Oleh Md Razlan
Hari pertama perhimpunan agong kali ini menyaksikan sayap-sayap membawa usul-usul yang telah di bahaskan di Bahagian-bahagian.
Agenda perjuangan melayu tetap menjadi topik utama di dalam perbahasan usul, kepentingan-kepentingan anak melayu dari segi sosial dan ekonomi tetap di bahaskan bagi membentuk Melayu yang Unggul dan cemerlang.
Jika diterjemahkan dengan perlaksanaan serta pengawasan yang betul, saya percaya, matlamat yang kita impikan untuk ekonomi orang melayu akan menjadi kenyataan.
Untuk CEO-CEO GLC yang tidak bersemangat kemelayuan, sudah masanya mengisafi dan perlu balik kepada asal dari mana mereka datang. Budaya koperat yang dibawa dari negara-negara luar perlu diselitkan dengan semangat kemelayuan. Kami berharap anda semua dapat menterjemahkan perjuangan ini dari segi perlaksanaan, demi membantu anak-anak dan cucu-cucu melayu.
Ini bukan sahaja kepada kebajikan atau bantuan semata-mata, tindakan ini mestilah selaras dengan perlaksanaan.
Konsep Ali baba yang berluluasa di dalam UMNO kali ini tidak di bahaskan, ini bermakna kebanyakkan kerja-kerja telah di buat sendiri oleh orang melayu dan ini boleh memastikan negara kita mencapai ekuiti 30%.
Seperkara lagi yang perlu kita lihat, adalah Chairman-chairman, atau director-direktor yang dilantik untuk menuduki kerusi-kerusi syarikat Non-bumi atau syarikat multinasional yang mengunakan kedudukan mereka untuk medapatkan kontak-kontak yang besar di Kerajaan.
Kebiasaan mereka ini dijadikan patung dan akan menggunakan touch mereka apabila tender-tender sudah sampai ke peringkat terakhir. Pengawasan perlu dibuat, statistic bagi setiap syarikat bagi mengetahui jumlah pekerja yang berkerja di dalam syarikat itu perlu diketahui. Untuk mengelakkan kebocoran yang ketara.
Bank-bank yang lebih percayakan syarikat luar dan juga syarikat Berhad untuk membuat kerja-kerja Aplikasi computer dan juga perkakasan, perlu melihat dan memberi kepercayaan kepada Melayu.
Kita tinggal 16 tahun saja lagi, dan segala kebocoran perlu kita tangani dan kuasa yang ada sekarang perlu kita maksimumkan.
Sekian …
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling k...
-
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Keputusan Kerajaan selangor untuk mengekalkan Elizibert sebagai Exco Pelancongan dan kekal sebagai ADUN merupakan satu tindakan cakap tak se...
No comments:
Post a Comment