Friday, April 06, 2007

Di antara Pembanggunan dan Kepentingan Nasional


Oleh Md Razlan

Sesebuah negara untuk maju pada zaman ini memerlukan suntikan modal yang banyak. Pelbagai cara boleh diambil untuk mendapatkan dana ini, di antara cara-cara yang selalu di ambil adalah membawa pelabur-pelabur luar untuk berniaga di dalam negara, ataupun memberikan mereka melabur di dalam negara kita.

Tidak boleh di nafikan, setiap perniagaan perlu ada untungnya, yang sudah pasti, sebelah pihak akan mendapat apa yang mereka perlukan dan sebelah pihak akan mendapat untungnya (wang).

Dari zaman selepas Merdeka, Malaysia telah pesat membanggun mengikut acuannya sendiri, setiap Pemimpin yang naik, akan membawa Kemajuan kepada negara khusus untuk rakyat jelata.

Sudah pastinya pada waktu ini para pemimpin sedia ada mempunyai buah pikiran bagai mana untuk membawa Malaysia lebih maju.

Akan tetapi, perlu kita ingat dan memeringati, tidak ada jalan mudah dan jalan pintas untuk kita membangunkan negara, terlalu banyak pengorbanan kita perlu korbankan jika kita mengambil jalan pintas.

Seperti Tol dan Harga Minyak, rakyat di bebani dengan kos untuk kemajuan, tetapi Rakyat faham dan sedar, untuk kita menikmati kemajuan untuk anak cucu kita, pengorbanan pada hari ini diperlukan. Jesteru itu, tidak ada banyak orang membantah.

Tetapi, jika kita inginkan kemajuan dan mengadai Tanah dan Maruah Negara, ini perlu di hentikan dan perlu di selami akibatnya.

Anak kecil main api.... itulah lagu yang perlu kita selami dan hayati jika kita ingin membuat keputusan. Alhamdullilan, Allah itu Maha kaya dan telah menyedarkan pemimpin kita dimana salah satu keistimewaan di dalam pembentukkan WPI adalah memberi keistiewaan Rakyat Singapura untuk memasuki wilayah ini dengan bebas.

Tercetus di fikiran saya, Apakah yang difikirkan apabila seseorang itu membuat cadangan sedemikian rupa? Apakah semestinya kita membuat cadangan yang sebegini demi untuk membuat pelabur asing melabur kepada Negara kita!

Saya sebagai Pemimpin kerdil, mengharapkan dan mendesak pemimpin-pemimpin kita memeriksa kembali keistimewaan yang diberikan di dalam pembentukkan WPI ini.

Segala keputusan yang di ambil semestinya di rujuk kepada golongan cerdik pandai dan golongan nasionalisme. Ini penting untuk kita menimbang tara di antara keuntungan dan kepentingan nasional.

Biarpun kita lambat sedikit, tetapi perlu kita pastikan setiap tindakkan adalah rasional. Lihat seperti rundingan FTA, tidak perlu tergesa-tega, dah Tahniah kepada semua yang terlibat didalam FTA.


Sekian ...
razlans.blogspot.com

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...