Posts

Showing posts from May, 2019

Sebelum mataku lelap

Image
Sebelum Mataku Lelap.
Melayu itu bangsa, Melayu itu Bahasa, Melayu itu juga Tanah.
Asalnya Tanah Melayu, dijadikan Persekutuan Tanah Melayu, di khianati menjadi Malaysia. Hilangnya Melayu oleh Melayu.
Begitu banyak sejarah menunjukkan Melayu itu bukan dari golongan yang suka di jajah, pertempuran demi pertempuran sebelum Kemerdekaan di capai terjadi sekian hari.
Sedikit kiasan sejarah, Mat Kelubi, Orang Kanan Bahaman telah mati dibunuh semasa berperang dengan Panglima Garang Yusof.
Peristiwa ini berlaku selepas beberapa tahun Pahang meminta bantuan keselamatan dari Pihak British.
Dunia moden hari ini jauh sudah ditinggalkan sejarah Tanah Melayu, ramai tidak mahu membaca kisah Pahlawan Melayu, sejarah ini semakin dilupakan malah ianya dijadikan ancaman oleh pihak pemerintah.
Malaysia hari ini menjadikan Melayu itu ancaman, mana tidaknya, di umpan Melayu dengan harta benda, di tunjukan Melayu dengan nafsu sarakah, Melayu itu Islam, sejarah Islam jauh sudah hancur oleh Barat di Andalusia dan Bo…

Hilangnya Kesultanan di Persekutuan Tanah Melayu

Image

Rumah Mampu milik pun nak Sub Pada Negara China

Kontraktor Dalam Negara bakal gulung tikar!! Antara Kejayaan Kerajaan PH adalah memberi Projek Pembinaan Rumah Mampu Milik kepada Negara China. Ini adalah Penindasan kepada Kontraktor dalam Negara yang amat jelas, Apa susahkah membina Rumah Murah sehingga memerlukan Negara Luar membinanya ? Rakyat faham apabila Keretapi Laju kita gunakapakai Negara Luar, Kerana ia melibatkan teknologi luar yang tidak dipunyai Negara Malaysia. Ini nak buat Rumah Murah pun nak dijual kepada Negara China. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana Negara Malaysia akan memacu ekonominya sekiranya peluang sekecil ini pun Kerajaan PH nak jual kepada Negara China. Bagaimana syarikat-syarikat pembinaan mahu berkembang sedangkan dasar Kerajaan PH hari ini berkiblatkan negara China. Persatuan-persatuan Kontraktor kecil dan besar perlu bersatu untuk membantah dasar Kerajaan PH, peluang untuk mendapatkan kerja-kerja didalam Negara mesti diberi keutamaan kepada Kontraktor dalam. Razlan Rafii