Posts

Showing posts from August, 2011

MP Seputeh MIA!

Satu kes yang melibatkan MP Seputeh Teresa Kok telah menyembabkan beliau terus diam dan hilang.Seperti semua rakyat tahu, sejarah MP Seputeh tidak akan perjuangkan apa sahaja yang berkait dengan Islam, walaupun ianya sudah ditulis didalam Perlembagaan.Sebelum ini, isu ketuk ketampi, beliau terus hilang apabila mendapati orang yang didalam video itu bukan cina tetapi Melayu. Kini satu kes besar di kawasan beliau yang melibatkan anak-anak orang Islam yang diajar ajaran Kristian sudah 4 hari, MP Seputeh masih diam dan membisu.Kita pun tak tahu sejauh mana penglibatan beliau didalam hal ini, beliau merupakan Ahli Parlimen di kawasan ini, tidak turun padang, tidak bertanya khabar, hilang, tutup mulut dan tidak mahu ambil tahu kerana apa!! Tunggu pendedahan kami terhadap penglibatan mereka yang terliat dengan isu ini!!

Pendedahan Utusan: Pemuda UMNO buat laporan polis

Image
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh hari ini membuat laporan polis berhubung pendedahan Utusan Malaysia mengenai sebuah pusat tuisyen di Jalan Klang Lama di sini yang mengajar lagu-lagu berunsur Kristian sehingga boleh dihafal oleh murid-muridnya itu.

Ketua pergerakan itu, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, tindakan pusat tuisyen itu jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesucian agama Islam tidak boleh dicerobohi oleh agama lain.
Katanya, pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) digesa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.

"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, terdapat tenaga pengajar dipercayai pendakwah Kristian yang mengajar tuisyen untuk Bahasa Inggeris kepada kira-kira 20 murid.

"Bagaimanapun, apa yang dikesali mereka telah menerapkan ajaran Kristian kepada murid-murid tersebut dengan mengajar mereka menyanyikan lagu agama Kristi…

Jangan gadai agama kita demi politik!

Image
Pendedahan yang dibuat oleh Berita Harian di muka hadapan memberi kejutan kepada ramai pihak. Ini merupakan pendedahan yang tidak lain niatnya selain mahu menjaga perlembagaan persekutuan. Agama Lain tidak boleh diajar kepada orang islam, itu yang dinyatakan didalm perlembagaan demi menjaga kesucian Islam di Malaysia.

Tidak seharusnya mengadaikan kepentingan politik lalu sanggup mengadaikan prinsip perlembagaan negara.

Ada diantara Pemimpin Politik yang liberal sanggup menyalahkan JAIS kerana tindakan mereka terhadap sebuah gereja yang terletak di PJ.

Perkara ini juga telah diceritakan oleh Zulkifli Nordin melalui videonya yang mana operasi menghasut orang islam telah berlaku sudah lama dan ianya dinamakan operasi CALEB.

Pikirkan lahhhh

Bisik-bisik Awang Selamat — Awang Selamat

August 06, 2011 6 OGOS — MAHU tidak mahu perkembangan di Universiti Selangor (Unisel) memberi kesan kepada integriti dan kredibilitinya sebagai sebuah pusat pengajian tinggi. Pergolakan dalam pentadbiran tertinggi Unisel, milik Kerajaan Negeri Selangor, yang dikaitkan dengan elemen politik kepartian sudah tentu akan merencatkan reputasi dalam membangunkan modal insan. Unisel seperti juga universiti lain perlu dibenarkan diurus dengan lebih bebas tanpa campur tangan luar serta dibiarkan bergerak ke arah autonomi. Keadaan tersebut amat penting untuk memastikan sesebuah universiti selaku institusi ilmu dapat memberi tumpuan secara profesional dalam melaksanakan tanggung jawab tersebut. Atas hakikat itu, Awang tidak hairan apabila Datuk Dr. Rosti Saruwono bertindak melepaskan jawatan Naib Canselor Unisel dengan memberi notis 24 jam. Beliau mempunyai tanggung jawab untuk mempertahankan kredibiliti universiti itu. Malah para pelajar Unisel juga berhak menyatakan kegusaran mereka dalam hal te…

Pembangkang Semakin Nyanyuk – Hilang Kawalan Propaganda Mainan Mereka

Image
Posted by Sahabat-Gunungon 2:33 PMin |1 Komen Kuala Lumpur, 4 Ogos- Pakatan Rapuh semakin hilang dari kawalan propaganda mainan mereka sendiri. Makin banyak mereka bermain, makin banyak tembelang mereka pecah akibat dari seronok mereka penipuan dan tuduhan kepada pihak-pihak yang mempunyai kaitan dengan Barisan Nasional.Ketua Pemuda UMNO bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, isu terbaru yang mereka mainkan kini adalah memujuk Ku Li untuk menjadi Ketua Pembangkang untuk mengantikan Anwar Ibrahim."Pemain Politik tersenyum sahaja apabila melihat PR menyentuh isu ini. Apa taknya, semua tahu yang Ku Li dari dulu sememangnya mahu menjadi Perdana Menteri, beliau pernah bertanding melawan Tun Mahathir, dan juga pernah berlawan menggunakan parti Semangat 46. Tetapi itu semua cerita lama yang sudah menjadi sejarah, semenjak Ku Li masuk kembali ke dalam UMNO, beliau memainkan peranan yang baik dan kritis tetapi tetap bersama kesetiaan bersama UMNO.Ku Li juga pernah dilaga…

30 Min Bersama Tun Mahathir

Image
3hb Ogos 2011 - Sebentar tadi jam 11am, saya telah berkesempatan untuk bertemu dengan Mantan Perdana Menteri Malaysia. Beliau merupakan Perdana Menteri yang bertaggunjawab mencorakkan warna warni Malaysia selama 22 tahun.

Kelihatan YABhg Tun Mahathir Mohamed sihat walaupun badan beliau susut sedikit, tetapi seperti saya mengenali beliau memlalui rakan-rakan dan buku-buku, begitu lah perwatakan Tun, senantiasa senyum dan menjadi seorang pendengar yang baik, dan apabila bercakap, ayat yang dikeluarkan begitu selamba dan penuh dengan kiasan.

Beberapa perkara yang kami bincangkan berkenaan perniagaan dan pandangan kami terhadap lankskap politik hari ini, yang baik dan yang kurang baik bagi pandangan beliau dan juga kami.

Menyentuh isu Bersih, YABhg Tun juga tidak bersetuju BERSIH di beri kebenaran untuk mengadakan demontrasi, tetapi mesti ada konsisten didalam memberi arahan, sekiranya tidak boleh diadakan di Jalanan kerana haram, BERSIH juga sepatutnya tidak diberi mana-mana tempat untuk…