Tuesday, December 05, 2006

Seputeh menbuahkan hasil ...




Oleh Md Razlan.

Telah 2 1/2 tahun Datuk Hisham Abd Majid menjadi Ketua Bahagian, kini telah menampakkan hasil. Rancangan-rancangan yang diketengahkan dari program "Anak kita harta kita" telah membuahkan hasil.

Anak Kita Harta Kita adalah satu kaedah untuk mengumpul maklumat ahli UMNO Seputeh. Maklumat ini akan digunakan bagi rancangan-rancangan pendidikan, ekonomi dan juga agama.

Tahun ini Seputeh telah berjaya menghantar 2 anak melayu ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran. Mesir dipilih kerana objektif untuk melahirkan generasi Ulul-Albab, generasi yang berpengetahuan luas di bidang agama dan akedemik. Alahamdullillah di dalam jangka masa 4-5 tahun seputeh akan dapat melahirkan anak melayu yang kita impikan, insyalallah.

Dengan anak kita harta kita juga sektor ekonomi telah di majukan, Koperasi Mega Seputeh di wujudkan bagi mennyalurkan peluang-peluang perniagaan kepada warga Seputeh. Penternakkan, pembungkusan kerepek dan perniagaan mee kuning telah berjaya di adakan, hanya tunggu masa untuk di beri kepada bakal-bakal usahawan di Seputeh.

Koperasi juga membuat perjanjian pendidikan dengan KPTM dan Politech MARA bagi mencari anak-anak melayu di Bahagian Seputeh yang ingin melanjutkan pelajaran, nilai tambah yang diberikan kepada mereka untuk memasuki IPTS melalui pihak koperasi adalah memberi jaminan pinjaman dan juga wang saku. IPTS ini dipilih adalah kerana kualitinya.

Tindakkan dan buah pikiran Ketua Bahagian Seputeh untuk membela anak-anak melayu di dalam bidang pendidikan perlu kita sokong dan diusahakan. Bukan senang untuk kita memperjuangkan anak-anak bangsa kita di dalam arena politik sekarang, bukan senang kita menghakis kata-kata yang tidak senang didengar dari pihak-pihak yang berkepentingan di dalam polotik, semua yang dibuat ada sahaja salahnya, tetapi dengan pergerakkan yang sedikit ini, hasilnya telah nampak.

UMNO di Bahagian-Bahagian lain perlu ada pelan rancangan dan tindakkan bagi memajukan anak bangsa, jika kita boleh bergambarajah semasa berkempen, tidak betullah jika kita tidak membuat pelan untuk melaksanakan tanggunjuwab yang di amanahkan kepada kita. Bak kata Dato Seri Najib "Tindakan tidak mempunyai rancangan adalah sia-sia, dan rancangan tidak ada tindakan pun sia-sia", Seputeh telah ada pelan Rancangannya, dan sekarang telah masuk kepada fasa tindakkan, dan sudah nampakpun hasilnya.

Syabas ....

Pembekal Bahan Binaan Melayu di Cari ...


Oleh Md. Razlan

Masalah Pembekal-pembekal bahan binaan yang di monopoli oleh bangsa lain telah dibangkitkan di dalam Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. Syabas Orang Muda Melaka. Tindakkan ini diambil kerana sebanyak 60% daripada budget projek adalah bahan mentah.

Dengan desakkan itu, satu penggumuman telah dibuat oleh Dato' Seri Khaled Nordin bagi mencari Pembekal melayu tulen yang boleh membekal bahan-bahan binaan kepada kontraktor-kontraktor melayu. Ini akan memastikan keuntungan di pihak bumiputra sepenuhnya.

Penulis ada menulis untuk kita mencari dan mewujudkan perniaga melayu tahap pembekal. Pembekal Komputer, Pembekal Bahan Binaan dan sebagainya. Ini semua tidak mustahil di buat dan bipupuk.

Dunia telah pergi ke globalisasi, dunia tanpa sempadan, semua urusniaga berdasarkan kepada kuantiti. Kuantiti lah yang kita ada, Kerajaan mempunyai budget untuk membeli dengan kuantiti yang banyak, jika di bidang Komputer, Kuantiti melambangkan kuasa, ianya boleh di gunakan untuk mewujudkan Pembekal-pembekal Melayu bagi perkakasan komputer internasional seperti HP, DELL, ACER dan lain-lain.

Mewujudkan Perniaga Melayu tahap Pembekal bukanlah mustahil pada masa ini, dahulu mungkin, kerana semuanya bergantung kepada pengilang dan pembuat yang manaya dimonopoli oleh bangsa lain dan taktik yang digunakan juga ke arah itu.

Diharap UMNO dapat mendesak bagi mewujudkan Perniaga Melayu Tahap Pembekal bagi semua sektor dan seterusnya menjayakan impian Melayu untuk memperolehi ekuiti 30%.


Insyaallah ...

Wednesday, November 15, 2006

Modal insan – mewujudkan masyarakat ulu-albab.

Oleh Md Razlan

Alhamdulillah, Tahniah kepada Wilayah persekutuan dan Bahagian seputeh khususnya yang telah membawa usul untuk mewujudkan Sekolah Tahfiz sains.

Selari dengan dasar parti untuk mewujudkan masyarakat Ulu Al-bab, ini diterjemahkan dengan tindakan. Kami di wilayah persekutuan telah lama memikirkan bagaimana untuk memupuk masyarakat yang berupaya untuk berfikir dan mengalisa dengan ungul.

Sekolah takfiz sain adalah jalan untuk mewujudkan masyarakat yang maju di dunia dan akhirat. Kita perlu melahirkan anak-anak melayu yang tahfiz alquran dan selari dengan akedemik.

Mengikut kajian, mereka yang hafal Al-Quran lebih cerdik dan pandai kerana kedua-dua otak mereka berfungsi.

Diharap untuk mewujudkan Sekolah Menengah Agama Wilayah(Tahfiz Sains) akan menjadi kenyataan di dalam masa terdekat ini.

Insyallah ….

30%, bolehkah menjadi kenyataan ...

Oleh Md Razlan

Hari pertama perhimpunan agong kali ini menyaksikan sayap-sayap membawa usul-usul yang telah di bahaskan di Bahagian-bahagian.

Agenda perjuangan melayu tetap menjadi topik utama di dalam perbahasan usul, kepentingan-kepentingan anak melayu dari segi sosial dan ekonomi tetap di bahaskan bagi membentuk Melayu yang Unggul dan cemerlang.

Jika diterjemahkan dengan perlaksanaan serta pengawasan yang betul, saya percaya, matlamat yang kita impikan untuk ekonomi orang melayu akan menjadi kenyataan.

Untuk CEO-CEO GLC yang tidak bersemangat kemelayuan, sudah masanya mengisafi dan perlu balik kepada asal dari mana mereka datang. Budaya koperat yang dibawa dari negara-negara luar perlu diselitkan dengan semangat kemelayuan. Kami berharap anda semua dapat menterjemahkan perjuangan ini dari segi perlaksanaan, demi membantu anak-anak dan cucu-cucu melayu.

Ini bukan sahaja kepada kebajikan atau bantuan semata-mata, tindakan ini mestilah selaras dengan perlaksanaan.

Konsep Ali baba yang berluluasa di dalam UMNO kali ini tidak di bahaskan, ini bermakna kebanyakkan kerja-kerja telah di buat sendiri oleh orang melayu dan ini boleh memastikan negara kita mencapai ekuiti 30%.

Seperkara lagi yang perlu kita lihat, adalah Chairman-chairman, atau director-direktor yang dilantik untuk menuduki kerusi-kerusi syarikat Non-bumi atau syarikat multinasional yang mengunakan kedudukan mereka untuk medapatkan kontak-kontak yang besar di Kerajaan.

Kebiasaan mereka ini dijadikan patung dan akan menggunakan touch mereka apabila tender-tender sudah sampai ke peringkat terakhir. Pengawasan perlu dibuat, statistic bagi setiap syarikat bagi mengetahui jumlah pekerja yang berkerja di dalam syarikat itu perlu diketahui. Untuk mengelakkan kebocoran yang ketara.

Bank-bank yang lebih percayakan syarikat luar dan juga syarikat Berhad untuk membuat kerja-kerja Aplikasi computer dan juga perkakasan, perlu melihat dan memberi kepercayaan kepada Melayu.

Kita tinggal 16 tahun saja lagi, dan segala kebocoran perlu kita tangani dan kuasa yang ada sekarang perlu kita maksimumkan.

Sekian …

Monday, November 13, 2006

Usul, perbahasan dan perlaksanaan .....

Oleh. Md Razlan

Selamat Bersidang dan selamat berbahas kepada semua ketua-ketua, timbalan-timbalan dan naib-naib serta para perwakilan. Semoga pada tahun ini akan membuahkan hasil yang baik untuk kita terus meneraju Negara Malaysia yang kita cintai ini.

Gamat atau tidak dewan perbahasan pada kali ini, marila kita saksikan bersama-sama, isu-isu Tun dan Pak lah di jangka akan hebat diperkatakan, tetapi janganlah sampai memburukkan pemimpin kita.

Tahun lepas Kak Rafidah lepas siksa apabila menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh para perwakilan, dan tahun ini akak kene jugalah menyediakan jawapan-jawapan untuk persolan yang akan di bangkitkan, terutama isu AP, saya jangkakan akan ada perwakilan membangkitkan isu ini.

Saudara Khairy, tahniah pada tahun lepas, tetapi tidak tahu tahun ini, dengar di bawah sibuk untuk membawa isu-isu saudara, tapi ini semua isu yang mudah,, yang penting agenda melayu dan juga agenda negara perlu diutamakan.

Para perwakilan, jangan dok syok dengan gosip politik je, tetapi kita lupa dengan dasar yang perlu kita bahaskan. Seronok dengan isu di atas, lupa kita dengan agenda yang lebih penting.

Ekonomi, tahap ekonomi orang melayu bagai mana, apakah langkah-langkah dan dasar-dasar yang perlu kita desak untuk pihak MT membuat perubahan, boleh kah kontractor Melayu berdaya saing sedangkan kontraktor bangsa lain dah jauh kedepan. Masih adakah Ali Baba di kalangan orang-orang UMNO. Berapa ramai graduan melayu yang masih menganggur, dan apakah langkah-langkahnye, Bagaimana kita nak mengetahui di mana tahap kemajuan perlaksanaan yang telah kita bahaskan tahun lepas. pikirkan.

Agama, agama islam dipermainkan oleh agama lain, mubaligh-mubaligh agama lain sepatutnya tidak boleh menghasut umat agama islam. Adakah kerjaan-kerajaan negeri membuat tindakkan kepada perkara-perkara ini. Isu halal kita macam mana, dah ditetapkan ke logo halal kita, dah di pastikan ke tahap Halal kita. Adakah saudara-saudara membuat kajian untuk membahas kan isu-isu ini.?

Sosial, Adakah penguatkuasaan baik sekarang, polis atau jabatan penguatkuasa yang lain dah cukup ke, bagaimana dengan mat rempit, bosia dan juga masalah GRO yang meluas di kalangan anak-anak melayu. Masih banyak ke mesin-mesin judi di kedai-kedai. Kes buang anak macam mana, dan banyak lagi, pikirkan dan bahaskanlah dengan cerdik dan pandai.

Ishh , banyak isu ni, tapi dengan harapan yang tinggi menggunung, luahan dan pandangan akar UMBI, saya harap pihak Majlis Tertinggi akan dapat mendengarnye dan melaksanaan dengan bijak. Terutama sekali kepentingan Melayu yang ada dari dulu perlu kita kekalkan, yang dah tergadai, perlu kita pikirkan bagaimana untuk mengambilnya kembali.

"Kita pastinye sudah silap jika kita telah membuat silap, tetapi jika kita tidak membetulkan kesilapan itu, ianya akan jadi dua kesilapan"

SELAMAT BERSIDANG.....

Monday, November 06, 2006

Isu Pembelajaran dalam bahasa.

Oleh Md Razlan

Isu ini dibangkitkan lagi, dibangkit kerana anak melayu terpingir di dalam pembelajaran. Semua ini telah di duga dan pihak kerajaan yang lepas tetap dengan kaedah mereka.

Kepentingan orang melayu dari segi pelajaran dan bahasa telah banyak di rebek oleh mereka-mereka yang terlupa dan alpa tentang kepentingan orang melayu. Menteri-menteri yang bertanggungjawab mungkin terlalu agresif untuk membuat perubahan hingga terlupa faktor-faktor asas.

Graduan-graduan melayu yang dilahirkan oleh Universiti-universiti tempatan dan luar bukanlah tidak berdaya saing, bahkan sebelum ini, tidak ada index yang mengatakan graduan kita terpingir kerana gagal di dalam penguasaan bahasa ingris. Mereka tidak mendapat kerja kerana peluang kerja tidak ada, peluang kerja yang di monopoli pihak swasta adalah di kuasai oleh bangsa lain. Sudah pasti peluang yang ada di agihkan kepada bangsa mereka sendiri.

Saya selalu bekerja dengan bangsa-bangsa lain, yang mana daya pemikiran mereka jauh lebih rendah kalau di banding dengan graduan melayu, tetapi mereka-mereka tetap mendapat kerja dan tidak mengangur.

Jadi janganlah kita nak mengubah dasar yang tidak ada kene mengena Kerana Anak Melayu Menggangur.

Antara perkara yang boleh dipikirkan oleh pihak kerajaan untuk membantu anak-anak melayu :-

1. Memperbanyakkan peluang-peluang kerjaya di GLC.
2. Melatih graduan-graduan di dalam penggunaan bahasa ingris dengan lebih koprehensif.
3. Mengubah silibus pembelajaran kepada lebih menarik, tidak hanya belajar grammer, summary, mengarang, lebihkan kepada kuiz dan lain-lain)
4. Menaiikan tahap bahasa Melaysia kepada bahasa yang Utama di Malaysia, bukan sekadar dari segi nama sahaja, ianye mestikah lebih kepada perlaksanaan, sebagai contoh, semua jabatan-jabatan kerajaan dan GLC mesti mempraktikkan bahasa malaysia, semua tender-tender, surat menyurat mesti menggunakan bahasa Malaysia.
5. Menter-menter sendiri perlu bangga dengan penggunaan bahasa Malaysia.

Apabila kita buat ini semua, nescaya tidak akan timbul isu-isu graduan dan sistem pembelajaran kita tidak kompetatif.

**** Kenapa saya menggunakan Bahasa Malaysia, kerana ada individu yang telah lupa mengubah sistem pembelajaran Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu, ini secara langsung akan menglenyapkan Indentiti Bahasa Malaysia yang sekian lama kita pupuk!.

Sunday, November 05, 2006

Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan (WP)

Oleh MD. Razlan

5 Nov 2006, PWTC - Konvensyen UMNO semalam telah meluluskan 76 resolusi yang perlu dipikirkan oleh pihak Majlis Tertinggi bagi mengatasi masalah-masalah yang terdapat di Wilayah Persekutuan.

Konvensyen ini terbahagi kepada 4 bengkel iaitu, Ekonomi, Pendidikan, Agama Dan Sosial. Tahniah untuk semua pejuang-pejuang UMNO WP kerana berjaya meluahkan pendapat dan idea-idea bagi menjayakan konvensyen ini.

Adalah menjadi tanggungjawab bagi pihak MT untuk meneliti dan memahami kesemua resolusi ini dan di olahkan dengan perlaksanaan bagi mengatasi masalah yang terdapat di Wilayah. Alhamdullilah Dato Sri Najib telah memberikan jaminan, " walaupun berapa banyak resolusi yang diberi, kami di pihak MT akan memberi jaminan, akan mengkaji"

Antara resolusi yang telah diluluskan adalah mewujudkan Sekolan Agama Tahfiz Sains Di Wilayah Persekutuan, Meletakkan JAWI di bawah Kementerian WP, Mengadakan tempat perniagaan ala Bintang Walk di sekitar Sogo dan Jalan Tunku Abd Rahman.

Saya inigin meminjam kata-kata seorang ahli bengkel yang mana mengatakan, "Kami datang umpama pesakit, dan yang di atas seperti doktor, doktor pakar, jesteru itu, saya berharap Doktor dengarlah kata pesakit, kalau nak jadi Doktor Pakar, kene dengar dan tahu masalah peskit, baru laa boleh jadi Doktor Pakar"....

Masalah yang begitu banyak di utarakan diharap dapat di olah dengan baik oleh MT, masalah dasar kerajaan yang telah di ubah tanpa memikirkan kepentingan orang melayu perlu diperbaiki. Seperti masalah Meritokrasi dan masalah pendidikan anak-anak melayu yang kita berkongsi dengan bangsa-bangsa lain, yang mana, sebelum ini tidak ada desakkan oleh kaum lain, ini di adakan hanya ingin mendapat nama dan dipikirkan logik untuk meningkatkan kewibawaan anak-anak melayu, tetapi, sedarkah apabila mereka ini membuka kepada anak bangsa lain, mereka telah mensia-siakan anak bangsa mereka sendiri.

UMNO memerlukan pemimpin yang paham dan sedar akan perjuangan UMNO dan juga dasar-dasar yang dibuat dulu demi memelihara kepentingan orang Melayu. Janganlah orang Baru di dalam UMNO hanya memikirkan untuk membuat perubahan tanpa mengambil kira kenapa dan mengapa dasar itu dibuat.

MARA perlu memikirkan kenapa dan mengapa diwujudkan, UDA perlu balik kepada pangkal jalan, GLC perlu memikirkan bagaimana membantu anak-anak melayu mempunyai keupayaan untuk bersaing di dunia Global, jangan hanya memikirkan keuntungan, tanpa memikirkan dari mana asal usul kewujudanya.

Dengan harapan yang tinggi, resolusi ini akan dapat di kaji dan dilaksanakan demi untuk melihat anak bangsa terus releven di negara sendiri, jangan sampai Melayu di berikan Second Class citizen di negara sendiri.

Thursday, October 19, 2006

Selamat Menyambut hari Raya AidilFirti

Kepada semua muslimin dan muslimat,

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapakan selamat menyabut Hari Raya Puasa.

Maaf dipinta di atas apa sahaja yang tersalah dah yang terlebih, mohon agar Allah S.W.T dapat membukakan hati hamba-hamba ini untuk bermaafan di hari yang Mulia Ini.

Sekian... Semoga selamat pergi dan pulang di dalan perjalanan.....

Monday, October 09, 2006

Kempen sehari

Dalam permilihan yang akan datang, kemungkinan akan diberikan kelongaran kepada Calon-calon untuk berkempen, tetapi hanya untuk sehari.

Berkempen di dalam UMNO sebelum ini diharamkan untuk membendung gejala politik wang atau rasuah politik. Akan tetapi, hampir semua calon-calon tetap berkempen dengan menggunakan agen-agen, dapatkah kempen sehari ini membendung calon-calon daripada berkempen lebih dari sehari?

Benarkah kempen sehari ini dapat mencapai objektif untuk membendung perkara-perkara ini?Pada pendapat saya, sudah tentu tidak, agen-agen tetap akan berjalan membuat aturan perjumpaan untuk calon-calon.

Politik wang atau rasuah politik akan tetap ada, mereka-mereka yang akan bertanding tetap akan mencari jalan dan cara bagaimana untuk berkempen. Untuk kita membendung perkara ini, perkara yang paling penting adalah tahap kesedaran kepada para perwakilan dan calon itu sendiri.

Pada tahun-tahun yang lepas, para calon akan membuat perhintungan dengan perwakilan secara senyap-senyap, tetapi tetap akan tawar menawar, ataupun kontra-mengkontra, beli-membeli, ini semua akan tetap ada jika berkempen di benarkan ataupun tidak. Cuma senyap atau terbuka sahaja.

Para perwakilan pada hari ini sudah matang, dan undi itu rahsia, jadi biarlah kita memberikan garis panduan untuk berkempen sahaja, jaganlah melarang dari berkempen. Jika terdapat garis panduan itu tidak di patuhi, siasat dan kenekan tindakan, ini lagi senang untuk membendung politik wang kerana keterbukaan ini boleh digunakan oleh wakil-wakil Jabatan Disiplin menyelunap masuk di kalangan agen-agen.

Berkempen adalah penting untuk memilih pemimpin, Saya suka melihat di peringkat bawahan, di peringkat sayap-sayap cawangan dan bahagian. Di peringkat ini, permilihan pemimpin muda mesti ada ruang untuk mereka berkempen.

Disini para perwakilan dapat melihat bagaimana kredibiliti calon-calon. Adakah calon-calon yang dipilih memenuhi kreteria yang sepatutnye, pandai perucap, mempunyai idea perubahan, mempunyai daya tahan yang kuat, dan berbagai cara boleh kita lihat apabila berkempen.

Kemeriahan semasa berkempen juga menyumbang kepada hidupnye parti UMNO itu sendiri, perjumpaan-perjumpaan membawa kepada perbincangan, dan dari ini, para akar umbi dapat lebih mengenali bakal-bakal pemimpin, yang lazimnye kita akan kehilangan mereka ini apabila menang kelak(terutama sekali yang jadi menteri/ADUN/Wakil rakyat) kerana kesibukan.

Keunikan berkempen ini semua akan hilang, dan takutianya akan memberi impak yang besar kepada parti UMNO. Kewujudan cara berkempen ada sejarahnye dan sebab itu jugalah berkempen dijadikan cara di musim pertandingan, tak kiralah di peringkat mana pun.

Mungkin Orang Di Atas hanya melihat buruk pada parti disebabkan terlampau banyak faktor tidak baik semasa berkempen, tetapi ini terjadi kerana garis panduan yang tidak di kuatkuasakan sebelum ini.

Razlan's blooger

Razlan's blooger

Lahir pada 1974, sekarang berkhidmat pada parti keramat Melayu, UMNO sebagai exco Pemuda Bahagian Seputeh.

Berpengalaman luas di dalam bidang IT dan Publishing. Berkahwin dengan isteri tersayang Haslina dan mempunyai 2 cahaya mata.

"Perjuangan yang kita perjuangkan untuk anak cucu kita, perjuangan untuk memastikan mereka tidak lari dari budaya dan agama kita, bangsa melayu adalah bangsa yang bermaruah dan berdaulat, perlu kita ingat, dan pegang... kita perlu sentiasa ingat dan menginsafi, Kepentingan diri tidak boleh melebihi kepentingan parti" ... razlan

Monday, October 02, 2006

Pemilihan Parti 2009 dan Pilihan raya...

Ramai jugak yang memberi komen tentang keputusan MT untuk tangguhkan kepada 2009.

Lebih-lebih lagi di laman web http://kadirjasin.blogspot.com/ tapi kebanyakkanye berbaur kepada kekecewaan, ada yang kecewa lama lagi nak tukar pucuk pimpinan, ada yang kecewa pasal tak dapat bertanding awal dan ada yang kecewa statement datang dari khairi.

Ishhh, ini semua cakap-cakap orang kecewa, betul ke MT ikut cakap Khairy, betul ke MT tidak tahu untuk membuat keputusan ataupun mempunyai pendirian mereka sendiri. Pelik, takan samapai begitu. Takan seorang Perdana Menteri akan menbiarkan perkara ini.

Yang heran tu, ada yang nak bertukar kerajaan ada kerana kecewa, betul ke berani tukar kerajaan BN? Dah pikir masak-masak ke? atau ianya hanya ditulis untuk menyedapkan hati?!

Kerajaan membuat keputusan untuk menanguhkan permilihan sudah diduga oleh kebanyakkan orang/kumpulan.Keberkesanan corak kepimpinan yang ada sekarang ini perlu dihalusi dan di terima pakai. Keputusan dibuat berdasarkan kepada kewibawaan dan keadaan politik dan sosial negara, jesteru, kita perlu melihat dan memberikan sepenuh komitmen ke arah negara Malaysia Makmur dan Berjaya.

Sektor pertanian diberi tumpuan kerana untuk membela ekonomi orang melayu, modal insan dibuat kerana Rakyar Malaysia memerlukan jati diri yang lebih dan luarbiasa. Ini adalah untuk memastikan mereka dapat bersaing dan berkualiti.

Berbalik kepada Pemilihan Parti dan Pilihan Raya, ianya tidak ada tersurat dan tersirat. Semua sudah tahu Index Politik Umno dan BN telah turun sikit, jesteru itu kita perlu berkerja untuk meningkatkan Index tersebut, kewibawaan dan kemajuan yang dibuat pada zaman Pak Lah perlu kita ketengahkan.

Jangan kita dok bergaduh sendiri, orang lain dapat habuan..

Insyaalaah UMNO akan menang besar lagi.....

Monday, September 11, 2006

Piala Ketua Pemuda

Alhamdullilah, pada tahun ini, dapat jugak aku sebagai pemimpin kerdil menjalankan satu lagi acara tahunan yang dinamakan "Piala Ketua Pemuda Copa Salak".

Tahun ini, setelah mencari objektif pertandingan, dengan kata sepakat, kami telah namakan kesemua pasukan yang berjumlah 8 pasukan untuk menggunakan nama pemimpin yang Lepas.

Nama-nama seperti Tun Hussien Onn, Tuanku Abd Rahman, Tun Abd Razak, Tun Saadon Zubir, Tun Ghafar dan tak lupa Tun Mahathir... dan beberapa nama pemimpin telah berkumandang ke udara setiap kali pasukan akan bertanding.

Tak kurang lagi, aku telah mengalakan siapa saja yang ingin menyumbang bagi menaja pertandingan ini, dan ku laungkan menggunakan pembesar suara agar message untuk menghidupakan lagi suasan ini dirasai.. alhamdullilah.. ada juga pemuda dan pak cik tidak kedekut untuk menaja pemain terbaik, acara timbang bola, pemain harapan dan juga tidak lupa pada seorang adik yang ingin menyumbang air 100+ untuk pengadil.

Inilah motif pertandingan pada kali ini, menghidupkan kembali budaya menolong seperti Perjuangan UMNO yang lepas, orang melayu sanggup mengadai tahan dan harta benda semata-mata untuk melihat negara kita Merdeka.

Dengan gejala sosial yang meluas di negara kita, budaya seperti inilah yang perlu kita pupuk untuk mereka bersama-sama menyumbang untuk menaikkan bangsa melayu.

Sebelum hari pertandingan, kami talah membuat gotong royong untuk membuat garis di padang dan memotong rumput, tetapi seperti kebiasaan, sambutan amat lah kurang, aku berterima kasih sangat dengan para pemuda aku yang sanggup mengabiskan tenaga dan masa demi untuk menjadikan hari esoknya kenyataan. Tahniah dan allah sahaja yang akan dapat membalas budi PEMUDAKU.

Kepada Ketua Putera dan Naib Ketua Pemuda Bahagian, terima kasih banyak-banyak dan jangan lupa ... perjuangan belum selesai.. dan tidak akan selesai selagi nyawa di kandung badan ...

Akan ku teruskan perjuangan ini walaupun aku poket aku kosong ... hehe.. "Jangan anak bini kelaparan sudah" ....... razlan.

Sunday, August 13, 2006

Perjuangan yang belum selesai ...

Anak kecil main api .. terbakar hatinya yang sepiii ...

Rangkap di atas selalu dinyanyikan jika kita menghadiri kursus-kusus bina semnagkat. Akan tetapi dapatkah kita menyelami maksunya yang dalam..

Pak Lah, saya adalah seorang yang kerdil di dalam UMNO. Dari dahulu lagi, bapa saya telah mengajar saya di dalam perjuangan UMNO. kebaikkan yang UMNO lemparkan kepada masyarakat Melayu di Bumi Malaysia tidak dapat disangkal.

Lihatlah masalah ekonomi melayu secara dekat, rancangan Malaysia ke sembilan adalah agenda melayu, berilah beluang kepada orang melayu untuk membuktikan keupayaan mereka, bentuklah peniaga melayu dari segala sudut, pembuat, mengedar dan juga pencipta.

Saya memberi contoh seperti Syabas, mereka ini mempunyai senarai kontraktor BUMI yang buat sendiri tanpa menjual kontrak. Ini adalah contoh daya usaha yang inginkan melihat Melayu terus maju.

ICT, setiap kementerian ada pecahan keperluan ICT, kemungkinan budget untuk ICT jika disatukan adalah 20% daripada budget keseluruhan rmk9, tetapi tahukan siapakah yang memonopoli ICT, depanya mungkin Melayu, tetapi belakangnye ... siapa, jika mat saleh, ok laa sebab dorang ni pencipta, tetapi, kenapa orang Melayu masih lagi tidak dapat menjadi Distributor!

Kuasa yang kita ada sekarang ini saya syorkan supaya diberikan kepada Melayu, dengan budget yang ada sekarang ini kita boleh memplopori Bidang perniagaan ini. Kita Boleh. Ini juga akan meningkatkan ekonomi Orang melayu dan seterusnya mencapai matlamat kita untuk mendapat 30%.

Masalah melayu sekarang menjadi semakin rumit apabila Tun membuat kenyataan, tetapi angaplah sebagai satu khidmat nasihat, yang mana semua ini perlu kita selami kenapa dan mengapa, kebaikkan dan keburukkannya.. tapi UMNO parti keramat, apabila terhidu sahaja bahaya, insyaallah akan ada penyelamat.

akan sambung .. ada kerja ..

Monday, May 22, 2006

sekadar bicara ...


Kehidupan ini terlalu banyak pengertian. Semakin dewasa, semakin dewasalah minda. Itu bagi orang yang bertuah sahaja, jika bagi orang yang kurang bernasib baik, semakin dewasa, semakin kecil nya dunia ini di drasainya.....

Walau apapun.. di dalam dunia ini.. tidak ada perkara yang betul di angap betul .. dan tidak ada perkara salah yang di angap salah... ini semua terpulang kepada manusia untuk menilainya ...

Salah di mata satu pihak .. bukan bermaksud salah di pihak yang satu lagi ... sesuatu itu penuh teka teki yang sukar untuk di ungkap ....

Hidup ini akan lalai jika tidak berilmu ... ilmu pula, perlu di kejar dengan menggunakan panca indera yang di kurniakan ... salah erti mengupas ilmu ... ianya akan salah dan sesat ...

Hidup ini suatu yang penuh dengan liku atau duri .. bagi orang yang tidak mengenal erti hakiki ...

hidupppppp ini ... hiduppp ini....

Wilayah hantar 128 Atlet wakili Sukan Sea

Seramai 128 orang atlet daripada 844 orang atlet Malaysia adalah atlet Wilayah Persekutuan akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Sukan SEA...