Oleh MD. Razlan
5 Nov 2006, PWTC - Konvensyen UMNO semalam telah meluluskan 76 resolusi yang perlu dipikirkan oleh pihak Majlis Tertinggi bagi mengatasi masalah-masalah yang terdapat di Wilayah Persekutuan.
Konvensyen ini terbahagi kepada 4 bengkel iaitu, Ekonomi, Pendidikan, Agama Dan Sosial. Tahniah untuk semua pejuang-pejuang UMNO WP kerana berjaya meluahkan pendapat dan idea-idea bagi menjayakan konvensyen ini.
Adalah menjadi tanggungjawab bagi pihak MT untuk meneliti dan memahami kesemua resolusi ini dan di olahkan dengan perlaksanaan bagi mengatasi masalah yang terdapat di Wilayah. Alhamdullilah Dato Sri Najib telah memberikan jaminan, " walaupun berapa banyak resolusi yang diberi, kami di pihak MT akan memberi jaminan, akan mengkaji"
Antara resolusi yang telah diluluskan adalah mewujudkan Sekolan Agama Tahfiz Sains Di Wilayah Persekutuan, Meletakkan JAWI di bawah Kementerian WP, Mengadakan tempat perniagaan ala Bintang Walk di sekitar Sogo dan Jalan Tunku Abd Rahman.
Saya inigin meminjam kata-kata seorang ahli bengkel yang mana mengatakan, "Kami datang umpama pesakit, dan yang di atas seperti doktor, doktor pakar, jesteru itu, saya berharap Doktor dengarlah kata pesakit, kalau nak jadi Doktor Pakar, kene dengar dan tahu masalah peskit, baru laa boleh jadi Doktor Pakar"....
Masalah yang begitu banyak di utarakan diharap dapat di olah dengan baik oleh MT, masalah dasar kerajaan yang telah di ubah tanpa memikirkan kepentingan orang melayu perlu diperbaiki. Seperti masalah Meritokrasi dan masalah pendidikan anak-anak melayu yang kita berkongsi dengan bangsa-bangsa lain, yang mana, sebelum ini tidak ada desakkan oleh kaum lain, ini di adakan hanya ingin mendapat nama dan dipikirkan logik untuk meningkatkan kewibawaan anak-anak melayu, tetapi, sedarkah apabila mereka ini membuka kepada anak bangsa lain, mereka telah mensia-siakan anak bangsa mereka sendiri.
UMNO memerlukan pemimpin yang paham dan sedar akan perjuangan UMNO dan juga dasar-dasar yang dibuat dulu demi memelihara kepentingan orang Melayu. Janganlah orang Baru di dalam UMNO hanya memikirkan untuk membuat perubahan tanpa mengambil kira kenapa dan mengapa dasar itu dibuat.
MARA perlu memikirkan kenapa dan mengapa diwujudkan, UDA perlu balik kepada pangkal jalan, GLC perlu memikirkan bagaimana membantu anak-anak melayu mempunyai keupayaan untuk bersaing di dunia Global, jangan hanya memikirkan keuntungan, tanpa memikirkan dari mana asal usul kewujudanya.
Dengan harapan yang tinggi, resolusi ini akan dapat di kaji dan dilaksanakan demi untuk melihat anak bangsa terus releven di negara sendiri, jangan sampai Melayu di berikan Second Class citizen di negara sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling k...
-
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Keputusan Kerajaan selangor untuk mengekalkan Elizibert sebagai Exco Pelancongan dan kekal sebagai ADUN merupakan satu tindakan cakap tak se...
2 comments:
adakah kelab2 malam di sekitar kl.memabukkaan anak melayu dengan arak.itulah usaha pemuda umno utk rosakkan anak melayu. hidup umno mampus melayu.hidup umno anak melayu rosak,kaki arak dan kaki judi
Pelik dan kurang paham dengan soalan saudara, cuma orang islam mesti paham erti dewasa, baligh...
wasalam
Post a Comment