Posts

Showing posts from February, 2010

Kunjung hormat ke Kementerian Pengajian Tinggi.

Image
22hb Feb 2010 - AJK Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh telah berkunjung ke Kementerian Pengajian Tinggi. Lawatan ini bertujuan untuk berjumpa dengan Setiausaha Politik kepada YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Saudara Khairi Malik, bag bertukar pandangan dan mendapatkan maklumat tentang usul yang telah kami bentangkan pada tahun lepas.

Pada mesyuarat Pemuda tahun lepas, Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh telah mengusulkan topik yang berkaitan dengan Kementerian ini dan ianya telah mendapat kelulusan dan dilaksanakan sebagai dasar kerajaan.

Usul untuk menukar Pinjaman PTPTN kepada Biasiswa kepada yang cemerlang telah diterima dan diluluskan pada Perbentangan Belanjawan tahun lepas oleh YAB Perdana Menteri, dalam masa yang sama juga usul kami berkaitan dengan peranan IPTA dan IPTS untuk melahirkan generasi ilmuan yang berkualiti.

Menurut Saudara Khairi Malik, satu agensi (IKAPT) yang dibawah Kementerian merupakan agensi yang bertanggunjawab tentang melihat kualiti silibus yan…

Percepat hukuman Kartika

Pihak kerajaan seharusnya mempercepatkan hukuman Kartika supaya banyak kekeliruan dan kecelaruan sehinggakan membuka kepada isu ini dipermainkan oleh pihak-pihak yang tidak paham tentang hukum syariah.

Terbaru pihak Sister in Islam(SIS) yang mengeluarkan kenyataan membantah hukuman sebat dan meminta pihak kerajaan melihat perlembagaan yang menyatakan hukuman sebab tidak boleh dilakukan terhadap wanita menambahkan kekusutan kepada masyarakat.

Pihak SIS yang menggunakan nama Islam seharusnya menjadikan hukum syariah sebagai landasan dan bukan bersandarkan perlembagaan ataupun undang-undang sivil yang lain.

Kes wanita islam dihukum sebat bukannya pertama kali di jalankan, sebelum ini, 3 orang telah menjalani hukuman ini dan ianya mendapat reaksi yang baik daripada mereka yang dikenakan hukuman.

Oleh itu, kenapa perlu kita melewatkan hukuman terhadap Kartika ? Tidak ada alasan untuk Kerajaan Malaysia melewatkan dan memberi ruang kepada mereka yang tidak bertanggunjawab untuk menggunakan isu i…

Autralia negara HOMOSEKSUAL.

Image
Sebagai sebuah negara yang berdaulat, Malaysia seharusnya di layan dan dihormati oleh Dunia baik dari segi perundangan dan juga pentakbiran sebuah negara yang merdeka.

Tindakan 50 Ahli Parlimen Australia yang menghantar Memorandum kepada kerajaan Malaysia untuk mencampuri urusan dalaman Negara menunjukkan Negara Australia telah mencerobohi dan menyeberangi batasan sebuah negara yang Merdeka.

Australi merupakan sebuah negara yang menghalalkan main belakang dan diantara 50 MP ini, mereka telah menang hasil daripada memperjuangkan golongan homoseksual.

Budaya yang ada di Negara itu tidak seharusnya dibenarkan menular di negara ini, dan tidak semestiknya baik di pandangan negara mereka, baik di Malaysia.

Kita diberi pilihan untuk memilih kawan, dan sering kali melihat siapakah kawan kita, tidak salahlah Anwar Ibrahim memilih kawan 50 MP Australia dan mereka sememangnya mempunyai pendapat dan pandangan yang sama, cuma kita berharap agar budaya negatif ini tidak akan masuk di negara kita dengan…

Malaysia yang di Rahmati.

9 hb Feb 2009 - Peristiwa Mahkamah memutuskan untuk mengekalkan kuasa Kerajaan Perak kepada Dr Zambry merupakan satu rahmat yang tidak dapat kita lupakan, terutama rakyat Perak.

Keputusan ini merupakan satu keputusan yang menjaga nama baik Tuanku Sultan Perak dan seterusnya telah menjaga maruah orang Melayu yang selama ini telah bernaung di bawah Panji-panji Tuanku.

Hari ini juga, Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir secara terbuka memuji dan mengakui Dato Sri Najib telah melakukan pemerintahan yang disukai oleh Rakyat.

Ini semua berkat dari usaha dan berkat kesabaran yang telah ditunjukkan oleh semua ahli parti politik BN dan juga pemimpin Islam yang sayangkan Malaysia.

Semoga hari esok akan membawa lebih keberkatan untuk mu Malaysia.

Alhamdulillah.