Thursday, December 25, 2008

Hormati Peraturan Majlis Tanah Negara

Kenyataan Media.

Dato sri Najib telah membuat satu kenyataan yang mengikut peraturan yang termaktup didalam Majlis Tanah Negara.

Semua pihak termaksuk parti pembangkang yang sedang memerintah negeri-negeri perlu patuh dan mengikut peraturan yang telah wujud didalam MTN.

Sebagai parti pemerintah, pihak pembangkang seharusnya mengkaji dahulu peraturan sebelum membuat kelulusan di peringkat EXCO negeri.

Parti pembangkang juga seharusnya bersifat terbuka dan bertanggunjawab kepada keputusan yang telah dibuat, seperti keputusan pemberian tanah kepada sekolah cina dan kampung-kampung baru, mereka seharusnya memberikan pandangan yang ikhlas dan bukan memihak kepada populariti tanpa mengikut peraturan sedia ada.

Implikasi kepada tanggapan rakyat terhadap isu ini akan menjadi rumit selepas kita tahu sejauh mana kuasa yang ada di Kerajaan negeri, dan perlu kita menjaga kestabilan dan emosi rakyat agar perkara tidak diingini tidak berlaku.
Sinar Harian Keluaran 27 Disember 2008

Kenapa perlu kita tergopoh gapah membuat keputusan yang mana kita tahu kuasa itu sudah termaktub didalam MTN, Menteri Besar merupakan ahli kepada Majlis Tanah Negara. Dan mereka seharusnya ikhlas dan telus didalam menyalurkan maklumat kepada EXCO-EXCO kerajaan negeri.

Saya mendesak agar exco yang bertanggungjawab untuk memberikan jawapan yang bukan populis tetapi lebih kepada menghormati dasar dan peraturan kerajaan Persekutuan.


Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda
UMNO Bahagian Seputeh.

2 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

salam... :-)








(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

Anonymous said...

saya tidak faham berhubung KTN, sila layari dan baca http://www.intanbk.intan.my/cda/m_ppa2007/PPA/
Presentation%20Dato'%20TKPTG(P).pdf
Perkara 9. menarik perhatian saya :- 9. Under the ninth schedule of the Federal Constitution land matter falls under the state list. Under the Constitution all land matters which includes alienation, registration of titles, acquiring of land, issuing of……………., transfer of land is in the power of the state government.

Bantuan agar saudara Razlan dapat jelaskan maksud tersebut.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...