Thursday, April 28, 2011

Kenapa perlu boikot UTUSAN!

Utusan Malaysia serupa dengan akhbar-akhbar yang lain, bertujuan menyebarkan berita kepada para pembacanya.

Akhbar Utusan juga tidak lari dengan agenda untuk memberi kesedaran kepada pembacanya agar teguh berdiri sebagai satu bangsa yang utuh.

Didalam memberi kesedaran tentang tingginya makna bersatu, hari ini Utusan telah di tuduh sebagai satu akhbar yang rasis, hanya kerana memberi perkhabaran tentang pentingnya Melayu harus bersatu.

Kepentingan Melayu yang sering kali diduga dan diusik oleh bangsa lain sering diberitakan oleh akhbar Utusan. Perancangan dan agenda yang akan menghakis kepentingan Melayu juga sering kali dihidu oleh Utusan dan ruangan Editorial tidak akan teragak-agak untuk berkongsi perkara ini dengan pembaca.

Berkemungkinan oleh sebab inilah ramai dikalangan pemimpin Cina tidak senang dengan pendedahan yang dilakukan oleh Utusan. Utusan dijadikan kambing hitam dan dianggap musuh oleh puak pelampau Cina.

Bangsa Cina sering kali menulis artikel didalam ruangan Editorial di akhbar Cina untuk mendesak Kerajaan memenuhi kehendak mereka dan ada diantara artikelnya memberikan kata dua kepada kerajaan sekiranya permintaan ini tidak dipenuhi.

Adakah orang Melayu sedar akan perkara ini? Adakah Melayu pernah berbuat apa tindakan didalam perkara ini?

Jesteru itu, kenapa perlu DAP dan MCA bergabung untuk memboikot Utusan ? Ini merupakan peperangan terbuka yang dilancarkan terhadap akhbar Melayu dan orang Melayu seharusnya sedar dan bangkit dari lamunan !

Kita mahu ingatkan kepada semua yang suka mengusik kepentingan Melayu agar lebih berhati-hati. Api yang dinyalakan akan membara sekiranya kita tidak mengawalnya, dan jangan melihat hanya Melayu yang diluar ini, pikirkan juga Melayu yang ada di kem-kem askar!

Utusan Malaysia merupakan akhbar untuk orang Melayu, dan akhbar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri didalam perjuangan mempertahankan Tanah Melayu, jesteru itu cukuplah kamu memboikot di negeri-negeri pembangkang dan cukuplah kamu tidak memberi iklan kepada Utusan, tetapi jangan kamu hidupkan api ini untuk kita berperang secara terbuka.
Semoga Malaysia dirahmati ....

Sunday, April 24, 2011

Semenjak anwar ada, Cina sudah boleh pegang kuasa !

Kenapa ramai pemimpin cina yang melatah apabila membaca penulisan cuit
dato zaini hassan dari utusan malaysia?

Berkemungkinan mereka tidak sedar bahawa semenjak Anwar dibebaskan,
orang cina sudah boleh melupakan BN kerana boleh mendapat apa yang
mereka mahukan sekiranya bergantung dengan PKR!

Selama ini melalui akhbar cina, mereka sudah memulakan penulisan yang
begitu rasis dan mendesak PM memberikan apa yang mereka mahukandan
sekiranya tidak memberi, jangan diharap undi dari kaum cina.

Jadi apa salahnya kita menolak pemimpin cina hari ini kerana telah
terbukti di semua PRK dan yang terbaru di PRN Sarawak, kaum cina bukan
menyokong BN!!


Sinchew Daily News
Perkara: Utusan Malaysia- 1 Melayu- BN?
Ruangan: Opinion Corner m/s 36
Tarikh: 22 April 2011 (Jumaat)

Tajuk:

Pengetahuan Politik Sifar
Tay Ting Hien/ timabalan editorial akhbar ini

Dalam kepala otak Awang Selamat dan Zaini, terlalu ringkas tidak tahu
di tahap mana? Berkisar di persoalan-persoalan yang nilainya berharga
2 sen.

BN kehilangan kerusi di kawasan Bandar di Sarawak, penulis Utusan
Melayu Awang Selamat yang mempunyai keududukan dalam Utusan Malaysia
menulis: orang-orang Cina tak sokong BN, pihak kerajaan tak perlu
ambil perhatian terhadap keperluan orang-orang Cina, ini adalah
kenyataan dari "peti undi",

Seterusnya yang paling pandai mainkan isu ialah Zaini Hassan, dalam
skrip editorial beliau, galakkan kempen satu Melayu satu Bumi, bagi
memperkukuhkan kuasa kepimpinan orang-orang Melayu.

Di dalam dunia ini di mana lagi yang boleh cari sesuatu alasan
pendirian seperti itu?

Aduh! Sudah tentu itu ialah Utusan Malaysia.

Sudah tentu di dalam dunia hari ini, dalam negara-negara yang
mempunyai konsep pelbagai budaya dan tamadun yang serba moden ini,
Awang Selamat dan Zaini Hassan masih ada tempat lagi hidup di dalam
dunia hari ini, fahaman fanatik yang memihak kepada haluan perkauman,
ia hanya akan menjadi perpecahan kepada 2 aliran di negara ini, satu
aliran kumpulan puak Melayu dan satu aliran lagi kumpulan puak Bumi
dan Cina.

Pengetahuan politik sifar

Sepatutnya ada orang-orang yang ingatkan mereka ini, dalam
perlembagaan negara ini terbahagi kepada berbilang kaum, mempunyai
tatacara pembentangan melalui mesyuarat yang perpegang kepada sistem
perlembagaan berdemokrasi; setiap pengundi yang layak, boleh dengan
tiada sebarang gangguan menjalankan kewajiban mereka dan hak mereka.
Pihak kerajaan bukan sahaja perlu menghormati keputusan pengundi, dan
yang lebih penting perlu fikirkan kenapa pihak pemerintah alami
kegagalan sebagai satu pengalaman pemerintah, cuba bangkit kembali di
mana yang masih tidak mencukupi yang mungkin masih ada kecacatan,
melangkah membuat sesuatu perubahan yang sepatutnya, ini barulah dapat
melihat realitinya tiket undi itu.

Pada masa yang sama undian itu memberi tahu satu mesej kepada mereka;
kerajaan BN yang laksanakan konsep Satu Malayisa; ia perlu lihat dari
segi sudut keseluruhan sistem di negara ini, dan juga melihat dari
segi jangka panjang negera ini, kemukakan satu sistem pentadibiran
yang tidak berbelah bagi kepada semua kaum, supaya semua rakyat di
negara ini termasuk Awang Selamat dan Zaini Hassan serta anak-anak
cucu mereka, semuanya dapat menerima hak yang sama dalam arus kemajuan
di negara ini.

Dalam pengamatan ini tidak nampak konsep 1 Malayisa, ataupun tidak
nampak terbahaginya satu konsep 1 Cina ataupun konsep 1 Bumi.

Dalam masyarakat orang-orang Melayu, ada pertalian darah yang
berbeza-beza juga, yang datangnya dari pelbagai kawasan, orang-orang
Cina juga orang Malaysia; sebuah kerajaan yang berwibawa, sepatutnya
dapatkan sokongan dari semua rakyat di negara ini, tidak kira ia orang
Melayu ataupun orang-orang bukan Melayu.

Sedangkan, rakyat tidak dibahagi-bahagikan berasaskan kaum, ataupun di
kawasan bandar mahupun di kawasan kampung dan pendalaman, mereka hanya
dipisahkan dengan pemikiran terbuka dan pemikiran konsevatif.

Pengundi-pengundi di bandar sama ada orang-orang Cina mahupun
orang-orang Melayu lebih mirip dan condong kepada menyokong parti
pembangkang; mengikut teori Awang Selamat dan Zaini Hassan, pihak
kerajaan sepatutnya tinggalkan penduduk bandar, tidak perlu fikirkan
penduduk di kawasan bandar.

Jika begitu, bukankah kerajaan ini menjadi sebuah kerajaan untuk
penduduk perkampungan sahaja?

Kerajaan BN tidak bersedia untuk menjadi sebuah kerajaan Melayu
mahupun sebuah kerajaan kampung, kerana ini telah melanggar konsep
politik; BN perlu menjadi kerajaan untuk semua rakyat, barulah negara
ini dapat sahut konsep politiknya.

Tuesday, April 19, 2011

Kenyataan Media : Cukup dengan Mejoriti Mudah.

20 April 2011
Salam Saudara Pengarang,
Analisis Pilihanraya Sarawak menunjukkan DAP telah berjaya membawa
semangat perkauman kepada rakyat Sarawak.Sarawak  sebelum ini
mempunyai suasana kehidupan yang harmoni sedikit sebanyak telah di
nodai dengan agenda Perkauman yang dibawa oleh DAP.

SUPP dan MCA juga tidak terdaya untuk berlawan dengan mereka atas isu
perkauman, lantas keputusan yang diperolehi di Pilihanraya Sarawak
menunjukkan permainan isu kaum lebih popular daripada isu pembangunan
dan pendidikan.
Melalui kerajaan Barisan Nasional, pecahan kerusi seringkali diberi
berdasarkan kuota, dan kuota ini diberi bukan berdasarkan mejoriti
kaum di sesebuah kawasan.

Oleh disebabkan semangat BN, sering kali kerusi selesa diberikan
kepada presiden-presiden parti komponen dan juga calon-calon popular
parti komponen untuk memastikan kemenangan kepada pihak BN dan ianya
di agihkan bukan berdasarkan mejoriti kaum.

Dengan pendekatan ini, kita melihat parti-parti komponen selain UMNO
amat selesa dan sering kali di kritik kerana tidak melaksanakan
tanggunjawab mereka menjaga rakyat didalam kawasan.

Ada diantara kawasan yang mejoriti kaum Cina merasakan seumpama tidak
wujud parti komponen kerana langsung tidak mengadakan aktiviti
kemasyarakatan. Dan mereka selesa sekadar nama di atas carta, bukan
dibibir masyarakat tempatan.

BN sememangya berharap akan mendapat mejoriti 2/3 didalam Pilihanraya
yang akan datang, akan tetapi, melihat polar politik perkauman sudah
popular, polar politik perkauman sudah kembali kepada zaman 69, ada
baiknya BN memikirkan bagaimana untuk mendapat mejoriti mudah daripada
meletakkan target yang lebih jauh tinggi.

Sudah masanya kita melaksanakan pembahagian kerusi mengikut mejoriti
kaum, sudah masanya BN memberikan tanggunjawab kepada setiap pemimpin
parti untuk melaksanakan tanggunjawab mereka sekiranya mahu menjadi
pemimpin Kerajaan ataupun Parti.

Dengan perlaksanaan pembahagian kerusi mengikut mejoriti Kaum, BN
tidak mempunyai masalah untuk mendapat sokongan mejoriti mudah di
dalam Pilihanraya yang akan datang,

Melalui Gagasan 1Malaysia, seharusnya tidak menjadi masalah kepada
Pemimpin MCA, MIC dan parti-parti lain untuk membawa perubahan kepada
rakyat, gagasan ini mempunyai objektif yang murni dan ianya perlu di
hebahkan oleh pemimpin parti agar masyarakat tempatan yakin, bukan
memberikan kembali tanggunjawab ini kepada Kerajaan atau Agensi
Kerajaan.

Jesteru itu, Pemimpin-pemimpin Parti komponen yang ada bercita-cita
untuk menjadi Menteri selepas Pilihanraya yang akan datang, buat lah
kerja untuk mendapatkannya, ini bukan masanya untuk kita menumpang
kehebatan orang lain atau menumpang rezeki yang diusahakan oleh orang
lain. Untuk kita menjadi Pemimpin yang hebat, kita tidak perlu
bergantung harap dengan orang lain, kita mesti mempunyai wisdom agar
rakyat boleh melihat kehebatan kita sebagai peminpin.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

Sunday, April 17, 2011

Yes , BN menang di Sarawak.

Pertama sekali pujian dan tahniah kepada semua Pengundi di Sarawak yang telah membuat keputusan bijak dengan mengekalkan kerajaan Negeri.

Kepada rakyat Sarawak yang begitu mesra dan bekerjasama dengan semua jentera BN, kamu telahj membuktikan budaya samsend yang mahu dibawa oleh pembangkang tidak akan diterima oleh mejoroti rakyat Sarawak.

Begitu banyak fitnah yang telah dilakukan dan kerosakan moral telah menimpa Sarawak semasa 10 hari berkempen. Fitnah dari pihak PKR, janji manis dari Pembangkang dan paling dashat sekali, isu kaum yang dimainkan oleh DAP.

Penceramah DAP rata-rata mendesak rakyat Sarawak kaum Cina agar mengundi mereka untuk memberikan jawatan Ketua Menteri kepada Cina. Pada masa yang sama , PKR telah menjanjikan Baru Bian sebagai Ketua Menteri sekiranya menang.

Cerita diatas merupakan hanya ringkasan kerosakan pemikiran dan budaya yang dibawa oleh pihak Pembangkang ke Sarawak semasa 10 hari, dan saya percaya budaya ini sedikit sebanyak telah mencalarkan isi hati rakyat Sarawak kerana sebelum ini, mereka tidak mengamalkan sifat untuk menunjuk kepada rakan-rakan mereka parti mana yang mereka sokong.

Saya juga tidak lari dengan di fitnah oleh Pembangkang.



Blog Tranganu.kite telah postkan twitter saya kerana menkritik lim kit siang kerana melaporkan jumlah kehadiran penyokong DAP yang hadir pada malam terakhir pembuangan undi.

Jumlah yang jauh lebih tringgi yang dilaporkan oleh Kit Siang. Inilah budaya mereka, mneggunakan apa sahaja media untuk mempengaruhi pengundi dan rakyat tanpa ada batas naluri seorang Manusia.\

Azmin Ali, semenjak dari jam 1pm masa hari pengundian telah melaporkan PR menang di banyak kawasan, dan kemungkinan akan mewujudkan Tsunami di Sarawak. Buat begitu dengan sengaja mahukan mewujudkan panik rakyat Sarawak.

Apa pun , Tahniah sekali lagi kerana Rakyat Sarawak berjaya menolak budaya ini walaupun Orang Cina tetap dengan budaya merka yang mahukan negara ini diperintah oleh kaum Mereka, rakyat Sarawak harus mencari formula bagaimana untuk membawa negeri ini lebih jauh kehadapan.


Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...