Sunday, March 04, 2012

Keputusan KDN vs The Star


Kenyataan Rasmi.

Susulan dari desakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh berkenaan isu akhbar The Star menyiarkan gambar Erykah Badu bertatukan Kalimah Allah.

Sudah genap seminggu kesalahan ini dilakukan dan saya diberitahu surat tunjuk sebab sepatutnya sudah diberi kepada KDN dan menunggu apakah langkah seterusnya.

Ramai pihak tidak berpuas hati sekiranya KDN hanya memberi amaran dan meminta kepada Akhbar The Star memohon maaf.

Ini kerana kesalahan melibatkan penghinaan ke atas Agama Islam sudah dilakukan 2 kali dalam jangka masa 6 bulan dan 3 kali dalam jangka masa 1 tahun.

Harunssani dan Dr Juandah dan juga NGO lain juga tidak mahu tindakan sekadar "permohonan maaf" daripada The Star.

Di sini Pemuda Seputeh ingin meningatkan sekali lagi desakan yang kami buat tempoh hari kepada KDN agar mengantung sekurang-kurangnya akhbar The Star selama 1 tahun.

Akhbar The Star mesti di ajar bagaimana untuk menjaga kesucian agama, bukan sahaja agama Islam tetapi kene jaga semua agama lain.

Kami menunggu keputusan KDN minggu ini....

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...