Saturday, March 26, 2011

Jijik dan memualkan masyarakat !!!

Hidangan yang memualkan dan jijik!!

Pada minggu lepas, negara kita digegarkan dengan kontrovasi baru
berkenaan dengan pendedahan video yang memualkan dan menjijikkan.

Para pemain politik mula mempertahankan pihak-pihak yang merasakan
parti mereka betul, spekulasi demi spekulasi yang dibuat dengan
berpaksikan data yang amat sedikit.

Pendedahan ini telah membawa kepada andaian yang bukan-bukan. Paling
menjijikan saya, isu porno dihidangkan kepada umum untuk dinilai dan
dibaca.

Kes chua soi lek telah mengegarkan negara, satu pendedahan nilai moral
pemimpin politik yang menjijikan yang membawa kepada perletakan
jawatan beliau sebagai Menteri kesihatan.

Adakah kes terbaru ini akan diselesaikan dengan cepat ?

Apakah implikasi kepada masyarakat kita ?

Apakah yang akan diperkatakan oleh anak-anak kita ?

Saya merasakan perkara ini seharusnya diselesaikan dengan secepat
mungkin, suruhanjaya diraja harus ditubuhkan secepat mungkin.

Semakin lama kita biarkan isu ini dipermainkan, semakin banyak
spekulasi diwujudkan, dan yang paling dasyat, anak-anak dan masyarakat
kita dihidangkan dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan
lumrah manusia yang akhirnya isu ini akan menjadi perkara biasa kepada
masyarakat.

Setiap pemimpin yang berpegang kepada agama dan nilai hidup yang murni
seharusnya berganding bahu untuk menyelesaikan isu ini. Dan didalam
hal ini, saya melihat pemimpin BN lebih ikhlas menagukui kesalahan dan
menerima hukuman dari masyarakat.

Pemimpin pembangkang sesharusnya menunjukkan tauladan kepada rakyat
dan bertindak sebagai orang yang bersih. Sekiranya perkars ini tidak
benar, kenapa tidak memberi kerjasama yang sebaiknya kepada kerajaan
untuk menyelesaikan isu ini?

Jawapan demi jawapan di bawa kepada jalanan, pada masa yang sama
mereka mewujudkan tafsiran kepada masyarakat untuk tidak percaya
kepada pihak berkuasa.

Pandangan saya, biarlah pihak berkuasa buat kerja mereka, Anwar telah
membuat laporan kepada pihak polis, dan polis sudah melakukan siasatan
dengan memanggil mereka yang bertanggu jawab mewujudkan isu ini.

Kepada rakyat pula, janganlah kita menolak perlakuan ini hanya kerana
yang dituduh merupakan seorang pemimpin yang pandai berkata-kata,
jangan kita meletakkan diri kita didalam situasi menolak kebenaran
sebelum membuat sesuatu penilaian.

Yang penting, siapa yang melakukan kesalahan harus diadili dengan
adilnya. Kita sudah ada suruhanjaya kehakiman, mana mungkin keputusan
akan berpihak kepada mereka yang tidak benar.

Thursday, March 17, 2011

Nasib keluarga Maulana dibela



Mohd. Razlan Mohamad Rafii (kanan) berbual dengan Maulana Mulok dan isterinya, Noraini Mohamed di kediaman daif keluarga itu yang bakal dirobohkan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

BAGI Maulana Mulok, yang merupakan insan kurang upaya (OKU), hidup di negeri orang tidak semudah yang disangkakan.

Kedatangannya dari Keningau, Sabah ke ibu negara tidak menjanjikan kesenangan seperti diimpikan. Dia seterus berkahwin dengan Noraini Mohamed dan dikurniakan enam orang anak berusia antara satu hingga 12 tahun.

Kerana kedaifan dan Maulana sendiri kini tidak mempunyai sebarang pekerjaan, mereka sekeluarga hidup merempat di bilik sewaan di sebuah rumah setinggan di Taman Hock Ann, Jalan Klang Lama.

Lebih malang lagi rumah tersebut akan dirobohkan oleh syarikat pemaju yang mana Maulana dan keluarga bakal merempat.

Berdasarkan aduan orang ramai yang simpati dengan nasib keluarga itu, Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Seputeh, telah bertindak membantu mereka.

"Keluarga ini mempunyai enam orang anak dan suami merupakan seorang OKU di Perumahan Hock Ann yang mana perumahan ini akan dirobohkan.

"Kerana bimbang kes keluarga yang menginap di bawah jambatan yang pernah kami bantu sebelum ini berulang, maka kami bertindak segera membantu mereka dapatkan rumah," kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Mohamad Rafii.

Kini mereka telah berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Dua orang anak Maulana bersekolah di Seri Setia, Jalan Klang Lama. Sementara seorang lagi anaknya yang berumur lapan tahun tidak bersekolah kerana tidak memiliki sijil lahir.

Empat orang anaknya tidak memiliki sijil lahir kerana Maulana sendiri tidak mempunyai kad pengenalan kerana mempunyai masalah dengan Jabatan Pendaftaran di Sabah. Tetapi dia memiliki sijil lahir.

"Alhamdulillah, kami telah menyelesaikan masalah perumahan keluarga ini. Mereka telah dipindahkan ke Perumahan PPR.

"Ingatan kami kepada mereka yang mahu berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja agar memikirkan kembali niat dan hasrat itu.

"Bukan senang untuk kita mencari rezeki di bandar besar sekiranya tidak mempunyai keluarga yang membantu.

"Untuk memulakan kehidupan di Bandar, minimum RM3,000 diperlukan, ini adalah untuk membayar deposit sewa rumah, bil api dan bil air.

"Saya percaya, ini merupakan jumlah wang yang banyak bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap," kata Mohd. Razlan.


Utusan Malaysia - Mega Muka 9

Monday, March 14, 2011

Sekadar berkongsi !!

Siapa makan cili, dia terasa pedas.

Itu pepatah yang sering kali dimainkan sekiranya orang itu merasakan
dirinya ada kait mengait dengan perbincangan atau kata-kata.

Blogger adalah manusia unit, menulis di ruang nya sendiri. Ada yang
menulis tentang hobi, tentang perjalanan hidup, ada yang menulis
tentang pandangan dan sekadar berkongsi.

Kalau kita menulis dan ada yang membaca, itu merupakan kebangaan,
kerana yang di tulis dapat dikongsi bersama.

Satu fakta PENIPUAN boleh dianggap BENAR adalah dengan berkata
berulang kali, membawa perkhabaran berulang kali dan menggunkan apa
sahaja ruangan mengulangi kepalsuan.

Teknik-teknik ini digunakan oleh pembangkang semasa zaman sebelum PRU
yang ke 12, ternyata teknik ini telah memberikan maklumat palsu kepada
rakyat atas pagar dan banyak kebaikkan yang kerajaan lakukan telah
disalah ertikan sehingga merosotnya undi kepada kerajaan.

Hari ini, rakyat telah bangkit dengan kebenaran, kerana mereka telah
dihidangkan dengan fakta-fakta dari pejuang-pejuang blogger pro melayu
yang bangkit menulis kerana sayangkan bangsa.

Kebangkitan ini tidak ada siapa yang boleh mengaku mereka yang mulakan
ataupun mereka yang hebat ataupun mereka yang merancangnya. Ada ramai
Melayu di luar sana berjuang kerana mahu melihat bumi Malaya ini milik
orang Melayu.

Suasana hari ini, politik telah menjadi neutral, api yang mrmbars di
dalam lubuk rakyat sebelum ini telah dipadamkan dengan fakta-fakta
kebenaran yang melimpah ruah diruangan internet.

PRU yang akan datang kemungkinan akan berlaku tidak lama lagi, sudah
masanya kita bekerja untuk terus berjuang, ya, kemungkinan jiwa ini
berjuak-juak untuk melayani kerenah politik sempit segelintir
masyarakat, akan tetapi, pemimpin akan senantiasa mendengar dan
memperbaiki demi satu objektif, memenangkan BN.

UMNO tidak seharusnya bertindak elitis, melayan egois, dan melayan
kerenah kecil-kecil. Kita akan terus mencari kebenaran selagi diberi
kekuatan dalam diri.

Perjuangan menegankkan kebenaran semakin sukar, hanya mereka yang
mencarinya akan jumpa, terpulang kepada pembaca menggunakan akal dan
emosi untuk menilai. Jangan pula melenihkan emosi kerana ianya akan
memakan diri.

Selamat berjuang!!

Friday, March 11, 2011

Tsunami melanda Jepun 8.9

Tsunami melanda Jepun, dijangkakan akan melanda Sabah dan Labuan termasuk semua wilayah persisir pantai ..

Harap semua dpat berjaga-jaga dan jauhkan diri dari tepi pantai ..

Thursday, March 10, 2011

Iktiraf Sijil Peperiksaan Gabungan Sekolah Cina !

Gendang untuk mengahadapi Pilihanraya sudah dimulakan dari awal tahun lagi, tahap ekonomi sudah baik dan rakyat telah rasa selesa kerana harga getah dan sawit meningkat, dan pada masa yang sama harga minyak kekal walaupun ada peningkatan pada pasaran dunia.

Prinsip rakyat didahulukan telah membawa kemenangan yang besar di Merlimau dan Kerdau, kelombang ini akan terus di bawa kepada PRU Serawak yang sudah hampir tiba.

Dari segi Ekonomi dan Kestabilan, boleh dilihat BN akan menang besar dan mampu untuk mendapat 2/3 mejoriti pada PRU 13 sekiranya dapat menangani isu masalah masyarakat Cina dengan baik.

Masyarakat Cina melalui persatuan Dong Zong telah meminta agar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina diberikan bantuan penuh dari kerajaan, mereka meminta agar kerajaan berlaku adil kepada mereka dan memberikan tanah untuk dibina Sekolah-sekolah ini.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga meminta untuk diiktiraf Sijil Sekolah Menengah Cina, mereka juga meminta untuk bantuan penuh diberikan kepada Sekolah ini, dengan alasan sebanyak 200 Universiti di luar telah iktiraf mereka.

Sekiranya kerajaan tidak melayani kehendak mereka, berkemungkinan mereka tidak akan memberikan undi kepada kerajaan BN.

Didalam kita malaungkan 1Malaysia dan berharap agar semua rakyat dapat medokong perlembagaan negara, mereka menuntuk untuk kita pecah-pecahkan masyarakat Malaysia.

Sekiranya Masyarakat Cina mendesak untuk pendidikan bangsa mereka, sudah tentu masyarakat India, Melayu dan juga masyarakat Sabah dan Serawak layak untuk meminta sekolah resmi untuk bangsa mereka.

Kenapa Persatuan Dong Zong tidak mahu memahami yang kita sudah tinggal di Malaysia dan kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bergerak ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mempunyai pendidikan yang sama?

Sekiranya kerajaan meluluskan permintaan ini, masyarakat kita akan kembali kepada zaman sebelum merdeka dimana, orang India di Estet, Melayu di kampung dan Cina di lombong-lombong, keadaan ini serupalah dengan Orang Melayu di Sek Kebangsaan, Orang Cina di SJKC dan Orang India Di SJKI sehingga ke sekolah menengah.

Dimana anak-anak kita akan berjumpa untuk berkenalan, beriadah dan bersahabat sekiranya sistem pendidikan telah memisahkan mereka.

Dan Persatuan Dong Zong tidak perlulah nak mengugut kerajaan dengan permintaan-permintaan ini, Kerajaan BN telah berlaku seadil-adilnya kepada semua bangsa di Malaysia baik dari segi ekonomi dan pendidikan, bahkan orang Melayu sudah lama bekorban untuk melayan kerehan kamu.

Kita berusaha untuk membentuk masyarakat Malaysia yang memahami semua kaum, dengan sistem pendidikan sahajalah perkara ini dapat dilaksanakan. Oleh itu, biarlah anak-anak kita bercampur gaul sesama mereka tanpa ada dinding yang memisahkan mereka.

Anak Cina India dipaksa baca Quran, kerajaan tidak ambil tindakan !!

Akhbar Nanyang Siang Pau

Tajuk:

Disiplin, Undang-Undang, Satu Negara Ada Dua Sistem?
Penulis Loh Hon Chew pengkritik semasa

Cikgu disiplin mahu kesan degupan jantung murid kena raba dada murid,
seluk kocek kesan telefon bimbit, selepas kes terbongkar, kita sanjung
11 orang pelajar perempuan yang berani tampil ke hadapan membuat
aduan, serta ada dua orang pelajar lelaki yang berani tampil ke
hadapan menjadi saksi, mereka berani dedahkan perangai buas guru
disiplin itu yang meraba ramai pelajar perempuan.

Guru itu raba dada mahu tahu degupan jantung adakah dekupan jantung
itu normal, sedangkan doktor sendiri tidak mampu berbuat demikian,
sikap guru disiplin ini cuba ambil kesempatan, tangan cikgu disiplin
ini juga diselukan ke dalam saku pelajar perempuan untuk mencari
telefon bimbit, perkara ini tidak perlu disebut sudah menjadi terang
dan nyata, ia telah memalukan keseluruhan sektor pendidikan, jika ia
tidak dihukum dengan keras, ia tidak akan dapat membersihkan
kewibawaan sektor pendidikan.

Pembongkaran murid terhadap guru besar mahupun cikgu-cikgu yang salah
guna kuasa memang selalu didengar, tetapi selalunya aduan itu dibuat
oleh ibu bapa murid, kebanyakkan guru-guru itu terlibat dengan
kekerasan. Paksa murid-murid Cina dan India pakai baju kurung Melayu,
dan guru-guru juga pernah berkata balik Cina balik India, difahamkan
kamu semua pendatang asing, kamu semua penumpang, arahkan murid-murid
bukan beragama Islam membaca ayat quran, ini melanggar peraturan hak
asasi kebebasan manusia. Guru-guru disiplin menghina pelajar
perempuan, kebanyakkan murid perempuan yang terkena tindakan seperti
itu tidak berani buka mulut, hanya rasa geram tetapi tidak berani buat
aduan.

Bersekongkong Dengan Kebuasan Kesan Buruknya Tidak Terhingga

Apa yang kita tidak tahu selama ini, ada yang bersikap masih mahu
menyimpan mereka, sudah tentu seterusnya murid-murid perempuan akan
jadi mangsa, dengan adanya aduan 11 orang murid perempuan itu, yang
berani tampil ke hadapan berdiri di baris hadapan, buat aduan secara
terbuka, bagi menghalang kejadian itu berleluasa lagi, mereka telah
menyelamatkan ramai lagi murid perempuan yang mungkin akan jadi mangsa
seterusnya, bagi pelajar perempuan yang berusia belasan tahun yang
masih muda dan mentah itu, keberanian mereka tampil buat aduan sangat
dihargai.

Hari ini guru disiplin pelaku perbuatan itu telah pun dihadapkan ke
mahkamah, diharap orang-orang yang lakukan perkara seumpama itu dapat
diadili di mahkamah dan jatuhkan hukuman yang berat dan setimpal, ia
boleh dijadikan iktibar kepada yang lain, tindakan kementerian
pelajaran terhadap guru seperti itu kali ini mendapat kepercayaan dan
puas hati dari orang ramai. Pada bulan Ogos dan September tahun lepas,
berturutan ada 2 orang guru besar mahu anak-anak Cina balik ke China,
mahu anak-anak India balik India, umpama anak India seperti anjing
pakai banyak rantai dan tali di leher, selepas ibu bapa mereka buat
aduan pada pihak media, pihak jabatan pelajaran ambil alih dan buat
siasatan isu itu, pihak guru besar sendiri mengakui pernah keluarkan
kata-kata sedemikian, tetapi dalam berita sekejap diaktakan guru besar
itu diberhentikan kerja, sekejap kedengaran guru besar itu telah
dipindahkan ke sekolah lain, sekejap diberitahu guru besar itu cuti
rehat, sekejap kedengaran guru besar itu masih kekal menjadi guru
besar di sekolah yang sama, walaupun ada sesetengah orang mahu guru
itu ditahan di bawah akta hasutan, sedangkan ibu bapa pun telah buat
aduan, tetapi sehingga ke hari ini, kita semua tidak tahu di mana
mereka berada sekarang ini, kami hanya tahu mereka tidak dikenakan
sebarang tindakan, lebih-lebih pun hanya diberi amaran ataupun
dikenakan tindakan disiplin oleh kementerian pelajaran, hukuman yang
paling berat ialah dipindahkan sekolah, mereka ditukarkan di jabatan
pelajaran ataupun di sekolah lain, isu yang besar itu cuba dikecilkan,
dan isu kecil cuba dihilangkan.

Undang-Undang yang Dijalankan Hanya Untuk hukum Rakyat Jelata

Sebenarnya mana-mana pegawai kerajaan termasuk kumpulan guru yang
dikatakan pendidik itu, sepatutnya tidak boleh terlepas daripada
hukuman undang-undang, kini mereka hanya dikenakan tindakan hukuman
dalaman jabatan, bermakna mereka terlepas daripada hukuman
undang-undang awam. Terutama sekali berkaitan pegawai-pegawai penjawat
awam yang membuat kesalahan dalam melaksanakan tugas, apabila pegawai
lakukan kesalahan ataupun tersabit dengan kes jenayah, mereka
sepatutnya dihadapkan ke mahakamah sivil, bukan hanya dikenakan
tindakan disiplin dalaman dan diselesaikan di peringkat dalaman
jabatan sahaja.

Kami berharap satu negara bukan ada dua sistem undang-undang, apabila
orang awam biasa berbuat kesalahan, ia akan dihadapkan di mahkamah
undang-undang dalam negara ini, namun guru-guru, anggota Polis, SPRM,
Imigresen, Kastam dan lain-lain agensi apabila pegawai mereka lakukan
kesalahan, kenapa diambil tindakan disiplin dalaman, tindakan yang
paling serius pun hanya dibuang kerja, mereka tidak didenda, tidak
perlu meringkuk dalam penjara. Mengikut undang-undang sepatutnya semua
orang diadili dengn sama rata, pihak kerajaan wujudkan undang-undang
tidak sepatutnya hanya disasarkan pada orang awam. Dengan itu, diharap
guru disiplin ini dan pegawai-pegawai kerajaan yang melakukan
kesalahan, semuanya dihukum di bawah undang-undang awam negara ini,
supaya rakyat di negara ini lebih rasa berpuas hati.

Tuesday, March 08, 2011

Menulislah dengan penuh prinsip!!

Susulan dari jawapan mereka yang mengkritik Sdr Tun Faisal. Ini lah akibatnya kalau kita menulis hanya dengan dengar-dengar kata orang. ikuti di : sini :

Rumah dah siap, pahat pun berbunyi, itu lah yang terjadi pada UMB yang mana mendapat tentangan dari bloger-bloger yang dianggap macam "top"

Saya masih ingat didalam satu program yang menghimpun seramai 400
orang pelayar internet, apabila penceramah berkata " adakah kamu kenal
"xxx" diam semua orang, kejadian itu seingat saya pada tahun lepas,
dan selepas itu, program demi program kita membawa contoh nama-nama
blogger yang pro BN.

Naiklah alexa rating beliau dengan sedikit sebanyak dibantu oleh
program program seperti ini.

Sekarang, blog seperti mereka dan banyak lagi blog sudah mendapat
tempat mereka hasil dari kerja kuat dan dibantu oleh promosi tak
langsung UMB. Dan ada diantaraa logger ini yang tidak tahu menggunakan
tweeter pun pada ketika itu.

Hari ini, semua itu Telah dilupakan, kerana mereka bangga diri, hasil
yang ada pada hari ini adalah hasil kerja sendiri, tidak mungkin ianya
di bantu oleh UMB. Tidak mengapa lah, orang tua selalu berpesan,
jangan kita kurang ajar dengan guru kita, ular menyusur akar tidak
akan hilang bisanya.

UMB bukan berperanan untuk mengaji bloggers, kami berperanan untuk
menyusun stretegik bagi permudahkan para pemain internet yang
sayangkan kerajaan untuk memberi info kepada rakyat, dan struktur dan
prinsip kami tidak berubah dari dulu hingga sekarang.

Apabila kita sudah di atas, bukan senang untuk kita kekal di atas,
oleh itu, ada diantara blogger yang menggunakan apa sahaja isu tanpa
ada batas hanya kerana mahu mengekalkan tahap mereka.

Walau apa pun, jadilah seorang yang berterima kasih kepada mereka yang
membantu kita, tanpa ada bayaran dan semuanya ikhlas. Sifat ini amat
penting kerena ini sahajalah yang menentukan kita masih lagi manusia
bertamaun atau pun tidak.

Peranan besar kita adalah untuk melihat negara kita terus diperintah
oleh UMNO, kalau peranan kita menyumbang kepada kekalahan, apakahkah
ertinya perjuangan ini!!

Sunday, March 06, 2011

Transformasi harus diteruskan. Tahniah.



Segala pujian harus diberikan kepada jentera Barisan Nasional di setiap peringkat kerana telah bekerja keras bagi memastikan kemenangan milik BN di Kerdau dan Merlimau.

Keputusan di Merlimau dengan mejoriti 2724 dan Kerdau 3643 merupakan kejayaan yang besar dimana kedua-dua tempat ini mendapat penambahan lebih 200 dan hampir 1000 mejoriti.

Walau bagaimanapun, UMNO harus meneruskan program transformasi sehingga rakyat akan betul-betul menerima keikhlasan kita untuk bekerja di sisi rakyat sepenuh masa.

Pada tahun ini, bermulanya 1 Mac, mesyuarat cawangan-cawangan telah mempraktikan perlembagaan yang telah di ubah pada tahun 2009 bagi memberi lebih ramai ahli UMNO boleh memilih pemimpin mereka, walaupun tahun ini tidak ada permilihan di peringkat parti, tapi ini merupakan komitmen UMNO untuk mengembalikan keyakinan kepada janji kita untuk melaksanakan hak ahli UMNO.

Penelitian tranformasi ini seharusnya di fahami dan dihalusi oleh setiap peringkat pemimpin terutamanya sayap-sayap. Counter Check dan pemeriksaan secara terus dan lebih dekat harus dilakukan dari masa ke semasa.

Pihak MT telah melakukan penelitian ini secara dekat dengan mengadakan mesyuarat MT setiap bulan dan mengadakan mesyuarat Pengurusan setiap 2 minggu. Hasilnya dari pemantauan secara dekat ini telah memberikan keputusan hari ini, dimana rakyat dan jentera UMNO telah kembali yakin kepada kita.

Alangkah baiknya sekiranya semua sayap faham dan bersama-sama membantu mewujudkan pendekatan yang sama dengan MT. Ada di antara sayap yang tidak bermesyuarat sehingga lebih 6 bulan. Bagaimana mungkin kita memantau setiap peringkat untuk memastikan perlaksanaan gerak kerja terperinci dapat dilaksanakan kalau tidak bermesyuarat.

Sememangnya ramai yang bekerja untuk memastikan di peringkat Bahagian dan Parlimen masing-masing akan tetap kekal menang atas dasar perjuangan. Tetapi tidak dinafikan juga ada yang menumpang dengan setiap kejayaan yang kita kecapi kebelakangan ini.

Generasi penumpang kejayaan orang ini tidak seharusnya ada dikalangan Pemimpin UMNO di bawah pemerintahan Presiden. Tuan Presiden dan Timbalan telah melaksanakan tugasan tanpa mengira penat lelah. Teringkat kata-kata Datuk Sahak semasa perhimpunan agung tahun 2009 yang mana pemimpin kita nak bertemu isteri pun tak tahu bila, mungkin dalam kereta je.

Perubahan transformasi ini tidak akan berlaku sekiranya jawatan Kuasa duduk diam dan tidak bersuara, Ahli Jawatan Kuasa mempunyai kuasa yang besar sekiranya tahu bersuara dan menggunakan pengaruh. Tetapi amat malang, kerana sehingga sekarang tidak ada suara-suara yang berani untuk mengkritik mereka-mereka yang abaikan tanggunjawab.

Transformasi ini harus diteruskan untuk kita meneruskan kecermerlangan kita sehingga PRU ke 13. Semua sayap harus bekerja kuat, sekiranya ada yang tidak boleh mengikut rentak Presiden, harap dapat angkat kaki keluar dari Barisan. Biar lah mereka yang boleh bekerja bersama-sama Presiden dan seluruh jawatan kuasa MT menjalankan kerja demi Perjuangan.

Jangan nanti orang berkata kehadiran kita ini tidak menambah, hilang kita tidak berkurang.

Artikel berkaitan "Jangan Biarkan Presiden Kerja Sorang"

Friday, March 04, 2011

MEMBANTAH PENULISAN ARTIKEL DI NANYANG SIANG PAU BERTAJUK : Benarkah Orang-Orang Cina Memang Haiwan Duitan?

Salam Saudara Pengarang,

Artikel yang disiarkan oleh Nanyang Siang Pau pada 26 Feb berkenaan dengan Kenyataan Timbalan Perdana Menteri semasa upacara rumah terbuka Tahun Baru Cina baru-baru ini di Johor telah manarik minat saya untuk memberi kenyataan balas.

Artikel ini telah menyeru NGO Cina agar megambil tindakan terhadap YAB Timbalan Perdana Menteri kerana menurut akhbar Nanyang Siang Pau, TPM telah menuduh orang-orang Cina sebagai Haiwan Duitan.

Di Malaysia dan Indonesia dan banyak Negara lain juga telah menunjukan orang-orang Cina berupaya berusaha untuk meningkatkan diri mereka didalam membina kekuatan ekonomi mereka sendiri.

Bagi mereka yang menikmati keindahan semulajadi, salah satu keindahan alam adalah semasa matahari terbit dan juga apabila matahati terbenam, kalau kita pergi ke Pantai, sudah tentu ianya merupakan saat yang di tunggu-tunggu, dan ini tidak ada kene mengena dengan Ong atau pun tidak seperti tuduhan penulis Nanyang Siang Pau.

Menuduh YAB Timbalan Perdana memberi kenyataan dengan tujuan untuk menyebarkan tanggapan buruk dan menyesatkan masyarakat Cina adalah suatu yang tidak benar dan tidak menghormati Pemimpin Negara. YAB Timbalan Perdana Menter telah memberikan penghormatan kepada masyarakat Cina kerana telah bekerja kuat didalam membina ekonomi mereka.

Sumbangan masyarakat Cina kepada membina ekonomi Negara tidak dapat disangkal dan sudah tentu penghargaan seperti ini harus diberikan semasa ucapan Tahun Baru Cina.

Masyarakat Malaysia tidak mengangap orang Cina merupakan Haiwan Kepada Duit seperti yang dituduh oleh Penulis. Kebetulan Orang Cina merupakan pelopor ekonomi di Malaysia dan beberapa Negara Asia Tenggara, jesteru itu, sudah tentu bangsa lain juga mahu mencari petua-petua bagaimana boleh kekal maju dan terbukti berjaya. Dan petua-petua ini sudah tentu tidak akan dapat di kongsi sekiranya Masyarakat Cina tidak mahu berkongsi.

Rakan-rakan saya sering kali berkata, orang cina tidak mahu mandi pagi kerana rezeki akan hilang sekiranya mereka mandi. Itu merupakan satu daripada berpuluh petua masyarakat Cina yang ada didalam kehidupan masyarakat Malaysia, dan ini tidak membawa kepada tanggapan negatif seperti tuduhan penulis “Orang Cina Haiwan Duitan”.

Kalau kita mahukan interaksi sesama kita lebih difahami dan budaya sesebuah kaum lebih di hormati, kita sebagai rakyat Malaysia mesti berusaha ke arah itu dengan satu tekad, untuk merelitikan Gagasan 1 Malaysia.

Sistem pendidikan kita mesti lah diberi keutamaan dan kebersamaan didalam satu bumbung. Anak-anak kita sepatutnya dikumpulkan dibawah satu bumbung untuk bergaul dan bertukar budaya.

Selagi perkara asas ini tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan, selagi itulah kita akan sering kali bersalah anggap terhadap budaya masing-masing. Jangan kita salahkan orang politik sekiranga NGO-NGO dan Masyarakat tidak mahu bersama dan ikhlas membawa anak-anak kita bercampur di antara satu sama lain.

Sekian

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...