Friday, August 19, 2011

MP Seputeh MIA!

Satu kes yang melibatkan MP Seputeh Teresa Kok telah menyembabkan beliau terus diam dan hilang.

Seperti semua rakyat tahu, sejarah MP Seputeh tidak akan perjuangkan apa sahaja yang berkait dengan Islam, walaupun ianya sudah ditulis didalam Perlembagaan.

Sebelum ini, isu ketuk ketampi, beliau terus hilang apabila mendapati orang yang didalam video itu bukan cina tetapi Melayu.

Kini satu kes besar di kawasan beliau yang melibatkan anak-anak orang Islam yang diajar ajaran Kristian sudah 4 hari, MP Seputeh masih diam dan membisu.

Kita pun tak tahu sejauh mana penglibatan beliau didalam hal ini, beliau merupakan Ahli Parlimen di kawasan ini, tidak turun padang, tidak bertanya khabar, hilang, tutup mulut dan tidak mahu ambil tahu kerana apa!!

Tunggu pendedahan kami terhadap penglibatan mereka yang terliat dengan isu ini!!

Thursday, August 18, 2011

Pendedahan Utusan: Pemuda UMNO buat laporan polis

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh hari ini membuat laporan polis berhubung pendedahan Utusan Malaysia mengenai sebuah pusat tuisyen di Jalan Klang Lama di sini yang mengajar lagu-lagu berunsur Kristian sehingga boleh dihafal oleh murid-muridnya itu.

Ketua pergerakan itu, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, tindakan pusat tuisyen itu jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesucian agama Islam tidak boleh dicerobohi oleh agama lain.
Katanya, pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) digesa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.

"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, terdapat tenaga pengajar dipercayai pendakwah Kristian yang mengajar tuisyen untuk Bahasa Inggeris kepada kira-kira 20 murid.

"Bagaimanapun, apa yang dikesali mereka telah menerapkan ajaran Kristian kepada murid-murid tersebut dengan mengajar mereka menyanyikan lagu agama Kristian serta menayangkan video berhubung kelahiran dan kehidupan Nabi Isa," katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Brickfields di sini, hari ini.
Ruangan 'Cuit' Utusan Malaysia hari ini mendedahkan maklumat seorang guru sekolah rendah mengenai kegiatan beberapa muridnya Tahun 1 dan 6 boleh menyanyi dengan semangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Kegiatan tersebut dipercayai telah berlaku sejak lebih enam tahun lalu yang mana golongan anak-anak Melayu miskin yang tinggal di kawasan sektor Hock Ann di Jalan Klang Lama itu menjadi sasaran mereka.

Friday, August 05, 2011

Jangan gadai agama kita demi politik!



Pendedahan yang dibuat oleh Berita Harian di muka hadapan memberi kejutan kepada ramai pihak. Ini merupakan pendedahan yang tidak lain niatnya selain mahu menjaga perlembagaan persekutuan. Agama Lain tidak boleh diajar kepada orang islam, itu yang dinyatakan didalm perlembagaan demi menjaga kesucian Islam di Malaysia.

Tidak seharusnya mengadaikan kepentingan politik lalu sanggup mengadaikan prinsip perlembagaan negara.

Ada diantara Pemimpin Politik yang liberal sanggup menyalahkan JAIS kerana tindakan mereka terhadap sebuah gereja yang terletak di PJ.

Perkara ini juga telah diceritakan oleh Zulkifli Nordin melalui videonya yang mana operasi menghasut orang islam telah berlaku sudah lama dan ianya dinamakan operasi CALEB.

Pikirkan lahhhh

Bisik-bisik Awang Selamat — Awang Selamat


August 06, 2011

6 OGOS — MAHU tidak mahu perkembangan di Universiti Selangor (Unisel) memberi kesan kepada integriti dan kredibilitinya sebagai sebuah pusat pengajian tinggi. 

Pergolakan dalam pentadbiran tertinggi Unisel, milik Kerajaan Negeri Selangor, yang dikaitkan dengan elemen politik kepartian sudah tentu akan merencatkan reputasi dalam membangunkan modal insan. 

Unisel seperti juga universiti lain perlu dibenarkan diurus dengan lebih bebas tanpa campur tangan luar serta dibiarkan bergerak ke arah autonomi. 

Keadaan tersebut amat penting untuk memastikan sesebuah universiti selaku institusi ilmu dapat memberi tumpuan secara profesional dalam melaksanakan tanggung jawab tersebut. 

Atas hakikat itu, Awang tidak hairan apabila Datuk Dr. Rosti Saruwono bertindak melepaskan jawatan Naib Canselor Unisel dengan memberi notis 24 jam. Beliau mempunyai tanggung jawab untuk mempertahankan kredibiliti universiti itu. 

Malah para pelajar Unisel juga berhak menyatakan kegusaran mereka dalam hal tersebut. Langkah mengemukakan lima tuntutan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah manifestasi kebimbangan mereka terhadap kemerosotan mutu Unisel dalam pelbagai bidang. 

Justeru amat wajar apabila mereka menuntut supaya jawatankuasa senat Unisel dirombak bagi memastikan pengurusan tertingginya bebas daripada pengaruh politik. Belum terlewat untuk mengembalikan Unisel pada landasan yang sewajarnya. 

Awang — Simpati. — utusan.com.my


Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, tindakan sebegini dibuat didalam institusi pendidikan, kenapa kita perlu lacurkan semua perkara termasuk pendidikan anag bangsa ... Razlan ... 

Pembangkang Semakin Nyanyuk – Hilang Kawalan Propaganda Mainan Mereka



Kuala Lumpur, 4 Ogos- Pakatan Rapuh semakin hilang dari kawalan propaganda mainan mereka sendiri. Makin banyak mereka bermain, makin banyak tembelang mereka pecah akibat dari seronok mereka penipuan dan tuduhan kepada pihak-pihak yang mempunyai kaitan dengan Barisan Nasional.

Ketua Pemuda UMNO bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, isu terbaru yang mereka mainkan kini adalah memujuk Ku Li untuk menjadi Ketua Pembangkang untuk mengantikan Anwar Ibrahim.

"Pemain Politik tersenyum sahaja apabila melihat PR menyentuh isu ini. Apa taknya, semua tahu yang Ku Li dari dulu sememangnya mahu menjadi Perdana Menteri, beliau pernah bertanding melawan Tun Mahathir, dan juga pernah berlawan menggunakan parti Semangat 46. Tetapi itu semua cerita lama yang sudah menjadi sejarah, semenjak Ku Li masuk kembali ke dalam UMNO, beliau memainkan peranan yang baik dan kritis tetapi tetap bersama kesetiaan bersama UMNO.

Ku Li juga pernah dilaga-lagakan semasa PRK Galas tempoh hari, banyak propaganda jahat pihak pembangkang mainkan untuk melagakan beliau dengan kepimpinan Najib Tun Razak. Hasilnya semua lihat, betapa keras Ku Li bekerja untuk memastikan kemenangan BN di Galas," ujarnya kepada UMNO-Online.

Kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrin Hashim yang menyatakan kebenaran pihak-pihak PAS berjumpa dengan Ku Li telah membuktikan betapa pakatan pembangkang ini terlalu terdesak untuk pecah belahkan BN dari dalam dan ketandusan isu.

"Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sanggup membutakan mata di atas tindakan pemain propaganda pembangkang. Azmin Ali rela dilacurkan demi melihat penipuan ini berjaya. Ku Li bukanlah bodoh seperti yang mereka sangka, tidak semudah itu Ku Li akan menerima perlawaan yang sudah terang amat sukar untuk ditunaikan.

Unit Propaganda pembangkang akan terus memainkan peranan untuk memujuk pemimpin BN dengan menawarkan jawatan-jawatan didalam "kerajaan bayangan" mereka dengan niat mahu memecahkan BN dari dalam," tambahnya.

Kegiatan ini semuanya tidak berjaya kerana para pemimpin BN sudah melihat bagaimana keikhlasan kepimpinan dibawah Dato Seri Nqjib melaksanakan tanggunjawab membela rakyat dan agihan kuasa diantara komponen.

Dan sudah terbukti, ramai pemimpin pembangkang, Ahli Parlimen serta ADUN meninggalkan pakatan rapuh mereka akibat dari pembohongan dan janji yang tidak di tunaikan oleh PR kepada pemimpin mereka sendiri.

"Tetapi perlu diingatkan kepada pemimpin BN, walaupun mereka (pembangkang) belum berjaya memujuk pemimpin BN, pujukkan dan rayuan serta tawaran yang dibuat bukanlah satu perkara yang mudah untuk ditolak.

Alhamdulillah sehingga hari ini, semua pemimpin BN teguh dan punyai jati diri yang kuat, walaupun ada diantaranya yang mengambil jalan selamat dengan tidak membuat apa-apa kenyataan membalun pakatan pembangkang ini," ujarnya lagi.

Tuesday, August 02, 2011

30 Min Bersama Tun Mahathir

3hb Ogos 2011 - Sebentar tadi jam 11am, saya telah berkesempatan untuk bertemu dengan Mantan Perdana Menteri Malaysia. Beliau merupakan Perdana Menteri yang bertaggunjawab mencorakkan warna warni Malaysia selama 22 tahun.

Kelihatan YABhg Tun Mahathir Mohamed sihat walaupun badan beliau susut sedikit, tetapi seperti saya mengenali beliau memlalui rakan-rakan dan buku-buku, begitu lah perwatakan Tun, senantiasa senyum dan menjadi seorang pendengar yang baik, dan apabila bercakap, ayat yang dikeluarkan begitu selamba dan penuh dengan kiasan.

Beberapa perkara yang kami bincangkan berkenaan perniagaan dan pandangan kami terhadap lankskap politik hari ini, yang baik dan yang kurang baik bagi pandangan beliau dan juga kami.

Menyentuh isu Bersih, YABhg Tun juga tidak bersetuju BERSIH di beri kebenaran untuk mengadakan demontrasi, tetapi mesti ada konsisten didalam memberi arahan, sekiranya tidak boleh diadakan di Jalanan kerana haram, BERSIH juga sepatutnya tidak diberi mana-mana tempat untuk berhimpun seperti di Stadium. Dizaman Tun memerintah juga terdapat banyak Demontrasi yang dijalankan, tetapi kita mesti menangani perkara ini dengan cara bijak, itu pandangan Tun.

Isu yang lain ... semua sedar tanpa sokongan Cina dan India, mustahil BN akan menang besar didalam Pilihanraya, jesteru itu kita perlu melayan mereka tetapi tidak perlu sampai boleh menyakitkan hati orang Melayu, "Kalau saya tak layan Cina, mereka pun tak sokong kita" - Tun Mahathir.

Pandangan saya pula, di zaman Tun apabila kita melayan orang Cina, akhbar-akhbar Melayu tidak memberikan publisiti dan ia tidak akan menyakitkan hati mana-mana kaum, "Kalau tak siar, orang Melayu tak sedar" - Jawapan Tun kepada saya dengan senyuman.


Tujuan kami berjumpa Tun adalah untuk mendapatkan pandagan beliau berkenaan dengan satu urusan perniagaan yang mempunyai masalah dimana lesen perniagaan ini telah diberikan semasa zaman Tun menjadi Perdana Menteri.

Agenda Bumiputera seharusnya diteruskan untuk kita membela orang Melayu dan kepentingan ekonomi orang Melayu. Saya masih ingat, semasa YAB Dato Seri Najib berucap semasa perhimpunan 2010 yang mana beliau telah berjanji untuk memberikan lesen kepada orang Melayu dan berharap orang Cina tidak akan marah. Dan hasil dari ucapan ini, saya sendiri telah mengulang ucapan YAB PM semasa Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

Hari ini, satu-satunya lesen yang ada dalam telekomunikasi untuk orang Melayu hendak ditarik balik oleh SKMM. Ini lah hakikat yang orang Melayu sendiri tanggung apabila Para Pegawai Kementerian tidak menjalankan tanggunjawab dan hanya mahu menjaga kepentingan mereka.

Kalau di zaman Tun Mahathir dulu, setiap yang keluar dari mulut beliau merupakan arahan dan akan diambil tindakan oleh pegawai atau Menteri yang terlibat, setiap ucapan boleh dikatakan Dasar atau janji kepada rakyat. Tetapi hari ini, apa yang diperkatakan oleh Dato Seri Najib atau menteri-menteri, banyak yang tidak diambil tindakan bahkan ada diantara Ketua Pengarah dan KSU tidak mempedulikan arahan yang dikeluarkan, ini lah keadaan sebenar di kebanyakkan Kementerian.

Menyentuh isu kepimpinan dan para penasihat kepada Pemimpin Negara , Tun hanya menjawab .. "Ini lah yang terjadi semasa Tunku menjadi Perdana Menteri satu masa dulu" - Tun Mahathir ???


Banyak lagi perkara yang kami bersembang tetapi terlalu sulit dan mungkin akan menyentuh sensitiviti Kepimpinan yang tidak perlu dikongsi disini, pandangan saya, Tun merupakan seorang Singa yang sedang tidur dan jangan kita kejutkan beliau, perlu kita menaruh harapan yang tinggi terhadap Kepimpinan Negara agar kabinet yang ada hari ini boleh bekerja sekeras YAB Dato Seri Najib.

Cuma apa yang saya sedikit kesal, ramai MT dan Menteri tidak bekerja sekeras Perdana Menteri dan Timbalannya, ramai yang mengambil jalan selamat macam mencari saham untuk bersama Anwar ...

Pikirkanlah sendiri ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...