Posts

Showing posts from March, 2012

Himpunkan Akar UMBI! Selamat Bersidang.

Image
Menjadi satu tanggunjawab kepada semua ahli UMNO untuk menghadirkan diri untuk Mesyuarat Cawangan yang telah di tetapkan bermula pada 1 April 2012.
Pada tahun lepas, ramai yang menjangkakan itu adalah mesyuarat yang terakhir untuk penggal 2009-2011, nampaknya bermula dari 1 April inilah yang benar-benar mesyuarat terakhir sebelum menamatkan pemilihan penggal akan datang.
Dan mesyuarat kali ini juga merupakan mesyuarat yang terakhir sebelum kita berjumpa dengan tarikh Pilihanraya Umum yang dijangkakan akan berlangsung mungkin pada Jun, September, Disember dan yang terakhir Mac 2013.
Perhimpunan akar umbi di seluruh pelusuk negara mesti kita semarakkan dengan kehadiran seramai mungkin ahli UMNO. Kita juga seharusnya menggalakkan mereka membawa ahli keluarga dan anak-anak untuk bersama dengan mengikuti mesyuarat agar mereka dapat merasakan bahang Pilihanraya yang akan datang.
Gagasa 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri tidak ada yang menguris hati dan sanubari orang Melayu, ianya …

Mana Rakaman CCTV Badrolamin?

Image
Pihak JAIP sehingga hari ini mendiamkan diri terhadap kes Khalwat Badrolamin dengan Isteri orang. Sehingga hari ini kita tidak nampak dimana rakaman CCTV di Hotel Badroamin ditangkap.

Pihak Jabatan Agama pula jangan sesekali melindungi Badrolamin hanya kerana beliau pemimpin PKR. Mereka sepatutnya lebih telus menyiasat Kes high profile seperti ini.

JAIP seharusnya menggunakan kuasa yang ada pada mereka dengan bantuan pihak Polis untuk mendapatkan rakaman CCTV dan juga semua bukti yang boleh menjaga nama baik JAIP.

JAIP telah dituduh oleh Badrolamin bermacam-macam sehingga ianya boleh menjejaskan imej sebuah Badan yang menjaga kesucian agama Islam tetapi malangnya sehingga hari ini, mereka diam dan tidak berbuat apa-apa macam mahu melindungi Badrolmin.

Untung sungguh jadi pemimpin Politk Pembangkang, dijaga dan dilindungi oleh rakan-rakan mereka yang didalam JAIP ? Sehingga hari ini tiada Dakwaan terhadap Badrolamin menunjukkan JAIP bersenkonkol dengan perlakuan sonsang pemimpin PKR.

Teresa Kok (DAP) Diibaratkan letak Kasut pun boleh menan

Image
Semalam di Taman Salak Jaya, Seputeh. Ceramah BONGKAR julung-julung kali telah diadakan. Kali ini Seputeh di kunjungi oleh YB Dato Alwi Che Mat ADUN Kok Lanas merangkap Ketua DUN Pembangkang BN Kelantan.

Puan Nicole Wong juga dijemput sebagai penceramah bagi mewakili BN Seputeh bagi memberi ceramah kepada mejoriti penduduk Cina di sekitar Seputeh.

Kehadiran lebih 1000 masyarakt berbilang kaum di program ini menunjukkan minat yang mendalam kepada BN Seputeh.

Masyarakat Seputeh sudah muak dengan gelagat MP Teresa Kok yang sering kali hilang dan tidak pernah turun kawasan. Beliau sering tidak turun kawasan dengan alasan sibuk di Selangor, tetapi di Selangor pula tidak juga nampak batang hidung beliau dalam membantu masyarakat Selangor.

"Teresa Kok bukan seorang yang pandai, saya tengok Puan Nicole senang-senang boleh kalahkan Teresak, saya kenal Teresakok semasa saya jadi MP dahulu" - Dato Alwi

Teresa Kok sememangnya tidak pernah mahu membalas budi orang-orang Cina yang sudah m…

Kadiaq - Kacang Lupakan Kulit

Image
Semalam YM Dato Tengku Adnan Tengku Mansor menyarankan Kadir untuk melepaskan jawatan sekiranya sudah tidak mahu lagi menjadi Pemimpin UMNO.

Sebelum ini juga saya ada menulis bahawa Kadiaq ibarat duri dalam daging didalam UMNO.

Klik Disini

Hari ini, satu lagi duri yang sekian lama terlekat pada UMNO sudah tercabut, hilangnya duri ini akan menyembuhkan luka dalam yang sering menganggu UMNO untuk terus menuju kemenangan pada PRU akan datang.

Saya cukup hormat kepada Tan Seri Isa Samad, Tan Seri Muhammad Taib dan Tan Seri Rahim Tamby Chick dan  juga pemimpin-pemimpin lama yang masih teguh membela Melayu atas nama UMNO walaupun satu ketika dahulu diketepikan oleh kepimpinan UMNO dalam menjawat jawatan MENTERI.

Ternyata Pemimpin seperti Tan Seri Isa dan Muhammad Taib serta Rahim Tamby Chick mempunya daya juang dan semangat sayang kepada UMNO lebih tinggi sekira nak dibanding dengan Kadiq Sheikh Fadzir.

Setiap Parti mempunyai rahsia untuk menang di Pilihan Raya, cara kerja, cara kempen dan …

Darah Palestin Bukan Untuk Dipermain.

Image
Belum terlambat kalau kita mahu terus menerus memberi peringatan kepada kesilapan yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan sekutu mereka.

Minggu lepas di Parlimen kecoh pasal Anwar membawa kenyataan sokongan beliau kepada Israel yang mana beliau menyalahkan mereka yang tidak faham erti English memutarbelit kenyataan beliau.

Anwar bukan seorang yang penting lagi dalam hal ini, kita sebagai rakyat yang menilai pendapat dan pandangan beliau yang lebih penting untuk memahami tutur kata beliau demi menarik sokongan Israel kepada perjuangan PR.

Darah orang Islam yang mengalir di Bumi Palestin sepatutnya tidak dijadikan modal untuk menarik sokongan bukan islam kepada PR.

Membunuh manusia bukan sahaja dilarang oleh Islam, malah ianya merintasi budaya dan semua agama di dalam Dunia.

Semenjak dari dulu lagi, kerajaan Malaysia tidak mengitiraf kerajaan Israel kerana kekejaman merampas tanah orang Palestind dan membunuh secara terbuka anak-anak kecil dan orang islam di sana, ini terbukti di P…

@khalid_ibrahim Tunggu jawapan Azmin?

Hari ini, Malaysiakini melaporkan kedudukan MB Selangor yang sudah menjadi pengundi hantu di Lembah Pantai.

Jawapan menyalahkan pihak SPR sudah dapat dijangkakan oleh pejabat Menteri Besar.

Sementara kita menunggu jawapan daripada SPR, eloklah MB periksa dulu siapa dalang dalam PKR yang mahu melihat kejatuhan kamu dalam memimpin Negeri Selangor.

Seperti Azizan di Kedah yang ramai musuh, tidak terkecuali Khalid Ibrahim yang bermusuh dengan Azmin dan gang-gang lama dalam PKR.

Azmin sudah merancang lama untuk mengambil jawatan MB dari Khalid tetapi tidak dapat terlaksana kerana Anwar perlukan sokongan beliau dan dengar cerita DAP menyokong penuh Khalid sebagai MB.

Khalid memang terkenal dikalangan DAP kerana memberikan banyak jawatan dalam Negeri Selangor kepada DAP dan tindakan ini diambil kerana mahu mengibangi sokongan ahli PR yang lain dengan kuasa Azmin Ali.

Apapun, kita tunggu apa yang akan dijawab oleh SPR dan orang-orang PKR.

Laporan ditulis dari Phuket, Thailand... Bercuti bers…

Khalid Ibrahim Pengundi Hantu @khalidibrahim

Image
Menarik sungguh permainan PKR demi menentukan kemenangan di PRU yang akan datang.

PKR membuat permindahan beramai-ramai pengundi bagi menentukan kawasan yang mereka menang untuk kekal menang di dalam PRU yang akan datang.

Terbaru, Tan Seri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor tidak lari daripada terlibat dengan proses pemindahan beramai-ramai penyokong tegar PR.




Sebelum ini, Khalid mengundi di Petaling Jaya..

Kad Pengenalan: 461214105273 / 0556617Nama: ABD KHALID BIN IBRAHIMJantina: LELAKILokaliti: 105 / 34 / 05 / 003 - JLN 16/2Daerah Mengundi: 105 / 34 / 05 - SEKSYEN 16DUN: 105 / 34 - BUKIT GASINGParlimen: 105 - PETALING JAYA SELATANNegeri: SELANGOR
Sebarang pertanyaan : spr@spr.gov.my

Tetapi, disebabkan mahu memastikan Nurul Ezah menang di Lembah Pantai, beliau telah meminjam alamat di Universiti Malaya untuk menjadi PENGUNDI HANTU di Lembah Pantai.















Proses permindahan pengundi beramai-ramai ini sudah sekian lama dilakukan oleh PR dan tidak pasti sejauh mana pihak SPR memantau prose…

Dah boleh Bubar @najibrazak

Image
Dikala Pilihanraya ke 13 semakin hampir, banyak permasalahan yang sudah diselesaikan oleh kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak.
Isu SBPA dan NFC diantara isu besar yang akan digunakan untuk menghasut rakyat untuk menolak Barisan Nasional.
SBPA sudah dibatalkan dan imbuhan kepada kakitangan kerajaan telah ditunaikan, sememangnya jalan peneyelesaian sudah lama ditunggu-tunggu oleh penjawat awam selama ini. 
Alhamdulillah, diatas kebijaksanaan Perdana Menteri kita, masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan diterima oleh rakyat keseluruhanya.
Isu NFC pula sudah selesai apabila Dato Seri Sharizat Jalil menyatakan tidak akan menyambung tempoh Senatornya apabila tamat pada bulan April dan secara jelas tidak akan menjadi Menteri didalam Kabinet Dato Seri Najib Razak.
Pandangan saya terhadap isu Kak Jat, 

"kita kene beri semangat kepada kak jat untuk terus memimpin Wanita berhadapan dengan Pembangkang semasa Pilihanraya akan datang, tidak perlu kita menghentam kerana ianya tidak membe…

Sexuality Merdeka Dapat Sambutan

Image
9 hb Mac- Perjuangan Pakatan Rakyat menyokong pemimpin LGBT "Lesbian,Gay,Bisexual dan Transsexual" telah membawakan hasil.

Tanpa masyarakat Malaysia sedar, sokongan pihak ini telah meningkatkan tahap sosial pelajar dan semakin berani untuk melakukan perlakuan Sex Bebas.

Antara yang menyokong LGBT adalah Ambiga.

Mingguan Malaysia mendedahkan di akhbar nya hari ini .....

Ambiga merupakan ketua yang mengepalai Bersih dan di sokong kuat oleh Anwar Ibrahim dan rakan-Rakan PR.

Politik Pembangkang yang mahu mengitiraf pihak-pihak kecil yang memerlukan sokongan politik atas nama kebebasan telah menyebabkan negara terjurumus kepada pengitirafan Sex Sonsang.

Pemimpin PAS tidak menyangkal dan meletakkan apa-apa pendirian didalam hal ini walaupun ianya terang-terang menyalahi agama islam.

PKR pula terus menyokong kerana ada diantara pemimpin mereka yang memang melakukan perkara sonsang ini dan budaya sex suka sama suka tanpa peduli siapa yang mereka bersama sememangnya kehidupan mereka.

@chegubard terus menangis

Image
Semalam di Seri Rampai, Chegubard dan rakan - rakan mengempur Setiawangsa dengan harapan dapat menyebarkan fitnah kepada penduduk setempat.

Dengan bantuan promosi yang sedikit oleh blogger pro UMNO, dapatlah kehadiran tidak sampai 150 orang, kalau tidak mungkin kehadiran hanya 50 orang.

Baca la selanjutnya di Sini

Budaya membawa fitnah ke kampung kampung sudah menjadi darah daging PR.

Semalam sahaja Rafizi telah menfitnah YAB Perdana Menteri BERKENAAN isu pertunangan anak beliau dan sebelum ini banyak lagi fitnah-fitnah yang diterapkan kepada masyarakat malaysia.

Sudah menjadi tangfunjawab kita menolak budaya ditnah ini sekiranya rombonhan ini datang kepada kawasan kamu.

Published with Blogger-droid v2.0.4

@chegubard mengelabah dan takut!

Image
Dengan tajuk "Asal Bukan UMNO"

Setiap Ahli UMNO kalau membiarkan nama ini di hina dan dikutuk secara RASMI, kita layak pertahankan.
Mereka nak buat ceramah apa pun buat, kita tak pernah halang, tetapi sekiranya sudah menggunakan nama UMNO, orang UMNO layak hambat mereka kalau datang di kawasan kamu.
Saya mencabar gunakan slogan ini dan datang Seputeh. Kamu cabar ahli UMNO... adakah salah kita menyahut cabaran kamu ...
Blog yang kurang akal yang takut di ugut ... pangkalnya .. siapa yang cabar UMNO dengan tajuk ceramah kamu ?
Saya pernah juga buat posting yang sama .. atas dasar mereka menggunakan nama UMNO!  disini

Polis tak siasat kes Badrolamin?

Image
Pada 25 hb Feb yang lepas, seorang pemimpin tinggi PKR telah ditangkap oleh jabatan Agama Negeri Pahang kerana berkhakwat dengan Isteri Orang.

Hari ini sudah 12 hari peristiwa yang mengemparkan negara itu berlaku.

Setakat hari ini, tidak ada keyataan rasmi hasil dari siasatan 2 perkara dari 2 agensi kerajaan.

1. Hasil Siasatan dari JAIP. Badrol Amin telah hadir ke mahkamah dan memberi keterangan kepada JAIP?

2. Tindakan dari pihak Polis atas laporan Badrolamin di pukul oleh 20 orang samseng.

Kedua-dua agensi kerajaan ini seharusnya bertindak lebih proaktif kerana ini melibatkan Pemimpin parti Pembangkang.

Pembangkang sering menuduh POLIS bertindak LEMBAB diatas sesuatu siasatan.

Oleh itu, pihak POLIS sepatutnya bertindak cepat dan pantas menahan 20 orang yang memukul Badrolamin.


"Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang…

Keputusan KDN vs The Star

Image
Kenyataan Rasmi.

Susulan dari desakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh berkenaan isu akhbar The Star menyiarkan gambar Erykah Badu bertatukan Kalimah Allah.

Sudah genap seminggu kesalahan ini dilakukan dan saya diberitahu surat tunjuk sebab sepatutnya sudah diberi kepada KDN dan menunggu apakah langkah seterusnya.

Ramai pihak tidak berpuas hati sekiranya KDN hanya memberi amaran dan meminta kepada Akhbar The Star memohon maaf.

Ini kerana kesalahan melibatkan penghinaan ke atas Agama Islam sudah dilakukan 2 kali dalam jangka masa 6 bulan dan 3 kali dalam jangka masa 1 tahun.

Harunssani dan Dr Juandah dan juga NGO lain juga tidak mahu tindakan sekadar "permohonan maaf" daripada The Star.

Di sini Pemuda Seputeh ingin meningatkan sekali lagi desakan yang kami buat tempoh hari kepada KDN agar mengantung sekurang-kurangnya akhbar The Star selama 1 tahun.

Akhbar The Star mesti di ajar bagaimana untuk menjaga kesucian agama, bukan sahaja agama Islam tetapi kene jaga semua agama lain.

K…

Servis Motor Percuma Pemuda Seputeh.

Image
Program Jom Service motor percuma Pemuda UMNO Bahagian Seputeh bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat UMNO Bahagian Seputeh.

Diadakan pada  4 mac 2012 Masa dari 9am - 4pm Perasmi.

Program ini telah dirasmikan Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusof, Ketua Bahagian UMNO Seputeh.

Program ini telah dihehadiri seramai  400 Buah motor yang datang dati sekitar kawasan Seputeh.

Program ini bertujuan untuk merapatkan orang muda bersama dengan kepimpinan BN Seputeh.




Dalam ucapan perasmian oleh Datuk Mustapa beliau mengajak semua anak muda untuk mengelakkan gejala kurang sihat, jangan terlibat dengan lumba haram.

Beliau mencadangkan agar Satu perlumbaan di tengah-tengah bandar kuala lumpur diadakan untuk menarik minat anak muda daripada terlibat dengan sukan bermotor.

Sdr Mohd Razlan yakin Orang muda hari ini sudah  dekat dengan Barisan Nasional. Slogan BN Pilihan Orang Muda sudah menampakan impak dan ini kita dapat lihat kehadiran hari ini.

"YB Teresakok tidak peduli orang muda di Parlimen Sepute…

Kelahiran Tahfiz Al Abrar

Image
Hari ini sungguh bertuah rasanya kerana usaha untuk menubuhkan sekolah maahat tahfiz di kawasan Seputeh telab menjadi kenyataan.

Seramai 14 pelajar pertama diambil untuk mengikuti klas tahfiz.

Terima kasih kepada semua yang berusaha dan kepada semua yang telah memberi sumbangan bagi memastikan sekolah tahfiz

Published with Blogger-droid v2.0.4