Suasana di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Universiti Malaya Kuala
Lumpur gamat seketika ketika sesi soal jawab dalam forum awam
membincangkan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Kekecohan
berlaku apabila bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd
Razlan Rafii tidak berpuas hati dengan barisan ahli panel forum bekenaan
yang didakwa tidak profesional apabila menggelarkan pihak lain sebagai
'bodoh'
Dakwa Razlan, ungkapan itu ditujukan kepada empat ahli
akademik yang menulis ringkasan mengenai Status Rom kepada Majlis
Raja-raja sebelum ini.
"Kita ini orang yang berpelajaran tetapi tadi kamu menggelar orang lain bodoh dan menggelar empat profesor itu sebagai bodoh.
“Kita
semua sepatutnya boleh bercakap dan kamu pun boleh bercakap tetapi kamu
tak sepatutnya menggelar orang lain bodoh, kangkung.
"Tak perlu pun, sebab kamu bentangkan fakta kamu dan dia pun ada bentangkan fakta dia. Jadi, ini tidak adil,"tegasnya.
Terdahulu,
penganjur forum yang juga salah seorang ahli panel Asheeq Ali Sethi
Alivi mendakwa tindakan empat ahli akademik yang menulis ringkasan
mengenai Status Rom kepada Majlis Raja-raja sebelum ini sebagai bodoh.
Bagaimanapun keempat-empat ahli akademik itu tidak hadir dalam forum berkenaan.
Merasakan
pihak yang terlibat tidak ada untuk menyangkal dakwaan Asheeq, Razlan
tampil mempertahankan empat ahli akademik terbabit.
Bagaimanapun,
hadirin dalam forum berkenaan tidak senang dengan apa yang dibangkitkan
Razlan yang dilihat seolah-olah sengaja mencetuskan kekecohan dan
meminta anggota parti Umno itu diam atau beredar dari auditorium itu.
Namun, gesaan untuk Razlan diam tidak dipedulikannya.
Sebaliknya,
Razlan terus mengutarakan soalan dengan menegaskan agar pihak terlibat
menghentikan tindakan menggelar pihak lain dengan kenyataan yang tidak
sepatutnya.
“Inikan UM, tapi kita bercakap bodoh, kangkung. Tak perlu menggelar," tegasnya. 'Kenapa AG tak yakinkan Raja-raja?'
Penegasan
tersebut sedikit sebanyak membuatkan hadirin diam seketika dan mula
mendengar kembali apa yang cuba disampaikan oleh Razlan.
Razlan
ketika membangkitkan persoalan seterusnya turut mempersoalkan Peguam
Negara Tommy Thomas yang gagal menyakinkan Majlis Raja-raja dalam
ratifikasi Statut Rom.
“Kedua, kenapa kamu (Tommy Thomas) tak boleh yakinkan Majlis Raja-raja?
"Pertama,
katakanlah tak boleh yakinkan Majlis Raja-raja dan mereka telah
dinasihatkan tarik balik, nasihatkan perdana menteri untuk tarik balik.
Maksudnya kamu sebagai peguam negara (Tommy Thomas) gagal untuk yakinkan
Majlis Raja-raja daripada empat orang tadi.
"Jadi, tak
sepatutnya ia berlaku. Jadi, hari ini (Menteri perpaduan) Waythamoorthy
pula cakap nak buat balik penerangan untuk ratifikasi ICERD.
"Dan
itu pun tak sepatutnya berlaku dan akan gunakan duit rakyat, duit
kerajaan, agensi kerajaan untuk habiskan perkara ini, untuk penerangan
bagi mempengaruhi rakyat bagi menerima Statut Rom," katanya.
Justeru
itu, Razlan sekali lagi meminta semua pihak agar bersikap profesional
dan menghormati keputusan yang telah dibuat kerajaan.
"Perkara ini semua sepatutnya tidak berlaku dan saya minta kita semua hormati menghormati satu sama lain.
"Ini
Malaysia Baru, maksudnya kamu boleh cakap fakta kamu tetapi kamu tidak
boleh gelar Orang lain kangkung dan jangan gelar orang lain bodoh. Ok,
boleh?" Soal Razlan dan disambut penolakan hadirin yang menjerit-jerit
meminta beliau diam.
“Satu lagi tak perlu gelar kita punya
keluarga diraja sebagai perompak. Tolong,” kata Razlan dan terus disorak
oleh mereka yang hadir agar beliau berhenti bercakap. Ellie juga muncul
Tidak cukup dengan itu, di akhir forum kelibat pelakon dan pengarah filem terkenal, Ellie Suriati turut kelihatan.
Ellie sebelum forum berakhir cuba untuk bertanyakan soalan namun ditolak oleh moderator kerana kesuntukan masa.
Berang soalannya tidak dapat ditanyakan Ellie dilihat menyuarakan ketidakpuasaan hatinya itu dengan berkata sesuatu.
Namun, ia tidak dapat didengar dengan jelas kerana jarak yang agak jauh dengan media.
Hadir
dalam forum itu ialah Peguam Negara Tommy Thomas, anggota G25, Noor
Farida Ariffin, pakar perlembagaan Professor Emeritus Dr Shad Saleem
Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet.
No comments:
Post a Comment