Friday, February 13, 2009

Polis halang Demo Depan rumah Karpal

Berita terbaru di Pulau Pinang.

Polis telah mendapat maklumat yang mana Pemuda Pulau Pinang akan mengadakan demontrasi di depan rumah Karpal.

Sebanyak 6 buah Bas dan 60 bijik motor telah di tahan dari memasuki jalan utama ke Rumah Karpal.

Seramai 500 Pemuda UMNO telah lepas dan berkumpul di tempat letak kereta berdekatan dengan rumah Karpal.

Tetapi beratus PRU telah berkumpul untuk mengagalkan demontrasi itu.

Keadaan menjadi kecoh apabila Zaidi menggunakan pembesar suara didalam ucapan semangat. Pihak Polis telah mengeluarkan arahan RAMPAS sepanduk dan pembesar suara.

Keadaan ini menjadi kecoh lagi apabila seorang angota polis yang mengeluarkan kata-kata "hanpa ni orang Melayu Bodoh" dan mengakibatkan KP-KP Pulau Pinang naik berang.

Desakan mesti dibuat oleh semua lapisan Melayu agar perkara menghina Raja/Sultan ini tidak berlaku lagi.

Turut berada disitu Dato Seri Khir Toyo.
Khir, KP Permatang Pauh, KP Tasek Gelugor dan KP Kulim Bandar Baru telah menaiki kereta untuk bersurai tetapi pihak Polis telah membawa kenderaan mereka ke Balai Polis untuk diambil tindakan.

Ingatan mesti dibuat, ayuh kita berkumpul di PWTC pada 19 Hb Mac 2009 ini jam 9.00pm dan kita tunjukkan kepada orang-orang bangsa lain terutama si Karpal ni, jangan di usik Raja/Sultan Melayu!.

Apa yang berlaku di Pulau Pinan dan Wilayah Persekutuan menunjukkan kematangan kita membela maruah kesultanan Melayu dan ianya mesti dibuat secara berterusan agar menghinaan seperti ini tidak berlaku lagi.

DAULAT TUANKU... DAULAT TUANKU... DAULAT TUANKU ...

Tuesday, February 10, 2009

Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku.

Karpal singh merupakan manusia yang paling KURANG AJAR di Malaysia. Banyak kenyataan beliau menunjukkan kebiadaban beliau terhadap orang Melayu.

Sebelum ini, manusia pendatang ini telah melemparkan kata-kata menghina Islam dan juga orang Melayu, beliau pernah menyatakan "Langkah mayat saya dahulu sekiranya mahu menjadikan Islam sebagai Agama Rasmi" dan sekarang beliau sekali lagi menghina kedaulatan Tanah Melayu dengan menyatakan pendirian beliau untuk menyaman Sultan.

Tindakan Manusia Pendatang ini telah menambahkan tekanan dan merenggangkan hubungan kaum didalam Malaysia.

Manusia seperti inilah yang menyebabkan Tanah Melayu terhakis kemelayuannya dan beliau juga merupakan manusia yang menghakis tetaatan rakyat Malaysia Terhadap Sultan.

Parti Keadilan yang memperjuangkan Keadilan telah menunjukkan langkah-langkah kearah membuang institusi DiRaja.

Keadilan untuk semua bermaksud sesiapa saja boleh menjadi pemerintah kepada Tanah Melayu. Sesiapa sahaja tidak kita kaum boleh menjadi orang no 1 di Tanah Melayu.

Disebabkan perjuangan inilah, Anwar dan Nizar telah bermain api, Karpal pula telah menjadi bahan cetusan agar orang Melayu hilang akal sehinggakan akan berbuat kacau bilau.

Peoples Power akan digunakan untuk menjatuhkan kerajaan Beraja dan sekali gus akan membolehkan beliau menjadi Presiden Pertama Malaysia.

Melayu diingatkan agar lebih peka kepada sejarah dan tidak mungkin Melayu akan berkuasa selamanya sekiranya ideologi untuk memperjuangkan Keadilan.

Orang Melayu tidak pernah menekan bangsa lain dan sering memberi kesamarataan kepada kaum yang lain. Kaum lain boleh berniaga dan hidup aman di Malaysia sebagai warga negara.

Dan UMNO tidak pernah megambil hak kaum lain, malahan UMNO telah banyak memberi.

Orang Melayu di harap dapat bersama-sama menjaga Institusi Beraja ini dengan sebaiknya, jagalah ianya selagi ada, ini merupakan benteng terakhir orang Melayu dan merupakan lambang Malaysia adalah Tanah Melayu.

Thursday, February 05, 2009

Hadiah kepada Sultan .. Sempena Jubli Perak..

Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !

5.00pm
MB Perak tidak mahu meletakkan jawatan. Beliau mengajak rakyat perak untuk meyokong Beliau.

"Jangan kita menjadi seorang yang tidak hormat kepada Sultan, sekiranya rakyat bersama beliau, maksudnya rakyat ini sudah tidak menghormati Sultan"

MB Perak ni memang sudah tidak peduli kepada ketua Agama Islam di Negeri Perak, semenjak beliau memerintah lagi habis kepentingan Melayu dirompaknya.

4.30pm ..
Tahniah dan syabas kepada rakyat Perak.

Kerajaan BN telah memberikan hadiah yang tidak ternilai apabila kita kini menghampiri untuk membina sebuah kerajaan Perak yang Pro Melayu.

Kerajaan terdahulu dilihat tidak memberikan tumpuan kepada kebajikan orang-orang Melayu sehingga Sultan Azlan memberikan amaran didalam beberapa ucapan.

Walau apapun, selama 11 bulan kerajaan PR memerintah Perak, telah banyak hasil bumi dan hak orang Melayu telah di rompak oleh bangsa pendatang.

Semua yang telah terjadi ini seharusnya dijadikan landasan kepada orang-orang Melayu, dan sekiranya kita masih lagi tidak sedar, akan banyak lagi kepentingan orang Melayu akan di rompak.

Marilah kira berdoa agar negeri-negeri lain dapat kembali kepada pangkuan BN. Insyallah

KENYATAAN MEDIA PEJABAT DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

"Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM
Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...