Tuesday, December 05, 2006

Pembekal Bahan Binaan Melayu di Cari ...


Oleh Md. Razlan

Masalah Pembekal-pembekal bahan binaan yang di monopoli oleh bangsa lain telah dibangkitkan di dalam Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. Syabas Orang Muda Melaka. Tindakkan ini diambil kerana sebanyak 60% daripada budget projek adalah bahan mentah.

Dengan desakkan itu, satu penggumuman telah dibuat oleh Dato' Seri Khaled Nordin bagi mencari Pembekal melayu tulen yang boleh membekal bahan-bahan binaan kepada kontraktor-kontraktor melayu. Ini akan memastikan keuntungan di pihak bumiputra sepenuhnya.

Penulis ada menulis untuk kita mencari dan mewujudkan perniaga melayu tahap pembekal. Pembekal Komputer, Pembekal Bahan Binaan dan sebagainya. Ini semua tidak mustahil di buat dan bipupuk.

Dunia telah pergi ke globalisasi, dunia tanpa sempadan, semua urusniaga berdasarkan kepada kuantiti. Kuantiti lah yang kita ada, Kerajaan mempunyai budget untuk membeli dengan kuantiti yang banyak, jika di bidang Komputer, Kuantiti melambangkan kuasa, ianya boleh di gunakan untuk mewujudkan Pembekal-pembekal Melayu bagi perkakasan komputer internasional seperti HP, DELL, ACER dan lain-lain.

Mewujudkan Perniaga Melayu tahap Pembekal bukanlah mustahil pada masa ini, dahulu mungkin, kerana semuanya bergantung kepada pengilang dan pembuat yang manaya dimonopoli oleh bangsa lain dan taktik yang digunakan juga ke arah itu.

Diharap UMNO dapat mendesak bagi mewujudkan Perniaga Melayu Tahap Pembekal bagi semua sektor dan seterusnya menjayakan impian Melayu untuk memperolehi ekuiti 30%.


Insyaallah ...

2 comments:

Arip said...

mendesak aja tak guna...langkah untuk mewujudkan tu yang penting....saya pon ada memikirkannya sebelum ini, sebab bila cakap hal komputer mesti orang akan kaitkan ngan lowyat...yang pakar orang kita, tapi yang membekal org lain....Ada orang kita cuba ngelak dari amik ngan 'diorang' secara pukal, dan amik dari orang kita, tapi orang kita ni pulak amik ngan diorang...sama je...Di sini kene bg tau orang kita camana nak amik direct dari Kilang dari luar,dari arab ke etc, tak pon Kerajaan import secara besar-besaran dari luar negara di bawah nama sebuah syarikat yang di bentuk kerajaan, dan peniaga2 kita amik ngan kerajaan untuk di bekalkan kepada peniaga...

electro said...

betul juga, kalau kerajaan sendiri tubuhkan sebuah syarikat yang membekalkan bahan pembinaan kepada orang melayu. Jadi para peniaga melayu boleh terus berurusan dengan syarikat tersebut. Dengan itu usahawan/kontraktor/peniaga melayu boleh bersaing dengan bangsa lain. Disebabkan bahan pembinaan dimonopoli oleh bangsa lain, bangsa melayu susah hendak maju. Diharapkan pihak kerajaan sendiri dapat tubuhkan syarikat pembekal pembinaan yang dipantau 100% dan membantu bangsa melayu, lagi pun ini negara kita. Biar bangsa melayu dipandang tinggi oleh bangsa-bangsa lain. sekian terima kasih...

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...