Saturday, January 29, 2011

Undilah Dengan Bijak.

Adakah rakyat Tenang akan memilih BN atau pun Pas ?

Amat mudah memilih pada kali ini. Banyak fakta yang terdapat di dalam blog dan laman sosial yang menunjukkan personaliti diatara kedua-dua calon ini.

Apapun, rakyat Malaysia berhak mendapat wakil rakyat yang bersih identitinya dan berhak mendapat wakil rakyat yang mempunyai masa untuk berkhidmat kepada kita.

Pas memilih seorang bekas cikgu dan mempunyai suami yang bekerja sebagai cikgu.

BN pula memilih seorang bekas penjawat awam yang bekerja di Pejabat tanah, mempunyai kelulusan yang tinggi dan lebih rapat dengan penduduk.

Bukan payah memilih... Buat lah pemilihan yang sesuai dan yang boleh berkhitmat kepada anda.

Buang emosi.. Buat pilihan yang cerdik...

Selamat Mengundi..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, January 09, 2011

Akhbar Cina Kritik Tun M lagi !

Tajuk:
Apa Tujuan Dan Niat Sebenar Mahathir?
Loh Hon Chew/ pengkritik semasa

Walaupun Mahathir telah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, beliau seperti masih tidak tahu di negara kita ada sekolah Cina dan sekolah Tamil, dan atas sebab-sebab apa pula yang orang-orang Cina serta India boleh memperlajari bahasa ibunda mereka. Penerangan lebih jelas lagi, beliau masih tidak faham kenapa dan syarat-syarat apa pula yang dipersetujui oleh penjajah British semasa menuntut kemerdekaan dahulu, seterusnya barulah ada cerita dan susur galur sejarah negara Malaysia.

Baru-baru ini beliau membuat penerangan di akhbar Nanyang berkata: anak-anak muda kaum Cina perlu berfikir kenapa orang-orang Cina boleh mendapat pendidikan sekolah Cina dan bercakap bahasa Cina….. jika tidak percaya boleh ke Indonesia, Philipina dan Thailand lihat keadaan di sana, di sana tiada sekolah Cina, orang-orang Cina tidak boleh berbahasa Cina dan mereka telah dihilangkan indentitinya.

Perkataan-perkataan yang sama seperti ini telah disebut banyak kali semasa beliau menjadi perdana menteri, beliau berkali-kali menyebut jika dibandingkan negara China, Taiwan dan Hong Kong, hanya di Malaysia sahaja ada sekolah Cina, beliau menidakkan sejarah kemerdekaan negara ini apabila ada orang-orang patahkan cakap beliau. Selain daripada itu beliau menyebut dibandingkan di Indonesia dan Brunei hanya di Malaysia sahaja ada sekolah Melayu, tidak percaya boleh pergi Vietnam, Burma serta ke Europah, lihat di sana ada sekolah Melayu atau tidak, mereka juga tidak boleh berbahasa Melayu.

Orang-Orang Cina Di AS Dan Europah Juga Boleh Berbahasa Cina

Jika beliau dengar perkataan-perkatan seperti di atas sudah tentu beliau akan naik berang, akan keluarkan kuasa sikap perdana menterinya.

Selepas beliau bersara, beliau masih keluarkan kata-kata sedemikian, terutama sekali apabila beliau masih berpengaruh kuat dalam kelompok masyarakat Melayu, dengan mudah beliau boleh selewengkan pemikiran masyarakat Melayu, menyebabkan beliau dengan mudah boleh anggap pendidikan Cina boleh diabaikan di negara ini, bermakna beri ataupun tidak beri kepada orang Cina sekolah Cina, ataupun boleh ditarik balik. Jika semua kaum di Malaysia “tidak cukup bersatu padu”, ia tidak ada tempat bagi Mahathir untuk bertapak, kerana beliau masih menegaskan pendidikan Cina kerajaan boleh beri ataupun tidak beri kepada orang-orang Cina.

Kata-kata beliau “di luar negara tiada sekolah Cina, orang-orang Cina tidak boleh menggunakan bahasa Cina”, kata-kata ini jika keluar dari mulut orang-orang yang tidak berpelajaran kita masih boleh terima dan maafkan mereka, tetapi kata-kata ini keluar dari mulut Mahathir yang pernah menjelajah di seluruh dunia lebih 300 kali, niat beliau itu amat dicurigai. Sebenarnya di Europah dan Amerika ramai orang-orang Cina boleh berbahasa Mandarin dan boleh belajar bahasa Mandarin, sedangkan orang-orang Europah dan Amerika kini sedang berusaha bersungguh-sungguh belajar bahasa Mandarin, di sana juga kita boleh lihat papantanda-papantanda tulisan Cina, papan iklan di China Town besar terpampang, tidak mungkin Mahathir tidak pernah lihat semua itu.

Cuba kita lihat di negara-negara jiran kita, di Thailand bukan sahaja ada sekolah Cina, papantanda papantanda di kawasan bandar dan kawasan tempat pelancongan di Thailand tulisan Cina lebih besar daripada papantanda yang ada di negara kita. Beberapa bulan lalu pengganas ugut pelancong Hong Kong di Philipina, pasti Mahathir melihat keadaan itu banyak kali di kaca TV, di bas itu terpapar begitu besar tulisan-tulisan Cina, tetapi di negara ini tidak mungkin boleh lihat tulisan-tulisan Cina besar seperti itu. sebaliknya beliau masih berkata di Philipina dan Thaliand tidak benarkan rakyatnya belajar bahasa Mandarin dan menggunakan bahasa Mandarin.

Negara Indonesia Pergi Ke China Minta Guru-Guru Bahasa Mandarin

Sekarang ini Indonesia galakkan rakyat mereka belajar bahasa Mandarin secara besar-besaran, mereka datang ke China menjemput guru-guru dari China mengajar mereka, sedangkan setakat ini negara kita tidak mampu berbuat demikian.


Kenapa di Malayisa ada pendidikan sekolah Cina? Dan persoalan kenapa bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, sama juga seperti kenapa orang-orang Melayu mendapat hak keistimewaan, jawapannya sama sahaja, jika kurang salah satu daripada persetujuan itu pihak British tidak mungkin beri kemerdekaan kepada kita, dan tidak mungkin terwujudnya negara yang dinamakan Malaysia.

Rupa-rupanya pada masa itu Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan Sambantan ketiga-tiga pemimpin ini yang merancang kemerdekaan, mereka bersetuju selepas merdeka bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, orang-orang Melayu mendapat keistimewaan (pada masa itu hanya diberi masa selama 15 tahun Merdeka), Raja-Raja Melayu mendapatan kedudukan keistimewaan luarbiasa, pihak kerajaan perlu terus membantu orang-orang Cina dan India mempelajari bahasa Ibunda mereka di sekolah-sekolah, tidak boleh menghalang sesiapa sahaja mengggunakan bahasa ibunda masing-masing (kecuali kegunaan bahasa kebangsaan untuk pentadbiran dan berurusaan dalam kerajaan), inilah yang kita selalu katakan kontrak masyarakat, dan telah termaktub dalam perlembagaan negara, tetapi Mahathir memerintah selama 22 tahun beliau pura-pura buat tidak tahu, walaupun sudah berberapa kali kita kemukakan pandangan beliau itu salah, mungkin beliau sendiri tidak tahu bahasa Mandarin agaknya, sebab itu terus dan berpanjangan membuat kesilapan, selalu memberi pandangan bahawa pendidikan sekolah Cina hanya buat sibuk dan boleh tidak perlu diadakan, selalu memainkan isu kaum, sebenarnya apa tujuan dan niat sebenar yang Mahathir mahukan?

Tuesday, January 04, 2011

Daulat Tuanku - Isu SUk Selangor.

"Kenyataan akhbar ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.
Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang akan diadakan pada hari Khamis, 6 Januari 2011, di Istana Bukit Kayangan akan tetap diteruskan.

Ini adalah kerana sepengetahuan D.Y.M.M Sultan Selangor, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Datuk Mohamed Khusrin Munawi telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Pada majlis tersebut akan diadakan upacara Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor kepada D.Y.T.M Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 D.Y.M.M. Sultan Selangor kerana ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada penerima-penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-65 D.Y.M.M. Sultan Selangor yang berlangsung pada 11 haribulan Disember 2010, D.Y.T.M. Raja Muda Selangor berada di luar negara.

Selain daripada itu, pada majlis tersebut juga akan diadakan upacara Angkat Sumpah Taat Setia Penjawat Jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan.Majlis tersebut bukanlah majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada negeri Selangor.

Berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Y.A.B. Dato' Menteri Besar.

Dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebagaimana yang dinyatkan oleh beliau, kerana Baginda hanya memberikan perkenan dan tidak menjalankan fungsi dan kuasa Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh.

Perkenan Baginda tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 55(1)(1A).

Oleh itu, sindiran beliau yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor seolah-seolah sebagai "beraja di mata, bersultan di hati" adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.

Kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci Baginda.

Mengulas mengenai artikel pada 29 haribulan Disember 2010 di dalam akhbar Sinar Harian mengenai "Pelantikan SUK Tidak Semestinya Dibuat SPA" oleh Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Y.B. Lau Weng San, yang menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan boleh dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN).

Walaupun terdapat SPAN di negeri-negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan, tetapi di negeri Selangor kuasa pelantikan tersebut adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPA) selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Mengulas mengenai kenyataan akhbar Y.A.B. Dato' Menteri Besar pada 3 Januari 2011 yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat.

Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Negeri Selangor.

Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan. Selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di negeri Selangor.

Mengenai cadangan Y.A.B. Dato' Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, D.Y.M.M. Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Y.A.B. Dato' Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada Baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan.

Tindakan Y.A.B. Dato' Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam negeri Selangor.

Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dikatakan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor, Baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapat perkenan Baginda terlebih dahulu."

Pemimpin PR putar belit kenyataan Sultan!

Kenyataan demi kenyataan telah di buat oleh Pemimpin PKR berhubung dengan perlantikan SUK Selangor Dato Mohamed Khusrin Bin Haji Munawi yang baru.

Pemimpin Pakatan Pembangkang mengulas kenyataan mengikut sesuka hari sehinggakan kenyataan DYMM Sultan Selangor telah di putar belit untuk menunjukkan yang mereka mendapat restu daripada DYMM Sultan Selangor. Perkara ini dilakukan tanpa ada rasa hormat kepada DYMM Sultan Selangor dan keluarga di Raja.

Kenyataan seperti ini yang disiarkan di Malaysiakini amat berbahaya kerana telah mengheret Istana ke kancah Politik.

"Baginda memberikan perkenan ini selepas menyatakan pandangan bahawa baginda tidak lagi mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan SUK kerana kuasa tersebut ditarik daripada baginda oleh Umno ketika krisis Perlembagaan pada 1993," kata penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Baginda memberitahu demikian dalam perjumpaan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Istana Mestika, Shah Alam semalam." Malaysiakini 4hb Januari.

DYMM Sultan Selangor amat murka dengan tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat sehingga Ahli Dewan Negeri Seri Muda, YB Suhaimi sanggup mengugut DYMM Sultan. Kenyataan di blig beliau yang di keluarkan pada 30 Disember 2010 telah memberi amaran kepada Sultan dan memberikan kupasan agar rakyat membenci DYMM Sultan Selangor.

Ulasan oleh MB Selangor yang mahu mengadakan sidang DUN tergempar untuk membawa isu ini di ubah seumpama mahu membelakangi DYMM Sultan Selangor. Dewan sekiranya mahu bersidang seharusnya mendapat perkenan DYMM Sultan tetapi MB Selangor memainkan isu ini di Akhbar dan Media elektronik seumpama mahu memberi desakan kepada DYMM Sultan agar menerima perlantikan yang beliau sukai.

Ternyata tidak ada surat rasmi yang memohon untuk diadakan DUN tergempar sehingga hari ini, dan boleh dikatakan MB dengan sengaja mahu memburukkan DYMM Sultan kerana tidak mahu mengikuti kehendak Kerajaan Selangor.

Semakin lama isu ini berlarutan, semakin banyak kekeliruan akan berlaku dan akhirnya rakyat akan menjadi keliru sehingga memburukkan DYMM Sultan Selangor. Apakah tujuan mereka berbuat demikian boleh kita tafsirkan seperti mana yang ditulis dalam Blog Suhaimi. Yang mana beliau mahukan kebangkitan Rakyat untuk menghapuskan sistem beraja yang telah sekian lama bertapak di Malaysia.

Putar belit kenyataan DYMM Sultan Selangor boleh diibaratkan sebagai memfitnah Kerabat Diraja Sultan Selangor dan mereka ini seharusnya dilakhnat oleh Rakyat Negeri Selangor yang sayangkan sistem beraja kita.

Orang Melayu seharusnya bangkit bersama untuk menentang sesiapa sahaja yang mahukan sistem ini dihapuskan, tetapi amat malang sekarnag.. .. orng Melayu sungguh lemah sehinggakan mahu membela Sultan sendiri tidak bermaya. Amat lah Malang Melayu hari ini !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...