Tuesday, April 14, 2009

Ulek-ulek politk semasa.....

Sekadar berkongsi pandangan dan pendapat dengan kawan-kawan ....

1. Ramai yang berpendapat dan berpandangan barisan kabinet yang diwujudkan oleh YAB Dato Sri Najib merupakan yang terbaik dan ada juga yang merungut itu dan ini terhadap barisan yang dipilih, walau apapun pendapat dan pandangan mereka, sudah pastinya YAB sudah mempunyai jawapan, ini adalah kerana hampir 4 bulan YAB mempunyai masa untuk memilih barisan kabinet beliau....

Berikut merupakan pandangan dan pendapat yang kerdil dari saya.

2. Permilihan YB Razali sebagai Timbalan Menteri merupakan satu pilihan yang baik, beliau merupakan seorang Ahli Parlimen yang vocal dan berkarisma serta inteligen didalam membahas isu-isu di parlimen. Sebagai Ahli Parlimen dan Wakil dari Pemuda, Saya merasakan pemilihan beliau akan menguatkan lagi struktur Kabinet kerajaan didalam mencetuskan idea-idea yang bernas. Selama 2 penggal menjadi Ahli Parlimen dan ini menunjukkan beliau mempunyai cukup pengalaman.

Perlantikan beliau sebagai Timbalan Menteri perlu dilihat daripada sikap dan suara beliau didalam Parlimen. Bukanya dilihat dari segi beliau sebagai Naib Ketua Pemuda.

3. Walaupun YB Khairi Jamaluddin tidak terpilih didalam kabinet kerajaan, Najib percaya KJ mempunyai tugasan kerja yang berat didalam membentuk dan menarik minat generasi muda kembali menyokong BN. Ini bukan satu kerja yang mudah dan enteng, tidak ada formula yang senang didalam menarik minat generasi muda kembali selain dari belaian dari seorang pemimpin.

Persepsi yang baik-baik perlu diwujudkan didalam jangka masa yang terdekat ini. Cuma pada waktu sekarang,KJ perlu menyusun langkah dan stretegik untuk megembalikan kepercayaan orang-orang UMNO sendiri terhadap beliau.

Pada pandangan saya, Insyallah sekiranya kita berkerja dengan baik dan kemas, orang UMNO akan membuka ruang dan peluang kepada beliau didalam mentakbir dan membawa kembali generasi muda ke dalam UMNO.

Walau apapun, Orang UMNO mesti berhenti bercakap berkenaan dengan kisah yang lepas dan lebih ikhlas kepada memberi ruang dan peluang kepada Ketua Pemuda Malaysia ini untuk bekerja dibawah.

4. Pemilihan Dato Raja Nong Chik juga perlu dilihat sebagai peremajaan UMNO. Walaupun ada yang berpendapat kenapa orang yang menang tidak dilantik, tetapi YAB mungkin berpendapat kita memerlukan orang berkecuali didalam memimpin Wilayah Persekutuan.

Dato Raja mempunyai tugasan yang berat didalam menarik minat warga kota. Isu-isu peniaga dan menjaja merupakan satu cabaran bagi beliau.

Beliau mempunyai tugasan untuk mencari formula bagaimana untuk menaikkan taraf ekonomi dibandar. Penjaja perlu diberikan ruang dan peluang seluas-luasnya didalam meningkatkan perniagaan mereka.

Masalah Sosial yang luas perlu di selesaikan atau dikurangkan secepat mungkin. Disco-disco dan kelab-kelan malam perlu diberhentikan lesennya. Masalah Dadah yang berleluasa didalam bandar perlu di hapuskan.

Dato Raja juga perlu membersihkan tanggapan negatif masyarakat terhadap DBKL. Kedai-kedai mamak yang membuka meja perlu dicari formulanya untuk membersihkan mata masayarakat warga kota.

5. Kepada Menteri-menteri yang telah dilantik, Rakyat merlu diutamakan. Projek-projek rakyat perlu didahulukan. Rumah-rumah kedai perlu diperbanyakkan.

MB-MB mesti mencari investor kedalam Negeri. Wujudkan kilang-kilang di kampung-kampung. Beri peluang untuk anak muda kita berkerja.

Buka tanah dan wujudkan pakej-pakej peniagaan kepada pelabur-pelabur.

Didalam jangkasa masa 4 tahun ini. buatlah yang terbaik untuk anak bangsa dan rakyat, insyallah BN akan kembali dekat dihati rakyat.

2 comments:

Apache said...

Jangan sibuk dengan kerja menteri sampai ahli parti terabai sudahlah...

Anonymous said...

bole ke umno berjaya pru13 niee
angka favorite badwi tu....
heheheheeheh
cina kata angka suwey tu...
relevan lg keeee

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...