Wednesday, July 30, 2014

Tranungkite gulung tikar!

Dasar samarata dan menolak perkauman cerita dongeng DAP! PAS sudah termakan umpan DAP yang mahukan samarata apabila berjanji akan mengikut dasar PR.

Mana mungkin dasar yang meletakan Hak keistimewaan melayu dan agama islam jelas termaktub dalam perlembagaan di samaratakan? Perkara seperti ini terjadi Di Singapura ..walaupun bahasa melayu wujud di Singapura...  Namun ianya hanya di tulis dalam sebuah buku perlembagaan .. Tapi bukan di dada hati sanubari rakyatnya ...

Islam walaupun agama rasmi .. Namun di Selangor jelas .. 1 masjid, akan juga 1 tokong dan 1 kuil ... Ini sudah di peraktikkan di Kerajaan Selangor di bawah pemerintaham PR.

Malaysia di bawah pemerintaham BN .. Selama ini pun tidak pernah menghalang kuil atau tokong di bina .. Malah sekarang .. Kuil lebih banyak daripada masjid .. Dan tokong boleh dibuat atas dasar tolak ansur pemerintah ... 

Kita memerintah atas dasar tolak ansur dan menjaga hati semua kaum ... Bukan seperti PR .. Segaja mencari titik perbalahan walaupan hasilnya sama .. Sengaja mahu menimbulkan perkara yang dulu sudah dilaksanakan oleh BN .. Namun mencari punca untuk popular dengan menjual isu agama dan bangsa.

Hari ini .. Jelas kelihatan ahli-ahli pAS memberontak kerana sering di buli oleh DAP dek perjanjian dasar PR ... kuman yang sudah lama terbuku dalam hati .. Namun sukar di dikeluarkan kerana perjanjian pimpinan tertinggi... 

Di forum trenganukite menyarankan solah hajat minta dijatuhkan musibah kepada yang membongkar whassapp Pimpinan PAS Pusat ... Bersungguh-sungguh dia menyarankan Allah menjatuhkan bala kepada pengkhianat itu ..

Beliau terlupa .. Yang mengerakan jari untuk "copy Paste" itu pun datangnya dari Allah swt ... 

Janganlah kita terlalu taksub .. Akhirnya kita ke liang lahat juga .. Berbuat baik sesama manusia ... Bertindak Adil sesama manusia .. Insya Allah kita akan diberkati ... Bukan bertindak samarata ... 

Wallahualam ....

Tuesday, July 15, 2014

Kembalikan Semangat Melayu!

Sudah hampir 8 bulan saya tidak menulis ... 

Saya terharu terhadap sokongan yang diberi kepada saya dalam kes Demo Hadapan Hq DAP.

Disini saya ingin mengimbas kembali rentetan peristiwa yang membawa kepada Demo yang kami lakukan di hadapan Hq DAP.

1. Berkisar kepada spekulasi harga barang awal tahun 2014 yang dinaaikkan oleh peniaga-peniaga dan dimainkkan oleh pihak pembangkang, ianya telah membawa kepada tindakan turun padang UMNO Pemuda Umno Malaysia bagi memantau harga, Pemuda Wilayah juga turut serta dalam kegiatan memantau ini dan diantara hasilnya adalah .. MUSIM TENGKUJUH menyebabkan harga dinaikan dan ini perkara biasa apabila ada kekurangan bekalan.

2. Jesteru itu, dalam satu lawatan Presiden UMNO ke Pulau Pinang, Perdana Menteri telah menggunakan isu ini sebagai contoh bilamana peniaga ramai yang mengambil kesempatan apabila pembangkang mencari populariti dengan memperguna isu ini. Para peniaga di pasar-pasar ada 2 harga yang berbeza, harga untuk penguatkuasa dan harga untuk pelanggan, ini dilakukan kepada barangan terkawal dan semua jenis barangan di pasar.

3. Apabila melihat kepada trend di media siber bilamana rakyat sudah faham isu kenaikan harga adalah permainan peniaga yang tidak bertanggunjawab, dan pembangkang sudah menghidu kekalahan mereka dalam isu ini apabila rakyat sudah sedar bahawa kenaikkan ini adalah mainan politik pembangkang, mereka mencari jalan mengalihkan isu, jesteru itu, Replika wajah YAB Perdana Menteri telah dijadikan bahan ejekan oleh Kerajaan Pulau Pinang.

4. Didalam negera kita, terutama berbangsa Melayu, kita saling hormat menghormati pemimpin, Para pemimpin yang bergelar YB ataupun memegang jawatan besar parti, akan terus hormat menghormati diantara satu sama lain kerana tidak mahu budaya buruk dijadikan ikutan kepada rakyat. Namun, suasana ini sudah berubah, Pemimpin Kerajaan Pulau Pinang lebih suka bertindak kurang ajar dan tidak bertamadun hanya kerana mahukan populariti tanpa peduli kesannya kepada rakyat.

5. Rentetan daripada kejadian replika itu, YB Datuk Seri Reezal bersama Pemuda Pulau Pinang telah menganjurkan bantahan kepada Kerajaan Pulau Pinang dan meminta agar budaya JAHAT serperti ini tidak di buat lagi, dan meminta ADUN berkenaan meminta maaf, namun ianya seperti biasa, tidak di ambil peduli oleh mereka.

6. Isu ini sengaja di mainkan semula apabila bermulanya Sidang DUN Pulau Pinang bilamana NS RAYER telah mengeluarkan kata-kata tidak bertamadun penghinaan kepada UMNO. "UMNO Cilaka, Cilaka UMNO, Cilaka UMNO" dan ianya menjadi transkrip dalam DUN apabila ianya tidak di tarik balik.

7. Sebagai ahli UMNO, saya merasakan ADUN DAP sememangnya dengan sengaja menaikkan kemarahan orang UMNO, sengaja menggunakan dewan yang mulia untuk ungkap perkataan ini kerana ia lebih berkesan dan penghinaan itu umpama menusuk pisau ke dalam perut setiap ahli UMNO yang bermaruah.

8. Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengambil ketetapan untuk menghantar memorendum kepada DAP dan mahu Rayer bertanggunjawab terhadap perkataan yang di keluarkan mengakibatkan kemarahan orang UMNO.

9. Inilah harga yang perlu dibayar oleh Rayer dan DAP apabila memainkan isu perkauman dan isu kebencian terhadap manusia, saya akan terus mempertahankan maruah parti selagi ada tenaga empat kerat saya, budaya Memaki hamum dan mengejek pemimpin bersama pemimpin tidak seharusnya berlaku, tidak seharusnya mereka menyemai budaya ini dalam Malaysia, orang melayu dalam lembut ada hadnya.

10. Kemelut ini membawa kepada kebencian kaum di antara kaum, pemimpin DAP sudah berani mencabar 13 Mei boleh berulang, mereka tidak khuatir ianya berulang, kerana mereka menjangkakan semangat melayu yang ada di kalangan orang melayu sudah lesap dan hilang dalam tanah Melayu.

11. Dalam dunia hari ini, tidak mustahil peperangan saudara akan berlaku, tidak mustahil Malaysia akan bergolak lagi sekiranya semangat kebencian diantara kaum yang di mainkan oleh pembangkang menjadi api yang marak. 

12. Ayuh kita mencari titik semangat penyatuan orang Melayu yang semakin hilang, marilah kita bersama-sama menanam semangat untuk bersama mengkutuk segala penghinaan kaum dalam negara kita, penghinaan kaum ini adalah penghinaan kepada Melayu, kepada kaum Peribumi Malaysia.

13. Semangat ini mesti kita tanam kembali kepada anak-anak Melayu, semangat menjaga maruah bangsa mesti ditanam agar bangsa kita tidak di pijak-pijak, CILAKA UMNO adalah satu perkataan yang amat keras, CILAKA UMNO adalah satu perkataan yang menghina bangsa Melayu, CILAKA UMNO adalah perkataan yang mencelakakan setiap AHLI UMNO.

Sedar dan bersatulah untuk membela bangsa Melayu.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.






Zaman sudah berubah!!

  Kalau bersabung, pastikan menang, jangan kita menang sorak kampung tergadai. Maruah Presiden tidak pernah kami abaikan, senantiasa menjadi...