Tuesday, April 01, 2008

Kepimpinan Pemuda 2008-2011

** Setakat hari ini (7 May 2008) hanya Mukhriz dan Khir Toyo menyatakan pendirian secara terbuka akan bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, dengar kata Ketua Putra juga berminat, sekarang tengah tinjau-tinjau market*****


** Pemuda Pahang telah mengambil ketetapan untuk mencalonkan MB nya sebagai KP Malaysia. Ikuti kisahnya di link AgendaDaily"



Oleh Mohd Razlan.





‘‘Sudah tentu saya kena tunggu bos saya, Datuk Hisham membuat keputusan ke mana dia akan pergi (bertanding) sebelum saya buat keputusan,’’ Mukhriz Mahathir.



‘‘Saya sedang meninjau sokongan serta pandangan di peringkat akar umbi sama ada mereka mahu saya bertanding jawatan ini atau sebaliknya.
‘‘Kalau tiada sokongan, bagaimana saya nak bertanding dan jika ada, maka tidak ada masalah jika saya bertanding jawatan ini,’’ Khir Toyo



Disebalik kenyataan akhbar yang dibuat oleh 2 orang tokoh yang akan bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, kedengaran juga nama Dato Norza untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda.


Tidak ketinggalan pula Jawatan Naib Ketua yang sekarang dipegang oleh KJ. Kedengaran Ketua Pemuda Johor dan Setiusaha Politik Kementerian Kewangan berhajat untuk bertanding jawatan ini.


Dua jawatan tertinggi ini akan memberi tekanan kepada Hishammudin dan juga KJ, mereka masih lagi tidak membuat kenyataan untuk bertanding dimana-mana jawatan atau untuk mengekalkan jawatan mereka.


Dengar Hishammuddin akan pergi bertanding jawatan Naib Presiden, tidak pula kedengaran tentang KJ.


Dengan gelombang Politik yang mahukan perubahan diperingkat Tertinggi, maka kelebihan kepada KJ sudah hilang, yang mana dahulunya kekuatan beliau bergantung dengan Presiden Parti. Suatu masa dahulu Dato Seri Hishamuddin seolah telah ditolak apabila ada Bahagian yang memberikan sokongan kepada KJ sebagai Ketua Pemuda.


Pertembungan didalam kedua-dua jawatan ini tetap akan berlaku pada pemilihan yang akan datang. Pertembungan ini akan lebih dilihat kepada Team Pak Lah dan Team Mahathir.


Kepimpinan Pemuda yang akan datang sepatutnya berpegang teguh dengan pendirian pemuda yang terus mendesak untuk memastikan tindak-tanduk kepimpinan diatas sentiasa betul dan tidak lari dari perjuangan.


Ini boleh dipastikan dengan memilih pendapat dan pandangan sendiri mengapa dan kenapa kita ingin menjadi Ketua. Pemuda tidak perlu tunduk dengan apa sahaja desakan dan semestinya terus tegas dengan pendirian kita.


Kesilapan yang telah kita lakukan didalam mengambil jalan selamat untuk tidak menegur Kepimpinan yang sedia ada perlu dihakis, keputusan untuk menunjukkan perpaduan daripada menyatakan pendirian Pemuda perlu dibuang.


Minyak, Tol, Harga Barangan, dan projek-projek Mega yang dijalankan, Pemuda perlu ada pendirian tentang semua ini, bukan semata-mata menyokong tanpa melihat implikasi kepada Pemuda dan Warga Muda keseluruhanya.


Kepada mereka-mereka yang berhajat untuk meminpin Pemuda yang akan datang, lihatlah diri dan cerminkan lah diri, adakah kita mampu dengan kekuatan kita untuk berhadapan dengan Pimpinan untuk menyatakan pendirian Pemuda.


Pemuda Mesti balik kepada asas perjuangan, asas untuk membela jenerasi muda menjaga ekonomi negara bagi dinikmati sama rata dikalangan orang-orang Melayu.

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...