Friday, May 28, 2010

Pemuda Raikan Pelajar Cemerlang 2009


Jumaat, 28 Mei 2010 - Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bersama dengan Yayasan Wilayah Persekutuan telah menganjurkan program meraikan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan yang dijalankan pada tahun 2009.

Seramai lebih 1200 orang hadir didalam majlis melibatkat seramai 312 orang Penerima Anugerah dan Ahli Pemuda dan Ibu bapa penerima.

Program yang dirasmikan oleh YBM Dato Raja Nong Chik(Timbalan Pengerusi Perhubungan WP) ini adalah yang pertama kali diadakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO WP. "Tahniah kepada pergerakan pemuda Wilayah Persekutuan kerana buat program sebesar ini, masa saya dan ketua-ketua Bahagian menjadi ketua pemuda, kami tidak pernah mengadakan program seperti ini, saya akan khabarkan dan ceritakan kepada ketua-ketua bahagian yang lain" - kata Raja Nong Chik.

"Kejayaan ini amat bermakna kerana ia dihasilkan dalam persekitaran sosio-budaya yang amat mencabar pada zaman ini. Saya katakan ”mencabar” kerana anak-anak kita hari ini terdedah kepada pelbagai tekanan seperti keruntuhan moral, elemen negatif dari internet, pujuk rayu rakan-rakan yang berniat jahat dan bermacam-macam lagi gejala sosial. Kejayaan anak tuan-tuan dan puan-puan sebenarnya mencerminkan kejayaan anda di dalam membimbing mereka dalam menyelusuri kehidupan yang penuh pancaroba ini." - Raja Nong Chik

Rizalman selaku Ketua Pemuda WP membuat ucapan pertama dan beliau menyentuh tentang usaha pemuda negeri untuk merapatkan diri dengan keluarga dan generasi muda masa kini dan akan datang. "Kami dari Pemuda UMNO WP mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak sehingga mendapat kemputusan cemerlang, kami di pergerakkan pemuda WP berkongsi kegemiraan ini" kata Rizalman.

"Yayasan Wilayah Persekutuan senantiasa memberi bantuan kepada Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan terima kasih kepada YBM Dato Raja kerana senantiasa memberi bantuan dan sokongan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan" - Dato Mohd Idris.
"Dari kiri : Mohd Razlan, Dato Idris, Yb Dato Raja Nong Chik, Rizalman dan Roslan"

"Kejayaan program ini merupakan usahasama dengan semua AJK Biro Unit Media Baru dan Pengajian Tinggi bersama dengan Jawatankuasa Kecil Yayasan Wilayah Persekutuan, saya bagi pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama AJK Biro dan Yayasan Wilayah Persekutuan kerana berkerja kuat dalam memastikan Program ini berjaya dijalankan.

Tahniah juga kepada ibubapa dan seluruh warga WP yang terlibat didalam memastikan kejayaan anak-anak ini, kita seharusnya bershukur kerana anak-anak ini telah mendapat kemudahan pelajaran yang cukup baik dari kerajaan dan para guru yang bijak pandai sehinggakan anak-anak ini berjaya didalam pelajaran mereka.

Harapan kami adalah melihat kejayaan ini bukan habis disini dan kejayaan ini mestilah berulang didalam sejarah anak-anak kita dan akhirnya menjadi insan yang berguna pada agama, negara dan orang tua.

Didalam melahirkan masyarakat yang berilmu dan berwawasan, semua pihak mesti memainkan peranan masing-masing dan insyallah akhirnya kita akan berjaya melahirkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak" - Mohd Razlan (Pengerusi Program Kecermerlangan Pendidikan)
Diantara Ketua-ketua sayap yang hadir....

Tulang belakang program, Diantara AJK Biro yang menjayakan program Anugerak Kecermerlangan Pendidikan

Monday, May 24, 2010

Bantahan terhadap Judi Bola - Memorandum kepada Dato Awang Adek




BANTAHAN TERHADAP JUDI BOLA - MEMBENARKAN A

SCOT SPORTS SDN BHD MENGGUNAKAN LESEN MENGAMBIL PERTARUHAN BAGI PERTANDINGAN

SUKAN BOLA SEPAK PIALA DUNIA.


Memorandum

Kepada Y.B. Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein.


Memorandum oleh

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh kepada Timbalan Menteri Kewangan pada 22 Mei 2010 di Taman Salak Jaya.

Y.B. Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein,

Timbalan Menteri Kewangan,

Kementerian Kewangan

Aras 11, Blok Tengah Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan 62592 Putrajaya

Y.B. Datuk,

Bantahan Terhadap Judi Bola - Membenarkan Ascot Sports Sdn Bhd Menggunakan Lesen Mengambil Pertaruhan Bagi Pertandingan Sukan Bola Sepak Piala Dunia.

Pengumum keputusan Kerajaan pada 6 Mei 2010 untuk membenarkan Ascot Sports Sdn Bhd menggunakan semula lesen mengambil pertaruhan bagi pertandingan sukan terutamanya bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan bermula pada 11 Jun 2010, telah menimbulkan pelbagai reaksi dan pandangan daripada rakyat Malaysia.

Sekalipun kita tahu bahawa hiburan dan permainan itu dibolehkan oleh Islam, tetapi ia juga mengharamkan setiap permainan yang dicampuri perjudian, iaitu permainan yang tidak luput dari untung-rugi yang dialami oleh si pemain. Sebagaimana sabda Nabi yang mengatakan:


Oleh kerana itu , tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat untuk menghibur diri dan mengisi waktu senang. Begitu juga tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat mencari wang dalam situasi apa pun.

Dalam bahasa yang lebih mudah, judi adalah satu pertaruhan maknanya seseorang mempertaruhkan sesuatu sama ada wang atau harta benda dengan harapan untuk mendapat habuan yang lebih banyak lagi namun risikonya ialah akan kehilangan wang atau harta benda yang dipertaruhkan. Dalam perjudian ini akan wujud pihak yang mendapat keuntungan dan akan ada pihak yang mengalami kerugian.

Dalam islam larangan ini ada terkandung suatu hikmah dan tujuan yang tinggi sekali iaitu:-

1. Hendaknya seorang muslim mengikuti sunnatullah dalam bekerja mencari wang, dan mencarinya dengan dimulai dari pendahuluan-pendahuluannya. Masukilah rumah dari pintu-pintunya; dan tunggulah hasil (musabbab) dari sebab-sebabnya.

Sedangkan judi di dalamnya termasuk undian dapat menjadikan manusia hanya bergantung kepada pembagian, sedekah dan angan-angan kosong; bukan bergantung kepada usaha, aktiviti dan menghargai cara-cara yang telah ditentukan Allah, serta perintah -perintahnya yang harus dituruti.

2. Islam menjadikan harta manusia sebagai barang berharga yang dilindungi. Oleh kerana itu tidak boleh diambilnya begitu saja, kecuali dengan cara tukar-menukar sebagai yang telah disyariatkan, atau dengan jalan hibah dan sedekah. Adapun mengambilnya dengan jalan judi, adalah termasuk makan harta orang lain dengan cara yang batin.

3. Perjudian itu dapat menimbulkan permusuhan dan pertentangan antara pemain-pemain itu sendiri. Bagaimanapun akan selalu ada pihak yang menang dan yang kalah, yang dirampas dan yang merampas. Sedang yang kalah apabila diam, maka diamnya itu penuh kebencian dan dendam.

4. Apabila berlakunya kerugian akan mendorong pihak yang kalah untuk mengulangi lagi, dengan beranggapan bahawa ulangan kali kedua itu dapat menutup kerugiannya yang pertama. Manakala yang menang, akan tertarik untuk mengulangi lagi. Kemenangannya yang sedikit itu mengajak untuk dapat lebih banyak. Sama sekali tidak ada keinginan untuk berhenti. Dan makin berkurang pendapatannya, makin dimabuk oleh kemenangan sehingga dia beralih dari kemegahan.

5. Apabila seseorang telah menjadikan judi sebagai hobi ia akan merosakan waktu dan aktiviti hidup hariannya. Ia menyebabkan si pemain-pemainnya menjadi manusia yang tamak, mengambil hak milik orang tetapi tidak mahu memberi, dan menghabiskan barang tetapi tidak dapat menghasilkan produk yang berkualiti.

6. Selain itu, pemain judi akan sibuk dengan permainan sehingga melupakan akan tanggungjawab terhadap keluarga dan kewajibannya kepada Tuhan.

Di sini dapat disimpulkan bahawa judi akan membawa banyak kesan buruk kepada masyarakat. Ini tidak terhad kepada orang Islam sahaja malahan kepada orang yang bukan beragama islam juga. Judi boleh meruntuhkan sistem kekeluargaan, sistem sosial masyarakat dan Negara. Dengan menyebabkan orang miskin bertambah miskin, yang kaya boleh menjadi miskin dengan sekelip mata. Apabila berlaku kekalah dalam judi banyak kegiatan jenayah, keganasan rumah tangga dan masalah hutang dengan ”ah long” akan berlaku. Dalam jangka masa panjang Negara akan menanggung kos sosial yang lebih tinggi.

Jika dilihat senario perjudian di Negara tercinta kita iaitu Malaysia, terdapat beberapa bentuk perjudian yang terkenal yang diterajui oleh kumpulan BERJAYA Corp. Berjaya Corp Berhad akan menjadi syarikat pertaruhan sukan bola sepak berlesen pertama di negara ini yang menguasai 70 Peratus (%) kepentingan dalam Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) dengan harga tunai RM525 juta. Di jangkakan Syarikat Vincent Tan iaitu Berjaya Corp Berhad meraih keuntungan selepas cukai terkumpul sekurang-kuranganya RM375 juta bagi tiga tahun pertama operasinya dengan purata keuntungan bersih kira-kira RM 125 juta setahun.

Pihak kami melahirkan perasaan bimbang dengan rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki oleh Kumpulan BERJAYA yang akan digunakan untuk tujuan yang sama semasa perlawanan bola sepak berlangsung nanti . Ini kerana Berjaya Corp Berhad mempunyai rangkaian yang besar dalam jualan Sport Toto Di seluruh Negara termasuk 4D Magnum.

Namum dalam masa yang sama, kami faham akan masalah atau dilema yang akan dihadapi oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah judi haram dan judi kecil –kecilan. Di anggarkan lebih 4000 pusat judi haram yang beroperasi di Selangor yang menyebabkan kerajaan kehilangan sumber pendapatan melalui cukai.

Pemberian lesen kepada Ascot Sports Sdn. Bhd dapat mengurangkan aktiviti pertaruhan haram di Malaysia yang dikatakan berlakunya pengaliran wang ke luar Negara melalui pertaruhan online kepada syrikat-syarikat perjudian luar Negara. Industri pertaruhan bola sepak membabitkan rakyat Malaysia sudah mencecah sehingga RM 20 bilion setahun.

Di ketahui juga bahawa kerajaan berhadapan dilema sekiranya skim pertaruhan sukan tidak dikawal selia oleh kerajaan sendiri. Ini kerana, banyak wang telah diraih oleh sindiket-sindiket perjudian haram yang dikuasai oleh kumpulan jenayah terancang atau lebih kita kenali sebagai kongsi gelap dan gangster. Dengan adanya wang yang banyak ini memudahkan mereka untuk membiayai kegiatan jenayah lain.

Kami sedia maklum bahawa Kerajaan sukar mengambil tindakan kerana permintaan atau demand terhadap pertaruhan sukan seperti bola sepak ini sangat besar pengaruhnya di Malaysia. Jika dihalang terus penggemar sukan ini akan mencari jalan lain untuk meneruskannya. Justeru kami percaya kerajaan telah mempunyai data-data dan berpendapat sudah tiba masanya industri judi haram ini disekat dan dikawal melalui saingan yang berada di bawah undang-undang kerajaan. Kami menaruh harapan dengan adanya syarikat judi sukan yang berlesen ini kerajaan dapat mengawasi urusan kewangan dan memastikan mereka juga tidak menggunakan dana pertaruhan yang besar ini untuk kegiatan berunsur jenayah lain termasuk merasuah ahli sukan.

Selain itu, kami dikhuatiri hasil judi haram menyebabkan kumpulan jenayah di negara ini semakin kuat dan menjadi-jadi, ini kerana mereka mempunyai peguam-peguam yang hebat dan mampu memberi rasuah yang besar bagi memastikan mereka terlepas dari undang-undang negara. Malahan terdapat sesetengah ahli-ahli politik yang dibiayai oleh sindiket-sindiket jenayah melalui kegiatan perjudian haram bagi menjaga kepentingan mereka. Kita juga dapat lihat muncul kumpulan-kumpulan hak asasi tertentu di negara ini yang begitu lantang bersuara dan bergitu berani menjaga kepentingan penjenayah dan memburukkan polis.

Kami mengharapkan Apabila kerajaan membenarkan pertaruhan untuk sukan ini bermakna kerajaan boleh mengawal industri perjudian dan memastikan ia tidak menjejaskan kehidupan rakyat terutama yang beragama islam. Kerajaan boleh mengawal kegiatan ini dari membabitkan golongan bawah umur, penganut agama Islam dan sebagainya.

Namun demikian sebagai orang beragama Islam, kami mahu jaminan kerajaan bahawa syarikat ini tidak akan mengambil sebarang pertaruhan dari kalangan orang yang beragama Islam. Kami juga mahukan jaminan bahawa lesen syarikat ini akan ditarik balik serta merta jika terdapat bukti mereka mengambil pertaruhan di kalangan orang yang beragama Islam. Selain itu, kerajaan sewajarnya menggunakan sebahagian cukai dari syarikat perjudian bagi mendidik pelajar dan remaja mengenai keburukan berjudi.

Kami mewakili rakyat yang beragama Islam di Negara ini meminta kerajaan mengenakan tindakan yang tegas kepada pemilik-pemilik syarikat judi yang menjual atau melibatkan rakyat yang beragama Islam tanpa memilih “kasih” atau “bulu” menjaga maruah agama yang tercinta.

Namun jaminan yang kami harapkan haruslah diikuti dengan pengenalan mekanisme bagi mengawasi bahawa syarat yang diletakkan oleh kerajaan dipatuhi oleh syarikat terbabit, bukan sekadar “janji dan omong kosong” untuk meredakan kemarahan rakyat yang beragama Islam.

Oleh ,

Mohd Razlan Muhammad Rafii (Ketua Pemuda UMNO Seputeh)

Bersama-sama dengan Jawatankuasa.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh

Kuala Lumpur.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...