Monday, February 28, 2011

Pengiktirafan Sijil Sek Menengah Cina Sudah Menampakan Hasil?

** Ada diantara anak-anak cina tidak langsung tahu bercakap bahasa Malaysia .. "


Sinchew Jitpoh
Perkara: sijil sekolah menengah Cina dipolitikan?
Ruangan: Opinion Corner m/s 28
Tarikh: 23 Februari 2011 (Rabu)

Tajuk:
Pengiktirafan Sijil Sek Menengah Cina Sudah Menampakan Hasil?
Tan Poh Chin/ penulis utama akhbar ini

Pilihan raya negeri di Sarawak sudah pun mula bergema. Setiap kali ada pilihan raya keci di peringkat negeri mahupun di peringkat pilihan raya umum, banyak cara pihak pemerintah mahu pikat jiwa rakyat, ia umpama ombak air pasang laut yang semakin tinggi, kini sudah menjadi perkara biasa di negara kita.

Tetapi Timbalan Ketua Menteri Sarawak Chan Hong Nam telah mengumumkan, isu pengiktirafan sijil-sijil sekolah menengah swasta Cina oleh pihak kerajaan seperti sudah hampir menampakan hasilnya. Kenyataan ini seperti mengirimkan satu berita gembira kepada masyarakat Cina, walau bagaimana pun masyarakat Cina masih menaruh teka-teki serta dalam keadaan nunggu dan lihat.

Dalam pemikiran masyarakat Cina sijil peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina ialah sekeping sijil yang mampu melahirkan dan memberi jaminan tahap kelayakan cerdik pandai untuk negara ini; tetapi dalam pandangan pihak kerajaan pusat pula berbeza, pengiktirafan sijil gabungan sekolah menengah Cina itu seperti bom periuk api yang berselerak, ia akan menimbulkan pelbagai isu yang rumit jika diiktiraf, dan perlu lebih berhati-hati sebelum ia dilaksanakan.

Chan Hong Nam sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak, berkuasa dan berkedudukan tinggi, apa yang beliau umumkan itu sudah tentu ada pemberatnya dan mempunyai bukti-bukti tertentu, malangnya masyarakat Cina telah sering dan banyak kali mendengar kata-kata manis dan janji-janji itu, sebab itu masyarakat Cina masih sangsi lagi untuk mempercayainya.

Semasa PRK di Hulu Selangor Chua Sui Lek pernah mengumumkan, pihak kerajaan sedang mempertimbangkan pengiktirafan sijil-sijil peperiksaan gabungan sekolah menengah Cina, akhirnya hanya membenarkan bekas pelajar sekolah menengah Cina memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajran ke IPTS, seperti apa yang dicakap oleh Chua Sui Lek itu langsung tidak membawa sebarang makna.

Berkaitan isu pelajar lepasan peperiksaan gabungan sekolah menengah Cina masuk ke maktab perguruan, MCA dan Gerakan saling bertelagah tidak habis-habis tentang isu itu, akhirnya membuat keputusan lulus 3 mata pelajaran terbaik dalam peperiksaan gabungan dicampur kredit bahasa Melayu sijil SPM sebagai syarat layak untuk masuk ke Maktab Perguruan, bermakna pengiktirafan sijil peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina masih tergantung dan tidak jelas.

kefahaman ahli-ahli politik dan masyarakat Cina tentang sijil gabungan peperiksaan sekolah menengah Cina masih lagi banyak perbezaannya, sikap dan pandangan dalam masyarakat Cina sangat mudah sahaja, iaitu mahu kelayakan sijil peperiksaan gabungan sekolah menengah Cina itu disama tarafkan dengan sijil STPM, bagi memudahkan pelajar sekolah menengah Cina masuk ke IPTA dengan menggunakan sijil-sijil itu.

Orang-orang politik melihat isu sijil sekolah Cina itu sebagai gula-gula politik, apabila diperlukan mereka cuma bagi sedikit kemanisan sahaja untuk dirasa, terutama sekali selepas Tsunami politik Mac 2008, perkataan peperiksaan gabungan itu menjadi kata-kata di bibir sahaja oleh ahli-ahli politik untuk milege kepada agenda politik mereka.

Ahli-ahli politik laungkan perkataan sijil gabungan sekolah menengah Cina, apabila sampai ke dalam masyarakat Cina ia mudah berlaku penapaian dengan sendirinya, itu adalah stategi terbaik ahli politik untuk meraih sokongan undi dari kalangan masyarakat Cina.

Sebenarnya selama ini apa yang masyarakat Cina perjuangkan ialah, mahu satu kedudukan yang adil dengan pengiktirafannya sijil sekolah menengah Cina itu, ini sebenarnya mahu menguji pihak kerajaan sama ada mahu tangani masyarakat Cina dengan adil ataupun tidak.

Pada bulan November tahun lepas, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin dengan terang dan jelas berkata: kementerian Pelajaran tidak mengiktiraf sijil peperiksaan sekolah Menengah Cina, kerana sijil-sijil itu tidak di bawah sistem Kementerian Pelajaran Malaysia, tidak menggunakan skima silibus yang diguna pakai oleh Kementerian Pelajaran.

Selepas 3 bulan dari tarikh beliau bercakap sehingga ke hari ini, sijil gabungan sekolah Cina walupun masih tidak menggunakan skima silibus Kementerian Pelajaran, Najib akan memberi kata putus sijil gabungan sekolah-sekolah menengah Cina pada 5 Mac di Sarawak nanti, adakah sijil itu akan diiktiraf? Ia menimbulkan tanda tanya buat semua orang.

Tetapi jika pengiktirafan sijil-sijil itu masih samar-samar pada pilihan raya di negeri Sarawak kali ini, diharap masyarakat Cina jangan rasa kecewa dan hampa, kerana kita ada banyak lagi pilihan raya kecil akan dilangsungkan, dan pilihan raya umum juga sudah tidak jauh lagi dari sekarang, tunggu ujian keras kita nanti.

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...