Thursday, October 25, 2012

Selamat menyambut Hari Raya Korban

Saya sekeluarga dan seluruh ahli Pemuda UMNO Bahagian Seputeh serta Jentera Unit Media Baru Wilayah Persekutuan ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya korban untuk tahun ini.

Sempena hari yang penuh dengan sejarah pengorbanan ini, saya menyeru kepada semua umat islam di Malaysia agar kita bersama sama memastikan pengorbanan yang kita laksanakan kepada agama dan bangsa mendapat pulangan yang diberkati.

Tahun ini juga merupakan tahun terakhir untuk kita menyambut hari raya korban sebelum Pilihan Raya yang ke 13, jesteru itu semua kene memastikan kita bekerja sekuat mungkin untuk mendapat kemenangan untuk kekal kuasa di Negara Malaysia.

Sayat mendoakan semua mendapat kekuatan daripada ibadah korban yang kita laksanakan pada hari raya ini.

Selamat hari raya korban ....


Sunday, October 14, 2012

Teresa Kok Anti Islam?


Membaca kisah Awang Selamat hari ini yang mengimbau peristiwa betapa negara merasa malu terhadap perbuatan seorang MP yang bersifat perkauman dan anti islam.

Peristiwa yang menimpa wanita Melayu ketika di suruh ketuk ketampi semasa dalan lokap membawa kepada terbukanya sifat sebenar MP Dap yang bersifat anti islam.

Seorang MP yang sanggup membawa CD lucah di parlimen dan mahu perkara ini disiasat dengan NIAT membela warga cina tapi bila diketahui bukan warga cina, beliau boleh senyap dan diam tanpa ada rasa bersalah. Memang benar sehingga hari ini, Teresa kok tidak pernah memohon maaf.

Beliau juga pernah membangkitkan isu azan di sekitar selangor, dengan sengaja membangkitkan isu ini untuk pengetahuan umum agar tindakan untuk memperlahankan azan diambil.

Teresa kok juga pernah membawa isu papan tanda yang mahu semua bahasa di dicetak dipapan tanda kepada dbkl, malah beliau sendiri sudah melaksanakan perkara.

Teresa kok juga pernah cuba memasuki ruangan masjid negara dengan tidak menutup kepala malah memarahi orang islam yang tidak membenarkan baliau memasuki ruangan sembahyang masjid negara.

Ini lah contoh-contoh yang menunjukkan Teresa Kok seorang yang anti islam, sifat semula jadi beliau yang tertarik dengan isu-isu yang berkaitan dengan islam. 

Sekiranya Beliau mempunyai sifat kemanusian dan tidak ada masalah dengan Orang Islam, sebagai manusia moden, sekurang-kurangnya beliau boleh memohon maaf kepada orang islam.

Agenda Teresa Kok hanyalah mahu melihat islam di Malaysia dilemahkan. tidak ada lain malah ramai pemimpin DAP bersfat sama seperti beliau. Ingat-ingatlah!

Bisik-Bisik: Teresa dan maaf

AWANG ingin mengimbas peristiwa Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang pernah membuat kenyataan di Dewan Rakyat berkaitan isu klip video seorang wanita melakukan ketuk ketampi dalam keadaan bogel pada tahun 2005.

Beliau mendakwa wanita berkenaan seorang warga China. Insiden tersebut menggemparkan negara. Polis dihina dan kerajaan dipersalahkan. Malah Kabinet ketika itu mengutuskan seorang menteri ke China bagi memohon maaf, dalam satu tindakan yang turut mengundang kritikan.

Adalah tidak pasti sama ada tindakan Teresa Kok ketika itu didorong oleh semangat perkauman yang tebal tetapi itulah sentimen yang dimainkan oleh DAP.

Bagaimanapun dakwaan beliau kemudiannya didapati tidak benar. Wanita berkenaan sebenarnya rakyat tempatan - Melayu dan beragama Islam.

Selepas kisah sebenar diketahui ekoran siasatan yang dijalankan, Teresa Kok berdiam. Bukan itu sahaja beliau tidak memohon maaf atas apa yang telah dilakukannya. Tidak silap Awang, sampai hari ini, pemimpin DAP itu tiada usaha untuk bersikap budiman dan mengambil tanggungjawab mengakui kesilapannya. Sedangkan, ia adalah soal asas dalam prinsip demokrasi.
...
Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121014/re_06/Bisik-Bisik-Teresa-dan-maaf#ixzz29F6PTYNK
© Utusan Melayu (M) Bhd "

Friday, October 12, 2012

Malaysiakini kaki Spin


Dua gambar ini mempunyai cerita yang sama tetapi Header yang berlainan... Tujuannya adalah mudah, mahu spin agar cerita lebih mnampak buruk dan menarik pembaca untuk membaca selanjutnya...


Nilaikan sendiri ... Cerita ini masih ada di www.malaysiakini.com ...



Thursday, October 11, 2012

Ustaz Nasha Simpanan Tetap PAS

Dalam perjuangan Politik, sudah tentu setiap pemimpin mempunyai pengaruh dan pengikut, Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin hari ini merupakan orang paling di perhatikan oleh orang parti beliau sendiri dan juga oleh DAP dan PKR.

Apabila konflik beliau dengan Karpal Singh dan juga konflik terbaru yang beliau dedahkan terhadap Agenda DAP yang meletakkan Malaysia menjadi negara Kristian, ini sudah tentu membuat rakan-rakan beliau dalam Pakatan panas bontot.

Walaupun tindakan Nasha lebih keras daripada tindakan Hassan Ali, namun Majlis Syura dan Pimpinan PAS tidak mampun berbuat apa-apa kerana Pengaruh Nasha ternyata lebih kuat dari Hassan Ali.

Ustaz Nasha merupakan Simpanan Tetap PAS untuk memastikan parti itu memenangi kerusi-kerusi yang mereka tandingi pada PRU akan datang.

Di kampung-kampung hari ini, penyokong PAS sudah merasa malu untuk bercerita tentang perjuangan Islam, apabila borak di kedai-kedai kopi, sudah tidak ada suara-suara kuat yang sengaja memprovok orang sekeliling untuk mengherdik UMNO atau BN. Mereka merasa malu untuk berkata-kata kerana PAS sudah lari dari Perjuangan Islam.

Apa lagi saki baki yang tinggal terhadap Perjuangan PR? 

DAP - Mahu Kristian sebagai agama Rasmi
PAS - Mahu Bina Hukum Hudud PAS
PKR - Memerjuangankan Plurisme dan Liberaslime.

Dari sudut dasar perjuangan, mereka sudah tidak boleh bersama, bagaimana pula keadaan sekiranya mereka sudah menang untuk memerintah Negara Malaysia?

Apa yang dilakukan oleh Ustaz Nasha adalah berkaitan dengan Prinsip, Prinsip Islam yang sepatutnya dipegang oleh semua orang Islam yang mahu melihat negara Malaysia kekal dibawah naungan orang Islam.

Untuk mencapai kemenangan, tidak semestinya kita mengadaikan Agama Islam, UMNO boleh laksanakan perkara ini dari dahulu lagi, UMNO tidak pernah menggunakan Agama untuk mempertahankan Dasar dan Prinsip perjuangan menunju kemenangan PRU, ianya sudah dipersetujui dan sehingga hari ini, Islam dijaga dengan baik dan agama-agama lain diamalkan dengan aman.

Kehendak DAP merupakan satu ancaman terhadap Islam, kehendak PKR merupakan Ancaman kepada Islam dan Pertukaran Dasar PAS merupakan anjakan langkah kebelakang memajukan Islam. 

Oleh sebab itu, Ustaz Nasha mendedahkan adanya Majlis Angkat Sumpah, adanya Majlis meraikan kemenangan di Sarawak, dan saya percaya pendedahan ini akan diteruskan lagi demi mahu menyedarkan Islam yang lain terhadap ancaman DAP terhadap Islam.

Bagi Orang UMNO, kami dari dulu sudah mendedahkan siapa itu DAP dan apakah yang mereka mahu lakukan terhadap negara ini. 

Kepada orang-orang PAS, kamu boleh dengar dan faham dan ambil nasihat yang diberi oleh Ustaz Nasha, semoga kamu kembali ke pangkal perjuangan untuk memartabatkan Islam.

Percayalah, Ustaz Nasha tidak akan di BUANG dari PAS seperti terjadi kepada Hassan Ali kerana beliau merupakan SIMPANAN Tetap PAS.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...