Thursday, January 29, 2009

Tidak ada kene mengena pun !

Merujuk kepada Cadangan Tengku Ahmad Rethaudeen untuk membubarkan sayap-sayap di dalam UMNO.

Pemuda Seputeh tidak melihat ianya satu jalan penyelesaian bagi menagani politik wang.Pertandingan akan ada walaupun kita membubarkan sayap-sayap parti.

Sekiranya kita membicarakan tentang tataertika parti, ianya melibatkan banyak peraturan dan saya percaya ramai calon-calon yang bertanding sudah melanggar peraturan berkempem, secara sedar ataupun tidak sedar.
"Pemuda Seputeh memberi sumbangan kepada Isteri Arwah Azhar(Siti Mariam) yang meninggal minggu lepas didalam kemalangan jalanraya, semoga sumbangan yang sedikit ini akan meringkan beban yang ditanggung oleh keluarga Azhar, Insyallah"

Jawatan yang ada sekarang pun direbut-rebut, inikan pula kita mahu mengecilkan lagi skop jawatan didalam parti. Sekiranya di bubarkan, sudah tentu Jawatan Ketua Pemuda,Ketua Puteri dan Ketua Wanita serta jawatan-jawatan lain tiada dan ini akan memberikan lebih impak kepada perebutan jawatan didalam UMNO.

Sayap-sayap mempunyai jentera yang sudah lengkap dan terbukti membawa kepada kemenangan UMNO pada pilihanraya yang lepas. Jesteru itu, pembubaran ini merupakan satu tamparan dan ianya akan melumpuhkan jentera parti.

Kita perlu menangani masalah politik wang ini dengan cara berhemah dan tegas, MT mempunyai semua maklumat dan sekiranya ianya boleh dibuktikan, cukup kita memanggil calon-calon ini dan memberikan amaran dan sekiranya calon-calon ini melakukan lagi perbuatan yang sama, baru lah kita mengenakan tindakan. Itu pun tindakan didalam parti, tidak perlu melibatkan SPRM.

Calon-calon yang bertanding kebanyakkan merupakan golongan Pemimpin yang berjasa dan berkhidmat secara sukarela didalam Parti. Kenapa perlu kita menghukum mereka sehinggakan menunjukkan mereka macam melakukan jenayah besar.

Pembelaan kepada orang UMNO oleh pemimpin UMNO juga mesti diterapkan. Kalau bukan Pemimpin UMNO menjaga orang UMNO, siapa pula akan menjaga UMNO.

1 comment:

sahabat gunung said...

Aku agak terperanjat dengan kenyataan Tengku Ahmad Rithaudeen semalam, namun aku mendiamkan diri ajer sebab internet kat rumah aku pun teruk, lebih baik mendiamkan diri sehari dari terus hentam keromo ‘si bapak’ yang dah lama dalam UMNO tu.

Terus terang aku katakan, ada segelintir kawan-kawan yang menyifatkan ‘di bapak’ ini sudah mula nyanyuk. Adakah dia lupa, dari mana dan permulaannya berjuang dalam UMNO.

Adakah bila dah tua baru dia masuk UMNO? Sehubungan dengan itu, dalam keadaan UMNO pada hari ini yang boleh aku katakan tidak cukup kuat, perlukan perubahan dan peremajaan semula.... mengapa satu cadangan dungu boleh keluar dari seorang ‘bapa’ yang sepatutnya mendidik anak-anaknya untuk menjaga ‘rumah UMNO’ itu sendiri.

Bukan bila dah timbul masalah dalam rumahtangga kita.... kita bunuh anak kita bagi menutup kepincangan dan kucar-kacir dalam rumah kita.

Kenapa nak salahkan anak-anak yang baru nak belajar hidup, sedangkan masalah yang berlaku hari ini, jika dikatakan politik wanglah... ia bermula dengan senior-senior atau bapa-bapa kita, mak-mak kita yang lebih dulu makan garam dalam UMNO.

Bagilah peluang kepada anak-anak ini, bertatih sebelum berjalan, jangan kafankan anak-anak kita di atas kesilapan kita yang terdahulu.

Biarkan anak-anak itu kenal dulu dunia, didiklah ia seperti sehelai kain putih, corakkanlah ia sebaik yang mungkin untuk menjadi warganegara yang berguana, bukannya terus membiarkan kain putih terus mengkafankan anak kita itu.

Buat semua anak-anak muda yang baru bertatih dalam UMNO, jangan kecewa dan jangan ambil hati. Mungkin bapa kita tu ...entahlah, nak cakap pun salah.

Sebagai orang muda, sebagai anak muda yang dah masuk UMNO sejak 10 tahun yang lalu, ketika krisis kegawatan politik negara angkara manusia bernama Anwar Ibrahim.... aku harap MT UMNO janganlah lupa akan peranan dan sumbangan orang muda kepada UMNO.

Jika dipisahkan anak-anak muda ini dari UMNO, aku yakin UMNO akan mengalami musibah yang amat dashyat menjelang PRU-13 nanti. Kalau tak percaya, cubalah bubarkan sayap-sayap UMNO, khususnya Pemuda, Puteri dan Biro Putera UMNO serta Wanita yang cukup komited memperjuangkan UMNO dan BN selama ini.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...