Monday, February 22, 2010

Kunjung hormat ke Kementerian Pengajian Tinggi.


22hb Feb 2010 - AJK Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh telah berkunjung ke Kementerian Pengajian Tinggi. Lawatan ini bertujuan untuk berjumpa dengan Setiausaha Politik kepada YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Saudara Khairi Malik, bag bertukar pandangan dan mendapatkan maklumat tentang usul yang telah kami bentangkan pada tahun lepas.

Pada mesyuarat Pemuda tahun lepas, Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh telah mengusulkan topik yang berkaitan dengan Kementerian ini dan ianya telah mendapat kelulusan dan dilaksanakan sebagai dasar kerajaan.

Usul untuk menukar Pinjaman PTPTN kepada Biasiswa kepada yang cemerlang telah diterima dan diluluskan pada Perbentangan Belanjawan tahun lepas oleh YAB Perdana Menteri, dalam masa yang sama juga usul kami berkaitan dengan peranan IPTA dan IPTS untuk melahirkan generasi ilmuan yang berkualiti.

Menurut Saudara Khairi Malik, satu agensi (IKAPT) yang dibawah Kementerian merupakan agensi yang bertanggunjawab tentang melihat kualiti silibus yang diajar didalam IPTS/A dan ianya adalah untuk menjamin graduan yang dilahirkan nanti adalah yang berkualiti.

Berkenaan dengan pembanjiran pelajar asing di negara ini dan juga penyalahan gunapakai pas pelajar oleh pelajar asing. Pihak Kementerian melaporkan terdapat 4% kes pelajar asing yang salahguna pas pelajar dan ianya merupakan jumlah yang kecil, walau bagaimanapun, Kementerian mengambil serius terhadap perkara ini dan akan mengambil tindakan kepada mana-mana IPTA/S yang didapati tidak memantau pelajar mereka.

Hasil daripada perjumpaan ini, Biro Pelajaran/IPT Pemuda Bahagian Seputeh telah diamanahkan untuk membantu anak-anak Seputeh yang cemerlang untuk mendapatkan tempat yang sesuai di IPTA/S, dan pihak Kementerian akan membantu mereka yang layak.

Pemuda Seputeh juga akan memainkan peranan yang penting untuk memantau pergerakkan IPTS didalam Wilayah agar mereka ini sering mengikut dan menjalankan aktiviti pengajian tinggi tanpa menyekat pergerakkan mereka-mereka yang beragama islam.
Sementara menunggu masa ke KPT, AJK Pemuda UMNO Bahagian Seputeh berkunjung ke Kementerian Belian dan Sukan, Pejabat Timbalan Menteri yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Dato Razali Ibrahim. Bergambar bersama kami, Saudara OYA.

Sunday, February 21, 2010

Percepat hukuman Kartika

Pihak kerajaan seharusnya mempercepatkan hukuman Kartika supaya banyak kekeliruan dan kecelaruan sehinggakan membuka kepada isu ini dipermainkan oleh pihak-pihak yang tidak paham tentang hukum syariah.

Terbaru pihak Sister in Islam(SIS) yang mengeluarkan kenyataan membantah hukuman sebat dan meminta pihak kerajaan melihat perlembagaan yang menyatakan hukuman sebab tidak boleh dilakukan terhadap wanita menambahkan kekusutan kepada masyarakat.

Pihak SIS yang menggunakan nama Islam seharusnya menjadikan hukum syariah sebagai landasan dan bukan bersandarkan perlembagaan ataupun undang-undang sivil yang lain.

Kes wanita islam dihukum sebat bukannya pertama kali di jalankan, sebelum ini, 3 orang telah menjalani hukuman ini dan ianya mendapat reaksi yang baik daripada mereka yang dikenakan hukuman.

Oleh itu, kenapa perlu kita melewatkan hukuman terhadap Kartika ? Tidak ada alasan untuk Kerajaan Malaysia melewatkan dan memberi ruang kepada mereka yang tidak bertanggunjawab untuk menggunakan isu ini demi tujuan politik.

Wednesday, February 17, 2010

Autralia negara HOMOSEKSUAL.


Sebagai sebuah negara yang berdaulat, Malaysia seharusnya di layan dan dihormati oleh Dunia baik dari segi perundangan dan juga pentakbiran sebuah negara yang merdeka.

Tindakan 50 Ahli Parlimen Australia yang menghantar Memorandum kepada kerajaan Malaysia untuk mencampuri urusan dalaman Negara menunjukkan Negara Australia telah mencerobohi dan menyeberangi batasan sebuah negara yang Merdeka.

Australi merupakan sebuah negara yang menghalalkan main belakang dan diantara 50 MP ini, mereka telah menang hasil daripada memperjuangkan golongan homoseksual.

Budaya yang ada di Negara itu tidak seharusnya dibenarkan menular di negara ini, dan tidak semestiknya baik di pandangan negara mereka, baik di Malaysia.

Kita diberi pilihan untuk memilih kawan, dan sering kali melihat siapakah kawan kita, tidak salahlah Anwar Ibrahim memilih kawan 50 MP Australia dan mereka sememangnya mempunyai pendapat dan pandangan yang sama, cuma kita berharap agar budaya negatif ini tidak akan masuk di negara kita dengan kebebasan undang-undang, takut nanti Malaysia dilaknat oleh Allah S.w.t.

Sebuah negara yang berdaulat juga tidak seharusnya melayan dan menjawab kepada mereka yang tidak tahu menghormati kita sebagai negara berdaulat, seharusnya negrar-negara lain juga mengutuk akan tindakan Ahli Parlimen Australian ini.

AUSTRALIA .. MIND YOUR OWN BUSINESS... tq

Tuesday, February 09, 2010

Malaysia yang di Rahmati.

9 hb Feb 2009 - Peristiwa Mahkamah memutuskan untuk mengekalkan kuasa Kerajaan Perak kepada Dr Zambry merupakan satu rahmat yang tidak dapat kita lupakan, terutama rakyat Perak.

Keputusan ini merupakan satu keputusan yang menjaga nama baik Tuanku Sultan Perak dan seterusnya telah menjaga maruah orang Melayu yang selama ini telah bernaung di bawah Panji-panji Tuanku.

Hari ini juga, Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir secara terbuka memuji dan mengakui Dato Sri Najib telah melakukan pemerintahan yang disukai oleh Rakyat.

Ini semua berkat dari usaha dan berkat kesabaran yang telah ditunjukkan oleh semua ahli parti politik BN dan juga pemimpin Islam yang sayangkan Malaysia.

Semoga hari esok akan membawa lebih keberkatan untuk mu Malaysia.

Alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...