Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya.


Saya dan keluaraga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

Semoga di hari lembaran ini akan memberikan kita kemaafan. Halalkan makan dan minum, semoga akan dilimpahi rezeki yang murah dan diberkati.

Kami doakan semoga semua selamat perjalanan Balik ke kampung dan semoga selamat pulang kembali.

Jangan lupa mak dan ayah, atuk dan nenek dan juga sedara mara di kampung untuk kita bermaafan dan mengeratkan lagi tali silaturahim .....

Insyallah...

** Email kepada saya razlanrafii@gmail.com bagi paparan ucapan anda, sertakan bersama gambar

Thursday, September 25, 2008

Program Kacau Dodol 4 Peringkat.

Program Kacau Dodol yang diketuai oleh PAK Mail bertempat di Hadapan Dewan Rukun Tetangga Kuchai telah mendapat sambutan daripada semua perintgkat.

Program ini bermula pada 6.00pm sehingga 2.00pg telah berjaya memasak sebanyak 5 kawah dodol.

Tahniah dan teruskan lagi usaha untuk MEMASYARAKATKAN KEMBALI UMNO.

Lagi Kenyataan Pemuda Seputeh di Akhbar

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Isu makanan ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dibangkitkan oleh Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok bertujuan untuk menyalahkan kerajaan dan meraih simpati masyarakat, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Noraini Ahmad.

Ketua Puteri Umno itu berkata sebenarnya perkara remeh itu tidak perlu dibangkitkan dan Teresa perlu insaf di samping berhenti memainkan isu berkenaan.

Katanya kekuatan dan kesejahteraan serta perpaduan antara kaum adalah perkara yang lebih penting yang perlu dipelihara, daripada membuat kenyataan sedemikian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri dan Anugerah Sri Cemerlang Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.

Penerima sumbangan itu terdiri daripada 200 orang kalangan mahasiswa dan saudara baru Muslim, dan majlis itu merupakan anjuran PERKIM dengan kerjasama EON Cap Islamic Bank Berhad.

Sementara itu Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh yang menganggap Teresa seperti sengaja memperbesarkan isu berkenaan, membuat laporan polis berhubung kenyataan Aggota Parlimen Seputeh itu.

Naib Ketuanya Alawi Dahalin berkata kenyataan Teresa berhubung perkara itu boleh dianggap sebagai sebagai satu penghinaan yang terbuka kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain golongan berpendapatan rendah.

"Makanan seperti telur yang dihidangkan kepada beliau sudah memadai dan sama seperti pesalah yang lain, malah makanan seperti itu jugalah yang menjadi ruji harian kepada golongan yang kurang berkemampuan," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini, Rabu.

"Kami menyeru pihak berkuasa agar memandang serius dan mengambil tindakan, supaya pada masa akan datang tiada lagi pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai perkara itu. Sebagai Yang Berhormat dan dipilih rakyat, isu sedemikian tidak sepatutnya diperbesarkan," tambahnya.

-- BERNAMA

Komen dalam Dunia Tiger

Salam Tok Rimau,

Kepentingan diri yang melampau.

Agenda yang hendak dibincangan esok diantaranya bagi membolehkan Mesyuarat Bahagian dan Mesyuarat Agong ditanguhkan lagi.

Apa pun yang difikirkan oleh MTs perlu di selidik apakah sebabnya dan apakah objektifnya, sekiranya TS Mat Taib cakap pertandingan boleh memecahkan kita dan boleh kemungkinan terbahagi kepada 2 atau 3 kem, itu sudah semestinya.

Jadi, kita berpolitik adalah untuk mencari pengaruh dan juga memerintah mengikut acuan kita selagi acuan itu diterima oleh AKAR UMBI.

Sekiranya ianya sudah tidak boleh diterima, kita sebagai orang LAMA politik perlu berdepan dengan HAKIKAT kalah atau menang.

Selagi kita berkuasa, Kepentingan diri tidak boleh melampau, kita tidak boleh menggunakan KUASA kita secara melampau, hakikat perlu diterima, dan sekiranya pandangan dan pendirian kita masih betul, kita akan MENANG, dan kita sebagai PENJAGA kepentingan PARTI perlu bersikap terbuka dan tidak boleh memilih membuat keputusan kearah KEPETINGAN DIRI yang melampau.

Dato Tiger, Keputusan ini adalah keputusan yang akan dibenci oleh AKAR UMBI, bukan sahaja bagi yang menyokong, tetapi kepada semua ahli yang telah bertungkus lumus untuk berkerja untuk parti.

UMNO sudah tidor selama 6 bulan disebabkan PEMILIHAN, dan sekiranya ditangguhkan lagi, UMNO akan tidur lagi, Seluruh Negara akan sunyi sepi kerana tidak ada Aktiviti UMNO kerana PEMILIHAN. Jadi apa akan terjadi kepada jentera PARTI seluruh negara terhadap keputusan ini?

Kepentingan DIRI tidak boleh melebihi kepentindan PARTI. Jadi kita perlu sedar, perjalanan untuk memulihan AKAR UMBI lebih penting dari kita menjaga PEMIMPIN-PEMIMPIN diatas, tidak kira keputusan ini menyebelahi PAK LAH atau pun NAJIB ataupun TSMY.

Akar UMBI sudah muak dengan penggunaan KUASA yang berlebihan oleh MTs. Jadi, biarlah apa yang dirancang untuk mengadakan mesyuarat diteruskan, terima sahaja apa keputusanya NANTI. Berkempen lah secara sihat dan berjuanglah untuk UMNO dan ORANG Melayu. Bukan untuk Kumpulan masing-masing.

Pikirkan Bersama .. UMNO mesti HIDUP bagi mengubati luka-luka yang telah dialami pada PRU12.

sekian.

Wednesday, September 17, 2008

Pandangan dari mata ....


Dato Sri bekerja keras untuk mendapatkan cukup pencalonan bagi melayakkan diri beliau untuk bertanding bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Malaysia.

Sering kali menggunakan kata-kata "BERANI", laungan ini sering kali mencabar anak-anak muda serta para perwakilan cawangan untuk buat keputusan dengan berani.

Pemuda mesti berani dan mesti memastikan tiada tangan-tangan hitam yang mengaru dibelakang, Pemuda mesti berani menyatakan pendirian dan membuat perubahan.

Dato Seri juga seorang yang berpengetahuan didalam bidang Agama, kempen didalam bulan Ramadhan , beliau sering kali memberikan taskirah pendek sebelum membuat ucapan.

Dengan berbekalkan pengalaman sebagai Ahli biasa, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Bahagian dan Menteri Besar, Dato Seri menawarkan pengalaman beliau untuk menerajui Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal 2008-2011.



Dato Mukhriz, anak kepada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir, merupakan calon yang lantang dan sering kali mendesak kepimpinan Tertinggi UMNO, Presiden parti untuk berhenti dari memegang jawatan Presiden.

Mukhriz merupakan Exco Pemuda, beliau mendapat perhatian kerana berani menyatakan pendirian beliau mengkritik kepimpinan Pak Lah.

Isu ini orang melihat seperti beliau sering kali mempertahankan pendirian Tun dan bukan pendirian beliau.

Dengan slogan "Berani Berubah", beliau telah menyatakan hasrat untuk memimpin Pemuda Malaysia bagi mengubah situasi sekarang.

Mukhriz sering kali menyatakan Pemuda perlu memberikan pembelaan kepada peniaga-peniaga dan Pemuda mesti mendekati golongan ini agar mereka tidak pergi ke parti lain untuk mengadu domba.



Khairi Jamaluddin, Menantu kepada Perdana Menteri menggunakan Slogan SETIAKAWAN, menawarkan diri sebagai Pemuda UMNO Malaysia.

Slogan ini mempunyai makna yang luas, didalam politik setiakawan merupakan perkara yang terakhir sekali. Setiakawan suatu perkara yang murni sekiranya kita boleh merealitikanya didalam perjuangan politik.

Oleh disebabkan itulah, slogan ini diambil, slogan yang mustahil didalam Politik tetapi digunakan untuk memperingatkan semua perwakilan bagaimana kuatnya setiakawan.

Jawatan ini akan memberi pengalaman baru kepada beliau didalam UMNO, sebelum ini beliau mendapat jawatan Naib tanpa bertanding, jesteru itu, Setiakawan merupakan slogan untuk beliau belajar bagaimana Kawan sebenar didalam Politik.

PARASIT dalam Perjuangan Melayu.

Oleh Razlan

Kelmarin ada sahabat menghantar SMS mengatakan Anwar telah mengankat sumpah dihadapan Agong bertempat di kediaman beliau, beliau mengangat sumpah dihadapan Gambar Agong yang berada di rumah Anwar di Segambut.

Tergelak apabila habis membaca SMS berikut, tarikh 16 Sep telah berlalu, hari ini ada pula tarikh baru yang digembar gemburkan oleh Ahli-ahli PAS yang kemaruk kuasa yang mengatakan telah dimaklumkan senarai MPs yang akan meninggalkan BN, tarikh selewat-lewatnya sebelum perhimpunan UMNO.

Hari ini rakyat Malaysia sudah kene tipu, orang terpengaruh seperti Anwar masih lagi mendapat sokongan dan kita tahu dia sanggup menipu demi untuk meraih kuasa yang mutlak.

Rakyat Malaysia mungkin tidak peduli akan peralihan kuasa ini, akan tetapi kita perlu ingat yang BN telah mendokong sistem demokrasi. Permilihan yang lepas telah memberikan kemenangan kepada BN dan sepatutnya orang seperti Anwar bertanggunjawab untuk mematuhi dan menghormati keputusan ini.

Membeli MPs bukanlah satu perjalanan yang baik dan bukan boleh dijadikan contoh yang baik kepada Rakyat. Rasuah secara terbuka ini sekiranya berlaku di Malaysia, cuba banyangkan apakah akan terjadi dengan pentakbiran Negara kita akhir nanti.

Walaupun BN masih percaya akan memerintah Malaysia sehingga 2011 tetapi khuatir apabila melihat suasana politik kita pada akhir-akhir ini.

Pergolakkan didalam BN seperti mempercepatkan proses berakhirnya pemerintahan BN di Malaysia.

Lihat sahaja di dada akhbar, setiap hari ada sahaja berita yang provokasi sesama sendiri, MCA dan MIC sudah boleh diam kerana mereka tahu yang mereka kalah pad PRU yang lepas, tetapi UMNO masih lagi bising sesama sendiri dan menyalahkan sesama sendiri tanpa mencari jalan penyelesaian yang mutlak.

Ahli-ahli akar umbi semakin hari semakin muak dengan permainan politikus orang-orang UMNO. Mereka sekarang ini telah merasakan setiap yang bermain politik mempunyai agenda diri yang berlebihan.

Kepentingan diri yang berlebihan merupakan PARASIT didalam perjuangan UMNO. Kepentingan ini boleh dicontohkan apabila :-

1. Mengenepikan Orang-orang Melayu yang bukan ahli UMNO apabila menganjurkan program, terutama program bantuan.

2. Mengenepikan Orang-orang UMNO yang bukan pro kepada mereka, sumbangan dan bantuan telah diketepikan oleh kerana mereka bukan PENYOKONG , busuknya kepentingan diri sampaikan ada yang sanggup mengenepikan ANAK-ANAK yatim dari cawangan yang tidak Meyokong.

3. Mengenepikan Orang-orang Melayu apabila mereka meminta sokongan dan bantuan kerana mereka bukan Orang UMNO ataupun bukan PENYOKONG

4. Membuat keputusan berdasarkan masa dan suasana politk yang memberi untung kepada kita bukan membuat keputusan untuk memberikan khidmat kepada orang Melayu.

Diantara sebab-sebab di atas inilah yang telah menjadi PARASIT kepada perjuangan orang-orang Melayu.

Pemimpin kene sadar dan perlu kembali kepada berkerja untuk mendapat sokongan untuk BN terus memerintah, bukan kita buat kerja hanya untuk mendapatkan sokongan diperingkat Bahagian ataupun cawangan.

Sekiranya ini berlaku, kita telah menyekat daripada UMNO ini terus berkembang dan terus menerus mendapatkan sokongan daripada generasi MUDA.

Berubahlah sebelum rakyat merubah kita, kembalilah ke jalan sebenar menjadi Pimimpin rakyat daripada kita Menjadi Pemimpin Kelompok.

Tuesday, September 16, 2008

Ruangan Debat : Visi dan Misi Calon-calon

***SMS telah dihantar kepada Calon Ketua Bahagian, Datuk Hisham dan Mustapha Kamal, dan juga kepada yang lain-lain.. **


16 Sep (3.20pm) Asalamualaikum kepada semua pengunjung.

Tahniah kepada semua calon yang telah lepas quota dan melayakkan diri untuk bertanding pada permilihan penggal 2008 - 2011 ini.

Saya dan beberapa sahabat telah berbincang dan ingin mencadangkan kepada semua calon-calon yang telah melayakkan diri untuk menyertai ruangan ini bagi menyatakan Visi dan Misi calon-calon.

Saya juga berpendapat, untuk kita menjadi Ahli politik yang baik dan berwibawa, kita perlu mempunyai kredibiliti untuk berdebat dan mempunyai pandangan tersendiri.

Saya akan cuba mendapatkan Pandangan Calon-calon Ketua Bahagian dahulu.

Sekian Terima Kasih.

Friday, September 12, 2008

Mesyuarat Minggu Terakhir.

UPDATE : Hanya tinggal satu cawangan sahaja yang belum Bermesyuarat secara SAH. Semua Cawangan telah selesai bermesyuarat.

Cawangan Panglima Garang akan bermesyuarat semua apabila MT membuat keputusan untuk membatal mesyuarat yang lepas, tapi nasib tidak menyebelahi Ahli-Ahli cawangan dimana korum pula tidak cukup pada hari ahad yang lepas...

Cawangan Penghulu Mat, Pemuda bermesyuarat semula dan melantik Ketua Pemuda Baru - Azhar dan mesyuarat mereka sudah SAH dan mengekalkan pencalonan Ketua Pemuda kepada Alawi dan Naib kepada Badrul.

Tahniah juga kepada ahli-ahli cawangan Seri Mega kerana dapat bermesyuarat semula dengan jayanya.

Cawangan Happy Utara pula telah disahkan mesyuaratnya oleh MT dan ini membolehkan Mustapha manarik nafas lega apabila bertanding nanti. Cawangan ini merupakan cawangan Calon Ketua Bahagian(Mustapha) dan Ketua Puteri Bahagian.

Calon-calon yang melayakkan diri untuk bertanding :

Ketua Bahagian : Datuk Hisham Majid Vs Mustapha Kamal.
Timbalan Ketua Bahagian : Rahim Aman Vs Sarifuddin
Naib Ketua Bahagian : Aziz Shafie Vs Hj Osman Vs Hajah Mariam Vs Ghazali Ibrahim

Ketua Pemuda : Mohd Razlan Vs Alawi Dahalin
Naib Ketua Pemuda : Ghazali Vs Badrul Vs Mat Nayan Vs Anuar Sham

Ketua Puteri : Azliza Vs Mona Liana
Naib Ketua Puteri : Wati Vs Azian


Last Post : Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk cawangan-cawangan menjalankan Mesyuarat.

Cawangan Paglima Garang diarah bermesyuarat semula, disebabkan masalah bukan ahli hadir didalam Mesyuarat cawangan pada mesyuarat yang lepas.

Cawangan Happy Utara berkemungkinan besar akan bermesyuarat semula. Cawangan Penghulu Mat, Pemuda diarah bermesyuarat semula. Cawangan Abadi Indah akan bermesyuarat pada hari Sabtu jam 3.00pm.

Cawangan Salak Jaya, Happy Selatan dan juga Goodwood telah disahkan mesyuarat mereka tidak mempunyai sebarang masalah teknikal, manakala Taman Berm Park terserah kepada Ketua Cawangan untuk memanggil mesyuarat sebelum 14 hb ogos ini.

Tuesday, September 09, 2008

Selamat Kembali TUN ....


SEMOGA KEMASUKKAN TUN AKAN MEMBERIKAN SUNTIKAN SEMANGAT DAN MENJADI UBAT KEPADA ORANG MELAYU YANG SEMAKIN HILANG KEPERCAYAAN KEPADA UMNO ... SELAMAT KEMBALI WAHAI WIRA BANGSA ....

Hentikan Isu Perkauman ...

Sidang Media Oleh Pergerakkan Pemuda UMNO Seputeh

Ketua Pemuda Bahagian (duduk) diapit oleh SU Pemuda, Karim (kiri) dan AJK Senior, Isa (Kanan), Barisan Belakang (dari Kiri) Maizal Aswad@Along, Khalid, Zafizan, Kassim, Razlan dan Nayan.. semasa sidang media .. Akhbar Sinar Harian Keluaran 8 September 2008.

Kenyataan Media :

Asalamualaikum,

Berhubung dengan desakan oleh Parti Komponen BN(Gerakkan dan MCA) serta parti Pembangkang (DAP) berkenaan dengan isu PERMOHONAN MAAF oleh Datuk Ahmad Ismail(Ketua Bahagian Bukit Bendera).

Merujuk kepada isu berikut, Saya selaku Ketua Pemuda Pergerakkan Pemuda UMNO Seputeh serta Barisan AJK Pemuda, ingin membuat kenyataan keras terhadap isu yang berlanjutan ini sehingga membibitkan isu perkauman.

Saya mendesak agar isu ini segera ditamatkan oleh MEDIA Cetak dan Media Elektronik yang memanipulasi isu ini tertama Akhbar berbahasa Cina yang sering memainkan isu perkauman.

Saya juga mendesak wartawan yang membuat liputan tersebut tampil untuk MEMOHON MAAF secara terbuka dan iklhas kepada Datuk AHMAD ISMAIL, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta seluruh ahli UMNO dan seluruh Umat Melayu di Negara ini berkenaan dengan Artikel yang dikeluarkan.

Saya melihat isu ini boleh menjadi bibit pertelingkahan perkauman sekiranya tidak dihentikan segera.

Saya juga mendesak Kementerian Dalam Negeri agar mengambil tindakan kepada akhbar-akhbar terutama akhbar Cina untuk tidak memainkan isu perkauman, kerana mereka sering memainkan isu-isu sensitif serta sering mencabar Ketuanan Melayu. Ini jelas dapat dilihat semasa PRU12 yang lepas dimana hampir setiap hari Ahkbat CIna memburukkan pemimpin-peminpin Melayu serta isu-isu perkauman.

Kepada Presiden Parti Gerakan yang membuat kenyataan ingin mengkaji kedudukan mereka didalam BN, ianya seperti tidak percaya terhadap pucuk pimpinan BN oleh itu saya serta barisan Pemuda Bahagian Seputeh mencabar mereka keluar sahaja dari BN kerana tidak perlu menjadi DURI Dalam DAging bagi BN.

Berhubung dengan permohonana Maaf oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak tidak harus dilihat sebagai TUNDUK kepada ugutan dan desakan dari mana-mana pihak. Pemuda UMNO Bahagian Seputeh berdiri teguh dibelakang YAB Dato Seri.

Pemuda UMNO Bahagian Seputeh juga menyokong sepenuhnya dan berdiri teguh dibelakang Datuk Ahmad ISmail dengan tindakkan beliau untuk tidak MEMOHON Maaf kepada mana-mana pihak!


Bersatu - Bersetia - Berkhidmat

Yang Benar,

Kamal Azman Damiri
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.


Monday, September 01, 2008

Dahulukan Kepentingan Parti.

2 September 2008. - Minggu lalu telah menyaksikan 4 cawangan telah bersidang. Cawangan Taman Salak Jaya yang telah di arah oleh Majlis Tertinggi untuk meneruskan mesyuarat yang tetangguh, General Bersara Husaini (SU Kerja Malaysia) telah menghantar surat kepada Pihak Bahagian dan membatalkan keputusan Bahagian yang lepas.

Tindakan Dato Husaini ini mendapat tentanggan dari pihak pengadu yang mana beliau berangapan Dato Husaini telah berat sebelah kerana membuat keputusan berdasarkan sebelah pihak. Pihak Pengadu tidak dipanggil untuk disiasat dan Majlis Tertinggi telah membuat keutusan tanpa merujuk kepada pengadu.

Hasil dari Keputusan Dato Husaini, seramai 16 angota polis dari IPK, Cheras dan Salak Selatan telah diarahkan untuk mengawal perjalanan mesyuarat Cawangan Taman salak Jaya.

Kekusutan ini amat dikesali dan sepatutnya tidak terjadi sekiranya Pihak Majlis Tertinggi lebih peka kepada masalah setempat dan membuat keputusan secara lebih berhati-hati. Bukan hanya membuat keputusan dengan menggunakan hak sebagai MT (Keputusan Mutlak MT).

"Wajah-wajah Pak Cik dan Mak Cik Ahli Cawangan Taman Salak Jaya"

Pada awal lagi mesyuarat hendak dimulakan telah berlaku kekecohan, ini berikutan ahli yang berbayar tidak dibenarkan masuk kerana ahli ini tidak hadir pada mesyuarat yang lepas. Menurut surat Dato Husaini, mereka yang tidak hadir pada Mesyuarat yang lepas tidak dibenarkan masuk dan ini secara langsung telah menolak hak ahli UMNO yang telah membayar yuran selama RM1 untuk 1 tahun.

Mesyuarat ini hampir-hampir digantung disebabkan keadaan sudah menjadi kecok dan tidak terkawal. Disebabkan semua ahli yang hadir didalam dewan merupakan ahli SETEMPAT, yang telah dibesarkan dari kecil sehingga dewasa bersama-sama, maka jalan penyelesaiaan telah dapat dicapai.

Pihak Pengadu mengalah kerana melihat wajah ibu-ibu yang duduk dihadapan. Pihak Pengadu beralah kerana melihat wajah bapak-bapak yang selama ini bersama-sama mengajar dan bersama-sama membesarkan mereka.

Peristiwa ini telah memberikan pengajaran kepada semua yang hadir, mereka telah melihat peristiwa keji dan mulia. Keji kerana disebabkan orang luar telah menabur racun demi untuk memastikan kemenangan walau dengan apa cara sekalipun. Keji kerana orang luar sanggup berbuat apa sahaja sehinggakan sanggup memecahkan orang tempatan demi untuk meraih kemenangan.

"Pak Amiruddin, seorang vateran UMNO Salak Jaya yang kesal dengan tindakkan MT dan juga perjalanan mesyuarat yang mengalami kekecohan ... beliau merupakan (Mantan)Timbalan Ketua Cawangan semasa zaman Arwah Nordin menjadi Ketua Cawangan, beliau telah hadir pada Mesyuarat yang Lepas tetapi namanya tidak ada didalam senarai kehadiran ...."



Disebabkan keakraban yang telah dipupuk selama 30 tahun, kemulian telah timbul pada hati ahli-ahli Taman Salak Jaya. Kemulian untuk melihat UMNO Cawangan Taman Salak Jaya masih lagi hidup dan wujud.

Kemulian ini terpancar hanya satu sebab - "Untuk Melihat UMNO Masih Subur di TAMAN SALAK JAYA".

Bagi orang politik luar, sudah pastinya melihat perkara ini merupakan satu kompromi, tetapi ianya bukan disebabkan oleh kompromi, ianya adalah untuk memastikan Kami di Salak Jaya hidup lebih harmoni tanpa ganguan PIHAK LUAR. Orang yang berniat keji sudah tentu tidak ada titik putih dihati mereka untuk menerima penjelasan ini, tetapi, apa boleh buat, itu hak mereka, semoga dibulan Ramadhan ini mereka dapat keberkatan dan keinsafan.

Pihak Majlis Tertinggi sekali pun tidak akan paham dan mengerti peristiwa yang terjadi di Taman Salak Jaya, mereka boleh beranggapan ianya hanya satu kes daripada beribu kes, tetapi untuk maklumat MT, Taman ini merupakan 1 dari 5 kawasan yang mempunyai penduduk Melayu di Seputeh.

Kita tidak boleh membenarkan UMNO digantung dimana-mana kawasan penempatan Melayu di Seputeh. Bagaimana hendak kita berjuang sekiranya cawangan pun sudah digantung? Bagaimana anak-anak muda ini akan menjalankan aktiviti yang selama ini di anjurkan dibawah UMNO?

Inilah yang dikatakan "Kepentingan Diri tidak boleh melebihi kepentingan Parti", kita mesti dahulukan kepentingan parti daripada perkaraperkara lain.

Tahniah diucapkan kepada seluruh ahli Cawangan Taman Salak Jaya dan ingatlah, tidak ada yang akan bertanggunjawab sekiranya terjadi apa-apa di kawasan kita selain dari kita sendiri, dan tidak ada pihak luar malah MT sekalipun yang akan membela nasib kampung kita selain dari kita sendiri.

Keputusan tidak rasmi 2 September :
Ketua Bahagian : Hisham (24), Mustapha (8)
Timb. Ketua : Rahim (21), Sarifuddin(9), Osman(1),Wahid(1)
Naib Ketua : Aziz (13), Osman(6), Mariam(6), Ghazali(5),Sara (2)

Ketua Pemuda : Razlan (15), Awie (14) , Tonet (2)
Naib : Ghazali (10), Badrul(9), Sham Anuar (7), Nayan(6)

Ketua Puteri : Azliza (18), Mona (5)
Naib Ketua : Wati (19), Azian(4)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...