Monday, September 14, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya.


Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut hari Raya Aidil
Fitri kepada semua Muslimin dan Muslimat terutama Ahli-ahli UMNO
Seputeh.

Jadikanlah bulan SYAWAL ini untuk kita menyusun sepuluh jari dengan
ikhlas untuk merapatkan persahabatan kita sebagai seorang ISLAM.

Jangan lah kita menjadikan ego kita menghalang dari kita berbaik-baik
dengan musuh kita, sekiranya kita masih lagi memikirkan kepentingan
kelompok kecil lebih dari kepentingan masyarakat setempat, percayalah
tidak akan mendapat kebaikkan daripada setiap tindakan kita, kerana
ianya akan menjadikan kita orang yang berkepentingan.

Politik merupakan sokongan dan kepercayaan, dan kepercayaan merupakan
satu kaedah untuk memastikan kita tidak di tikam dari belakang. Ini
asam garam politik, akan tetapi ianya tidak akan menghalanag kita dari
berbuat kebaikkan dan berusaha kearah penyatuan yang menyeluruh
dikalangan kita di SEPUTEH.

Setiap pergerakkan kita akan diperhatikan oleh Masyarakat setempat,
dan di masa akan datang merekalah yang lebih berkuasa untuk memilih
pucuk pimpinan, dan saya amat menyokong cadangan ini, kerana ianya
akan kembali kepada ASAS KEPIMPINAN yang mana, pemimpin yang berjiwa
rakyat sahaja akan dipilih. Insyallah.

HAYATILAH bulan kemaafan ini dan manfaatkanlah segala peluang yang ada
untuk kita merapatkan tali persaudaraan diantara kita, IKHLASKANLAH
hati kita untuk mendekati musuh kita, insyalllah akan terpancar
didalam hati mereka melihat kebaikan dari kita.

Kepada sahabat-sahabat yang pulang ke kampung, jenguk-jenguklah kubur
nenek dan atuk serta ahli keluarga, sedekahlah FATIHA. Berhati-hati di
jalan raya dan ingat anak bini semasa membawa kereta, jauhkan sikap
panas baran kita.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Ikhlas dari,

Mohd Razlan serta keluarga.

Wednesday, September 09, 2009

Program JOM KACAU DODOL.



Pemuda UMNO Bahagian Seputeh akan menganjurkan program JOM KACAU DODOL pada 10 September 2009, jam 3.00pm di Blok 1 KEP, Kuchai Lama.

Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian bersama dengan Biro Pendaftaran Keahlian Pemuda Bahagian.

Dodol merupakan kuih tradisi turun temurun bangsa Melayu dan program ini adalah untuk memberikan pengetahuan kepada generasi muda bandar bagaimana untuk membuat dodol.

Selain dari itu, untuk menyiapkan dodol, semangat gotong royong mesti ada agar dodol masak dengan baik. Sekiranya dodol tidak di kacau setiap masa, kuih ini tidak akan masak sempurna.

Program ini dijangkakan akan tamat pada jam 10.00pm dan akan disempurnakan oleh Saudara Hishamuddin Yahya (Exco PPUM) dan Ketua Bahagian Seputeh bersama dengan Ketua Pemuda Bahagian.

Monday, September 07, 2009

PKR Selangor Tipu Orang Miskin.

Semakin hari semakin terbuka cerita macam-macam perihalnya pentadbiran Pembangkang di Negeri Selangor.

Golongan miskin yang seharusnya diberikan pembelaan oleh mana-mana kerajaan yang memerintah telah di ketepikan oleh kerajaan PKR di Selangor.

Oleh disebabkan janji-janji Pilihanraya yang lepas, dan untuk melihatkan Kerajaan PKR dapat menunaikan janji mereka, mereka melaksanakan hanya untuk di paparkan di dada akhbar dan mendapat publisiti murahan, tetapi hakikatnya, janji yang ditunaikan hanya untuk rekod, bukan untuk menyelesaikan masalah sebenar rakyat.

Hari ini, kerajaan persekutuan meminta kerajaan PKR Pembangkang mengkaji kembali subsidi air yang diberikan kerana orang MISKIN tidak mendapat faedah daripadanya.

Rakyat MISKIN yang kebanyakkan tinggal di rumah pangsa dan setingan tidak dapat menikmati subsidi ini. Pada masa yang sama mereka telah dibebani dengan cadangan kenaikkan harga sewa daripada RM120 kepada RM250 setiap bulan.

Janganlah ditindas lagi golongan miskin kerana mereka adalah golongan yang amat memerlukan bantuan dan kita seharusnya meneruskan aktiviti ekonomi yang effisien kerana ianya secara keseluruhan akan menaikkan ekonomi per kapita setiap isi rumah.

Sunday, September 06, 2009

Semangat API Perkauman Semakin Membara.

Sudah sekian lama kita menikmati keamanan hidup di keliling dengan pelbagai bangsa dan budaya bangsa yang berlainan, hari ini bibit api perkauman semakin membara akibat dari pihak yang tidak bertanggunjawab memainkan isu ini atas kepentingan sesebuah parti politik.

Politik Anwar Ibrahim yang mana kita tahu beliau tidak akan diterima oleh Bangsa Melayu, sering kali menggunkan dan menjual keistimewaan yang tidak dipikirkan oleh bangsa lain untuk memperolehinya akibat dari tamak mendapatkan sokongan.

Terbaru, kejadian yang berlaku di Seksyen 23, yang mana melihatkan bangsa India sudah boleh mempertikaikan azan yang mereka dengar 5 kali setiap hari dan mereka meminta apakah sanggat sekiranya kuil ini di bina di sana.

Persoalanya, bukan Islam mahu menindas kaum lain dari membina rumah agama mereka, tetapi, kita perlu melihat kesusaian tempat dan juga sensitiviti kaum lain disekeliling.

Kerajaan BN telah membina tapak kuil di Seksyen 18 sebelum kerajaan PKR mengambil alih Selangor, tetapi, Rakyat yang telah termakan janji PKR yang mana akan memaksa diwujudkan Kuil di sekseyen 23 walaupun mendapat tentangan dari orang Islam disana. Itu lah janji kerjaan PKR.

Kerajaan BN tidak akan sama sekali memainkan isu AGAMA untuk menarik undi, sudah lama rakyat hidup aman damai, sudah lama kita menikmati rezeki yang melimpah ruah di bumi Malaysia sehinggakan bangsa lain lebih dari bangsa Melayu.

Adakah Rakyat di Malaysia tidak terhidu apakah akibatnya sekiranya kita memainkan isu perkaumman? Adakah kita lupa, Merdekanya Malaysia tanpa pertumpahan darah dan jangan sesekali kita bermain api bersama dengan pihak Pembangkang dan akhirnya darah saudara Semelaysia kita jatuh ke bumi bertuah ini. !!

Kita sudah lama memberikan kemudahan kepada bangsa lain untuk mendirikan rumah agama dan selama ini rakyat Malaysia telah hidup tanpa rasa tidak selesa dari sudut perbezaan agama dan bangsa.

Estrimis HINDU seperti HINDRAF yang sering membakar api perkauman di kalangan kaum india patut dikenakan tindakan. Permainan Teresak kok yang sering mengusik keistimewaan orang islam seperti kes Azan perlu di beri perhatian, Bahasa Malaysia dan juga permainan kaum CINA di Pulau pinang sehinggakan papan tanda bahasa di gunakan untuk semua bahasa seharusnya di pantau dan diberi amaran keras.

Sudah masanya Perlembangaan di junjung dan dinobatkan dan di praktikan, kegagalan pihak kerajaan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat UMUM tentang Perlembagaan telah menyebabkan rakyat sering kali termakan cakap mereka-mereka yang mengambil peluang demi untuk kepentingan individu/parti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...