Saturday, November 10, 2012

@teresakok perangai Lembu punya susu sapi dapat nama? - MP Pencuri ?

Mohd Razlan menunjukkan SMS yang
dihantar oleh Pejabat DAP Seputeh.

Assalamualaikum,

Kenyataan akhbar ini dilakukan bagi mempersoalkan tindakan Pejabat Parlimen DAP Seputeh dan YB Teresa Kok serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mengeluarkan lesen hasil usaha orang lain.

Pada awal tahun 2012, melalui pusat khidmat masayarakat Seputeh , penjaja di OUG megadu kepada Ybhg Datuk Mustapa Kamal selaku Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur berkenaan dengan lesen penjaja yang masih tertangguh sekian lama.

Susulan daripada itu, tindakan di ambil oleh Ybhg Datuk Mustapa untuk mencadangkan kepada DBKL untuk memberi lesen kepada penjaja-penjaja ini.
Seramai lebih kurang 80 penjaja telah diluluskan pada bulan july 2012, dan 60 lesen dapat diberikan kepada kepada Penjaja pada satu Majlis yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh.

Kami menunggu baki lesen itu siap dan menjangkakan pihak DBKL akan memaklumkan kepada pihak kami untuk diserahkan kepada penjaja.

SMS yang dihantar oleh Pejabat DAP
meminta Penjaja hadir untuk mengambil
Lesen Original DBKL
Namun kami dikejutkan oleh satu sms yang mengarahkan Penjaja yang selebihnya untuk mengambil lesen original di Pejabat DAP Seputeh.

Penjaja yang prihatin dengan usaha kami menghantar sms itu kepada saya dan mengadu bagaimana pihak yang tidak ada usaha dalam menyelesaikan masalah mereka boleh mengambil mendapat lesen mereka.

Disini saya nak persoalkan:-

1. Kenapa pihak DBKL tidak berurusan dengan pihak yang bertanggunjawab terhadap membantu penjaja ini dan berhubung terus dengan pihak DAP?
Adakan ada hantu dalan DBKL yang dengan sengaja mahu memberi nama kepada Pihak Pembangkang iaitu DAP?

2. Kepada pihak DAP, saya nak ingatkan agar jangan lah berperangai lembu punya susu sapi dapat nama. Kami tahu pihak DAP tidak pernah membela orang Seputeh kerna YB nya sibuk dengan urusan di Selangor.
Tetapi berperangailah seperti manusia yang bermaruah terhadap kerja masyarakat yang kamu buat sendiri, jangan jadi pencuri kepada kerja dan hasil usaha orang lain.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEPUTEH

Pada July 2012, Penjaja OUG telah
menyerahkan Surat Tawaran Lesen Penjaja
oleh Datuk Mustapa Kamal

Wednesday, November 07, 2012

Melayu Itu Lahirnya Dalam Islam!

Polimik kepada Pendirian Nurul Izzah yang membawa kepada orang Melayu marah kepada beliau, saya juga mempunyai pandangan dan pendirian saya.

Saya dilahirkan sebagai seorang Islam apabila ibu bapa saya adalah islam, dan saya di ajar mengaji dan di ajar untuk solat dan ibu bapa berusaha mendapatkan yang terbaik untuk saya memahami islam dan hidup sebagai islam.

Mungkin ini juga difahami oleh masyarakat Melayu di Malaysia, kita di besarkan dengan keadaan yang sudah memahami di antara satu sama lain, Melayu itu Islam, Cina itu Budha, India itu Hindu.

Apabila meningkat dewasa, saya melihat ada diantara Cina itu Kristian, India itu Kristian dan masih mejoriti lagi kekal memagang agama nenek moyang mereka.

Lain bagi orang Melayu, kita tahu amat janggal bagi masyarakat Melayu melihat anak-anak melayu mejalani kehidupan  yang bukan dari agama Islam, walaupun ada segelintir masyarakat Melayu yang mengelar sesebuah keluarga itu seperti Amaerican menjalani gaya hidup seperti kehidupan barat, namun bila matinya mereka, masyarakat kita akan menguruskan jenazah mereka dalam Islam.

Itulah kehidupan seluruh orang Melayu dan juga lain-lain bangsa di Malaysia. Fitrah kehidupan dimana mereka lahir di Malaysia, hidup mencari rezeki, mengamalkan kehidupan sihat dan mencari kemakmuran bagi diri sendiri dan keluarga disamping mengamalkan agama masing-masing.

Hari ini, apabila timbul satu Kenyataan dimana "Kebebasan Agama bukan sahaja kepada Bukan Islam, ianya juga patut Kepada Orang Melayu" telah membawa kepada perubahan lankskap pandangan dan pendapat masyarakat kita.

Ramai yang menepelak dan ramai juga yang menyokong padangan ini!

Bagi saya, Melayu itu lahirnya Dalam Islam, dan Islam itu adalah cara hidup dan kehidupan orang Melayu!

Kepada rakan-rakan saya yang bukan beragama islam, kamu jangan takut kepada Islam, kerana islam itu bukan satu paksaan..

Sekian ...



YB @teresakok IS A THIEF!



Press Statement

I am utterly disgusted with the attitude and actions of Teresa Kok Suh Kim, the Senior State Exco for Selangor and Seputeh Member of Parliament (MP).

Yesterday, Teresa Kok had in her press statement claimed of having in her possession the Barisan Nasional (BN) election machinery documents.

This shows that Teresa Kok will do anything to sabotage the progress made by BN in Seputeh since 2008. We have come a long way in serving the rakyat best's interest and now in order to win, Teresa Kok is stealing our election strategy.

This has not happen once, but many times before. There was one instance last couple of years when without any sense of dignity she came to a BN function and sat at the front row as though the function was organized by her.

The function was actually organized to assist the members of the Rakyat which were affected by a fire incident in their area. The event was attended by Federal Territories and Urban Well Being Minister Dato Raja Nong Chik and Seputeh UMNO Division Chief Dato Mustapha Kamal.

In addition, when the Rakyat needed her help during the freak storm that occurred earlier this year, she had hit back at the Rakyat for not lodging an official complaint to her office?

Does this reflect the attitude as a responsible MP? As an MP your job is to serve the Rakyat, even your salary is paid by the Rakyat!

With all the expose above, Teresa Kok has successfully demonstrated that she is an irresponsible MP, but now by stealing our election strategy, she is also a thief of the highest order!

Razlan Rafii
Seputeh UMNO Youth Leader 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...