Tuesday, July 24, 2012

Tidak Salah Menipu masa Debat ? Fatwa @tantawii100

Janganlah kita sesekali berkopiah dengan niat mengaburkan orang Islam, jangan lah kita berjubah sesekali mahu menunjuk bahawa kita Alim...


Sunah kita mengikut Rasulullah tetapi Rasulullah tidak pernah menyuruh kita ber riak- riak dengan pakaian dan bermegah-megah dengan apa yang kita ada...


Penipuan didalam DEBAT atau di luar DEBAT.. itu tetap penipuan.. bukan kamu berdebat untuk 2 orang sahaja ... perdebatan itu disaksikan oleh ribuan orang dan segala yang kita utarakan adalah untuk pengetahuan umum...


Taubatlah Ketua Pemuda PAS .... Malu lah apabila kamu berhias2 dengan bermegah2 dengan niat bertopengkan Islam .... dengan niat mahu menipu .. maka gugurlah iman kamu...


Ikuti Statement beliau dibawah ini .....


Nasrudin pertahan DAP kompromi terima hudud - Utusan Malaysia 24 Julai 2012

KUALA LUMPUR 23 Julai - Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan hari ini tetap mempertahankan fakta berhubung kesediaan Karpal Singh berkompromi untuk melaksanakan hukum hudud walaupun ia disanggah oleh Pengerusi DAP itu.

Bukan itu sahaja, malah Nasrudin turut mempertahankan fakta yang menyatakan bahawa Pas merupakan parti dominan dalam pakatan pembangkang.

Sehubungan itu beliau mencabar mana-mana pihak menganjurkan satu lagi perdebatan sekiranya mereka mendakwa dua fakta yang dikemukakannya itu ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya pada Khamis lalu sebagai satu pembohongan.

''Kedua-dua fakta ini saya kemukakan dalam debat. Sepatutnya kalau ia satu pembohongan maka ia perlu dipatahkan dalam debat tersebut. Jika mereka tidak berpuas hati aturkan satu lagi siri debat terbuka dan jemput kami.


''Kita selesaikan perkara ini dalam gelanggang. Bukan bising di luar gelanggang. Banyak tugas yang terpaksa saya fokus untuk membangunkan umat ini berbanding melayan kerenah UMNO yang sukar menerima realiti,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kebenaran dua fakta tersebut ekoran kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh, Mohd. Razlan Mohd. Rafii yang mendakwa Nasrudin telah berbohong.

Mohd. Razlan berkata, tindakan Nasrudin memutarbelitkan fakta berhubung kompromi Karpal terhadap hukum hudud adalah serius dan menuntut penjelasan sewajarnya.

Beliau berkata, Pas bukan parti dominan, sebaliknya DAP lebih dominan berbanding parti itu dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sementara itu Karpal dalam kenyataannya di sebuah akhbar berbahasa Inggeris kelmarin membidas Nasrudin dengan menegaskan yang beliau tidak pernah berkompromi dalam soal melaksanakan hukum hudud.


Karpal berkata, ia juga merupakan pendirian DAP secara keseluruhan dan pelaksanaan hukum hudud tidak pernah dirunding dalam sebarang bentuk perbincangan.

Dua fakta berkenaan telah dikemukakan oleh Nasrudin ketika beliau dan Fathul Bari berdebat dalam satu program perdebatan anjuran akhbar tempatan yang bertajuk; ''Pilihan Raya Umum Ke-13: Orang Muda Pilih Siapa?".

Mengulas lanjut Nasrudin berkata, mereka yang hanya tahu bising di luar gelanggang merupakan yang kalah dan lemah.

''Tidak perlu menggelegak di luar gelanggang. Meraung di luar gelanggang adalah sifat orang kalah dan lemah,'' katanya.

Menjawab satu soalan, Nasrudin berkata, beliau dan Dewan Pemuda Pas sedia berhadapan dengan mana-mana pihak sekiranya penganjuran satu lagi siri debat benar-benar diadakan.

''Dewan Pemuda Pas sedia dengan siapa jua dan kita akan tengok serta bersedia menghantar regu yang sesuai,'' katanya lagi.

Sunday, July 22, 2012

Azmin digesa bertaubat sempena Ramadan


KUALA LUMPUR 19 Julai - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali digesa mengambil kesempatan sempena ketibaan bulan Ramadan untuk bertaubat selepas dikaitkan dengan isu penyebaran gambar aksi panas yang dikatakan miripnya.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, Azmin sehingga hari ini masih belum mengambil sebarang tindakan bagi menafikan tuduhan bahawa lelaki dalam gambar tersebut adalah dirinya.

''Kalau benar bukan dia, dia perlu membuat laporan polis dan melantik peguam untuk mendakwa individu terbabit yang mendedahkan gambar tersebut.

''Namun tindakannya mendiamkan diri seperti mengiakan perkara tersebut, maka dia perlu bertaubat,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap Azmin yang enggan membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar adegan panas itu oleh beberapa blog hujung bulan April lalu.

Selain itu, katanya, umum mengetahui bahawa Azmin mempunyai masalah dengan keluarganya lebih-lebih lagi terhadap ibunya.

''Oleh itu, saya juga ingin menyeru Azmin untuk bertaubat dan meminta maaf kepada ibunya.

''Bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk berbuat demikian, janganlah dicemari bulan mulia ini dengan terus menyakiti hati ibunya,'' ujarnya.

Perkara sama turut dilontarkan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipalit dengan pelbagai kontroversi lebih-lebih lagi isu video seks yang mengaibkan dirinya.

Menurut Razlan, Anwar juga masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap 'Trio Datuk T' yang mendedahkan video itu bagi membersihkan namanya dan menafikan beliau bukan pelaku dalam klip video seks tersebut.

''Sekurang-kurangnya, bertindaklah seperti Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersumpah bagi menafikan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan pihak pembangkang,'' katanya.

Sunday, July 15, 2012

UDA Patut Malu dengan @Najibrazak


Bertempat di Peral Internation Hotel, buat jurung kalinya Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh berkesempatan untuk bermesyuarat di sebuah Hotel, sebelum-sebelum ini ianya hanya di buat di Dewan Besar UMNO Bahagian Seputeh di Taman Desa.

Lokasi ini dipilih adalah kerana kali ini Pergerakan Puteri juga turut sama dalam acara Perasmian yang disempurnakan oleh YB Dato Seri Mohamed Nazri Aziz, Ahli Majlis Kerja Tertinggi merangkap Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas.

Tepat Jam 2.30pm, YB Dato Seri hadir bersama rombongannya dan terus kami bawa kepada bilik menuggu, turut sama menjemput adalah Datuk Mustapa Kamal, Ketua UMNO Bahagian dan A.Rahim Aman, Timbalan Ketua.

Didalam aluan oleh Mohd Razlan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, beliau menegaskan seluruh UDA perlu merasa malu terhadap campurtangan dan nasihat YAB Dato Seri Najib berkenaan dengan Isu MEROBOHKAN BUKIT BINTANG PLAZA. 

"YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pergi ke hulu ke hilir, berkerja siang malam pagi petang subuh senja(bak kata Ahmad Maslan) , perkara kecil pun mereka gagal,  seharusnya UDA mempunyai semangat mempertahankan Hak Melayu, ini pun mereka tidak boleh pikirkan, tidak boleh mengambil keputusan secara kolektif didalam Lembaga Pengarah! Kalau saya jadi Pengerusi, CEO atau ahli Lembaga Pengarah, saya letak jawatan, malu saya nak menghadap YAB Perdana Menteri" - Mohd Razlan.

Itulah desakan dan pendirian Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh terhadap isu kemiskinan.

"Jesteru itu, didalam pembanggunan TLDM Sungai Besi, kami mendesak agar semua UMNO Bahagian dimasukkan didalam kumpulan perancangan pelan pembanggunan, ini sahaja tanah yang tinggal di dalam Kuala Lumpur, kita perlu merancang dengan lebih teratur untuk memnentukan Melayu tidak hilang di Bandar" - Mohd Razlan.

Dalam isu Agama pula, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh mengusulkan agar Sekolah-sekolah Tahfiz di iktiraf dan di naik taraf sama seperti sekolah kebangsaan.

"Di dalam mesyuarat kami nanti, kami akan mengusulkan agar Sekolah Tahfiz di martabatkan dan dinaik tarafnya sama seperti Sekolah Kebangsaan, kita tidak mahu lagi melihat anak-anak yang belajar di Sekolah Tahfiz ini mati kerana tanah runtuh, kebakaran dan macam-macam lagi insiden yang tidak diingini" - Mohd Razlan

Perwakilan telah menerima usul ini tanpa bahas.

Sememangnya Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh akan mempertahankan dan memperjuangkan perkara-perkara yang melibatkan Orang Melayu dan Hak Orang Melayu, terutama di Dalam Bandar. 

Beberapa perkara yang pernah diusulkan dalam Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh sebelum-sebelum ini.

1. Para Pelajar Melayu yang mendapat keputusan Cemerlang dalam IPTA/S yang meminjam PTPTN mesti di tukar kepada Biasiswa melalui MARA -

2. Skim Rumah Mampu Milik Untuk Golongan Muda.

3. Rumah Transit untuk Anak Muda yang baru berkahwin

Semua perkara ini juga di sentuh didalam ucapan aluan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

YB Dato Seri Nazri banyak didalam ucapan Perasmian banyak menyentuh soal Melayu, dan orang Melayu mesti kenal apa ini Melayu dan jangan malu mengaku diri kita sebagai Orang Melayu. - Video penuh ada di Mob TV.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...