Wednesday, August 26, 2009

Pakatan Rasuah.

Sudah terbukti mana perginya duit wakil rakyat yang diperuntukan kepada wakil rakyat pembangkang dibelanjakan.

Bukti daripada Beng Hock yang menunjukkan beliau memohon dan meluluskan peruntukkan Wakil Rakyat, ia menunjukkan peruntukkan ini digunakan untuk kepentingan mereka, bukanya dibelanjakan untuk Rakyat dikawasan yang mereka wakili.

Oleh sebab itulah kita melihat tidak ada tempat yang diwakili mereka dibuat pembanggunan malah program pun amat sedikit dan sesetengah kawasan langsung tidak ada program.

Monday, August 24, 2009

Selamat Berpuasa.

Sudah lama rasanya tidak menulis, ini semua akibat dari kesibukkan menulis didalam Facebook. Applikasi Social Network ini dikatakan akan menengelamkan peranan sedikit sebanyak laman blog. Apapun Blog lebih sesuai dibaca dan kekal manakala facebook pula berinterasi secara terus.

Saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di Malaysia dan juga di merata dunia, semoga Agama kita akan lebih di angkat martabatnya di setiap mata dan hati manusia di dunia.

Setiap umat islam mempunyai peranan dan tanggunjawab menjaga kesucian agama, segala tindak tanduk dan kata-kata dikeluarkan merupakan imeg kepada agama islam, lebih-lebih lagi kepada mereka yang digelar pak imam, tok guru, ulama dan lain-lain.

Jesteru itu, marilah kita berdoa agar semua yang diberi amanah dan diberikan kepercayaan untuk menjaga kesucian agama kita benar-benar menggunakan kebijaksanaan mereka tanpa dipengaruh oleh niat kepentingan kumpulan atau peribadi mereka.

Selamat Berpuasa dan semoga semua ibadah diberikan ganjaran yang setimpal. Insyallah

Saturday, August 15, 2009

Perlancaran Perkasa Wilayah Persekutuan.

Semua Melayu Di Wilayah Persekutuan dijemput untuk hadir ke majlis perlancaran Perkasa Wp. Pada :
18 hb ogos 2009,
Jam 8.30pm
Di pusat belia antarabangsa,
Bandar tun Razak. Berhadapan dengan HUKM

Monday, August 03, 2009

Pertandingan Bolasepak 9 Sebelah

Dirasmilkan oleh Saudara Hisyamuddin Yahya(Yeop)

Tahniah saya ucapkan kepada saudara Sulaiman dan Ajib serta semua ajk Pemuda UMNO bahagian kerana telah berjaya mnganjurkan pertandingan bolasepak tertutup Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

Pada waktu yang sama, jiran kita, Parlimen Bandar Tun Razak juga menganjurkan pertandingan yang sama, tetapi berbeza kerana ianya dianjurkan oleh PKR dengan kerjasama Ahli Parlimen BTR.

Saya menguncapkan Tahniah juga kepada anak-anak muda Seputeh kerana memilih untuk menyertai pertandingan ini, walaupun di BTR mereka menawarkan hadiah sebanyak RM3000 tetapi anda semua bukan melihat kepada nilai hadiah.

Banyak pasukan yang menyertai pertandinga di BTR merupakan kumpulan dari kaum India, dan mereka gagal mensasarkan sebanyak 64 pasukan seperti yang mereka war-warkan, hanya 32 pasukan yang menyertainya, dan ternyata ianya gagal.

Kita mesti tahu yang PKR memalui pemimpin Melayu didalamnya telah menjadikan orang Melayu berpecah dan mereka tidak segan silu untuk menjual kepentingan kita didalam mendapatkan kuasa.

Ini terjadi juga dengan PAS, dimana mereka sanggup bersekongkol dengan DAP untuk mendapatkan Kuasa, walaupun mereka tahu yang kuasa mutlak tidak akan diperolehi oleh kaum Melayu/Islam, dan mereka mengambil kesempatan untuk individu tertentu yang mendapat tempat didalam Kerajaan Negeri.
Majlis Penyampai hadian disempurnakan oleh En Azizan Supol kepada
Kementerian Perusahaan Dalam Negeri dan Koperasi


Orang Melayu patut sedar, kita boleh mewujudkan kerajaan Melayu di Kedah dan juga Selangor, dan ini memerlukan penyatuan diantara Parti Pas dan BN. Inilah baru boleh dikatakan orang ISLAM memerintah. Tetapi apa yang mereka mainkan, hanya berjuangan untuk beberapa ADUN yang telah diberi kuasa tetapi hakikatnya menjadi patung yang boleh di tolak dan diperlakukan seperti pelacur bangsa.

Pelacur bangsa inilah yang telah banyak mengadai maruah Bangsa dan telah memperalatkan bangsa kita hanya untuk kepentingan bangsa lain. Seperti baru-baru ini, orang Cina dan India lah yang mahukan ISA dihapuskan, tetapi Pelacur Bangsa ini melalui PR telah menggunakan pengaruh mereka mendesak dan memberikan imbuhan untuk mengumpulkan seberapa ramai Melayu untuk berdemontrasi.

Dimanakah kaum lain? mereka duduk rumah, cari duit dan cari harta. Siapa yang Rugi?

Sedarlah wahai bangsa MELAYU.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...