Wednesday, June 04, 2008

Minyak Lagi ..

Sekali lagi kita sebagai orang-orang UMNO terpaksa berdepan dengan rakyat yang marah dan kecewa kerana kenaikkan harga minyak.

Setibanya saya dari German, bertimbun-timbun SMS telah saya terima dari mereka yang atas pagar dan tidak menyokong kerajaan sekarang. Menyatakan kekecewaan mereka kerana kenaikkan minyak.

Kerisauan bermain dikepala saya, adakah kita masih lagi akan menjanjikan pembanggunana infrastruktur kepada rakyat seperti mana kita menjanjikan kepada mereka semasa kita menaikkan harga sebanyak 30 sen dahulu.

Menurut Menteri kewangan kedua, duit lebihan ini akan membolehkan kerajaan membuat pembanggunan, sama seperti kenyataan yang dibuat dahulu. Sudah 4 tahun berlalu, tetapi masih tidak kelihatan pembanggunan infrastruktur sedang berjalan.

Di German, walaupun harga petrol mereka lebih tinggi daripada kita, tetapi mereka mempunyai infrastruktur yang bagus dan ianya tidak membebankan rakyat, mereka boleh kemana-mana dengan harga yang murah.

Inilah yang sepatutnya kerajaan kita lakukan, percepatkan projek-projek Pengangkutan awam. Beri rakyat pilihan untuk pergi ketempat kerja dengan mudah dan murah.

Kenapa perlu kita meneruskan projek-projek yang tidak berapa penting pada masa sekarang, seperti Jambatan kedua Pulau Pinang, projek bakun, Pembanggunan Wilayah dan banyak lagi projek yang tidak memberi manafaat kepada rakyat miskin pada masa sekarang.

Setiap keputusan kerajaan tidak lagi boleh beralasankan kenaikkan harga minyak global, semua sudah tahu perkara ini. Tetapi rakyat mahu melihat duit mereka dilaburkan kepada projek-projek yang lebih penting pada waktu sekarang.

UMNO sekali lagi akan berdepan dengan desakkan dan tomahan daripada rakyat. Mereka mengambarkan kita tidak peka dengan masalah rakyat, dan pada hari ini, ianya telah membuktikan tomahan ini.

Sharil samad memberi jaminan tidak akan ada barangan naik. Macam mana barangan tidak akan naik, ini sudah tentu naik. Kita mengharapkan penjelasan yang lebih kongkrik daripada seorang menteri yang sepatutnya lebih bijak memberi komen.

Sudah masanya kita menjadi suara akar umbi. Ini adalah tanggunjawab semua pemimpin bahagian dan cawangan.
"Pertandingan Bolasepak 9 Sebelah Piala Kamal Azman Damiri, Taman Salak Jaya menjadi Naib Johan"

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...