Tuesday, December 30, 2008

KUTUK ISRAEL


SIDANG MEDIA PEMUDA UMNO SEPUTEH
AKAN DIADAKAN PADA 31 DISEMBER 2008
DI PEJABAT UMNO BAHAGIAN SEPUTEH
JAM 5.00PM

SEMUA MEDIA DIJEMPUT HADIR...


SATU PERARAKAN MENYATAKAN BANTAHAN KEPADA ISRAEL
DAN MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA PALESTIN AKAN DIADAKAN PADA
2 JAN 2009
SELEPAS SEMBAHYANG JUMAAT (2.30PM)
BERKUMPUL DI MASJID BAITUL AMAN,
JALAN AMPANG (BELAKANG CROWN PRINCES HOTEL )


Thursday, December 25, 2008

Hormati Peraturan Majlis Tanah Negara

Kenyataan Media.

Dato sri Najib telah membuat satu kenyataan yang mengikut peraturan yang termaktup didalam Majlis Tanah Negara.

Semua pihak termaksuk parti pembangkang yang sedang memerintah negeri-negeri perlu patuh dan mengikut peraturan yang telah wujud didalam MTN.

Sebagai parti pemerintah, pihak pembangkang seharusnya mengkaji dahulu peraturan sebelum membuat kelulusan di peringkat EXCO negeri.

Parti pembangkang juga seharusnya bersifat terbuka dan bertanggunjawab kepada keputusan yang telah dibuat, seperti keputusan pemberian tanah kepada sekolah cina dan kampung-kampung baru, mereka seharusnya memberikan pandangan yang ikhlas dan bukan memihak kepada populariti tanpa mengikut peraturan sedia ada.

Implikasi kepada tanggapan rakyat terhadap isu ini akan menjadi rumit selepas kita tahu sejauh mana kuasa yang ada di Kerajaan negeri, dan perlu kita menjaga kestabilan dan emosi rakyat agar perkara tidak diingini tidak berlaku.
Sinar Harian Keluaran 27 Disember 2008

Kenapa perlu kita tergopoh gapah membuat keputusan yang mana kita tahu kuasa itu sudah termaktub didalam MTN, Menteri Besar merupakan ahli kepada Majlis Tanah Negara. Dan mereka seharusnya ikhlas dan telus didalam menyalurkan maklumat kepada EXCO-EXCO kerajaan negeri.

Saya mendesak agar exco yang bertanggungjawab untuk memberikan jawapan yang bukan populis tetapi lebih kepada menghormati dasar dan peraturan kerajaan Persekutuan.


Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda
UMNO Bahagian Seputeh.

Tuesday, December 23, 2008

PAS tidak Berbunyi.

Dato Sri Najib memberitahu Kerajaan Negeri tidak mempunyai Hak untuk menukar tanah-tanah Kampung baru kepada hak milik kekal selain dari mendapat kelulusan dari MTN.(Majlis Tanah Negara)

Dalam masa yang sama, Exco CINA Perak Datuk Ngeh Koo Ham menyatakan kerajaan Perak berhak untuk menukar dan memberi tanah kepada orang-orang cina yang telah sekian lama duduk di situ.

Majlis Tanah Negara yang dutubuhkan untuk membincangakan dan mengedalikan urusan tanah di Negari-negeri merupakan kuasa terakhir untuk menjaga hak-hak tanah ini tidak sewenang-wenangnya diberikan kepada sesiapa sahaja.

Sebelum ini, Kerajaan Perak telah meluluskan Tanah untuk sekolah-sekolah CINA dan memberi hak kepada orang-orang cina selama 999 tahun. Dan pada masa yang sama juga Parti sekutu mereka, PAS tidak langsung bercerita tentang Tanah-Tanah yang sepatutnya diminta untuk sekolah-sekolah Agama.

Umum sudah tahu tetapi masih tidak mengakui yang kerjaan PR merupakan kerajaan yang dipelopori oleh orang-orang CINA dan akan berkerja demi kepentingan kaum mereka.

Sekiranya MTN tidak ada, kita percaya kerajaan PAS yang dibuli oleh DAP dan PKR akan menurut sahaja telunjuk mereka dan akan meluluskan sahaja kehendak mereka dan memberi apa sahaja yang orang cina kehendaki. Kerajaan BN yang telah memerintah selama semenjak merdeka dan terbukti terdapat banyak lagi tanah yang dimiliki oleh kerajaan dan BN tidaklah rakus seperti yang digambarkan oleh PR.

Terbaru, PAS bercerita tentang HUDUD. Pikirkan sendiri, jangan sesekali kita permainkan agama sekiranya kita tahu ada perkara yang tidak kita perjuangkan tetapi hanya bercakap.

ARAK di Selangor pun tidak berani untuk bersuara, DAP cuit sikit dah hilang keimanan PAS untuk pertahankan, apakan lagi bercerita tentang hukum yang mempunyai 7 lapis ini.

Niat baik, insyallah akan dibalas baik, tetapi niat yang dibuat-buat baik, hanyak ALLAh yang akan mengetahui dan jangan sesekali kita permainkan Agama.

Monday, December 22, 2008

Tindakan jika enggan turun harga barang


Berita Harian Keluaran 18 Disember 2008

Oleh Nurul Farina Nazlan
nfarina@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno Seputeh mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar mengambil tindakan terhadap peniaga yang masih gagal menurunkan harga barangan walaupun harga minyak sudah diturunkan sebanyak tujuh kali.

Ketua Pemudanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata walaupun KPDNHEP sudah melaksanakan pelbagai jenis pemantauan namun kebanyakan peniaga tidak mengendahkan arahan serta saranan yang dibuat dalam usaha meringankan beban pengguna ekoran kenaikan harga barang.

“KPDNHEP harus mengambil langkah drastik bagi menyedarkan peniaga bahawa kerajaan memandang serius masalah ini. Peniaga juga harus sedar dalam menghadapi masalah ekonomi global yang tidak menentu, pengguna semakin terbeban kerana banyak peniaga enggan menurunkan harga barangan terutama barang asas walaupun harga bahan api sudah dikurangkan.

“Peniaga juga perlu menyahut saranan kempen turun harga yang banyak dilaksanakan kerajaan kerana ia bukan saja membantu pengguna tapi peniaga juga mungkin boleh menikmati keuntungan kerana ramai pengguna akan membeli barangan yang dijual pada harga yang lebih rendah.

Razlan berkata, pihaknya akan cuba membawa perkara itu pada mesyuarat perhubungan pemuda Umno pusat bagi mencari alternatif untuk mengatasi masalah berkenaan sekali gus membantu meringankan beban rakyat namun persatuan pengguna juga perlu memainkan peranan yang lebih besar serta bekerjasama dalam menghadapi situasi ini.

“Memang diakui bahawa persatuan banyak menjalankan kempen tapi ia hanya tertumpu kepada pengguna saja dan kini mereka perlu membuat desakan yang lebih kuat supaya peniaga menurunkan harga barangan.

“Mereka perlu membuat kempen kesedaran kepada peniaga serta menyampaikan keresahan pengguna ekoran keengganan peniaga menurunkan harga barang. Dalam hal ini, sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing pasti masalah ini dapat diatasi pada kadar segera,” katanya.

Sunday, December 21, 2008

21 Disember 2008 - Program sulung Pemuda Bahagian UMNO Seputeh.
Pertandingan Sepak Takraw antara Cawangan yang di sertai oleh 20 pasukan telah menyaksikan Cawangan PPR Salak Selatan telah menjadi juara.

"Permainan Sepak Takraw merupakan permainan orang-orang Melayu semenjak zaman Kesultanan Melaka lagi, jesteru itu kita sebagai anak-anak Melayu zaman sekarang perlu menyemarakkan lagi sukan ini agar ianya tidak luput dek zaman" - Mohd Razlan.



Satu lagi program yang dijalankan pada hari yang sama iaitu,
Pertandingan Street Socer kanak-kanak dibawah 15 Tahun anjuran Pemuda Cawangan Taman Sungai Besi.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Cawangan Taman Sungai Besi, Saudara Basiron, beliau menasihati anak kecil ini agar bermain bersunguh-sungguh dan semoga pertandingan ini akan memberikan semangat untuk kita terus bersukan. Program ini akan diadakan pada setiap cuti persekolahan.


Friday, December 19, 2008

Tidak Perlu Swasta IJN.

*** Pada 8 Januari.. Kerajaan telah membatalkan Penjualan IJN kepada Sime ....

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan yang mendengar rintihan dan desakan rakyat ... semua demi kebaikkan bersama.. insyallah*************



Oleh Mohd Razlan



Utusan Muka 4 Keluaran 20 Disember 2008

19 Disember 2008 - Kerajaan hari ini berhajat untuk swastakan IJN kepada Sime Darby bagi meningkatkan prestasi. Dalam masa yang sama Kerajaan juga memberitahu bahawa pihak kerajaan tidak keberatan untuk menampung kos operasi IJN.

Apakah yang sebenarnya yang dilakukan oleh pihak Kerajaan?

Apakah betul Syarikat yang berlandaskan Keuntungan akan memberikan subsidi yang banyak apabila merawat pesakit nanti?
Betulkah Sime akan berkorban dan berkongsi keuntungan dari sumber yang lain untuk menampung KOS operasi IJN?

Saya tidak nampak keperluan PENSWASTAAN ini. Pihak Kerajaan sepatutnya memikirkan akibat dari segi politik dan dari segi kabajikan jangka panjang untuk rakyat.

Saya juga kurang yakin bahawa SIME akan memberikan kemudahan seperti sebelum ini kepada Rakjak Malaysia apabila ianya sudah diswastakan.

Suka saya mencadangkan agar kerajaan memegang terus IJN dan sekiranya SIME berhajat untuk berniaga didalam industri Pesakit Jantung, buatlah pusat perubatan yang baru.

Dengan Pegangan 51% Sime kepada IJN, saya tidak nampak kerajaan boleh mengawalnya.

Kenapa perlu kerajaan mengulangi peristiwa seperti TOL dan juga macam-macam lagi GLC yang menaikkan harga tanpa memikirkan kebajikan rakyat.

Kita perlu jadikan sejarah penswastaan sebagai landasan agar tidak diulangi kesilapan yang lepas.

Masalah gaji pakar-pakar doktor yang tidak setaraf dengan gaji doktor swasta, sepatutnya isu ini di selesaikan dan pihak kerajaan sepatutnya menaikkan dan meletakkan taraf mereka standing dengan pakar swasta.

Mejoriti pakar-pakar didalam IJN merupakan anak-anak Melayu dan tidak salah sekiranya kita meletakkan mereka ke tahap yang tinggi!

Thursday, December 11, 2008

Korban UMNO Bahagian Seputeh



8 Disember 2008 - Program Korban UMNO Bahagian Seputeh telah diadalan di perkarangan Dewan Utama UMNO Bahagian di Danau Desa.

Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai 70 orang petugas bagi menyembelih dan melapah sebanyak 10 ekor lembu.

Seramai lebih kurang 200 orang ahli cawangan telah berkumpul dan berkerja bersama-sama bergotong royong bagi menyempurnakan program ini.

Seramai 25 orang ahli pemuda turut serta bersama-sama dengan barisan AJK Pemuda Bahagian yang diketuai oleh Saudara Azizan dan Fazlin yang merupakan Pengerusi Pembangunan Islam dan juga Timbalan Pengerusi Pembangunan Islan, turut hadir Saudara Razlan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan juga Badrul Naib Ketua didalam program ini.

Majlis Pengenalan Calon-Calon Exco Pemuda Malaysia

11 Disember 2008 - Bertempat di Pusat Rekreasi Cheras, Majlis pengenalan calon-calon dari Wilayah yang akan bertanding sebagai EXCO Pemuda Malaysia telah diadakan, anjuran Badan Perhubungan Pemuda Wilayah.

Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Syed Medhar selaku Pengerusi Majlis dan juga Ketua Pemuda Bahagian Cheras merangkap Penolong Setiausaha Pemuda Negeri, Syed telah memberikan semangat calon dan kepada semua yang hadir juga meminta supaya semua perwakilan memberikan sokongan kepada calon-calon yang akan bertanding di Wilayah Persekutuan.

Majlis diikuti oleh Ucapan oleh Ketua Pemuda Negeri, Datuk Norza Zakaria. Beliau memohon agar perwakilan memilih pemimpin yang terbaik diantara yang terbaik.

Seramai 9 orang telah diumumkan untuk bertanding di peringkat Malaysia, 1 calon sebagai Timbalan Pengerusi Tetap dan 8 Calon untuk jawatan Ahli Jawatan Kuasa Pemuda Malaysia.

Haji Kamaruddin(Dino) yang akan bertanding Timbalan Pengerusi Tetap merupakan mantan Ketua Pemuda Segambut. Beliau mempunyai pengalaman yang luas didalam Pergerakkan Pemuda, beliau juga perupakan Pengerusi Sukan Negeri.

Enam orang Ketua Pemuda akan bertanding sebagai EXCO, Rizalman (Ketua Pemuda BTR), Datuk Ahmad Zaki (Ketua Pemuda Putrajaya), Tengku Azman (Ketua Pemuda Bukit Bintang), Norizan (Ketua Pemuda Kepong), Sazali Kamilan(Ketua Pemuda Lembah Pantai) dan Razlan (Ketua Pemuda Seputeh)

Dua Orang Naib Ketua Pemuda yang telah diumukan oleh Perhubungan Negeri adalah Hishamuddin Yahya (YOP) Naib Ketua Pemuda Putrajaya dan Nazir, Naib Ketua Pemuda Titiwangsa.

Pemuda Negeri juga telah sebulat suara bersetuju akan Meyokong dan akan berkerja untuk Calon MT dari Pergerakkan Pemuda Wilayah, Datuk Paduka Mohamad Norza Zakaria.

Majlis telah ditutup dengan bacaan doa dan surah wal-asri yang diketuai oleh Saudara Mahathir, Ketua Pemuda Segambut.

Forum Hak Melayu.

Semua sahabat dijemput..

PEMBETULAN : 16 HB DIS 2008 PADA HARI SELASA.
MAAF KEPADA SEMUA...
Sebentar tadi saya mendapat jemputan untuk ke majlis

"Forum Hak Melayu di Bawah Artikel 153"

Pada : 16 Disember 2008(CORRECTION)
Jam : 8.30pm
Bertempat : Bangunan UMNO Shah Alam Seksyen 11.

Panelis : YB Dato Tajuddin Rahman, MP Pasir Salak
dan
Dato Rahman Adam, Pakar Sejarah.

"Pemuda Seputeh diminta berkumpul di
Pejabat UMNO Bahagian pada Jam 8.00pm"





Wednesday, December 10, 2008

Bila Nak Keluar Kayveas !!

Pamimpin seperti digambar ini tidak diperlukan didalam BN.

Sila keluar secara terhormat, sekiranya anda seorang yang BERMARUAH. Kotakan janji anda dan tunaikan kata-kata anda. BN tidak akan buat sebarang pindaan terhadap ISA.

Utusan Malaysia - 10 Dis 2008 "Kayveas semasa merasmikan persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita PPP akhir bulan lalu menyatakan bahawa partinya akan meninggalkan BN jika kerajaan tidak membuat sebarang pindaan yang bersesuaian terhadap ISA sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13."

Tetapi saya percaya, beliau tidak akan keluar dari PPP atau Meningalkan BN, kerana KEPENTINGAN Pribadi dan tujuan beliau untuk melihat BN porak Peranda tidak tercapai.

Seperti biasa, Orang ini akan buat muka tak malu, seumpama tidak ada kata dua yang telah diberikan kepada BN.

Inilah contoh Pemimpin yang tidak mempunyai Prinsip.

Utusan Malaysia 9 Disember 2008

‘PPP bebas keluar BN’

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Parti Progresif Rakyat (PPP) bebas untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika pemimpinnya mahu berbuat demikian.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang disyaratkan oleh PPP untuk ia kekal sebagai parti komponen BN.

“Kalau itu pilihan mereka (untuk keluar BN), apa yang boleh kita buat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Abdullah mengulas gesaan Presiden PPP, Datuk M. Kayveas bahawa partinya akan meninggalkan BN jika kerajaan tidak membuat sebarang pindaan yang bersesuaian terhadap ISA sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Gesaan itu dibuat ketika Kayveas merasmikan persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita PPP akhir bulan lalu.

Abdullah berkata, dalam mesyuarat BN hari ini, tidak ada mana-mana pihak termasuk PPP yang mengutarakan sebarang keinginan untuk meninggalkan BN.

“Tidak ada sesiapa buat kenyataan untuk keluar BN,” katanya.

Pada mesyuarat hari ini PPP diwakili oleh Naib Presidennya, Datuk Maglin D’ Cruz kerana Kayveas sedang bercuti di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Monday, December 08, 2008

Isu Bahasa Melayu. Kerajaan Buat Pekak Telinga.

10 nov 2008 - Utusan Hari ini melaporkan "hanya papan tanda Hadapan sahaja digunakan untuk pelbagai bahasa" mula-mula minta semua, sekarang bila orang bising, buat depan dulu .. lepas ni senyap-senyap buat semua..

9 nov 2008 - Orang Cina sudah memulakan langkah tunjuk terang-terang penglibatan golongan koperat untuk menyokong penghapusan Bahasa Kebangsaan secara senyap.

"
Laporan yang sama juga menyebut bahawa Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham juga mahu isu itu tidak dipolitikkan kerana menganggap bahasa adalah alat komunikasi dan usaha mewujudkan papan tanda tersebut merupakan ‘inisiatif pihak swasta’."

Sebelum ini, ianya telah dipersetujui oleh bekas Menteri Pelacur. Selepas didesak, beliau menyatakan kenyataan beliau diputar belit.

Inilah agenda orang CINA, akan menjadikan Malaysia seperti Singapura. Di Singapura, Mejoriti rakyat mereka sudah tidak tahu membaca dan berbahasa Malayu walaupun terdapat papan tanda yang ditulis dalam 4 Bahasa. Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan Singapura selain CINA dan TAMIL.

Heran dengan tindakan lambat pihak Kerajaan, macam tidak dengar suara penulis-penulis yang menulis setiap hari, bukan sahaja didalam Blog, tetapi didada Akkbar pun sudah sering kali dibahaskan perkara ini.

Saya bukanlah seorang yang mahir didalam perundangan, tetapi Pihak Kerajaan Pusat sepatutnya mengeluarkan satu Arahan untuk tidak membenarkan semua pihak atau kerajaan negeri melanggar dan mesti menjaga KESUCIAN PERLEMBAGAAN.

Pihak Kerajaan, janganlah buat pekak telinga lagi, pihak Sultan pun sudah mula memperkatakan isu menjaga KESUCIAN PERLEMBAGAAN. Gunakanlah kuasa yang ada selagi ada, jangan sampai orang Melayu mengangap Kerjaan sudah tidak mampu menjaga Kepentingan MELAYU.

Wasalam

Selamat Hari Raya Korban.

Pergerakkan Pemuda Seputeh, Megucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pembaca muslimim dan muslimat. Semoga Pengorbanan kita setiap hari didalam membela agama, bangsa dan Negara diberkati dan diberikan ganjaran pahala dari ALLAH SWT.

Bersamalah kita menghayati ibadah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail dan memperbetulkan diri kita dengan niat yang baik-baik.

Saya percaya setiap ibadah membantu dan membela Agama Bangsa dan Negara akan diberikan ganjaran pahala dari ALLAH SWT selagi kita tidak dibeleggu dengan NIAT JAHAT, RIAK dan TAKBUR.

INSYALLAH .....

Thursday, December 04, 2008

Bloggers - ShamAnuar

Tahniah kepada Sahabat kita, Saudara Sham kerana telah mewujudkan blog beliau sendiri.

Diharap semua rakan boleh memberikan komen dan berinteraksi agar Budaya Informasi ini dapat kita perluaskan dan tanamkan minat membaca...

http://shamanuar.blogspot.com/

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...