Friday, June 18, 2010

Kenyataan Media - Kaji Semua Pengurangan Pinjaman IPTA dan MARA

BIRO PENGAJIAN TINGGI
PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN

KENYATAAN MEDIA
“PENGURANGAN BIASISWA JPA DAN MARA” - 15 JUN 2010

Asalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Pergerakkan Pemuda Wilayah Persekutuan mendesak agar kerajaan mengkaji semula Keputusan untuk mengurangkan Biasiswa JPA ke luar Negara.

Kita seharusnya menambah setiap tahun belanjawan untuk Pendidikan dan Pelajaran. Penambahan ini seharusnya dibuat dan dikaji setiap tahun kerana sudah menjadi lumrah akan ada penambahan pelajar dari segi penambahan penduduk.

Sekiranya kita terus menerus mengurangkan apa yang kita ada sekarang, kami khuatir akan datang semua kemudahan dan keistimewaan yang ada oleh orang Melayu akan hilang.

MARA juga telah mengubah dasar penajaan kepada memberi focus kepada pelajar yang mendapat tempat di Universiti yang tersohor sahaja. Walaupun dasar ini di ubah untuk memberikan lebih peluang kepada pelajar didalam Negara, tetapi asas perubahan dasar ini adalah kerana Pengurangan Belanjawan.

Kita juga seharusnya menjunjung Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan anak-anak Melayu dijaga keistimewaan dan diberikan kemudahan biasiswa sepatutnya.

Sekiranya kita berkerja keras dan focus kepada menjaga perkara 153, kita seharusnya mempunyai Perancangan Jangka Masa Panjang untuk memastikan ianya ditambah nilai setiap tahun, bukan dikurangkan setiap tahun.

Justeru itu, Kami Pemuda Wilayah Persekutuan BIRO Pengajian Tinggi, mendesak dengan keras penambahan semua Belanjawan kepada JPA dan MARA agar Perkara 153 dijaga dan terpelihara.


Yang Benar.


Mohd Razlan Muhammad Rafii
Pengerusi,
Biro Pengajian Tinggi
Pemuda Wilayah Persekutuan.
**** Utusan Muka 4, 16 Jun 2010 ******
Kaji balik pengurangan biasiswa JPA

KUALA LUMPUR 15 Jun - Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mendesak kerajaan mengkaji semula keputusan mengurangkan penghantaran pelajar cemerlang ke luar negara melalui tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pengerusi Biro Pengajian Tinggi pergerakan itu, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, sepatutnya bajet untuk pendidikan perlu ditambah setiap tahun sejajar dengan pertambahan jumlah penduduk.

"Sekiranya kita terus mengurangkan apa yang kita ada sekarang dikhuatiri kemudahan dan keistimewaan orang Melayu akan hilang.

"Mara juga telah mengubah dasar penajaan dengan memberi fokus kepada pelajar yang mendapat tempat di universiti tersohor sahaja," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kelmarin yang memaklumkan kerajaan akan menghentikan tajaan biasiswa JPA kepada 1,500 pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara bermula tahun depan.

Menurut Razlan, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan perlu dijunjung untuk memastikan anak-anak Melayu dijaga keistimewaan dan diberikan kemudahan sepatutnya.

"Sekiranya kita bekerja keras dan fokus kepada menjaga Perkara 153, kita seharusnya mempunyai perancangan jangka panjang untuk memastikan ia ditambah nilai setiap tahun dan bukannya dikurangkan.

"Justeru, kami mendesak dengan keras agar kerajaan mengekalkan biasiswa JPA dan Mara agar Perkara 153 terpelihara," katanya.

Monday, June 14, 2010

Nyatakan Bantahan Anda Berkaitan Judi Bola


14 Jun 2010 - Didalam parlimen minggu lepas, YAB Dato Seri Najib menyatakan Pihak Kerajaan sedang menunggu maklumbalas daripada masyarakat berkaitan dengan Lesen Judi Bola yang akan diluluskan.

Ini adalah peluang terbaik kepada semua pihak, baik pemimpin masyarakat, NGO, persatuan-persatuan dan mana-mana pihak untuk memberi maklumbalas kepada Kerajaan.

Peluang ini seharusnya digunakan sebaiknya, jangan nanti apabila keputusan kerajaan sudah buat kita membantah dan mencari publisiti murahan tentang keputusan kerajaan. Beri input sekarang, jangan sampai terlambat.

Tahniah kepada MB Johor dan Pemuda Malaysia kerana telah memberi pendapat dan pandangan. Tahniah juga kepada Tun M dan semua yang telah memberi pandangan.

kami di Seputeh sudah memberi pandangan kami juga.....(Judi Bola)

Thursday, June 10, 2010

Lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera

*Lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:

Pertama: Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian.
Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera.
Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.
Keempat: Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas.
Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...