
Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut hari Raya Aidil
Fitri kepada semua Muslimin dan Muslimat terutama Ahli-ahli UMNO
Seputeh.
Jadikanlah bulan SYAWAL ini untuk kita menyusun sepuluh jari dengan
ikhlas untuk merapatkan persahabatan kita sebagai seorang ISLAM.
Jangan lah kita menjadikan ego kita menghalang dari kita berbaik-baik
dengan musuh kita, sekiranya kita masih lagi memikirkan kepentingan
kelompok kecil lebih dari kepentingan masyarakat setempat, percayalah
tidak akan mendapat kebaikkan daripada setiap tindakan kita, kerana
ianya akan menjadikan kita orang yang berkepentingan.
Politik merupakan sokongan dan kepercayaan, dan kepercayaan merupakan
satu kaedah untuk memastikan kita tidak di tikam dari belakang. Ini
asam garam politik, akan tetapi ianya tidak akan menghalanag kita dari
berbuat kebaikkan dan berusaha kearah penyatuan yang menyeluruh
dikalangan kita di SEPUTEH.
Setiap pergerakkan kita akan diperhatikan oleh Masyarakat setempat,
dan di masa akan datang merekalah yang lebih berkuasa untuk memilih
pucuk pimpinan, dan saya amat menyokong cadangan ini, kerana ianya
akan kembali kepada ASAS KEPIMPINAN yang mana, pemimpin yang berjiwa
rakyat sahaja akan dipilih. Insyallah.
HAYATILAH bulan kemaafan ini dan manfaatkanlah segala peluang yang ada
untuk kita merapatkan tali persaudaraan diantara kita, IKHLASKANLAH
hati kita untuk mendekati musuh kita, insyalllah akan terpancar
didalam hati mereka melihat kebaikan dari kita.
Kepada sahabat-sahabat yang pulang ke kampung, jenguk-jenguklah kubur
nenek dan atuk serta ahli keluarga, sedekahlah FATIHA. Berhati-hati di
jalan raya dan ingat anak bini semasa membawa kereta, jauhkan sikap
panas baran kita.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
Ikhlas dari,
Mohd Razlan serta keluarga.