Tuesday, October 28, 2008

Khalid Yang Menjual BANGSA MELAYU.

"Inilah perjuangan PKR, dari dahulu kita telah hebahkan yang MELAYU di Selangor akan hanya jadi patung kepada Orang CINA di Selangor.

Orang Cina Di Selangor akan mentakbir dari belakang dan MELAYU akan menjadi PAK TURUT di Tanah Sendiri.

Dengan perasaan yang MARAH dan KECEWA dengan tindakan KHALID yang telah menjual kepentingan KUASA Melayu kepada ORANG Cina bagi melantik Bukan Melayu sebagai Pengurus Besar di PKNS, saya melihat kita telah kehilangan HARTA yang bernilai Berbillion ringgit."


Petikan Dari Utusan ..

SHAH ALAM 28 Okt. – Pemuda UMNO Selangor merayu campur tangan Sultan Sharafuddin Idris Shah ekoran banyak tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kebelakangan ini dilihat semakin mengabaikan kepentingan orang Melayu.

Sehubungan itu, satu memorandum akan diserahkan kepada baginda dalam beberapa hari lagi bagi menilai semula pelantikan Abdul Khalid yang menerajui kerajaan campuran di Selangor mulai 13 Mac lalu.

Ketuanya, Abdul Shukur Idrus (gambar) berkata, antara tindakan Abdul Khalid yang dilihat mengetepikan kaum Melayu termasuk melantik Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu.

Pihaknya juga akan menyerahkan memorandum bantahan berasingan kepada Abdul Khalid berhubung pelantikan Siew Moi itu.

“Rata-rata kepimpinan Pemuda UMNO Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional merasa kecewa dan sedih dengan tindakan kerajaan negeri hari ini yang dirasakan semakin tertekan untuk meraih sokongan kaum- kaum lain hingga Menteri Besar sanggup menggadaikan maruah bangsanya sendiri.

“Tindakan itu juga memecah tradisi kepimpinan PKNS sebelum ini diterajui bumiputera, apa yang dilakukan itu seolah-olah menutup ruang dan memperkecilkan pengalaman dan kredibiliti pegawai-pegawai berketurunan Melayu.

“Golongan bumiputera kini dilihat seolah-olah langsung tidak berkelayakan memegang jawatan itu sedangkan ramai sedia maklum PKNS ditubuhkan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi mereka,” katanya di sini hari ini.

Semalam Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya, sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh selama setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.

Ekoran itu, enam persatuan kakitangan PKNS hari ini menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid dan mendesaknya menarik balik pelantikan Siew Moi itu kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan sosial dan ekonomi bumiputera.

Dalam pada itu, Abdul Shukur berkata, Pemuda UMNO negeri juga mempersoalkan jangka masa pelantikan selama setahun yang disifatkan sebagai tidak rasional dan ‘main-main’ tanpa mengambil kira kemampuan Siew Moi untuk memajukan PKNS dalam tempoh yang singkat itu.

“Kami rasakan tiada apa yang terbaik boleh dilakukan dalam tempoh singkat itu, macam satu keputusan terdesak dan tidak serius atau sekadar tangkap muat tanpa memikirkan PKNS memerlukan ketua yang bijak merancang kemajuan dan kecemerlangannya secara berterusan,” ujarnya.


Monday, October 27, 2008

Ahli Jawatan Kuasa - Pemuda Seputeh 2008-2011

Asalamualaikum,

Terima kasih saya ucapkan kepada semua perwakilan kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami bagi penggal ini, insyalla kita akan berkerja bersama-sama bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang akan dirancang.

Berikut adalah list penuh Jawatan Kuasa yang baru dilantik :

Pengerusi Tetap : Zainal Abidin Mohamed
Timbalan Pengerusi Tetap : Ahmad Kamal

Ketua : Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii

Naib Ketua : Mohd Badrul Ezan Mohd Yusof

Ahli Jawatan Kuasa :
1. Mohd Fairuz Mohd Sharom
2. Sulaiman Hussin
3. Basiron Sulaiman
4. Azizan Md Nordin
5. Abd Rahman Hassan
6. Rahmat Hidayat.
7. Azlan Harris Sulieman.
8. Ahmad Fauzan Mohd Nazar
9. Mohd Fadlin Mohd Yatim
10. Ahmad Suhaimi Mohd Salleh
11. Mohd Kassim Mat Jais
12. Mohd Masri A. Bakar
13. Rohisham Hj Jamaludiin
14. Zafizan Mat Tahar
15. Ahmad Farid Yahya.

Tuesday, October 21, 2008

Menjelang Permilihan Pergerakkan Pemuda UMNO Seputeh 2008

Asalamualaikum kepada semua Pembaca.

Hari ini sudah hari rabu, berbakikan 3 hari lagi untuk Perwakilan Pemuda Seputeh untuk memilih pucuk Pimpinan Pemuda untuk penggal 2008-2011.

Sekadar ingatan kepada sahabat agar pemilihan yang dibuat dapat mengambil kira semua sudut dan diharap semua dapat meluangkan sedikit masa untuk merenung dan berfikir sejenak, apakah sebab kita memilih.

Permilihan Kepimpninan Pemuda kali ini amat berlainan dengan sebelum ini, dugaan dan cabaran pada penggal yang akan datang merupakan suatu titik penentuan untuk UMNO terus berkuasa di Bumi Tanah Melayu ini.

Pemuda perlu mencari formula untuk menarik minat golongan muda ke arah perjuangan Islam dan Perjuangan Melayu.

Ramai Pemuda tidak disuntikan semangat MELAYU dan kurang pengetahuan di dalam sejarah Perjuangan UMNO. Itu adalah diantara sebab mengapa dan kenapa golongan Pemuda tidak peduli apabila orang lain mengukut Bangsa Melayu dan mempersoalkan hak MELAYU.

Marilah kita bersama-sama MEMASYARAKATKAN PEMUDA kembali agar mereka menerima suntikan semangat dan suntikan MELAYU agar apa sahaja yang kita perjuangkan ini dapat dikekalkan sehingga selama mungkin, Insyallah.

Sekali lagi.. Pilihlah yang terbaik dikalangan yang terbaik .. dan diharap semua dapat mengambil kira semua faktor dan bukan disebabkan EMOSI dan Desakkan. Melayu sudah Merdeka dan JIWA Pemuda juga perlu MERDEKA dari segala desakan..

Sekian ....

Tuesday, October 14, 2008

Majlis Cabutan No Pemuda Seputeh

Anuar kiri, Karim tengah dan Alawi kanan menjalankan proses cabutan undi bagi no calon.

Saudara Ramlan mempunyai sentuhan yang diharapkan apabila berjaya mencabut no 01. Ramlan mewakili Ghazali yang bertanding Naib Ketua Pemuda
Calon Naib Ketua, Badrul Ezan mendapat no 04.
Calon Naib Ketua Pemuda - Mohd Anuar Sharif menunjukkan no calon - 02
Setiakawan - beginilah meriahnya mereka walaupun akan berentap pada 25 Hb ini, calon-calon Naib Ketua Pemuda (dari kiri - Mat Nayan, Mohd Anuar, Badrul dan Ghazali)
Calon-calon G2 - dari kiri Azlan, Fadil, Ainol, Redzuan, Hamdan, Duduk - Adnan ishak dan Maizal Aswad
Wajah-wajah bakal Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, mereka inilah yang akan menentukan hala tuju seputeh, menang kalah bukan bermaksud berpecah, adat pertandingan, ada yang kalah dan menang.

Thursday, October 09, 2008

Calon-calonnya

CALON -CALON KETUA BAHAGIAN SEPUTEH


CALON NO : 01
(DATUK HISHAM MAJID)





CALON NO : 02
(MUSTAPHA KAMAL)



TIMBALAN KETUA BAHAGIAN


CALON NO : 01
(A. RAHIM AMAN)




CALON NO : 02
(SARIFUDDIN)


CALON NAIB KETUA BAHAGIAN

AKAN DI UPDATE








Majlis Cabutan nombor Bertuah ...


Semalam 9 oktober 2008 telah menyaksikan semua yang layak bertanding mencabut nombor yang akan memberi tuah ataupun malang kepada calon-calon.

Bermula la kerja mengingatkan nombor-nombor kepada perwakilan bermula dari sekarang. Suasa cabutan meriah dengan laungan calon-calon apabila mendapat yang didalam likungan pemilihan.
Ramai berdoa akan mendapat no 1 - 7 untuk calon G7 dan 1 - 20 bagi calon AJK Bhgn, ini semua kerana amat senang bagi perwakilan yang tidak berapa pengalaman didalam POLITIK.





Mohd Razlan bersama dengan PSU En Karim, menandatangani surat setuju terima sebagai Calon Ketua Pergerakkan Pemuda Bahagian UMNO Seputeh penggal 2008-2010.





Alawi bersama dengan PSU En Karim, menandatangani surat setuju terima sebagai Calon Ketua Pergerakkan Pemuda Bahagian UMNO Seputeh penggal 2008-2010.

Monday, October 06, 2008

Jemput ke Rumah Terbuka UMNO Seputeh



"Kemaafan diberi seikhlas hati,Amalan mulia di hari raya, Membersih diri, rohani dan jasmani,Semarakkan Aidilfitri penuh ceria"

Asalamualaikum.

Dimaklumkan Rumah Terbuka UMNO Bahagian Seputeh bagi menyambut Hari Raya Aidil Fitri akan diadakan :

Tarikh :
11 Oktober 2008(Sabtu)

Masa :
8.30 Malam

Tempat :
Dewan Besar UMNO Bahagian Seputeh,
Taman Danau Desa, Taman Desa, KL.


Marilah kita bersama-sama menyambut hari kemenangan ini dan mengeratkan lagi persahabatan kita sesama ISLAM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...