Sunday, January 31, 2010

Tahniah Datuk Ketua Bahagian

Kami di Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh,

Mengucapkan Tahniah kepada Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusof, Ketua Bahagian UMNO Seputeh, kerana dikurniakan
Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW).

Sempena hari Wilayah yang ke 36 Tahun.

Friday, January 29, 2010

Mahasiswa harus Matang !

Minggu lepas menyaksikan pemilihan Kampus telah berlangsung di IPTA-IPTA di seluruh negara, Pihak Kampus telah memilih untuk melaksanakan permilihan secara Elektronik.

Undian secara Elektronik telah dibantah oleh Pro-Mahasiswa, pemikiran Negatif dan Tidak Percaya telah menyelubungi Pelajar Kampus yang sepatutnya menerima kemajuan dan berpikiran terbuka dan matang.

Oleh itu, beberapa siri bantahan telah dilakukan dan perarakan di Kampus telah diadakan akibat dari kekalahan Pro-Mahasiswa di Universiti Malaya.

Sekiranya model pemikiran yang ada di Mahasiswa ini benar dan nyata, pihak pembangkang telah berjaya mendoktrin pemikiran pelajar ini untuk berfikir secara Negatif sepanjang hidup mereka.

Pemikiran Negatif pelajar-pelajar ini akan mengakibatkan Negara Malaysia dibanjiri oleh mereka yang menolak kemajuan dan akan wujudnya Mahasiswa yang tidak Percaya kepada sistem yang diperkenalkan dan ini akan membantutkan kemajuan yang sepatutnya dipancu oleh mereka pada masa akan datang.

Mahasiswa seharusnya lebih cerdik daripada membuat keputusan untuk menolak sistem e-undi. Cara dan pendekatan untuk monitor dan mengawal selia cara undian ini seharusnya diperdebatkan dan ditambah baikkan daripada kita menolak terus sistem ini.

Mereka seharusnya mempunyai daya juang yang tinggi didalam memikirkan cara berlawan dengan menggunakan ILMIAH, bukannya berlawan dengan mengunakan emosi dan berdemontrasi.

Monday, January 25, 2010

PAS Mesti bertanggunjawab.

Kalau orang Melayu tidak tahu untuk menghormati Raja Melayu, jangan kita nak salahkan bangsa lain yang tidak hormat Raja Melayu.

Tindakan Bloggers PAS yang menghina Keluarga Diraja Johor dengan melontarkan kata-kata yang kesat dan hina semasa menulis kisah kemangkatan Sultan johor seharusnya di ambil tindakan oleh pihak PAS.

Parti PAS seperti biasa akan megambil jalan selamat untuk menolak untuk mengaku yang bloggers ini adalah blogers PAS.

Tetapi pelayar yang tegar mengikuti kisah-kisah politik amat kenal akan penulisan beliau yang menjadi balaci PAS untuk meletakkan sindrom tidak percaya kepada BN.

Terguris hati ini juga apabila terdapat ada bangsa selain melayu yang menghina kemangkatan Sultan Johor.



Parti PAS seharusnya mengenakan tindakan kepada Penulis ini agar menunjukkan mereka tidak bersetuju dengan Beliau, berdiam diri merupakan satu tindakan SETUJU akan tindakan bloggers ini menghina kemangkatan Sultan Johor !!

Friday, January 22, 2010

Sultan Johor Mangkat.

TERKINI : 25HB JANUARI 2010, PENULIS ADUKA TARUNA TELAH MENYERAH DIRI, BELIAU MESTI DIKENAKAN TINDAKAN DAN DIHARAP SATU HUKUMAN YANG SETIMPAL DIKENAKAN AKIBAT DARIPADA PENULISAN YANG KURANG AJAR ITU.

POLIS ATAU MAHKAMAH MESTI BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN, JANGAN NANTI MELEPASKAN BELIAU BEGITU SAHAJA SEPERTI BLOGERS RAJA PETRA.


Takziah kepada seluruh keluarga Sultan Johor. Baginda telah mangkat pada jam 7.30 malam. Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Dalam masa seluruh rakyat jelata menatap kesedihan diatas kemangkatan Sultan Johor, PAS telah derhaka dan telah mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar dan derhaka.

Laman web PAS ini telah menghina dan mengkeji keluarga Baginda Sultan dan seluruh rakyat.


http://adukataruna.blogspot.com/2010/01/dah-mampos-buat-cara-mampos-la.html


Pihak berkuasa seharusnya mencari dan mengenakan tindakan kepada Webmaster blogs ini kerana menghina kerabat diraja.

Wednesday, January 06, 2010

Watikah Sokongan

WATIKAH SOKONGAN

KEPADA

Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong

Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum

Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj


Watikah sokongan dan Memorandum dirangka bagi menyatakan pendirian dan pandangan patek serta sokongan rakyat kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong .

Ianya dirangka bagi pihak majoriti umat Islam Malaysia dan dikemukakan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France).

Kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong supaya Duli Yang Maha Mulia Tuanku, selaku Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya dan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja-Raja iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak supaya dapat dibawa kepada perkara mengenai penggunaan kalimah Allah dikalangan bukan Islam bagi merujuk kepada ganti kata nama Tuhan, ke persidangan Majlis Raja-Raja serta mengeluarkan satu titah didalam Majlis Raja-Raja mengenai pengunaan kata khas yang merujuk kepada kerpecayaan dan amalan agama Islam di Malaysia.

1. Untuk makluman Duli Yang MAha Mulia Tuanku, baru-baru ini rakyat Malaysia, terutamanya yang beragama Islam, telah dikejutkan oleh satu keputusan Mahkamah yang dibuat oleh Yang Arif Datuk Lau Bee Lan, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, yang membenarkan penggunaan kalimah Allah sebagai kata ganti nama Tuhan dalam satu permohonan semakan kehakiman (judicial review) yang difailkan oleh Paderi Roman Katholik di Kuala Lumpur, Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam, ke atas keputusan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia yang melarang akhbar the Herald dari menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya.

2. Fakta kes secara ringkasnya adalah seperti berikut:-

a) Pada 18 Mac 2009, Paderi Roman Katholik di Kuala Lumpur, Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam, menfailkan satu permohonan semakan kehakiman (judicial review) ke atas keputusan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia yang melarang akhbar the Herald dari menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya.

b) Pada 31 Disember 2009, Yang Arif Datuk Lau Bee Lan, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur memutuskan membenarkan saman Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam dan memutuskan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald adalah keputusan yang tidak sah , terbatal dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan

3. Semenjak dari tarikh itu, banyak persoalan dan pendapat yang berbeza-beza mengenai keputusan tersebut. Terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam di Malaysia. Ada diantara para ulama mempersoalkan keputusan tersebut dan ada yang berpendapat bahawa penggunaan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan bagi yang bukan Islam dibolehkan.

4. Ini telah menimbulkan kekeliruan dikalangan penganut Islam di Malaysia serta berkemungkinan akan dipergunakan oleh mana-mana pihak yang boleh menjejaskan kenteteraman awam dan dan keharmonian diantara kaum.

5. Persoalan juga ditimbulkan pada NIAT Penerbitan akhbar The Herald dalam menggunakan kalimah Allah sebagai kata ganti nama Tuhan didalam akhbarnya dan tindakan Paderi Roman Katholik Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam yang menfailkan satu permohonan semakan kehakiman (judicial review) ke atas keputusan Menteri Dalam Negeri yang melarang akhbar the Herald dari menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya.

6. Di sini, kami tidak ingin mempertikaikan serta mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Yang Arif Datuk Lau Bee Lan, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang mendengar permohonan semakan kehakiman tersebut. Ini adalah kerana sebarang keputusan Yang Arif Hakim masih boleh dirayu.

7. Apa yang ingin dikemukakan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku adalah kesan daripada keputusan Yang Arif Hakim tersebut. Sehingga kini terdapat bermacam-macam pendapat dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak, sama ada individu atau organisasi yang berteraskan Islam ataupun tidak, serta daripada pemimpin-pemimpin parti politik, yang mana jika berlarutan, ianya berkemungkinan akan mencetuskan perbalahan agama serta menggugat ketenteraman awam.

8. Niat dan tujuan Paderi Roman Katholik Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam yang menfailkan satu permohonan semakan kehakiman tanpa memikirkan implikasi yang akan timbul. Ini adalah kerana selama ini penganut Kristian menggunakan perkataan “Almighty”-Yang maha Esa dan “God”-Tuhan, bagi merujuk kepada Tuhan mereka.

9. Kekurangan pada Perlembagaan Persekutuan, terutamanya Fasal 4, 11 dan 12 dalam menjamin amalan agama Islam di Malaysia.

10. Oleh yang demikian, kami dengan ini memohon dan merayu kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar:-

a) mengeluarkan satu Titah melalui Pemegang Mohor Besar Raja-Raja yang menetapkan pendirian Duli Yang Maha Mulia Tuanku selaku Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya dan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja-Raja iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak agar kekeliruan mengenai perkara ini dapat dihentikan;

b) membawa perkara ini didalam Persidangan Majlis Raja-Raja bagi menarik balik gelaran Paderi Roman Katholik Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam atas tindakan tidak bertanggungjawab beliau; dan

c) Majlis Raja-Raja mengeluarkan satu titah berkenaan pindaan Perlembagaan Persekutuan terutamanya Fasal 4, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan dalam menjamin amalan agama Islam di Malaysia, sebagai contoh penambahan pada Fasal 11 (4) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan Fasal 11 (4) (a) “pengunaan kata khas dan amalan yang merujuk kepada kerpecayaan dan amalan agama Islam di Malaysia tidak boleh digunakan oleh sesuatu agama yang lain sama ada dalam penyebaran, pengajaran, apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama itu.”

Sekitar Bantahan terhadap Herald - Isu Penggunaan Nama Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...