Posts

Showing posts from November, 2006

Modal insan – mewujudkan masyarakat ulu-albab.

Oleh Md Razlan

Alhamdulillah, Tahniah kepada Wilayah persekutuan dan Bahagian seputeh khususnya yang telah membawa usul untuk mewujudkan Sekolah Tahfiz sains.

Selari dengan dasar parti untuk mewujudkan masyarakat Ulu Al-bab, ini diterjemahkan dengan tindakan. Kami di wilayah persekutuan telah lama memikirkan bagaimana untuk memupuk masyarakat yang berupaya untuk berfikir dan mengalisa dengan ungul.

Sekolah takfiz sain adalah jalan untuk mewujudkan masyarakat yang maju di dunia dan akhirat. Kita perlu melahirkan anak-anak melayu yang tahfiz alquran dan selari dengan akedemik.

Mengikut kajian, mereka yang hafal Al-Quran lebih cerdik dan pandai kerana kedua-dua otak mereka berfungsi.

Diharap untuk mewujudkan Sekolah Menengah Agama Wilayah(Tahfiz Sains) akan menjadi kenyataan di dalam masa terdekat ini.

Insyallah ….

30%, bolehkah menjadi kenyataan ...

Oleh Md Razlan

Hari pertama perhimpunan agong kali ini menyaksikan sayap-sayap membawa usul-usul yang telah di bahaskan di Bahagian-bahagian.

Agenda perjuangan melayu tetap menjadi topik utama di dalam perbahasan usul, kepentingan-kepentingan anak melayu dari segi sosial dan ekonomi tetap di bahaskan bagi membentuk Melayu yang Unggul dan cemerlang.

Jika diterjemahkan dengan perlaksanaan serta pengawasan yang betul, saya percaya, matlamat yang kita impikan untuk ekonomi orang melayu akan menjadi kenyataan.

Untuk CEO-CEO GLC yang tidak bersemangat kemelayuan, sudah masanya mengisafi dan perlu balik kepada asal dari mana mereka datang. Budaya koperat yang dibawa dari negara-negara luar perlu diselitkan dengan semangat kemelayuan. Kami berharap anda semua dapat menterjemahkan perjuangan ini dari segi perlaksanaan, demi membantu anak-anak dan cucu-cucu melayu.

Ini bukan sahaja kepada kebajikan atau bantuan semata-mata, tindakan ini mestilah selaras dengan perlaksanaan.

Konsep Ali baba yang berlu…

Usul, perbahasan dan perlaksanaan .....

Oleh. Md Razlan

Selamat Bersidang dan selamat berbahas kepada semua ketua-ketua, timbalan-timbalan dan naib-naib serta para perwakilan. Semoga pada tahun ini akan membuahkan hasil yang baik untuk kita terus meneraju Negara Malaysia yang kita cintai ini.

Gamat atau tidak dewan perbahasan pada kali ini, marila kita saksikan bersama-sama, isu-isu Tun dan Pak lah di jangka akan hebat diperkatakan, tetapi janganlah sampai memburukkan pemimpin kita.

Tahun lepas Kak Rafidah lepas siksa apabila menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh para perwakilan, dan tahun ini akak kene jugalah menyediakan jawapan-jawapan untuk persolan yang akan di bangkitkan, terutama isu AP, saya jangkakan akan ada perwakilan membangkitkan isu ini.

Saudara Khairy, tahniah pada tahun lepas, tetapi tidak tahu tahun ini, dengar di bawah sibuk untuk membawa isu-isu saudara, tapi ini semua isu yang mudah,, yang penting agenda melayu dan juga agenda negara perlu diutamakan.

Para perwakilan, jangan dok syok dengan gosip politik …

Isu Pembelajaran dalam bahasa.

Oleh Md Razlan

Isu ini dibangkitkan lagi, dibangkit kerana anak melayu terpingir di dalam pembelajaran. Semua ini telah di duga dan pihak kerajaan yang lepas tetap dengan kaedah mereka.

Kepentingan orang melayu dari segi pelajaran dan bahasa telah banyak di rebek oleh mereka-mereka yang terlupa dan alpa tentang kepentingan orang melayu. Menteri-menteri yang bertanggungjawab mungkin terlalu agresif untuk membuat perubahan hingga terlupa faktor-faktor asas.

Graduan-graduan melayu yang dilahirkan oleh Universiti-universiti tempatan dan luar bukanlah tidak berdaya saing, bahkan sebelum ini, tidak ada index yang mengatakan graduan kita terpingir kerana gagal di dalam penguasaan bahasa ingris. Mereka tidak mendapat kerja kerana peluang kerja tidak ada, peluang kerja yang di monopoli pihak swasta adalah di kuasai oleh bangsa lain. Sudah pasti peluang yang ada di agihkan kepada bangsa mereka sendiri.

Saya selalu bekerja dengan bangsa-bangsa lain, yang mana daya pemikiran mereka jauh lebih rendah …

Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan (WP)

Oleh MD. Razlan

5 Nov 2006, PWTC - Konvensyen UMNO semalam telah meluluskan 76 resolusi yang perlu dipikirkan oleh pihak Majlis Tertinggi bagi mengatasi masalah-masalah yang terdapat di Wilayah Persekutuan.

Konvensyen ini terbahagi kepada 4 bengkel iaitu, Ekonomi, Pendidikan, Agama Dan Sosial. Tahniah untuk semua pejuang-pejuang UMNO WP kerana berjaya meluahkan pendapat dan idea-idea bagi menjayakan konvensyen ini.

Adalah menjadi tanggungjawab bagi pihak MT untuk meneliti dan memahami kesemua resolusi ini dan di olahkan dengan perlaksanaan bagi mengatasi masalah yang terdapat di Wilayah. Alhamdullilah Dato Sri Najib telah memberikan jaminan, " walaupun berapa banyak resolusi yang diberi, kami di pihak MT akan memberi jaminan, akan mengkaji"

Antara resolusi yang telah diluluskan adalah mewujudkan Sekolan Agama Tahfiz Sains Di Wilayah Persekutuan, Meletakkan JAWI di bawah Kementerian WP, Mengadakan tempat perniagaan ala Bintang Walk di sekitar Sogo dan Jalan Tunku Abd Rahman.

Saya…