Monday, April 26, 2010

Politik Malaysia Dalam Bahaya...


Syabas dan tahniah kepada Melayu di Hulu selangor kerana telah memberikan undi yang banyak pada PRK baru-baru ini.

Kemenangan ini merupakan kayu ukuran kepada BN dan Gagasan 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh DS Najib.

Banyak yang memberi pendapat kenapa Cina masih tidak menyokong BN walaupun begitu banyak kemudahan dan keistimewaan orang cina telah kita berikan.

Pandangan Cina memilih harta, harta dan kestabilan ekonomi sudah tidak ada dalam kamus mereka sebaik sahaja Anwar memberikan apa yang mereka mahu di Perak semasa kerajaan PKR memerintah.

Senario politik hari ini menunjukkan Cina tidak akan rugi, mereka akan mendapat apa sahaja dari kedua-dua pihak parti politik kerana khidmat mereka dikehendaki, dari segi ekonomi dan juga sokongan politik.

Dengan senario ini, sudah tentu mereka akan memilih yang terbaik walaupun mereka tahu ianya telah melanggar perjanjian bersama sebelum merdeka.

Demokrasi politik 2/3 akan memungkinkan apa sahaja dilakukan, membuang sistem beraja, mehilangkan nama Melayu, menghilangkan nama Bahasa. Bak kata lain, demokrasi membolehkan kita menukar apa sahaja sekiranya kita mendapat sokongan Parlimen.

Jenteru itu, orang Melayu tidak akan dapat pertahankan apa yang mereka ada dalam jangka masa 20 tahun ini. Orang Cina sudah tidak sabar menungu, dan mereka akan cuba sedaya upaya dan melihat peluang yang diberikan oleh mana-mana pihak yang memberikan mereka keuntungan, dan PKR telah memberikan ini semua kepada mereka.

PAS sudah melihat kroniknya perkara ini, dan mereka sudah mulai sedar, tetapi dengan taksubnya Nik Aziz kepada politik Anwar telah menyukarkan Melayu PAS membuat keputusan.

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...