Wednesday, December 07, 2011

Stevan Gan meludah ke langit?

Kecoh 3 bulan lepas portal Malaysikini mendakwa UMNO mahu mengambil alih kuasa editorial mereka, sampai mengeluarkan kata-kata yang kurang ajar, langkah mayat kami dulu dan sebagainya.

Kemungkinan perkara ini terjadi kerana ada ura-ura diantara editorial yang mahu berkerjasama dengan portal ini dan mahu bertukar berita dan berkongsi keuntungan. Tanpa ada pemeriksaan yang rapi, Editor yang sanggka diri dia hebat ni terus menerus keluarkan kata-kata kurang ajar kepada UMNO, menuduh UMNO mahu mengambil alih editorialnya.

Sebagai seorang yang dikatakan lama dalam bidang editorial, saya yang tak lama ni melihat gambaran yang jelas tingkah laku beliau, jelas dari dulu hingga sekarang menerbitkan Malaysiakini mahu mencari populariti tanpa usul periksa.

Petang ini mereka akan tunduk kepada perjanjian dengan Malay Mail, bertukar berita dan berkongsi keuntungan, kalaulah betul akibat dari perjanjian ini sehingga budak belagak editorial ni memaki hamun UMNO, beliau kene meminta maaf secara terbuka! Tapi ketahui moral mamat editorial ini, beliau akan mengalihkan cerita lain tanpa rasa jijik untuk menelan air liur yang telah di ludah!

Saya sebagai ahli UMNO amat marah dengan kata-kata jijik pemilik portal ini yang berani mati kalau UMNO mengsmbil alih editorial mereka, sehingga hari ini UMNO menolak dan menyangkal perkara itu, tetapi hari ini mereka telah dijual roh perjuangan mereka pada Malay Mail akibat dari butakan keuntungan dan merialistik! Mana pergi kata-kata membina dengan titik peluh dan kata-kata semangat lain takkala melihat habuan depan mata terus dengan rakus merebut peluang demi harta dunia!

Saya nak ingatkan kepada Portal ini, kamu jangan nak bermain fitnah yang bukan-bukan, banyak sudah fitnah dan propaganda kamu mainkan untuk memacu rakyat malaysia kearah yang negatif, Mempromosi Bersih, menyebarkan berita tidak betul setiap kali Pilihanraya Kecil dan mempromosi berita salah tentang Sultan Selangor melalui MB dan banyak lagi. U
Buktikan kamu sebagai portal yang mempunyai etika kewartawanan! Jangan malukan bidang kewartawanan yang kamu sendiri mengaku mendokongnya! Kalau benar Stevan Gan mengeluarkan kata-kata "langkah mayat kami dulu" akibat dari perjanjian ini, sila minta maaf. Jadilah orang yang bermaruah!

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...