Wednesday, February 29, 2012

Tiada Maaf Bagi The Star @najibrazak @hishamuddinh20


Kenyataan Rasmi Pemuda Seputeh.

Akhbar The Star sudah kerap kali menghina orang Islam. Pada bulan Ogos tahun lalu Akhbar ini telah menyiarkan Iklan Ramadhan dengan sajian daging Babi.

Hari ini, sekali lagi digemparkan dengan Akhbar The Star menghina nama Allah.

Dalam banyak-banyak gambar Eryka kenapa mereka masih mahu memakai gambar yang ada tato Allah di dada penyanyi itu?

Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sengaja dan permohonan maaf sahaja tidak memadai kerana ianya sudah kali kedua dalam jangka masa yang terdekat ini mereka menghina Agama Islam.

Editornya Mr Wong sepatutnya di pecat kerana beliau jugalah yang melakukan kesalahan semasa iklan bulan ramadhan itu.

Ini jawapan Wong Sai Wan "yeaah really sorry guys! Don't know what else to say".

Saya tidak nampak mereka tidak sengaja melakukan kesalahan menghina Nama Allah, mereka sudah lakukan kesalahan dan hukuman tidak diambil, hanya permohonan maaf tidak memadai kerana Penghinaan sudah dilakukan.

Saya mendesak Kementerian Dalam Negeri mengantung lesen mereka selama 1 tahun kerana ini kesalahan ke dua dalam jangka masa 6 bulan.

Sekiranya pihak Kerajaan hanya terima permohonan maaf tanpa tindakan, saya pasti Nama Allah dan Agama Islam akan terus dihina dan di pijak-pijak.

Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas kerana ini melibatkan kesucian Agama Islam, dan tindakan yang sama juga diambil sekiranya ia terjadi kepada agama-agama lain.

Mohd Razlan Muhammad Rafii

Ketua Pemuda umno Bahagian Seputeh

Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, February 26, 2012

PILIH PR DAPAT SUKA SAMA SUKA

Terbongkar lagi satu kisah disebalik penangkapan Badrulamin Pemimpin PKR.

Pendedahan demi pendedahan di bongkarkan, kali ini kenyataan daripada pekerja-pekerja hotel yang menyaksikan sendiri kejadian pertengakaran Badrulamin dan juga suami kepada isteri yang di Khalwat Badrul.

Kejadian ini sememangnya telah membuka mata masyarakat terhadap perjuangan PKR yang sering kali menghalalkan kegiatan Sex bebas dan suka sama suka.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah kerana bukti tidak KUAT, tetapi didalam pengakuan yang dilakukan oleh Karpal Sing menunjukkan kejadian bersama Syaiful merupakan SUKA SAMA SUKA.

Sokongan terhadap Sexsuality Merdeka juga sudah terang menunjukkan PR menyokong apa sahaja kegiatan Sex sekiranya SUKA SAMA SUKA.

Adakah kita mahu budaya seperti ini dihalalkan oleh Kerajaan Malaysia? Tanyalah diri sendiri, apa akan jadi sekiranya Kerajaan ini dipegang oleh PR, tidak mustahil semua pengubalan undang-undang yang menjurus kepada SEX BEBAS akan diluluskan.

SEX Tanpa batasan yang dibawa oleh PR sebenarnya seperti mereka  yang menyokong mereka yang tidak ada agama. Bukan sahaja penghinaan pada Islam, malah Budha, Hindu juga mempunya batasan perhubungan Sex.

Sedih saya membaca RAYUAN SUAMI terhadap seorang Isteri merayu supaya balik ke pangkuan beliau....

Sebagai suami, saya respect beliau kerana sanggup memujuk isteri nya .. tetapi itulah dugaan DUNIA, si Isteri tetap mahu BERKHALWAT dengan PEMIMPIN PR...

Saya berdoa kepada semua muslim dan muslimat agar dijauhkan dari dugaan seperti ini...

Ikuti kenyataan pekerja hotel ...

"Saya pekerja hotel tersebut malah saya tahu cerita tersebut dari hari pertama sehingga hari ketiga (hari penangkapan tu)...tapi saya xnak bising2 kat sini...sehingga jika ada yang cuba memfitnah orang lain dengan mengatakan ini konspirasi...

kami tahu juga dan lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana hari ke dua suami wanita tersebut merayu isterinya supaya pulang ke rumah...apa2 pun kita tunggu lah...

yang pasti 20 orang yg di dakwa tu TIADA..yang ada hanya suami isteri tersebut..dan saya nampak dengan mata kepala saya sendiri Badrul Amin di tampar oleh suami perempuan itu...20 orang yg di dakwa adalah fitnah Badrul Amin"

Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1nYKGusL7






Layan ShortVideo dari Reezzzz

Saya nak share satu video yang best dan santai untuk rakan-rakan tengok ...

Video yang sempoi dan mencuit hati

Layannnnnnn....


Saturday, February 25, 2012

Dua Soalan Untuk Badrul Amin!


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling kita pada hari ini.

Berita terbaru, khalwat oleh Pemimpin PKR yang juga Pengarah Penerangan Khas di pejabat Menteri Besar Selangor amat memeranjatkan seluruh negara. 

Umum tahu hari ini Portfolio Agama sedang dipegang oleh MB Selangor, dan hari ini MASYARKAT mesti tahu Pengarah Penerangan beliau adalah Badrulamin, yang ditangkap khalwat di Kuantan bersama dengan Isteri orang.

Belum habis dengan isu Sokongan Israel yang dibawa oleh Anwar, isu kata dua oleh Nik Aziz dan hari ini isu penangkapan Khalwat Badrul Amin bersama dengan isteri orang pula digemparkan.

Dua soalan yang perlu dijawab oleh Badrul Amin.

1. Semasa SUAMI orang itu hadir menangkap kamu, adakah kamu berada dalam bilik bersama dengan isteri orang ?

2. Kenapa tidak menjemput rakan-rakan kamu yang berada di HOTEL sama atau Pekerja Hotel turut membantu ISTERI orang?
Penerangan dua soalan ini sepatutnya dimasukan dalam kenyataan kamu bagi menceritakan kejadian pada awal pagi semalam.

Menuduh PENANGKAPAN BERSAMA ISTERI ORANG merupakan "Tindakan Terancang"adalah satu tuduhan yang tidak patut dilemparkan terhadap mana-mana pihak, sekiranya kamu mengambil jalan selamat seperti membawa rakan-rakan bersama menyelesaikan masalah ini  atau memanggil pekerja hotel untuk bersama kamu, sudah tentu perkara ini tidak jadi seperti ini.

Badrul Amin khianat Anwar.


Ceramah oleh Anwar Ibrahim tidak mendapat sambutan di Kuantan, sekitare 500 yang hadir
Berita Badrul Amin ditangkap basah awal pagi tadi telah memberi impak kepada perlancaran jentera PR di Kuantan hari ini.

Ceramah Anwar yang berlansung sebentar tadi tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri beberapa orang sahaja.

Badrul Amin telah mengkhianati PR apabila beliau berkahwin dengan serikandi PKR pada 3 bulan lepas dan tidak cukup dengan kontraversi itu, beliau hari ini ditangkap khalwat dengan isteri orang pula.

Ternyata perangai YB ini telah mengkhianati perjuangan Anwar dan ini secara langsung telah memberi impak kepada persiapan PRU dan rakyat hari ini sudah muak dengan perangai YB PKR dan PAS yang terus menerus tidak punyai moral.



Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, February 24, 2012

Kemudahan UNIFI di Taman Salak Jaya.



Kemudahan UniFi yang disediakan oleh Pemuda UMNO Taman Salak Jaya telah memberi kemudahan internet kepada seluruh penduduk di sini.

Dengan kewujudan kemudahan ini, Penduduk dapat meningkatkan lagi pengetahuan dalam isu semasa dan boleh mengunnakan perkhidmatan ini mengikut keperluan mereka sendiri.

Disamping itu, Pemuda Taman Salak Jaya juga telah menumbuhkan kelab Tasaja IT bagi memantau penggunaan internet agar tidak disalah guna.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Komando AMK Bacul!


Semalam, memorendum Pemuda BN membantah sokongan Anwar terhadap Israel telah dihantar ke Ibu Pejabat PKR.

Semenjak awal pagi lagi Komando AMK telah berkumpul di bawah pejabat dengan niat mahu berdepan dengan Pemuda BN.

Malangnya, sebaik sahaja Pemuda BN sampai ke ibu pejabat mereka, satu batang hidung pun tak nampak. Ketakutan bertempiaran.

Pejabat PKR berkunci rapi dan wakil mereka pun ketakutan nak menerima memorendum dari Pemuda BN.

Ikuti komen Datuk Rizalman terhadap bantahan Pemuda BN terhadap sokongan Anwar kepada Israel.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, February 20, 2012

Nik Aziz kurang pendengaran.


Selepas 2 minggu isu "Anwar sokong Israel" diceritakan, hari ini sudah terjawab sudah, kata dua Nik Aziz yang telah dilemparkan kepada Anwar sudah ditelan semula.

Sebagai seorang MB, kata dua yang diberikan sudah tentu ianya sudah mendapat nasihat daripada pakar-pakar yang berada disekeliling beliau.

Ternyata MB paling lama dalam sejarah Malaysia sudah tidak relevan lagi dalam politik Negara.

Nik Aziz sudah tidak relevan dalam memberi kenyataan dan menjawab malah kadang-kadang reaksi memegang telinga mendengar ungkapan orang menunjukkan sifat beliau semakin kurang.

Walau apapun alasan Anwar berikan kepada beliau, perlu diingati bukan hanya Utusan yang melaporkan laporan WSJ, ianya juga dilaporkan oleh portal-portal pembangkang dan akhbar- akhbar pembangkang.

Memalukan sekiranya orang sudah memberi kata dua tetapi menarik balik demi untuk menjaga silaturahim Satu pihak.

Seseorang sudah tentu kene bertangungjawab terhadap tindakan kata dua nik aziz. Mungkin sudah masanya beliau sendiri neletak jawatan kerana hilang pendengaran atau hilang pertimbangan sehingga mengeluarkan kata dua.

Published with Blogger-droid v2.0.2

AirAsia jangan banyak cerewet!


Membaca berita yabg dikeluarkan oleh Utusan Malaysia, pelik juga apabila kita melihat pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh Airasia kepada MAHB.

Mendahului jadual projek 73 hari dan 50% sudah siap merupakan satu perkara yang positif dan ucapan tahniah boleh diberikan kepada MAHB.

Ugutan demi ugutan yang digunakan untuk memaksa KLIA2 mengikut kehendak Airasia satu semangat yang tidak baik dan tidak sihat.

Saya percaya projek ini adalah yang terbaik dalam kerjasama airasia dengan mana-mana pihak pengurusan lapangan terbang di dunia.

Air asia tidak akan mendapat layanan yang lebih elok daripada negara mereka sendiri, jesteru itu saya nasihatkan mereka agar menghormati semua pihak dan jangan sesekali menggunakan rekod pembangunan syarikat untuk meluluskan apa sahaja permintaan mereka.

Mereka perlu ingat, dalam masa kebangaan Airasia membangunkan syarikat, ramai pekerja airline lain yang menderita atas perubahan lankskap ini dimana pendapatan mereka di potong dan mereka bekerja seperti buruh kasar.

Ramai pekerja MAS atau bekas pekerja apabila di tanya sebelum dan selepas kewujudan AirAsia, sering kali mereka membangkitkan isu gaji dan kerja maca buruh kasar, dulu kalau terbang ke Europe sekitat 14 hari tetapi sekarang hanya 4 hari. Dan gaji dan alaun 50% kurang.

Seeloknya kita tidak mahu lagi mendengar keegoan airasia ini lagi, jalankan tanggunjawab kamu sebagai pengurus Kapal. Jangan hanya perguna nama untuk menekan pelbagai pihak.

walaupun semua boleh terbang tapi tak semua orang perlu mengikut kamu!

Published with Blogger-droid v2.0.2

AirAsia jangan banyak cerewet!


Membaca berita yabg dikeluarkan oleh Utusan Malaysia, pelik juga apabila kita melihat pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh Airasia kepada MAHB.

Mendahului jadual projek 73 hari dan 50% sudah siap merupakan satu perkara yang positif dan ucapan tahniah boleh diberikan kepada MAHB.

Ugutan demi ugutan yang digunakan untuk memaksa KLIA2 mengikut kehendan Airasia satu semangat yabg tidak baik dan tidak sihat.

Saya percaya projek ini adalah yang terbaik dalam kerjasama airasia dengan mana-mana pihak pengurusan lapangan terbang di dunia.

Air asia tidak akan mendapat layanan yang lebih elok daripada negara mereka sendiri, jesteru itu saya nasihatkan mereka agar menghormati semua pihak dan jangan sesekali menggunakan rekod pembangunan syarikat untuk menluluskan apa sahaja permintaan mereka.

Mereka perlu ingat, dalam masa kebangaan Airasia membangunkan syarikat, ramai pekerja airline lain yang menderita atas perubahan lankskap ini dimana pendapatan mereka di potong dan mereka bekerja seperti buruh kasar.

Ramai pekerja MAS atau bekas pekerja aaabila ditanya sebelum dan selepas kewujudan AirAsia, sering kali mereka membangkitkan isu gaji dan kerja maca buruh kasar, dulu kalau terbang ke Europe sekitat 14hari tetapi sekarang hanya 4 hari. Dan gaji dan alaun 50% kurang.

Seeloknya kita tidak mahu lagi mendengar keegoan airasia ini lagi, jalankan tanggunjawab kamu sebagai pengurus Kapal. Jangan hanya perguna nama untuk menekan pelbagai pihak.

walaupun semua boleh terbang tapi tak semua orang perlu mengikut kamu!



Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, February 19, 2012

Kekalutan Isu Pelaburan EPF !!


Isu penjualan Perumahan Rakyat dan perumahan Awan yang di usahakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah dibangkitkan semula oleh Pihak Pembangkang, YB Tony Pua dan YB Nurul Ezah.

Sebagai rakyat biasa, saya pelik melihat telatah mereka yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat, sekiranya dahulu, PKR mendapat sokongan di kebanyakkan yang menginap di PPR, namun senario hari  ini amat berbeza kerana kerajaan telah mengotakan janji-janji.

Niat Pembangkang, tidak lain tidak bukan hanya mahu mendapat populariti terhadap apa sahaja isu yang di usahakan oleh Pihak Kerajaan sehingga sanggup mempergunakan usaha pihak kerajaan memberikan keutamaan membantu orang kurang berkemampuan di Bandar memiliki rumah.

Formula kerjasama Pihak Kerajaan dan pihak Swasta serta EPF melalui "Special Purpose Vehicle" iaitu Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan telah memberi peluang kepada penyewa  PPR untuk memiliki rumah.

Antara punca penyewa gagal mendapatkan pinjaman adalah tidak mempunyai bukti pendapatan bulanan tetap, ini tidak bermakna mereka tidak mampu untuk membuat bayaran bulanan kepada pihak DBKL.

Janji pihak Kementerian kepada pencarum EPF adalah, hanya mereka yang tidak mempunyai "Tungakkan Sewaan" sahaja akan dibenarkan mendapatkan pinjaman perumahan, bukan itu sahaja, Pemilik juga diberi pilihan untuk terus menyewa seperti biasa atau mengambil peluang keemasan ini untuk memiliki harta sendiri.

Penemuan formula ini hasil dari kaji selidik pihak EPF serta Kementerian, dan pelaburan yang ditawarkan kepada EPF bukanlah satu pelaburan yang merugikan kepada pencarum kerana 5.5 peratus merupakan keuntungan kepada pihak EPF.

Pembeli juga tidak harus termakan hasutan daripada pembangkang kerana anda semua mendapat peluang memiliki harta dengan kadar 3% kurang daripada pinjaman biasa yang dikenakan oleh bank swasta iaitu sekitar 9.5%.
Saya percaya, semua pihak mahukan kehidupan yang baik dan selesa, melalui skim ini, penduduk PPR mempunyai peluang untuk memiliki harta didalam bandar yang sepatutnya dibeli dengan harga sekitar RM100,000 dan inilah yang membimbangkan pihak pembangkang kerana kerajaan BN telah meneruskan usaha membela rakyat kurang berkemampuan tidak kira di kampung ataupun di bandar.

Antara mereka yang tidak mempunyai bukti pendapatan tetap adalah peniaga nasi lemak, pemandu teksi, penjual kuih dan mereka yang berniaga kecil-kecilan, dan kemampuan mereka membayar bulanan kepada DBKL telah membuktikan mereka mampu untuk membayar sewaan bulanan.

Hasrat murni kerajaan adalah untuk membantu golongan ini untuk meningkatkan taraf kehidupan keluarga mereka dengan memiliki harta sendiri, memiliki rumah sendiri antara keinginan setiap keluarga dan usaha pihak Pembangkang menolak golongan ini memiliki rumah merupakan penghinaan kepada mereka dan keluarga mereka.

Saya mengesyorkan pihak Pembangkang turun sendiri ke PPR dan melihat sendiri kegembiraan keluarga-keluarga ini apabila mendapat sekeping surat pemilikan rumah. Kecerian seperti inilah yang diinginkan oleh setiap masyarakat di Malaysia tidak kira apa taraf pendapatan mereka kerana setiap mereka layak mendapat bantuan daripada pihak Kerajaan.

Saya juga merupakan pencarum EPF selama 19 tahun, dan saya telah menikmati dividen setiap tahun melalui pelaburan yang telah dibuat oleh pihak EPF dan selama ini tidak pernah pencarum memperolehi kerugian daripada pelaburan EPF dan saya percaya pelaburan ini juga tidak akan merugikan saya.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii,
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

Thursday, February 16, 2012

Nik Aziz : Jilat Air Liur Sendiri?

Nik Aziz akrab dengan Sekutu yang sanggup mati kalau
"Malaysia Negara ISLAM"
Beberapa hari yang lepas, Nik Abdul Aziz telah memberika kata dua kepada Anwar Ibrahim agar menarik kembali kata-kata "Menyokong Israel" atau "Menyaman WSJ".

Hari ini, kedua-dua kata itu telah di tolak oleh Anwar,

Anwar tidak mahu menarik balik kata-kata beliau dan juga tidak mahu menyaman WSJ.

Setakat artikel ini ditulis, tidak ada apa-apa kenyataan dan Musridul Am Pas ini berkaitan dengan KATA DUA yang telah diberikan kepada Anwar Ibrahim.

Adakah Nik Abdul Aziz akan menjilat air liur beliau sendiri ataupun mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim ?

Apakah yang kamu jangkakan?

Jangkaan saya, Nik Abdul Aziz akan menjilat semula kata dua beliau dan juga akan berbaik semula dengan Anwar Ibrahim yang telah terluka hati akibat dari kata dua Nik Abdul Aziz tempoh hari.

Masa depan politik beliau dan Anak beliau hari ini bergantung kepada Anwar Ibrahim. bukan lagi bergantung kepada PAS.

bersama kita nantikan apakah wayang kulit PR dalam isu ini... penjualan MURAH maruah ISLAM akan berlaku lagi ...



Tuesday, February 14, 2012

Dinasti LIM

Satu blog yang membongkar kuasa dinasti Lim dalam memonopoli jawatan di DAP sekian lama.


Keluarga lim mendominasi jawatan dan tempat selamat untuk memastikan keluarga mereka bertanding di kawasan selamat dan akhirnya memastikan mereka mendapat tempat di kerajaan mahupun jawatan dalam parti.


Ikuti kisah lanjut dinasti Lim di


http://thekl-chronicle.blogspot.com/2012/02/dap-and-godfather-syndrome.html


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, February 13, 2012

Lakonan PR

Semalam, Nik Abdul Aziz dengan telah menyuruh Anwar saman WSJ atas kenyataan menyokong keselamatan negara Israel sekiranya kenyataan beliau didapati diputar belit.

Saya melihat perkara ini sebagai satu lakonan sekiranya tindakan susulan tidak diambil oleh salah satu pihak.

Dalam Politik hari ini, banyak tindakan PAS sudah tidak lagi releven kepada perjuangan Islam, sebagai contoh terdekat, isu Hassan Ali yang telah dipecat disebabkan pertahankan akidah islam yang di permainkan oleh MB Selangor.

Dalam hal menyokong Israel pula, tiba-tiba kita lihat Nik Aziz bertindak mahu menyokong islam walhal sebelum ini, isu dalam negeri seperti Lina Joy murtad yang disokong Anwar tidak pula diendahkab oleh beliau.

Ada banyak lagi peristiwa yang melibatkan akidah orang islam terjadi sekitar 3 tahun ini, tetapi tidak dipedulikan oleh beliau kerana mahu mendapat sokongan daripada KAUM yang selama ini tidak menyokong PAS.

Suka saya nak ingatkan kepada PAS agar lebih prihatin dalam menjaga islam bersama, bukan hanya bertindak menjaga Islam seperti musim durian, nak berbuah baru nak jaga untuk mendapat hasilnya, islam bukan barang mainan untuk kamu.

Kalau DAP sanggup keluar dari negeri Kedah hanya disebabkan mahu pertahan kandang babi, PAS sepatutnya berani menarik keluar Selangor dari Pakatan, tetapi kalau pikirkan Selangor itu lubuk dana, setidaknya mereka nyatakan keluar PR dari Kelantan untuk menunjukkan betapa serius mereka menjaga Islam.

Saya menyeru kepada semua orang islam agar buka mata dan buka hati untuk melihat sejauh mana orang islam sudah dilacurkan oleh Anwar dan PR demi untuk mebdapat kuasa politik.

Sekian.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, February 03, 2012

No Complaint! No help! Teresas Kok!


"Kalau Pasal Papantanda ini, tidak perlu komplain"
Sungguh malangnya Penduduk Seputeh, sekiranya tidak ada aduan rasmi dibuat kepada Pejabat Ahli Parlimen Seputeh, tiada pertolongkan akan dibuat.

Sebagai MP Seputeh, rakyat di sini sudah cukup masak dengan perangai beliau kerana sering kali tidak turun melihat masalah yang dihadapai oleh Penduduk Seputeh.

Terbaru apabila terjadi ribut di Taman Danau Desa, seperti dilaporkan oleh thekl-cronicle dengan angkuhnya beliau menjawab tidak menerima aduan daripada penduduk dan penjaja di situ.

Petikan dari TheMole :-
 "KUALA LUMPUR: DAP Seputeh Member of Parliament Teresa Kok says she never received official complaints from Taman Desa stallholders whose stalls were damaged during a storm last month and have yet to visit any of them.

In a text message reply to TheMole, Teresa said she was not aware of the storm incident which destroyed scores of foodstalls operated mainly by Chinese and Malay residents as her office was closed for the Chinese New Year celebrations.



The MP whose constituency covers Taman Desa said she was on leave during the storm havoc and denied reports that she had only visited the Chinese stallholders after the mishap. 

- Habis -

Sebagai MP Seputeh sepatutnya beliau kene memantau semua kawasan dibawah jagaan beliau, lagi-lagi apabila ia melibatkan ribut yang menyebabkan atap dan gerai berterbangan.

Thursday, February 02, 2012

Penduduk Lembah Pantai sambut Anwar Dan Nurul Ezah

300 Penduduk Lembah Pantai menyambut Anwar dan Nurul Ezah!

Bagi mengukur kekuatan Ahli Perlimen Lembah Pantai YB Nurul Ezah, beliau telah membuat lawatan kerja bersama dengan Anwar Ibrahim ke Lembah Pantai.

Didalam lawatan itu, YB Nurul dan Anwar telah mengerahkan jentera mereka untuk bersiap sedia menerima penduduk yang dijangkakan akan mencecah 5000 orang.

Ternyata pada lawatan kali ini, yang turun hanya 300 orang, sebanyak 10 khemah besar yang didirikan hanya di penuhi dengan kerusi kosong, ini berbeza semasa Dato Najib hadir di Kawasan yang sama dan kehadiran mencecah 10,000 orang.

Satu lagi kawasan yang mereka lawati iaitu Bricfield, di sini pula, dijangkakan seramai 3000 orang yang akan hadir sama menyambut perayaan Ponggal, sekali lagi Anwar dan Nurul Ezah kecewa kerana yang hadir hanya 300 orang.

Taman Seri Sentosa pada dulunya merupakan sebuah taman yang memberikan sokongan penuh kepada PKR dan selama ini telah menyokong Nurul Ezah tetapi selama beliau menjadi YB, penduduk di Taman Seri Sentosa tidak mendapat layanan daripada beliau, ada la melawat beberapa rumah di sana dan buat hebahan di twitter untuk menunjukkan beliau buat kerja turun padang.

Berikutan dari lawatan yang tidak mendapat sambutan itu, Anwar Ibrahim telah berang dan memerahi beberapa pemimpin PKR Lembah Pantai kerana gagal menurunkan orang ramai semasa lawatan beliau.

Pemimpin PKR di Lembah Pantai sebenarnya sudah meluat dengan Nurul Ezah kerana merampas kuasa Cabang yang sepatutnya diberikan kepada orang lain.

Saudara Zaman ketua AMK Lembah Pantai merangkap ketua AMK WP juga telah kecewa dan sudah meminggirkan diri dari Lembah Pantai. Beliau yang sebelum ini merupakan penyokong kuat Anwar di Lembah Pantai sudah beralih ke Cabang lain mencari tempat untuk bertanding.

Diberitakan PKR Lembah Pantai kuburnya sudah siap dan menunggu untuk dikafankan dan dikebumikan, jesteru itu, untuk menyelamatkan Anak kesayangan PAPA, Anwar akan bertanding di Lembah Pantai dan Nurul Ezah akan pergi bertanding di Permatang Pauh.

Itulah PKR.... berak di kawasan sendiri, cuci di kawasan boleh menang ...








1 Kali turun! itupun dipaksa!


Malangnya Penduduk Seputeh dapat YB Teresakok.


Semenjak Teresak Kok menjadi YB, sememangnya penduduk Seputeh tida mendapat faedah apa pun daripada beliau.

Yang beliau tahu mencari publisiti murahan dan mencari isu kontravasi yang menunjukkan beliau memperjuangkan orang Cina.

Saya tidak percaya Orang Cina mahu menyokong perjuangan yang bermuka-muka, orang Cina sekarang sudah bijak memilih di mana satu Kaca di mana satu berlian, dan orang Cina lebih peka hari ini untuk menolak politik Glomor Teresa Kok.

Teresa Kok sudah tahu beliau sudah ditolak oleh Penduduk Seputeh dan sedang meninjau-ninjau meninggalkan Seputeh.

Orang Cina Seputeh jangan di tipu oleh DAP lagi.. Orang Seputeh sepatutnya dapat perhatian yang lebih baik dan kebajikan yang lebih elok daripada DAP yang tidak menjaga kebajikan ...

Ikut Cerita Teresak Kok hanya 1 kali turun padang dalam masa 2 tahun ... itupun kene paksa!


Sumbangan dari Blog reez

She's Holds 7 Positions But Where Is She?




Now, lets read this article ya.


I have just finished reading an article in Malaysia Today titled Wonder woman now ‘YB Press’I was actually quite surprised to find out that my own Member of Parliament (MP) Teresa Kok is now being criticized by her own party. This person in 2008 was the darling of DAP when she won her Seputeh parliamentary seat with a majority of 36, 492 votes. In summary, Teresa Kok also holds seven (7) positions in the Federal and State Government which are:
  1. Member of Parliament for Seputeh (with allowance and salary)
  2. Kinrara Assembly woman (with allowance and salary)
  3. Selangor Senior executive Councillor (with allowance and salary)
  4. Director of PKNS  (with allowance and salary)
  5. Selangor DAP Chief
  6. National DAP organizing secretary
  7. Wanita DAP national secretary

That is quite an achievement for an MP but i actually don't care how many position or portfolio that you hold, what i care is that that this MP has been missing from Teratak Muhibah and Taman Salak Jaya since the 2008 general election. This two (2) area consist of about 20,000 people and Teresa Kok has never once visited this places.

I live in Taman Danau Desa which is next to Teratak Muhibah, and when the storm hit us last week, this MP was NO WHERE to be seen. She did not visit the Malay warung's opposite the PLUS tower nor the flat residents in teratak muhibah. However, she made it a point to visit a Chinese food court which was was damaged during the storm. The picture of the Chinese food court is as below and make your own assumptions. 

Food court  yang hancur dipukul ribut, kesian~

Maybe she should resign from her many positions and start concentrating on the Rakyat in her constituency. I know the Malay's did not vote you in the last election, but if this is payback then thank you very much. We know what to expect when PR comes to power. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...