rupa, sekiranya tidak suka dengan negara ini, saya nasihatkan beliau KELUAR Sahaja dari MALAYSIA, sesetengah Rakyat Malaysia telah mengelarkan beliau sebagai Syaitan ... kerana sanggup mengambil tindakkan menterbalikan Bendera Malaysia, dan syorkan kerajaan agar mengambil tindakan kepada beliau ....."


Komen dari Blog DuniaTiger

Jika kita marah seseorang individu, janganlah kita bakar pula pejabatnya. Ini mesti difahami kerana pejabat itu dimiliki oleh orang lain juga. Tiada pejabat, tiadalah kerja.

Jika kita marah seseorang individu, janganlah kita kita kacau bendera Malaysia yang dimiliki oleh semua orang. Terbalikkanlah orang yang kita tidak suka tetapi usah ganggu Jalur Gemilang. Nanti semua orang akan marah kepada kita.

Tuesday, August 19, 2008

Kerajaan Dayus ,...

Kerajaan dayus jika tidak mengambil tindakan terhadap Majlis Peguam yang sering menganjurkan forum isu-isu Melayu dan Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tahniah Kang Zahid, Seperti artikel saya "Majlis Peguam Yang Kurang Ajar" , kita hanya tahu menyalak, tapi tindakan TETAP tidak ada.

Apapun, TAHNIAH Kepada KANG kerana Konsisten membuat desakan kepada KERAJAAN untuk mengambil tindakan kepada MAJLIS PEGUAM YANG KURANG AJAR INI.

Dan memang tanggunjawab Kang untuk menjaga kesucian AGAMA ISLAM kerana Kang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri berpotfolio Agama.

"Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, gambar diambil Semasa Majlis "Masih Ada Yang Sayang" yang diadakan di Lorong Haji Taib - Chow Kit, Majlis ini adalah majlis perasmian rumah didikan dibawah JAWI. Rumah Didikan ini di Wujudkan di tengah-tengah kawasan HITAM bagi Pengiat MALAM diharapkan dapat memnberishkan kawasan Balankang Mati. Semasa Datuk Seri Zahid menjadi Timb. Menteri Pelancongan, beliau telah menukar Bukit Bintang daripada tempat Pelacuran kepada tempat Pelancongan (Arab Street)... diharap Chow Kit juga boleh diubah ....Insyallah"

Sunday, August 17, 2008

Politik oh Politik .....

"Cawangan Permatang Pasir, menyaksikan pertandingan Ketua Cawangan Wan Samsiah vs Calon Naib Ketua Bahagian(HJ Osman) yang menyaksikan Kak Wan menang, Datuk Hisham juga telah mendapat Pencalonan Ketua Bahagian, Rahim timbalan dan Aziz sebagai Naib. Jamal Azhar sebagai Ketua Pemuda baru Permatang Pasir"

"Calon-calon Naib Ketua Bahagian makan bersama semasa Mesyuarat Cawangan Mega Mendong, Kak Yam(kiri), Aziz Shafie - penyandang (Tengah), Ghazali (Kanan). Kak Yam merupakan Pengerusi Biro Pendidikan merangkap Naib Ketua Wanita Bahagian, Ghazali pula merupakan Bendahari Bahagian. Cawangan Mega Mendong yang Ketua Cawangannya SUB telah mencalonkan Datuk Hisham Sebagai Ketua Bahagian, Beliau sebagai Timbalan Ketua Bahagain dan Saara Ali Basha sebagai Naib Ketua Bahagian"


Keputusan tak rasmi Terkini:

Ketua Bahagian : Datuk Hisham (21), Mustapha (7)
Ketua Pemuda : Razlan (15), Alawi (12), Mustakim (2)
Naib Ketua Pemuda : Ghazali (9), Bad (9), Nayan (6), Anuar (5)
Ketua Puteri : Azliza (16), Mona (5)
Naib Ketua Puteri : Wati(17), Azian (4)

Politik bukan untuk main-main, itulah unggkapan Datuk Ketua Bahagian Seputeh, Hisham Abdul Majid.

Malangnya, ada dikalangan orang lama UMNO di Seputeh tidak dapat menerima secara ikhlas dan jujur perjuangan beliau. Ada dikalangan mereka yang lebih seronok sekiranya tidak mementingkan pembanggunan tetapi yang pasti kebajikan gurka-gurka politik mesti dijaga dan disuap serta dikasi makan yang cukup.

Ada dikalangan mereka sanggup menyatakan pendidikan itu tidak penting dan tidak perlu buat, ada dikalangan yang menolak secara terang-terang aktiviti kearah pendidikan.

Melihat suasana ini, barulah kita sedar, bagaimana UMNO boleh hilang roh perjuangnya, barulah kita sedar, kenapa orang luar makin benci dan jijik dengan UMNO.

Sekiranya terdapat orang-orang politik seperti ini di seluruh Malaysia, yang mementingkan diri tanpa peduli apakah yang akan terjadi kepada anak-anak Melayu akan datang, nescaya ranap dan punahlah negara kita.

Sebagai Pemimpin sudah tentu kita perlu menjawab semua tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada kita, kita perlu akur tidak semua manusia disekeliling kita adalah Sahabat. Dan kita perlu akur juga Orang Melayu belum cukup matang untuk membuat keputusan sendiri.

Fitnah menfitnah menjadi Raja, yang dibantu juga tidak tahu diuntung, yang di beri makan juga tidak tahu mengenang jasa. Didalam Politik, barulah kita lihat, manusia yang sebusuk-busuk hati dan manusia yang munafik dihadapan kita.

Pemimpin Betul kita sokong dan pemimpin salah tetap kita bantah, itulah ungkapan yang manis dan berpengaruh, tetapi ungkapan ini seringkali digunakan untuk kepentingan peribadi , diolah dan diulit secara baik agar tidak nampak najisnya. Di olah secara cantik dan teratur agar tidak nampak niatnya.

Orang luar Seputeh, mungkin tidak faham apakah maksud yang saya tuliskan disini, tetapi Orang Dalam Seputeh akan faham, faham dari segi positif atau negatif, itu terpulang kepada pembaca, saya hanya menulis apakah yang terasa dan teringat demi untuk berkongsi agar kita ambik yang baik dan buang yang buruk.

Itulah politik ..... yang tidak ada di ada-adakan... yang manis di pahitkan.. yang bersih dikotorkan .. yang ditolong tidak kenang jasa.. dan macam-macam lagi...

Minggu hadapan kita habis bersidang untuk peringkat cawangan .... kita akan menghadapai bulan Ramadan dan Syawal .. Saya berdoa agar luka-luka yang terjadi ini dapat kita pulihkan.. dapat kita rawat dan Minta pada ALLAH semoga didalam perjuagan dan peperangan sesama Melayu ini tidak akan ada yang mendapat kanser, peyakit yang tidak ada ubat. Tidak ada pendamaian dikalangan kita, Nau-Zubillah.

Wasalam ...

Thursday, August 14, 2008

Bulan Merdeka yang sunyi

Asalamualaikum .....

Bulan ini bulan Merdeka, saya percaya pada tahun ini semua tidak merasakan suasana kemerdekaan seperti tahun-tahun yang lepas, banyak faktor dan sebab kenapa Bulan Merdeka kali ini sunyi dan senyap ....

1. Budget untuk sambutan kemerdekaan telah di potong 50%, ini adalah kerana kos belanjawan negara yang meningkat, dan negara bersetuju untuk berbelanja secara berhemah.

2. Dibulan ini juga dijalankan Mesyuarat UMNO cawangan-cawangan, selalu, yang menghormati dan mempromosikan Kemerdekaan adalah parti UMNO, oleh disebabkan Mesyuarat cawangan berlangsung, maka fokus untuk memeriahkan bulan Kemerdekaan telah lari dan senyap sunyilah bulan Kemerdekaan.

3. Ditambah lagi, Peperangan diantara UMNO dan PKR, diantara Penasihat PKR(MUSUH MELAYU) dan UMNO di Permatang Pauh. Sudah tentu akan melarikan banyak fokus rakyat dan pemimpin jesteru mengabaikan Bulan Kemerdekaan.

4. Bulan ini juga Malaysia disajikan banyak peristiwa yang menarik, Majlis Peguam yang kurang ajar yang berani menanjurkan Forum berniat jahat (MEMELUK ISLAM), Khalid, MB Selangor yang bermain api, mencadangkan untuk membuka UITM kepada bangsa lain.

5. Sedar tak sedar, kita sudah sampai ke pertengahan Bulan Merdeka, sedar tak sedar kita telah disajikan dengan pelbagai peristiwa yang mengusik Perjanjian kita semasa Merdeka, dan sedar tak sedar, perkara yang terjadi di bulan merdeka ini akan menentukan 2 perkara yang asas yang diperjuangkan oleh UMNO semasa Merdeka.

6. PKR dengan niatnya mengubah Malaysia menjadi Negara Berpalimen tanpa Raja, akan menentukan Calon PM beliau menang di Permatang Pauh. Sekiranya mereka menang, mereka akan menyusun stretergi untuk membuat demontrasi besar-besaran yang akan menjatuhkan Kerajaan beRaja agar Perlembangaan Negara Malaysia ditukar Kepada Perlembagaan SAMARATA.

7. Pada Bulan ini, Orang Melayu sudah bangkit, Pelajar sudah tahu, siapakah yang sebenarnya ingin menjual Tanah Melayu kepada Bangsa lain, peristiwa Pelajar UITM seluruh negara membuat bantahan terhadap MB Selangor telah membuktikan Orang Melayu Masih sayang kepada Tanah Melayu. Pemuda Masih ada jati diri yang kuat sekiranya diusik kepentingan Melayu.

8. Bulan ini juga, saya berharap agar Pemimpin-peminpin UMNO, baik dari peringkat Cawangan sehinggakan peringkat Malaysia agar insaf dan balik ke pangkal jalan. Di dada akhbar, ramai orang LAMA UMNO meluahkan pendapat, risau dan gusar dengan keadaan politik UMNO pada kali ini. Banyak peristiwa Membeli dan Menjual Maruah semasa perjalanan Mesyuarat Cawangan dan ianya dilaporkan terjadi diseluruh Negara.

9. Runtuhnya moral dan akhlak UMNO hari ini disebabkan lahirnya banyak Jutawan diantara Melayu yang tidak Bermoral. Runtuhnya Moral dan Akhlak UMNO adalah disebabkan Pemimpin menaja dan ditaja agar KUASA dapat dikekalkan. Runtuhnya Akhlak dan Moral UMNO hari ini adalah kerana Pemimpin, baik dari peringkat Cawangan, Bahagian dan Malaysia membenarkan perkara ini berlaku.

10. Jadi, adakah wajar bulan Kemerdekaan ini disajikan dengan perkara-perkara yang bertentangan didalam Pembentukan Malaysia yang telah diperjuangkan oleh UMNO dahulu ?

patutlah senyap sunyi bulan KEMERDEKAAN ini ....


"Penulis(kiri) bersama dengan Pak Mail Bab(Tengah) dan Razak. Pak Mail merupakan pakar sejarah Seputeh, walaupun sudah berusia, tetapi Seputeh kagum dengan daya ingatan Pak Mail yang sehingga sekarang masih ingat peristiwa-peristiwa sejarah. Pak Mail juga sering kali dirujuk tentang sejarah UMNO dan pembentukan Malaysia malah Peristiwa Kemerdekaan ada di kepala beliau, tanyakan sahaja soalan berkenaan dengan Magaren, Komunis, Kemerdekaan, sehinggakan peristiwa negara Komunis beliau tahu... "

Wednesday, August 13, 2008

Tahniah Pelajar UITM .....

Oleh Mohd Razlan

Orang Melayu hari ini mula sedar dan insaf seiapakah yang sebenarnya yang merobek dan merompak Hak Orang Melayu dan Islam.

Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor telah cuba untuk menjual dan mengadai sekali lagi hak dan kesitimewaan orang Melayu.

Tidak cukup dengan mengadai Hak dan Agama didalam Negari Selangor, beliau cuba untuk menjual dan mengusik hak Melayu walaupun ianya bidang kuasa orang lain.

Orang Melayu jangan terkejut 2 tahun akan datang akan ada Gereja atau rumah ibadah agama lain sebesar Masjid Shah Alam. Jangan terkejut hak tanah di Selangor akan diberikan samarata untuk bangsa lain.

Ini adalah pejuangan PKR dan mereka tidak akan rasa bersalah sekiranya menjual dan hak orang MELAYU.

Uitm adalah satu-satunya hak untuk orang Melayu berlajar, dan sehingga sekarang, Kerajaan BN tidak pernah mengabaikan bangsa lain untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Banyak Universiti Awan dan IPTS telah dibuka kepada semua bangsa, dan saya tidak mengerti apakah kebaikkan atau releven tindakan MB Selangor ini untuk membuka UITM kepada bangsa lain. Beliau seperti ingin membuka apa sahaja yang Hak bumiputera kepada bangsa lain.

Di Selangor, MB ini merupakan papet kepada DAP, jadi tidak heranlah kenapa orang Melayu seperti beliau sanggup menjual bangsa semata-mata untuk memenuhi nafsu KUASA beliau.

Alhamdullilah, pada hari ini kita lihat perubahan untuk membela nasib orang Melayu semakin tebal. Hari ini juga pelajar telah keluar untuk membantah, peristiwa pelajar berarak ini sudah lama tidak berlaku. Tidak heran ianya berlaku sekarang dan sepatutnya diteruskan agar Orang-orang Besar UMNO, PAS dan PKR(MELAYU) paham akan perjuangan MELAYU.

Sekiranya kita unkit beristiwa membuka MRSM kepada bangsa lain pada 2004, ianya dilakukan oleh Menteri UMNO. Dan sekiranya orang Melayu sedar dan insaf, dan kita turun ramai-ramai tidak kira ideologi politik pada waktu itu, mungkin MRSM tidak akan dibuka kepada bangsa lain, dan tidaklah anak-anak Melayu yang bijak pandai tidak mendapat tempat.

Orang Melayu pada hari ini mesti fokus kepada menjaga dan memelihara kepentingan kita. Semenjak Merdeka orang melayu dipermainkan oleh bangsa lain. Sehingga hari ini, Melayu masih lagi berada di tahap 3rd class citizen walaupun kita memerintah negara.

Kesalahan Pemimpin kita yang lepas mesti kita tebus pada hari ini. Mungkin Pemimpin kita terlupa apakah yang sepatutnya diperjuangkan. Mungkin mereka terlalu mewah berbelanja sehingga tidak hirau anak-anak kampung yang masih tidak berpelajaran dan miskin.

Pemimpin sekarang mesti mencari formula bagaimana untuk membela orang-orang Melayu. Hari ini sekiranya kita masih leka dan alpa, mementingkan kemewahan, tidak amanah didalam mentakbir, terlupa asal usul, tidak mustahil negara ini akan tergadai kepada bangsa lain.

Sekian ...

Sunday, August 10, 2008

Segalanya Mungkin dalam Politik .....

Minggu ini menyaksikan pertembungan hebat didalam Pencalonan Ketua Bahagian. Cawangan Naib Ketua Pemuda, Alawi (Kucai Lama) yang membuka tirai mesyuarat untuk minggu ini(Sabtu) telah mencalonkan Ketua Bahagian Saudara Mustapha Kamal, Rahim Aman pula menang dengan menjoriti 1 undi kepada SUB(Sarifuddin). Aziz pula menyaksikan menang banyak kepada Hj Osman.

Pada hari Ahad, menyaksikan Cawangan Mustapha Kamal (Happy Utara) bermesyuarat di Perl Point dan mencalon diri beliau sebagai Ketua Bahagian. Alawi sebagai Ketua Pemuda dan Anwar sebagai Nib Ketua Pemuda. Cawangan Happy Utara juga merupakan cawangan Ketua Puteri dan sudah tentu pencalonan diberi kepada beliau dan Naib kepada Wati.

Pada masa yag sama juga, berlangsungnya serentak 3 Cawangan lain yang bermesyuarat. Cawangan Goodwood bermesyuarat di Peal Point. Cawangan Setiausaha Pemuda ini memperlihatkan pertandingan hebat didalam pencalonan Ketua Bahagian dan menyaksikan Datuk Hisham kalah kepada Mustapha Kamal, dan pencalonan Pemuda pula menamakan Alawi sebagai Ketua Pemuda dan Ghazali sebagai Naib.

"Para tetamu menjamu selera di perkarangan Kg Petaling, walaupun didalam musim pertandingan, keluarga UMNO tetap mesra dan ramah"

Di Perkarangan Kampung Petaling pula menyaksikan lahirnya Ketua Pemuda Baru, Saudara Masri Bakar, anak kepada ketua cawangan Kg Petaling, beliau akan mengetuai Pemuda Kg petaling untuk penggal ini. Pada penggal yang lepas, cawangan ini telah mencalonkan Mustapha Kamal, dan pada tahun ini telah bertukar arus kepada Datuk Hisham Majid. Pemuda pula kepada Razlan dan Naib Saudara Badrul.

"Datuk Hisham bersama dengan Ketua Cawangan Persiaran Seputeh Datuk Zainal Kamis, makan selepas majlis Perasmian, Datuk Zainal merupakan kem Datuk Hisham semasa pertandingan 2004, tetapi cawangan beliau telah mencalonkan Mustapha sebagai Ketua Bahagian untuk kali ini ... itulah yang dikatakan .. segalanya mungkin didalam politik"

Mesyuarat Cawangan Persiaran Seputeh yang telah diadakan di MAB Briekfields telah menyaksikan pencalonan tanpa bertanding untuk Mustapha Kamal dan Pemuda kepada Alawi dan Naib kepada saudara Anuar.

Mustapha Kamal memerlukan 1 cawangan lagi untuk melayakkan beliau untuk bertanding sebagai ketua Bahagian UMNO Seputeh.

Dengan berbaki 12 Cawangan lagi, apapun boleh berlaku, calon Ketua Pemuda, Mustakim yang belum lepas quota pencalonan dijangkakan akan berkerja keras pada minggu akan datang.

Ada juga rakan-rakan menasihatkat untuk memberi pencalonan kepada baliau dan seterusnya melayakkan beliau untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda Seputeh, apapun mungkin berlaku .. kita lihat apa pula peristiwa yang menarik minggu depan .... segalanya datang dengan USAHA ... tidak ada yang datang bergolek ..... TUNGUUUUUU....


Keputusan tak rasmi Terkini :
Ketua Bahagian : Datuk Hisham Majid (16), Mustapha Kamal (6) Ketua Pemuda : Razlan (12), Alawi (9), Mustakim (2)
Ketua Puteri : Azliza (11), Mona (5)


"Azmi Tekun menyambut Rosli yang hadir ke Mesyuarat Kg Petaling. Azmi merupakan orang kuat dibelakang takbir bagi cawangan Kg. Petaling."


Tuesday, August 05, 2008

Majlis Peguam Kurang Ajar lagi ....

*** Mereka telah BERJAYA menjalankan juga Forum ini, Menteri dan hulubalang Melayu hanya boleh MENYALAK .. macam MENYALAK Bukit .. mereka sudah menjalankan forum ini .. Walaupun sekejap .. tapi mereka berjaya .. Heran bin Ajaib .. apa nak jadi dengan MENTERI dan ORANG MELAYU sekarang .. sudah DIBERI JAWATAN .. TIDAK TAHU Menggunakannya ... Apa masalah kita .. NEGARA kita PUNYA .. orang asing mempermainkan kita ... MANA PEMUDA UMNO .. MANA MT UMNO .. hanya MENYALAK di DADA AKHBAR .. lepas tu .. senyum sendiri .. MALU .. MALU .. ISLAM dah DIPIJAK pun DOK SELESA LAGI .. *****

Oleh Mohd Razlan

Majlis Peguam yang sebelum ini mengadakan forum membincangkan "Kontrak Sosial" yang mana panel-panelnya terdiri dari Orang-orang Kafir dan Melayu yang lupa daratan akan menganjurkan satu lagi forum.

Kali ini Majlis Peguam Yang Kebal akan membincangkan Hak Beragama, forum bertemakan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, pada Sabtu ini. Menteri, Syed Hamid beranggapan Majlis Peguam bermain dengan api, yang mana Majlis ini tidak memperdulikan hak orang Islam.

Perkara aneh tapi benar berlaku di sekeliling kita. Majlis Peguam diberikan hak untuk membincangkan perkara-perkara yang mengusik hati dan perasaan orang Melayu.

Kerajaan kita umpama dipermainkan satu persatu dan menunjukkan Kerajaan sekarang sudah hilang taring dan tidak tahu untuk mengambil tindakkan.

Setakat hari ini KERAJAAN MELAYU sekarang hanya memberikan amaran ! Terdahulu Perdana Menteri juga memberikan amaran kepada Majlis Peguam dan sekarang ini mereka buat lagi, dan KERAJAAN MELAYU sekarang hanya memberi amaran sahaja.

Amaran-amaran... dimana tindakkan ? Menteri Dalam Negeri pun yang dahulu bapa beliau merupakan pahlawan orang Melayu pun hanya boleh memberikan amaran, yang mana sepatutnya beliau sudah mengambil tindakkan terhadap mereka yang menganjurkan forum ini!

Apa masalah kita sekarang? Pemimpin kita sudah tidak tahu untuk menjalankan tanggunjawab sebagai kerajaan. Kerajaan kita sekarang rata-rata mengambil jalan selamat dan tidak tahu untuk mengambil hati orang Melayu.

Pelik tapi benar, ini lah yang terjadi sekarang, Menteri-menteri Melayu yang sepatutnya menjadi HULUBALANG dan PANGLIMA Melayu menjaga kepentingan ISLAM Dan HAK sudah syok sendiri apabila duduk di PERSADA NEGARA.

Sekirangnya MAJLIS PEGUAM berjaya menjalankan Forum ini pada SABTU.... Saya menyeru ORang Melayu sekrang mengambil tindakan kepada Peminpin-pemimpin UMNO yang syok sendiri ini. Sudah masanya kita mencari Pemimpin UMNO yang tahu dan BErtanggungjawab terhadap HAK ISLAM dan ORANG Melayu !...

Pikirkan bersama ..

Sunday, August 03, 2008

Seputeh ....


"Mesyuarat Taman Yarl ... Yahya Saidin kiri mengekalkan jawatan Ketua Cawangan, Ahmad Suboh sebagai Pengerusi Tetap . Sambutan Hari Jadi Ketua Cawangan ke 62 tahun .. semoga panjang umur Pak Ya, pencalonan Ketua Bahagian telah menyaksikan Sara dan Datuk Hisham dimana Datuk Hisham telah menang ... Farid telah dilantik mengantikan Maizan sebagai Ketua Pemuda Cawangan .... Tahniah kepada Ketua Pemuda Baru dan selamat menjalankan tanggunjawab .. "


"Dewan Mesyuarat - Cawangan Taman Sungai Besi .... Menyaksikan ketua Pemuda bertukar daripada Muhizir kepada En Basiron, Kekosongan Jawatan Ketua Cawangan telah di menangi oleh Hj. Manan mengalahkan Razak .... bagaimanapun Hj Manan yang mencalonkan Mustapha Kamal sebagai calon Ketua Bahagian telah Kalah kepada Pemegang Jawatan Datuk Hisham Majid dengan Undi 27 - 14 ...Pencalonan Ketua Pemuda pula telah diberikan kepada Alawi dan Naib kepada Nayan. Kita ucapkan Tahniah Kepada Pengerusi Tetap yang pandai dan bijak menjalankan Mesyuarat dengan baik, Pengerusi Tetap telah membacakan keahlian satu persatu dan telah membongkar kehadiran Puteri sebanyak 6 orang yang tidak berdaftar bersama-sama dengan 2 lagi ahli yang tidak ada nama, Mesyuarat ini juga telah berlangsung selama 2 hari .. bermula dari 9.00pm Sabtu dan berakhir pada 1.00am(ahad), Tahniah kepada AHLI UMNO SUNGAI BESI kerana kesabaran melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli UMNO ...."


Keputusan setakat Minggu Ini ....

Ketua Pemuda - Razlan (11) Alawi (5) dan Mustakim (2)...
Naib K.Pemuda - Ghazali (6), Bad (6), Nayan (5), Anuar (1)


Ketua Bahagian .... Hisham (15) dan Mustapha (2)
Timbalan .... Rahim mendahului semua calon .. dan Sarifuddin(SUB) mendapat pencalonan di Taman Sungai Besi dan Hj Osman menyaksikan pertukaran jawatan bertanding daripada Timbalan kepada Naib dan beliau telah mendapat pencalonan di Taman Sungai Besi dan Seputeh ...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...