Thursday, February 16, 2012

Nik Aziz : Jilat Air Liur Sendiri?

Nik Aziz akrab dengan Sekutu yang sanggup mati kalau
"Malaysia Negara ISLAM"
Beberapa hari yang lepas, Nik Abdul Aziz telah memberika kata dua kepada Anwar Ibrahim agar menarik kembali kata-kata "Menyokong Israel" atau "Menyaman WSJ".

Hari ini, kedua-dua kata itu telah di tolak oleh Anwar,

Anwar tidak mahu menarik balik kata-kata beliau dan juga tidak mahu menyaman WSJ.

Setakat artikel ini ditulis, tidak ada apa-apa kenyataan dan Musridul Am Pas ini berkaitan dengan KATA DUA yang telah diberikan kepada Anwar Ibrahim.

Adakah Nik Abdul Aziz akan menjilat air liur beliau sendiri ataupun mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim ?

Apakah yang kamu jangkakan?

Jangkaan saya, Nik Abdul Aziz akan menjilat semula kata dua beliau dan juga akan berbaik semula dengan Anwar Ibrahim yang telah terluka hati akibat dari kata dua Nik Abdul Aziz tempoh hari.

Masa depan politik beliau dan Anak beliau hari ini bergantung kepada Anwar Ibrahim. bukan lagi bergantung kepada PAS.

bersama kita nantikan apakah wayang kulit PR dalam isu ini... penjualan MURAH maruah ISLAM akan berlaku lagi ...





Petikan Artikel dari AgendaDaily....



Harap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak marah kalau kita nobatkan beliau sebagai Maharaja Lawak minggu ini.

Ini kerana ramai yang gelak sampai naik bengong bila membaca komentar terbarunya mengenai kata dua Datuk Nik Aziz Nik Mat pasal isu kenyataannya mengenai keselamatan Israel di akhbar Wall Street Journal baru-baru ini.

Anwar sifatkan kata dua Menteri Besar Kelantan itu sebagai "lembut dan sopan."

Ketua Pembangkang itu guna ayat itu masa ditemui wartawan selepas menghadiri majlis perhimpunan mingguan dan sambutan Maulidur Rasul di Majlis Perbandaran Subang Jaya pagi Khamis.

Bab beliau nak tunjuk Nik Aziz begitu sayang dan manja padanya satu hal.

Lawak besar di sini bila beliau kata 'UMNO memfitnah saya dan padam kenyataan saya yang mengatakan tentang hak rakyat Palestin."

Kalau kita baca balik berita Wall Street Journal,akhbar itu tulis sebiji.terang dan jelas :  "[I]I support all efforts to protect the security of the state of Israel[/I]," said Mr. Anwar.

Kata-kata itu yang membuatkan ramai orang marah.Beliau nampaknya terbelit simpul mati dengan ayat nak sokong semua usaha untuk lindungi keselamatan negara Israel.

Soalnya dimana yang UMNO potong kenyataannya?

Kalau betul Wall Street Journal silap lapor kenyataannya...kenapa takut sangat nak cakap akhbar itu salah?

Atau seperti kata Nik Aziz saman saja akhbar itu kerana salah lapor.

Soalnya apa kena mengena UMNO dengan kenyataan  "[I]I support all efforts to protect the security of the state of Israel[/I]," kerana itulah yang dipetik akhbar berkenaan dari kata-katanya sendiri.

Tidak ada ayat lain ditulis lepas ayat yang kontroversial itu kecuali....[I]although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries.[/I]

Isunya di sini ialah kenyataan Anwar sebiji disebut kata "I support all efforts to protect the security of the state of Israel".

Ini yang Anwar sedang bersilat sakan sekarang...dan seperti biasa tidak menghairankan  UMNO jadi kambing hitam untuk lepas tengkoknya.

Semua orang nampak dalam isu ini tidak ada jalan depan ..tidak ada jalan belakang  kecuali tarik balik atau saman saja.

Andaiannya ialah kalau Anwar tarik balik jelas bermaksud beliau mengaku ada kata ayat itu...dan kalau saman pula tentu nanti timbul masalah dalam hubungan dengan akhbar itu.

Kata Anwar beliau nak jumpa Nik Aziz Isnin ini.

"Nik Aziz tegur saya lembut dan sopan. Beliau mencadangkan kalau saya ada kata, tarik balik, jika tidak, saman," katanya.

"Sebelum ini saya di luar negara dan kini baru pulang dari Bangkok , Nik Aziz pula di Kelantan. Tetapi isu yang terjadi ini berbeza. Umno memfitnah saya dan padam kenyataan saya yang mengatakan tentang hak rakyat Palestin.

Siapa tahu Musyridul Am PAS itu akan cair dan berlinang air mata mendengar ayat belai manja Anwar dan anggap kenyataannya yang menguris hati itu  "[I]I support all efforts to protect the security of the state of Israel[/I]," - cuma satu senda gurau lawak jenaka seorang Maharaja Lawak.-16/2/2012 - OLEH ROSLI ISMAIL



No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...