Tuesday, September 24, 2013

Anak Muda akan terus dibela penggal 2013-2016

Ucapan Terima Kasih 

Assalamualaikum

Pertamanya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya  dan senantiasa memberi dorongan kepada Jawatan Kuasa Pemuda Bahagian.
   
Pada tahun ini, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh mencipta sejarah apabila semua jawatan di peringkat Pemuda Bahagian di isi kembali tanpa dipertandingkan.

Berkat daripada usaha dan kerja keras seluruh Jawatan Kuasa yang di ketuai oleh Saudara Badrul Ezan selaku Naib Ketua Pemuda, hasilnya dapat di lihat oleh semua peringkat. Tanpa semangat yang IKHLAS bekerja untuk parti, ianya mustahil dapat di terjemahkan dengan keputusan permilihan kali ini.

Kami berterima kasih kepada Kepimpinan Bahagian yang diketuai oleh Ybhg Datuk Mustapa Kamal selaku Ketua UMNO Bahagian dibantu oleh Datuk A Rahim Aman dan Datuk Mariam Minhat dan Jawatankuasa Bahagian yang tidak pernah jemu dan senantiasa memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan program sehingga segala tanggunjawab dapat disempurnakan dengan baik.

Pemuda UMNO Bahagian Seputeh telah memperjuangkan soal Perumahan dan ianya telah dijadikan dasar Kerajaan, ianya di ilhamkan kerana melihat orang Melayu Bandar dipinggirkan oleh sistem ekonomi yang tidak berpihak kepada Orang Melayu. Oleh itu, Perjuangan kali ini akan diteruskan bagi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara untuk orang Melayu di pertahankan sebaik mungkin.

Saya suka mencadangkan agar kita meneruskan desakan kepada Kerajaan, kita sebagai Pemuda Bandar merupakan golongan yang terancam secara sistematik ekoran dari pembanggunan ekonomi disekeliling kita, oleh itu, kita lah yang perlu mengetuai bagi mempertahankan hak-hak kita di negara tercinta ini.





Hidup Melayu, Hidup UMNO.
Memasyarakatkan pemuda agenda kita!



Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...