Friday, May 14, 2010

Gabungkan Bank Awam.

Modal dan dana yang besar menjadi ukuran pada zaman ini untuk kita bersaing didalam arena kek ekonomi yang semakin membesar dan global.

Oleh itu, kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia seharusnya mengambil langkah proaktif untuk memikirkan nasib dan kaedah baru untuk Bank-Bank Awam milik kerajaan untuk bersaing dan mampun untuk memberikan pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Bank-bank seperti AGRO Band, Bank Pembanggunan, SME Bank dan lain-lain bank awam fokusnya kepada golongan peniaga kecil dan petani yang mana ramai pelanggan mereka terdiri daripada orang miskin dan pertengahan, namum golongan ini dikenakan kadar faedah yang tinggi yang mana golongan ini sepatutnya dikenakan kadar faedah yang lebih rendah dan senantiasa dibela.

Kelulusan yang amat ketat oleh Bank Swasta telah menyebabkan sesetengah golongan beralih kepada memilih bank awam untuk meminjam, Bank Awam tidak mempunyai syarat yang ketat seperti bank swasta akan tetapi setiap pinjaman akan dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi.

Memperkasakan Bank Awam akan memberikan kekuatan kepada mereka untuk menyediakan produk pinjaman yang mampu bersaing dan membela golongan miskin.

Ianya juga dapat mewujudkan lebih banyak peluang kerja yang boleh direbut oleh golongan Melayu didalam sekor ini. Perunding Kewangan, Jurunilai, Akauntan dan lain-lain akan dapat peluang baru untuk melebarkan peniagaan mereka dengan adanya peluang yang lebih luas.

Cadangan untuk digabungkan Bank-Bank Awam oleh Awang Selamat amat baik dan akan memberikan keuntungan dan pembelaan dalam jangka masa panjang oleh banyak pihak, golongan miskin, golongan kurang mampu, golongan peniaga Melayu, golongan Jurunilai Melayu, Peguam Melayu semua akan mendapat nikmat dari pergabungan ini.

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...