Wednesday, June 03, 2009

Samy pordah.

Samy Vellu hari ini mahu mencari publisiti murahan dengan mendesak Awang Selamat dikenakan tindakan kerana coretan beliau yang menyatakan mereka kaum pendatang.

Sebelum ini apabila Ahamad Ismail menyatakan mereka kaum pendatang, beliau dikenakan tindakan oleh UMNO sendiri.

Memang mereka kaum pendatang, apa perlu kita kecil hati dan sukar menerima hakikat ini.

Setelah sekian lama Samy memerintah MIC dan sukar dipercayai beliau tidak menerima hakikat yang mereka kaum pendatang.

Tak perlulah kita mewujudkan seorang lagi KAYVEAS di dalam BN.

3 comments:

Anonymous said...

susah betul sekarang nih...
ramai lagi kat luar sana masih tak boleh terima hakikat dan masih tak sedar2 diri lagi ...

bro,... saya rasa kerajaan patut membuat pendekatan melalui pendidikan... ramai dah bangang sejarah,...!!!

nanti dorang nak mengaku kaum/bangsa ape ? .... kaum > malaysia ... mintak maap.

kalau dah kaum india atau kaum cina ...dah tentu2 la asalnya kat sana ... takkan tak reti2 lagi.

kalau dah kaum/bangsa melayu dah tentu datang dari england,tak pun france .... (jangan dorang nak tunjuk bangang,melayu datang dari nusantara/tanah melayu/indonesia dan bangsa india datang dari mana?)

so kira mmg pendatang la dorang nih....
selagi melayu penuh dengan kelembutan n kesopanan n kemelayuan yang layu ... selagi itulah bangsa lain akan pijak ....

Anonymous said...

kalau kaum lain menuntut tu atau ini, bukan kah mereka buat atas dasar dan hak mereka sebagai seorang warganegara? Kuasa mutlak adalah dalam tangan orang Melayu - birokrasi dsbnya. Dalam meja perbincangan/perundingan pun orang Melayulah yang mempunyai suara yang lebih lantang dan berpengaruh; itu lah persepsi kaum 'pendatang' yang menuduh parti bukan nasionalis Melayu spt. MCA dan MIC seperti 'running dogs'...anjing. Itulah selepas Pilihanraya 12, sesetengah parti cuba bersuara lantang untuk menafi kepada kaum yang mereka mewakili bahawa mereka tidaklah 'bacul'.(bukankah bapa Khir Toyo pendatang juga, dari sebuah negara yang bergelar Indonesia, dan anaknya dapat menjadi pejuang Melayu? Ya nusantara... ya, ya serumpun tapi kita cakap tentang sebuah negara berdaulat (a modern nation state). Cuba beri sedikit ruang/hormat kepada kaum pendatang terutama yang sudah lama bermastautin di negara ini. Saya berusia dalam lingkungan 50an, merupakan generasi ke 4. Mendiang Tun Tan Siew Sin, menteri kewangan pertama, bekas Presiden MCA, adalah generasi ke 7. Saya sering beranggapan bahawa usaha melabelkan rakyat bukan bumi di sini sbg pendatang adalah tindakan yang tidak bijak,dan bagi keturunan selepas beberapa generasi yang terpaksa menanggung 'tanda buruk' (stigma)setiap kali mereka di panggil kaum pendatang, samalah sahaja spt keturunan sistem kasta di India. Adalah malang bagi seseorang di lahir dalam kumpulan bawah dalam sistem kasta. Jadi apakah dosa saya, dilahir di negara ini, bercakap fasih dalam BM, memakai kain pelikat di rumah, menjadi seorang rakyat yang setia yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya (membayar cukai dsnya)kerana nenek moyang saya berasal dari negara yang lain. Adakah kelainan agama menjadikan saya begini? Jawablah Tuhan!!

auraputih said...

pada satu ketika, kita lihat perpaduan di MAlaysia berada satu tahap yang baik.yang mana semua kaum tidak kira apa agama sekalipun boleh hidup tanpa ada syak wasangka dan bermusuhan.
namun, ketika ini perpaduan yang kita kecapi sebelum ini telah goyah. kita lihat MENGAPA ???
ini kerana terdapat satu golongan yang sentiasa mendesak agar diberikan lebih keistimewaan yang dirasakan telah melampaui dengan apa yang telah termaktub dalam perlembangaan dan perjanjian terdahulu.apabila dengan adanya tuntutan yang melampau ini dan terdapat pula pihak cuba memanipulasikan isu ini, maka perpaduan dikalangan rakyat mula goyang.
jadi satu sahaja untuk menghentikan semua ini..
HENTIKAN SEGALA TUNTUTAN YANG TIDAK SEPATUTNYA..
saya yakin, isu perpaduan ini akan terhenti dengan sendirinya..

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...