Monday, October 02, 2006

Pemilihan Parti 2009 dan Pilihan raya...

Ramai jugak yang memberi komen tentang keputusan MT untuk tangguhkan kepada 2009.

Lebih-lebih lagi di laman web http://kadirjasin.blogspot.com/ tapi kebanyakkanye berbaur kepada kekecewaan, ada yang kecewa lama lagi nak tukar pucuk pimpinan, ada yang kecewa pasal tak dapat bertanding awal dan ada yang kecewa statement datang dari khairi.

Ishhh, ini semua cakap-cakap orang kecewa, betul ke MT ikut cakap Khairy, betul ke MT tidak tahu untuk membuat keputusan ataupun mempunyai pendirian mereka sendiri. Pelik, takan samapai begitu. Takan seorang Perdana Menteri akan menbiarkan perkara ini.

Yang heran tu, ada yang nak bertukar kerajaan ada kerana kecewa, betul ke berani tukar kerajaan BN? Dah pikir masak-masak ke? atau ianya hanya ditulis untuk menyedapkan hati?!

Kerajaan membuat keputusan untuk menanguhkan permilihan sudah diduga oleh kebanyakkan orang/kumpulan.Keberkesanan corak kepimpinan yang ada sekarang ini perlu dihalusi dan di terima pakai. Keputusan dibuat berdasarkan kepada kewibawaan dan keadaan politik dan sosial negara, jesteru, kita perlu melihat dan memberikan sepenuh komitmen ke arah negara Malaysia Makmur dan Berjaya.

Sektor pertanian diberi tumpuan kerana untuk membela ekonomi orang melayu, modal insan dibuat kerana Rakyar Malaysia memerlukan jati diri yang lebih dan luarbiasa. Ini adalah untuk memastikan mereka dapat bersaing dan berkualiti.

Berbalik kepada Pemilihan Parti dan Pilihan Raya, ianya tidak ada tersurat dan tersirat. Semua sudah tahu Index Politik Umno dan BN telah turun sikit, jesteru itu kita perlu berkerja untuk meningkatkan Index tersebut, kewibawaan dan kemajuan yang dibuat pada zaman Pak Lah perlu kita ketengahkan.

Jangan kita dok bergaduh sendiri, orang lain dapat habuan..

Insyaalaah UMNO akan menang besar lagi.....

1 comment:

Anonymous said...

setiap keputusan pucuk pimpinan parti mesti ada baik buruknya. kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi harus bijak menilai kebaikan yang tersirat disetiap pendekatan atau keputusan pucuk pimpinan. paling penting penyatuan orang melayu perlu di utamakan.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...