Sunday, August 11, 2013

Kami nak dengar Hukuman!

Dalam 5 tahun kebelakangan ini, banyak kes penghinaan Islam telah berlaku.

Apa gunanya kemajuan penyampaian maklumat sekiranya kesucian islam di jadikan bahan guarauan.

Akta SKMM yang membenarkan apa sahaja bentuk maklumat disebarkan tanpa sekatan telah membawa kepada kelonggaran undang2 di Malaysia.

Peguam Negara pula tidak mahir dalam memberi nasihat kepada pihak2 yang terlibat. Sering kali beliau kalah dalam hujah beliau sendiri. Kalah dalam menyekat pemikiran liberal dalam Negara!

Orang Islam di Malaysia mempunyai budaya ketimuran, yang sering menjaga hati dan peradaban.

Oleh itu, tindakan membabi buta seperti membakar dan membunuh serta keluar di jalanan bagi mempertahankan agama islam tidak akan terjadi.

Hakikat inilah yang sering menyebabkan Islam di Malaysia sering kali di Persendakan.

Beringatlah pihak Berkuasa. Orang Islam di Malaysia bukan penakut untuk ambil tindakan sendiri, bukan kecut untuk laksanakan undang2 rakyat, cuma kehidupan kami memang di buai dengan adap kesopanan ketimuran.

Oleh itu, kuasa yang diturunkan kepada kamu Seharusnya digunakan bagi melindungi rakyat Malaysia dan Islam daripada pemikiran Liberal, pemikiran free thinker dan pelbagai lagi.

Kerajaan Seharusnya bertindak secara aggresif menahan budaya yang menghina agama ini secara tegas dan mengikut acuan Malaysia.

Perhubungan antara agama harus dijaga dengan teliti agar ianya tidak menjadi parasit yang memakan keharmonian dalam masyarakat kita.

Rakyat semakin hilang kepercayaan kepada Sistem Perundangan di Malaysia kerana sering kali kita mendapat Jawapan yang Negatif kepada Pelaku yang menghina Agama Islam. Malah mereka ini sering di lindungi oleh Pihak berkuasa.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bhgn Seputeh

Thursday, August 08, 2013

Semoga Syawal memberi kekuatan pada UMNO

10 tahun lalu, UMNO masih kuat dan diterima kebanyakkan rakyat. 

Orang umno kene faham peranan Anwar ibrahim yang mempunyai kemahiran dalam melihat kekurangan dalam sistem pemerintahan UMNO. 

Beliau punyai ramai pemikir baik kafir ataupun golongan oputunis yang senantiasa mahukan kuasa dan golongan ini menolak BN kerana mahu ideologi mereka diterima oleh rakyat malaysia.

Oleh itu, perkataan "reform" atau "tranformasi" seharusnya tidak wujud kalau kita terus kuat melawan ideologi dan kuasa pengaruh anwar ibrahim.

Perkataan "reform" atau "tranformasi" itu sendiri sudah mengakui UMNO punyai masalah. 

Seharusnya dari dulu lagi kita fokus untuk melawan pengaruh anwar ibrahim. 

Hari ini kita gagal kerana terikut tarian anwar ibrahim ...

UMNO itu akan kuat apabila orang UMNO sendiri akui kita KUAT.. Bukan seperti hari ini, kuasa tertinggi parti sendiri mahukan transformasi!

Dalam bulan mulia ini, marilah kita berdoa agar Allah swt memberikan petunjuk kepada seluruh pemimpin UMNO agar mengambil jalan yang memberikan kekuatan kepada UMNO keseluruhanya.

Selamat Hari Raya.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...