Posts

Showing posts from January, 2012

Bantuan BR1M Parlimen Seputeh siri 1

Image
Pagi ini seramai 500 keluarga yang layak menerima bantuan BR1M bagi kawasan Parlimen Seputeh.
Bantuan ini akan berjalan 2 hari bermula hari ini dan sejumlah 1737 keluarga yang mendapat bantuan rakyat 1 Malaysia.
Bantuan prihatin kerajaan Barisan Nasional.
Semoga ianya dapat meringankan beban..
Published with Blogger-droid v2.0.2

Sudah penat jadi YB!

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Hari ini Haji Hadi Awang menyatakan beliau sudah rasa lama didalam dunia politik dan mahu berundur dari menjadi Wakil Rakyat, jawatan yang beliau sandang dari tahun lebih 30 tahun.

Penguduran ini telah menimbulkan banyak spekulasi dan yang paling utama, beliau sebagai Jeneral PAS dilihat tidak senang dengan beberapa keputusan Pucuk Pimpinan PAS dalam mengubah dasar perjuangan PAS.

Walaupun beliau seorang Presiden Parti yang dipilih tetapi jelas dilihat Musridul AM lebih boleh menentukan keputusan parti, dan yang lain boleh ikut telunjuk beliau.

PRU yang ke 13 sudah sangat hampir, dan mengikut pada ketika ini, segala spekulasi yang tidak berpihak kepada parti sepatutnya tidak di reka atau boleh disimpan sahaja niat walaupun mahu berhenti, inikan lagi kenyataan ini datangnya dari Presiden. Kenyataan ini boleh digambarkan seperti mengaku kalah sebelum berperang.

Apapun semua kene hormat keputusan Hadi Awang, 30 tahun memegang satu jawatan yang menuntu…

Lawatan YAB TPM ke WP!

Image
Hari ini dari sembahyang jumaat sehingga lewat petang YAB Tan Seri Muhyddin Yassin mengahiskan masa untuk melawat ke dua bahagian di Wilayah Persekutuan.

YAB Tan Sri bersembahyang jumaat di Surau Putra Al -Almin di Presint 8 dan selepas itu beliau menghabiskan masa makan tengahari bersama jemaah surau dan menduduk Presint. Turut hadir bersama dengan rombongan ini adalah YB Dato Seri Ismail Sabery, YB Dato Raja Nong Chick dan YB Dato Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ketua-ketua Bahagian yang turut hadir adalah Dato Wira Syed Ali, Datuk Mustapa Kamal, Datuk Johari Ghani dan Datuk Shafie, sebelah petang pula Datuk Azim pun turut serta.

Didalam lawatan ini YAB TPM telah melawat bilik gerakan BN Putrajaya dan juga ke bilik Gerakan BN Lembah Pantai.

Anak Tantawi! jangan malukan nama Ayah Kamu!

Image
Alhamdulillah,

Hari ini rakyat Malaysia semakin sedar dimana satu kaca dan dimana satu berlian, rakyat Malaysia juga sudah mula menilai setiap berita yang diterima dari Internet tidak semestinya benar belaka.

Terbaru dalam isu yang di hebohkan oleh media Australia terhadap percutian Dato Seri Najib dan keluarga beliau yang dikatakan bershoping sakan telah menunjukkan dengan terang fitnah yang khususnya dibuat terhadap keluarga Perdana Menteri dengan niat yang amat busuk.

Ketua Pemuda PAS Nasaruddin Hassan Tantawi turut menggunakan berita firtnah ini untuk menuduh Datin Seri Rosmah dengan niat mahu memburukan keluarga Perdana Menteri.

Seorang yang digelar Ustaz dan sering berserban dan bercerita tentang sesuatu yang tidak pasti di dalam Twitter, adakah ini yang kita perlukan didalam masyarakat kita?

Ayuh kita hambat Chegubard!

Assalamualaikum,

Satu gerakkan yang terang-terang menghina nama organisasi UMNO dinamakan Asal Bukan UMNO yang dibawa oleh Chegubard merupakan satu tindakan provokasi dan juga menghina seluruh ahli-ahli UMNO.

Kita berpolitik ada landasan untuk menghormati lawan, apa sahaja tajuk ceramah dan juga program yang kita lakukan mempunyai landasan yang perlu saling menghormati, tajuk yang mempunyai provokasi seperti ini harus kita lawan dengan kekerasan. Apabila mereka menawarkan cara yang kurang ajar, takan kita boleh melihat dan berdiam diri.

Sudah masanya kita mengajar mereka yang mahu kurang ajar dengan UMNO, sudah masanya sekiranya ada program seperti ini di kawasan anda, sebagai pejuang dan ahli UMNO, tidak salah untuk kita berdepan dengan orang-orang ini.  Selagi mereka tidak mengugurkan Tajuk ABU, kita berhak untuk pertahankan maruah kita sebagai ahli UMNO.

Najib Gegar Wilayah Persekutuan!

Image
Hari ini, Dato Seri Najib telah meluangkan masa melawat Wilayah Persekutuan dan berkunjung di beberapa parlimen. Semenjak menjadi Perdana Menteri, PM ini sering kali turun ke Lembah Klang menjenguk warga kota, sebelum ini beliau telah turun ke Jalan Tuanku Abd Rahman dan walaupiun tidak menghebohkan kehadiran beliau, ramai rakyat kota mengambil kesempatan bersalam dengan PM kita.

Pada awal pagi PM kita telah melawat Pasar Basah Teratari Mewah, PM kita telah menghabiskan masa sekitar 15 min bersalaman dengan semua peniaga di pasar itu.
Selepas sahaja habis di sana, PM kita telah bersarapan pagi di Kampung Puah Lembah. Kampung Puah Lembah yang wujud sejak 50 tahun lalu antara perkampungan yang masih mengekalkan adat, budaya dan tradisi Melayu meskipun berada di tengah kota raya yang pesat membangun.

Di sini, PM kita berkata "Jadi tak usah panjang cerita, saya minta Datuk Raja Nong Chik dan Datuk Bandar Kuala Lumpur (Tan Sri Ahmad Fuad Ismail) bersama UKAS (Unit Kerjasama Awam Swas…

Ahli PAS boleh simpan Kopiah.

Image
"PAS ber Kopiah hanya untuk bertarbiah di kedai kopi"
Pertamanya saya nak ucapkan tahniah kepada Khalid Ibrahim kerana telah melantik diri beliau memegang portfolio agama bagi negeri Selangor.

Dan tahniah juga kepada Dr Ahmad Yunus kerana mengantikan tempat Dr Hassan ali walaupun bukan dari parti PAS.

Ucapan tahniah juga kepada Dr Abdul Rani kerana sanggup berkorban memberikan jawatan dan kuota PAS yang dipegang oleh PAS kepada parti Keadilan.

Inilah semangat kerjasama yang erat yang ditunjukkan oleh pimpinan PR dalam menentukan cita-cita mereka ke Putrajaya.

Pimpinan PAS sememangnya tidak layak untuk memegang jawatan tinggi sebagai exco, khuatir akan mendatangkan isu kepada DAP dan orang cina.

Perubahan dasar daripada perjuangkan islam kepada kebajikan telah dilihat jelas apabila PAS sanggup berkebajikan jawatan dalam parti PR.

Pemimpin PAS mesti memahami erti kata Berkebajikan, berkebajikan dulu tentang jawatan, berkebajikan tentang agama, jesteru jawatan tidak perlu dal…

Kadiaq - Jangan jadi duri dalam daging!

Image
"Jadilah seorang yang berprinsip dan berpegang pada Pejuangan, perkuatkan parti bukan melemahkan parti"
Kadir Shiekh Fadil merupakan bekas menteri dalam kerajaan BN pada satu ketika dulu.

Dalam kenyataan beliau, UMNO telah mengamalkan siatem beli undi yang dinamakan BOM.

Beliau juga menyatakan di Australia dan di Amerika pertukaran kerajaan adalah perkara biasa.

Saya nak ingatkan kepada beliau agar jangan jadi duri dalam daging dalam UMNO. Saya nasihatkan beliau untuk cermin diri dan jangan mencemuh UMNO yang sekian lama kamu dokongi sebagai pejuang UMNO.

Jangan ingat kita tak tahu apa perancangan Amanah diwujudkan dan kenapa kamu mengambil pemimpin BN yang pencen untuk duduk dalam ngo anda.

Kalau saya yang kurang pengalaman dalam UMNO pun boleh bezakan apa akibat tukar kerajaan sekiranya nak dibandingkan dengan Austtalia ataupun US mana nak letak muka kamu sebagai so call pejuang UMNO.

Sudahlah, kalau kita sudah tidak mahu bersama dengan perjuangan Dato Seri Najib, kamu i…

Apa kaitan JK Dengan AI?

Assalamualaikum,

JK adalah nama panggilan kepada mantan Presiden Indonesia iaitu Jusuh Kala. Minggu ini beliau berada di Malaysia, berkemungkinan mahu membuat lawatan melancung dan juga siar-siar berjumpa dengan rakan-rakannya.

Anwar Ibrahim pula merupakan mantan Timbalan Perdana Menteri yang menangih kuasa dari semua peringkat masyarakat, luar negara mahupun dalam negara. Beliau juga sering ke Indonesia berjumpa dengan rakan-rakan beliau dan juga berjumpa dengan para pelajar Indinesia, tujuannya tidak lain tidak bukan hanya mahu menangih sokongan dan memburukan kerajaan Malaysia.

Kedua-dua mereka merupakan mantan yang pernah memegang kuasa. Agenda untuk meneruskan legasi memimpin negara masing-masing sekarang giat di rancang.

Perjumpaan demi perjumpaan diantara kedua-dua pihak ini berjalan secara senyap dan tersembunyi, dan yang terbaru semalam di Hotel 6 Star di KLCC.

Mereka berjumpa dengan bersaksikan 6 orang pegawai, 3 bagi pihak Anwar dan 3 lagi pagi pihak JK, berbincang selama 1…

MCA 63 Tahun bulan depan.

Image
MCA sudah bersedia untuk berhadapan dengan DAP.
Ikuti the star hari ini..
Published with Blogger-droid v2.0.2

Sharizat bercuti dari jawatan menteri.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan dari bernama, Datuk Seri Sharizat menyatakan beliau telah menghantar surat cuti dari tugasan sebagai Menteri.

Tindakan ini diambil atas rasa tanggunjawab bagi memudahkan SPRM menyiasat kes NFC yang melibatkan keluarga belia.

Bagi saya ia merupakan satu tindakan yang baik dab penuh tanggunjawab.

Semoga semua permasalahan didalam kes ini dapat diseleaaikan dengan membersihkan nama beliau dan keluarga beliau.

http://www.bernama.com/bernama/v6/newsindex.php?id=639660

Published with Blogger-droid v2.0.2

Halalkan Sex Bebas!

Image
"Seksualiti MERDEKA! Biarkan kami melakukan Sex, selagi ianya suka sama suka"  - mungkin itu yang berada dalam pemikiran orang ini!
Negara kita ada macam-macam, macam-macam perkara yang dianggap pelik dulu tetapi hari ini sudah tidak menjadi pelik.

Dulu kalau kita berbicara tentang sex diruangan terbuka, kita akan jadi malu-malu kerana ianya merupakan suatu perkara yang malu di dalam budaya kita. Lagi-lagi apabila anak-anak kita ada, sudah tentu kita akan menyuruh mereka jauh dari kita sebelum kita memulakan bicara dewasa kita.

Hari ini, perkara pelik ini sudah tidak jadi pelik di dalam ruangan akhbar dan laman-laman web, malah Majlis Peguam dan NGO yang mahu membawa urusan Sex ini adalah urusan orang dewasa dan sekiranya dijalankan secara suka sama suka, ianya tidak patut dibawa ke mahmakah.

Yang lagi pelik adalah, budaya sex yang diperjuangkan bukan sahaja melibatkan mereka yang berlainan jantina, malah sesama jantina juga boleh melakukan sex sekirannya mereka suka sama s…

Blogger hampir temu Ajal!

Diberitahu sebentar tadi rakan-rakan blogger yang membuat liputan langsung di lapangan berada tidak sampai beberapa kaki dari tempat bom diletupkan.

Pejuang-pejuang ini berada di lapangan untuk memberikan laporan secara langsung keadaan sebenar apa yang berlaku di  Mahkamah sebentar tadi.

Ternyata provokasi melampau digunakan untuk memprovok pihak polis untuk melakukan keganasan kepada mereka. Belum cukup dengan itu, pihak pembangkang menggunakan BOM untuk memastikan Anwar dapat dilarikan sekiranya belidapat bersalah.

Terima kasih kepada para pejuang yang media maya yang tidak gentir dan takut untuk berjuang walaupun nyawa dipertaruhkan...

kepada pejuang-pejuang siber yang berada di lapangan, saya ucapkan ribuan terima kasih dan masyarakat siber seharusnya berterima kasih kepada anda kerana perjuangan dan pengorbanan kamu...

terima kasih semua ....



PR Meludah ke langit!

Image
Assalamualaikum,
Hari ini PR ternyata sudah meludah ke langit, sebelum keputusan kes Anwar Ibrahim diumukan para pemimpin mereka menuduh bahawasnya Kerajaan BN membuat konspirasi untuk menjatuhkan dan menyabitkan kesalahan kepada pemimpin mereka.
Ternyata segala fitnah dan maki hamun yang mereka lemparkan di jelajah di serata negara termasuk di Indonesia dan juga di depan para diplomat adalah bohong belaka! Takut pada banyang-banyang sendiri.
Ikuti Ulasan saya di Kulaan Niring

Anti Anwar kene belasah!

Image
Pihak Polis menjaga keselamatan semua pihak, bukan sahaja penyokong anti Anwar.



Penyokong Anti Anwar yang berkumpul secara aman di hadapan Masjid Wilayah telah di pukul oleh penyokong-penyokong samseng PR.


Inilah perangai sebenar sekiranya mereka memerintah negara.. pikit-pikirkan lah ..

Ikuti cerita penuh di 1Peluru


Mahkamah tidak adil !

Image
Video ini memberi gambaran bahawa Penyokong PR sudah menuduh Kerajaan BN Konspirasi dan tidak menjalankan sistem Kehakiman yang tidak adil.
Kita lihat sendiri sahajalah bagaiman mereka begitu fanatik kepada ketua tanpa memikirkan kerosakan budaya dan sosial kepada rakyat seluruh negara.
Ada banyak lagi Video-video sebagai bukti menunjukkan yang mana Pembangkang tidak mempedulikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. 
Kita doakanlah segala yang mereka lakukan dan segala tuduhan yang mereka lakukan kepada Kerajaan BN dibawah kepimpinan Dato Seri Najib dibalas dengan balasan yang setimpal
Mahkamah Malaysia Amat Adil dan Saksama tidak kira siapa yang mereka adili!

Anwar Tidak Disabit Kesalahan.

Image
Mahkamah telah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim tidak disabitkan kesalahan disebabkan bukti yang tidak kukuh dan tidak boleh bergantung dengan hanya bukti DNA.
Apa pun sistem kehakiman kita tetap telus daripada cengkaman dari pihak kerajaan seperti yang di tuduh oleh Pembangkang.
Suka saya menasihatkan kepada Azmin Ali, dan semua pimpinan PR, jangan kita sesekali memusnahkan sistem kehakiman demi untuk kepentingan diri sendiri, kerajaan BN sudah menjaga istitusi ini sebaik mungkin demi keadilaan kepada Rakyat sebagai jalan akhir mencari pengadilan yang saksama

Kakak dan Adik-adik ini jangan sesekali terpengaruh dengan hasutan bahawa negara Malaysia dan Kerajaan BN tidak Adil didalam menentukan hak kehakiman Rakyat.

Wasalam.

Allah Selamatkan Malaysia!

Image
"Semoga kita tinggalkan bumi Malaysia yang aman kepada adik-adik ini"
Assalamualaikum,
Menjelang 9 Januari 2012, Negara Malaysia akan mencatat sejarah awal dalam buku soretan tahun 2012. Sudah pastinya di akhir tahun nanti akan tercatat peristiwa yang perlu diingati, buruk baik coretan sejarah ini akan ditentukan tidak sampai 24jam dari artikel ini ditulis.
Seperti apa yang terjadi pada perhimpunan Bersih sebelum ini, media internet akan dijadikan medium untuk memberikan laporan secara langsung daripada mereka yang berada ada di lapangan tempat kejadian.
"Lakonan Semasa Bersih 2.0"
Semasa demo Bersih 2.0, rakyat sudah tahu bagaimana mereka memainkan provokasi melampau dimana laporan lakonan Suhardi yang kononya mati semasa mengikuti perhimpunan Bersih 2.0. dengan niat mahu membawa lebih ramai penyokong untuk memberi sokongan kepada perhimpunan ini.
Semalam, pihak polis sudah memberi kebenaran untuk Azmin Ali dan rakan-rakan mereka berkumpul di tempat parkir keret…

Diplomat mesti hormat kerajaan Malaysia.

Image
Sinar Harian 5 Januari.

KENYATAAN MEDIA

Perjumpaan Anwar Ibrahim bersama dengan Diplomat Asing

Assalamualaikum,

Berkenaan dengan isu Kes Liwat yang di kenakan terhadap Anwar Ibrahim dan tindakan beliau untuk mengumpulkan penyokong beliau pada 9 Januari 2012, dan juga perjumpaan dengan para diplomat asing yang akan dibuat dalam masa terdekat ini, Pemuda UMNO Bahagian Seputeh suka memberi kenyataan seperti dibawah.

Malaysia merupakan sebuah Demokrasi. Sebagai sebuah negara yang berdaulat, kita tidak menghalang para diplomat untuk berjumpa dengan siapa sahaja dan menghormati pandangan dan pendirian para diplomat.

Jemputan Para Diplomat yang dibuat oleh Pemimpin Pembangkang yang mana kes beliau sedang di adili oleh mahkamah merupakan satu jemputan peribadi dan tidak ada kene mengena dengan Hal Ehwal Kerajaan mahupun Pembangkang.

Saya percaya pihak kerajaan tidak akan menghalang para diplomat untuk pergi menghadiri dan mendengar apa yang mahu di ucapkan oleh Anwar Ibrahim, tetapi saya men…

Suruhanjaya sudah adil

Image
Kerajaan BN senantiasa memperbahurui dasar kerajaan kerana mahu menberikan tang terbaik untuk rakyat.

Kerajaan telah memilih untuk melwtakkan badan yang berkecuali didalam Suruhanjaya yang mana badan ini akan bebas membuat keputusan tanpa dioengaruhi oleh mana-mana pihak.

Pada awalnya, ramau juga pemimpin politik yang membantah kerana khuatir badan ini akab digunakan oleh anasir luar boleh dipantau oleh pihak kerajaan. Tetapi atas dasar mahu memberikan ketelusan kepada rakyat, kerajaan BN mengambil langkah ini walaupun berisiko.

Ternyata apa yang berkaku hari ini, melihat gerakan pembangkang yang mahu menjadikan mahkamah di atas jalan lebih cenderung kerana mereka mempubyai agenga untuk memerintah walaupun berperang dengan rakyat sendiri.

Sesiapapun tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku pada 9 Januari nanti, tetapi yang pastinya mereka sudah merancang untuk menurunkan seberapa ramai penyokong mereka dengan satu agebda iaitu memporakperandakan negara.

Tujuan mereka adalah untuk …